Menyeru Cik Siti di Felda Taib Andak

Sungguh cantik suasana senja tatkala matahari memancarkan cahaya kuning keemasan di ufuk Barat.

Jika dilihat sejauh mata memandang seakan-akan di ufuk Barat ada seketul bongkah emas sebesar lautan pasifik sedang memantulkan cahaya matahari berwarna keemasan di waktu senja hingga mencapah cahayanya ke FELDA Taib Andak.

Hilang sahaja cahaya keemasan di waktu senja bermakna malam sudahpun menjelma.

Pada malam hari Ahad 8 February 2009 — Petai bersama kawan-kawannya duduk melibur di sebuah pondok keceriaan kampung di Taib Andak.

Pada malam hari Ahad 8 February 2009 — Petai tersengih-sengih melihat Si Buyung memakai helmet, memegang sekuntum bunga, terselit selipar di kedua-dua lengannya sambil menyanyi Si Buyung menggelek-gelek punggungnya seperti penari dangdut — Mas Idayu.

Kenapa keadaan Si Buyung sedemikian rupa?

Keadaan Si Buyung sedemikan rupa kerana mamat ini sering kalah bermain daun pakau edisi — four ace, straight color, royal flush, ace bodoh, color bangang, dan pair tahi.

Di pondok keceriaan kampung — Petai, Ketupat, Rendang, dan Gincu, hurrah-hooray melihat keletah Si Buyung, Si Tempe, dan Si Tapai, bermain pakau.

Lazimnya, mereka memang suka bermain pakau edisi sedemikian — mereka menetapkan edisi sedemikan hanya dimainkan seramai tiga orang — tidak lebih tidak kurang bahkan, tiada pertaruah melibatkan duit kerana berjudi melibatkan pertaruhan duit pasti memporak-perandakan persahabatan.

Ohh… sebelum terlupa — Si Gincu ini bukan perempuan — Si Gincu ini lelaki — disebabkan Si Gincu ini raut wajahnya memang tampan/jambu serta gerak-gerinya lembut — dapatlah nama manjanya sebagai Gincu — jangan tersilap, Si Gincu ini bukan pondan seperti Sajjad!

Disebabkan permainan pakau asyik Si Buyung sahaja yang kalah — mamat ini memberontak!
Buyung : Arghhhh! Menyampah aku — asyik aku jer yang kalah!

Tempe : Rileks larr Buyung — setiap permainan mesti ada yang menang, ada yang kalah macam pilihan raya.

Buyung : Arghhh! Malas aku nak main pakau lagi — asyik punggung aku jer tergelek-gelek.

Tapai : Hahahahaha! Kalau Mas Idayu tengok kau tergelek-gelek, komfem dia tak boleh cari makan.

Buyung menanggalkan selipar di lengan kirinya, terus menepuk paha Si Petai kerana mempersenda dirinya (Buyung).

Disebabkan Si Buyung tak mahu bermain pakau — Tempe menyusun daun pakau dan memasukkannya ke dalam kotak.

Buyung mengeluarkan kotak rokok dari poket seluar dan menyalakan sebatang rokok di bibir.

Buyung menanggalkan selipar kepunyaan Tapai di lengan kanannya dan campak ke bawah.

Sedang Buyung menghembuskan asap rokok dari hidung dan mulutnya tup tup tup mamat ini mengesyorkan satu idea.
Buyung : Woi! Malam-malam macam ni jom kita seru Pontianak.

Terkebil-kebil semua kawan-kawan Si Buyung ini mendengar syor yang terhambur dari mulutnya.
Tempe : Macam mana nak seru Pontianak?

Tapai : Ha’a macam nak seru Pontianak?

Buyung memandang semua muka kawan-kawannya — untuk melihat jikalau ada yang tidak bersetuju.
Buyung : Gincu! Kau okay tak nak seru Pontianak?

Gincu : Aku on jer.

Buyung tersenyum melihat semua kawan-kawannya bersetuju — tanpa rasa gentar mahupun cuak — soalan dari Tempe dan Tapai dijawab oleh Si Buyung selepas menghembuskan asap rokok di mulutnya.
Buyung : Nak seru Pontianak senang jer — guna belacan.

Petai : Belacan!

Buyung : Ye, belacan!

Ketupat : Okay kalau Pontianak tu datang — kau nak suruh Cik Siti tu buat apa?

Rendang : Buat apa lagi — suruh Cik Siti tu gelek-gelek punggung larr macam Si Buyung!

Masing-masing terkekeh-kekeh ketawa pabila terhambur gurau-senda dari mulut Si Rendang.
Buyung : Hawaw sangat meminta Cik Siti gelek-gelek punggung! Kita minta nombor ekor larr.

Gincu : Kalau Cik Siti tak mahu bagi nombor!

