Merentas Desa

Assalamualaikum pembaca FS. Aku jadi pembaca tegar FS lepas baca kisah “Di Setiap Penjuru Bilik” dan aku mula baca kisah-kisah lain bila aku ada masa lapang. Terima Kasih Admin, jika cerita aku ni di publish. Bila baca banyak kisah-kisah seram, aku rasa nak kongsi pengalaman seram aku juga. Aku gelarkan diri aku “QQ” Mungkin akan ada lagi kisah yang aku nak kongsi bersama pembaca di lain masa.

Peristiwa ni berlaku waktu aku Tingkatan 3. Setiap petang sebelum hari Merentas Desa, Sekolah aku akan buat latihan. Trek untuk merentas desa tu akan lalu hutan, kawasan perumahan lama dan tempat-tempat terbiar. Masa latihan, aku tak pandang tempat lain, aku nak habiskan larian, balik rumah, rehat. Satu hari ni, aku balik dari latihan, penat sangat.. aku tertidur. Waktu tu dah nak dekat maghrib, ingatkan nak baring kejap tapi tertidur pulak. Aku buka mata, tapi tak boleh bangun. Kali pertama kena tindih, memang tak tahu nak buat apa, cuak la juga. Kemudian aku teringat cerita cikgu sejarah aku, dulu dia masuk hutan bagai kena tindih.. cepat-cepatlah ingat kat Tuhan.

Bacalah apa