Buyung : Kalau Cik Siti tak mahu bagi nombor — aku nak paksa juga Cik Siti pilih empat daun terup daripada 10 daun yang tersusun.

Petai : Perghhhh! Cerdik juga otak Si Buyung ni!

Rendang : Dekat sini ker kita nak seru Cik Siti?

Buyung : Bukan dekat sini — dekat pondok ni Cik Siti takkan datang.

Tapai : Kalau bukan dekat sini — dekat mana?

Buyung : Dekat belakang balai raya.

Tempe : Okay, sekarang semua dah setuju — celah mana pula nak dapat belacan malam-malam macan ni?

Masing-masing terkebil-kebil memandang Buyung menantikan jawapan daripadanya.
Buyung : Nak dapatkan belacan malam-malam macam ni takde masalah — Gincu ada.

Petai : Ha’a… bapak Gincu’kan tauke kedai runcit.

Gincu tersenyum kelat pabila semua kawan-kawannya tersengih-sengih memandang ke arahnya.

Melihat Si Gincu tersenyum kelat — Buyung terus menyusun kata-katanya.
Buyung : Belacan sekeping baru berapa — semua yang ada kat sini boleh kutip duit bayar kat kau larr Gincu!

Gincu : Bukan masalah pasal duit — aku risau time aku dah masuk dalam kedai tup tup tup bapak aku muncul macam-macam pula yang ditanya.

Buyung : Adoi… macam mana ni?

Petai : Bapak kau memang selalu tidur lambat ker?

Gincu : Tak juga.

Petai : Aku rasa malam ni bapak kau — komfem dah tidur ni.

Gincu : A’eh… main rasa-rasa pula.

Buyung tersengih-sengih mendengar ayat “rasa-rasa” atau “konon-konon” atau “kalau-kalau” dari kotak suara Si Petai.
Gincu : Macam ni larr — masa aku ambil belacan tup tup tup bapak aku muncul — aku tak join engkau orang semua — okay!

Buyung : Okay!

Selesai sahaja berbincang, enam Sang Teruna Taib Andak ini memberikan duit syiling kepada Gincu hingga terlebih 30sen untuk sekeping belacan, seterusnya mereka semua menyalakan deruman enjin motor, dan terus berdesup menuju ke kedai runcit kepunyaan bapak Si Gincu.

Sesampai sahaja di kedai runcit, mereka semua memadamkan deruman enjin motor sambil menantikan Si Gincu mengambil sekeping belacan.

Selepas menutup serta mengunci pintu kedai runcit — Gincu berjalan ke arah Buyung sambil menghulurkan sekeping belacan kepadanya — nampaknya bapak Si Gincu tidak muncul di kedai runcit.
Petai : Nampak! Kan betul rasa-rasa aku tu — bapak kau komfem dah tidur.

Gincu : Emmm… iyo larr.

Selepas sekeping belacan sudah berada di dalam bakul motor Si Buyung — mereka semua menyalakan deruman enjin motor, dan terus berdesup menuju ke balai raya.

Sesampai sahaja di halaman di balai raya — mereka semua perlahan-lahan menunggang motor menuju ke belakang balai raya — ketika menuju ke belakang balai raya ini — Tapai terpandang sehelai kelibat kain berdesup bersembunyi di sebalik rimbunan pokok rambutan — teruna ini dah mula cuak.

Masing-masing memadamkan enjin motor pabila mereka sudah sampai ke destinasi menyeru Cik Siti.

Suasana malam di balai raya ini sungguh sunyi dan sepi ketika mereka semua sampai — Tapai yang dapat melihat sehelai kelibat kain bersembunyi di sebalik rimbunan pokok rambutan — membungkam senyap acah-acah cool.
Petai : Buyung dekat mana nak seru Cik Siti?

Buyung : Dekat sini menghala ke pokok-pokok sana.

Buyung mengambil belacan di dalam bakul motor dan meletakkannya di atas tanah.
Buyung : Woi! Apa hal engkau orang semua bertenggek atas motor? Marilah ke sini hawaw!

Masing-masing turun daripada motor, terus menghampiri di belakang Si Buyung yang sedang menyusun 10 daun pakau di atas tanah — teruna yang terhegeh-hegeh turun daripada motor tentulah Si Tapai.
Buyung : Okay, sekarang cari kayu — kita nak kena bakar belacan ni.

Masing-masing mencari kayu di sekitar mereka dan dilonggokkan di atas sekeping belacan — ketika mencari kayu, Si Tapai asyik usyar-usyar pokok rambutan — tiada seorang pun perasan kepala Si Tapai ini asyik tertoleh-toleh memerhatikan pokok rambutan.

Sesudah timbunan kayu berlonggok di atas sekeping belacan — Buyung pergi ke motornya dan mengoyakkan secebis kain di dalam bakul motornya, seterusnya secebis kain di tangannya dicelupkan ke dalam tangki minyak petrol.

Sesudah minyak petrol meresap pada secebis kain — Buyung menutup tangki minyak dan berdentum kuat kusyen motornya terkatup di atas motor — masing-masing terperanjat!
Petai : Hawaw kaw Buyung — slow-slowlah katup kusyen tu — terperanjat doh!

Buyung : Kih kih kih kih! Aku nak uji engkau orang semua — nampaknya masing-masing kekar berani tak cuba-cuba nak mencecet lari.

Petai : Sebenarnya masing-masing tak berani pun — acah-acah berani jer ni.

Gincu : Buyung! Kenapa kau nak minta nombor? Kau bukan kaki nombor pun.

Buyung : Saja jer nak melibatkan kawan-kawan dengan aktiviti mencabar diri.

Tempe : Ini bukan aktiviti mencabar diri — ini aktiviti cari penyakit doh!

Buyung : Rileks arr… aktiviti cari penyakit ini ada penawarnya kalau tersampuk.

Ketupat : Apa penawarnya Buyung?

Buyung : Berfikir secara positif.

Petai : Konek kaw berfikir secara positif! Kalau dah terkena sampuk — engkau ingat ceramah pakar motivasi boleh halau makhluk yang merasuk dalam badan!

Buyung : Kih kih kih kih!

Sesudah Si Buyung tertawa kerana menerima carutan Si Petai, mamat ini berjalan ke arah longgokkan kayu sambil membawa secebis kain di tangan — sampai sahaja di hadapan longgokan kayu…
Buyung : Adoyai… banyaknya kayu — ini dah macam nak masak nasi beriani dalam kawah.

Buyung mengalihkan sedikit longgokan kayu untuk meletakkan belacan di atas longgokkan kayu — sesudah meletakkan belacan di atas longgokkan kayu — Buyung melonggokkan lagi kayu di atas kepingan belacan.

Sesudah longgokkan kayu menindih kepingan belacan — Buyung menyelitkan cebisan kain di celah-celah longgokan kayu, seterusnya cebisan kain ini bakar dengan nyalaan api dari pemetik api.

Cepat-cepat Buyung mencekup dedaun kering ketika cebisan kain terbakar. Lebih daripada tiga kali Si Buyung mencekup dedaun kering dan melonggokkannya di atas dedaun yang sudah terbakar.

Kini longgokan kayu yang menindih belacan sudah mulai terbakar — perlahan-lahan asap belacan semerbak bau bacinnya berkepul-kepul naik dari longgokan kayu.

Masing-masing yang berdiri hadapan longgokan kayu sudah mula menyenyeh-nyenyeh hidung kerana bau bacin belacan yang sedang dipanggang oleh bara api.

Ketika menyenyeh-nyenyeh hidung — Si Tapai tetap memerhatikan pokok rambutan, matanya tidak berganjak memandang ke tempat lain.

Sedang bau bacin belacan menyengat hidung — Buyung memberi amaran kepada kawan-kawannya…
Buyung : Kalau ada apa-apa yang datang — jangan takut dan jangan lari — itu semuanya hanya cubaan!

Gincu : Baiklah Pendekar Mustar.

Buyung : Kih kih kih kih kih!­

Ketika semerbak bau bacin belacan meruap dalam suasana malam di hadapan mereka tup tup tup Si Buyung membaca mantera!
Buyung : Katakan, cantik mana aku tak tergoda? Sehingga aku seru Cik Siti! Pintu hati yang tertutup terbuka. Datang azam nak mengolah!

Petai : Woi! Kau baca jampi ker? Kau nyanyi lagu XPDC?!

Buyung : Jampi pun ye! Lagu XPDC pun ye!

Masing-masing dah tersengih-sengih melihat Si Buyung menyanyi lagu XPDC yang diubah sedikit lirik lagunya sambil mengacung-acung tangannya seperti penceramah politik, tetapi Si Tapai tidak tersengih-sengih, muka teruna ini serius memerhatikan pokok rambutan.

Tup tup tup terdengar ranting kayu dipijak-pijak ketika Si Buyung mengacung-acung tangannya disertai nyanyian lagu XPDC — masing-masing memasang telinga sambil mata masing-masing memerhatikan keadaan sekeliling yang gelap.

Betul! Di hadapan Si Buyung longgokan kayu sedang memanggang belacan hingga meruapnya bau bacin belacan, tetapi keadaan sekeliling tetap gelap kerana bara api sahaja yang menyala bukan unggun api.

Lama-kelamaan bunyi ranting kayu dipijak-pijak ini semakin dekat menghampiri mereka — masing-masing semakin berdiri rapat-rapat — Si Buyung pula tidak lagi menyanyi lagu XPDC dan berhenti mengacung-acung tangannya seperti janda politikus Nurul Izzah — matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling.

Tup tup tup bunyi ranting dipijak-pijak ini berhenti — senyap tidak lagi berbunyi — masing-masing mula bersoseh/berbisik…
Petai : Cik Siti dah datang.

Rendang : Cik Siti dah dekat ni.

Gincu : Memang dah dekat sangat ni — dia nak  asap belacan.

Tempe : Kih kih kih kih kih.

Tapai : Aku cuak larr.

Ketupat : Rileks, Si Buyung boleh handle.

Si Tapai semakin cuak, dan matanya masih kekal memerhatikan pokok rambutan.

Si Buyung dan juga kawan-kawan di belakangnya menyedari ranting kayu tidak lagi dipijak-pijak, bermakna tanda-tanda Cik Siti sudah dekat sangat menghampiri kedudukan mereka.
Buyung : Wahai Cik Siti! Cindailah malam yang tidak berhias! Aku memang menantikan kedatangan kau!

Senyap sunyi langsung tiada sebarang bunyi yang pelik-pelik.
Buyung : Wahai Cik Siti! Aku sudah hidangkan hidangan kegemaran kau, kesukaan kau, dan aku memiliki satu permintaan!

Tetap senyap sunyi, langsung tiada sebarang bunyi yang pelik-pelik.
Buyung : Wahai Cik Siti! Tunaikanlah perminataan aku kerana aku sudah memberi timbal balas dengan hidangan kesukaan kau!

Tup tup tup terbit satu suara garau lagi parau di bahagian kanan mereka berdekatan dengan balai raya dalam keadaan gelap!
Si Suara : Bau apakah yang sebusuk ini?!

Mendengar sahaja suara garau lagi parau ini, masing-masing berdiri dalam keadaan merangkul bahu masing-masing supaya rapat di saat rasa cuak dan berdebar semakin mengasak keberanian diri.

Hanya Si Buyung masih kekal tercegat berdiri sesorang menghadap ke bahagian kanan balai raya kerana di sinilah terbitnya nada garau lagi parau Si Suara.
Buyung : Wahai Cik Siti! Berikanlah kepada aku susunan empat nombor berekor?

Si Suara : Bau apakah yang sebusuk ini?!

Si Suara ini mengulang soalan yang sama — Si Buyung masih kekal menghadap ke arah suara — enam Sang Teruna di belangkang Si Buyung tak berani menghadap ke arah suara, cuma berani menolehkan kepala sikit-sikit ajer.
Buyung : Wahai Cik Siti! Bau sebusuk ini adalah hidangan kegemaran kau! Belacan panggang!

Si Suara : Abah kaw! Belacan panggang hidangan kegemaran aku!

Si Buyung terkebil-kebil mendengar jawapan dari Si Suara.
Buyung : Wahai Cik Siti! Be…

Belum sempat Si Buyung menghabiskan kata-katanya — Si Suara ini terus mencelah!
Si Suara : Cik Siti nenek kaw! Kau nampak ni!!

Tiba-tiba satu cahaya yang terpancar di dalam gelap berhampiran balai raya — masing-masing termasuk sekali Si Buyung memerhatikan cahaya yang terpancar ini — terlihatlah di hadapaan mata mereka satu genggaman tangan mencengkam erat sebatang besi.
Si Suara : Engkau orang semua balik sekarang ke rumah sebelum besi ni hinggap di dahi!

Terpontang-panting mereka semua menyalakan deruman enjin motor — Si Suara di dalam gelap berhampiran balai raya masih lagi menjerkah mereka!
Si Suara : Minta nombor ekor nenek kaw dengan bau bacin belacan panggang!!

Masing-masing di atas motor terhinggut-hinggut bahu menahan ketawa tatkala mendengar jerkahan dari Si Suara — sesudah deruman enjin motor menyala — masing-masing berdesup memecutkan motor — mereka semua bertempiaran menuju ke rumah masing-masing.

Dalam keadaan menggelabah meninggalkan balai raya — Si Tapai sempat lagi menoleh ke arah pokok rambutan — terlihatlah Si Tapai sesusuk makhluk sedang mengintainya di sebalik pokok rambutan — makhluk ini tersenyum menyeringai memerhatikan Si Tapai.

Ya! Makhluk yang bertenggek di sebalik pokok rambutan ini adalah Cik Siti Pontianak.

/// Feb 9, 2019 / Penulis Tepak Kemenyan /

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Menyeru Cik Siti di Felda Taib Andak”

  1. Si Suara : Engkau orang semua balik sekarang ke rumah sebelum besi ni hinggap di dahi!

    😅😂😂😂😂😂😂 mengong ah budak2 ni..

    Reply

Leave a Comment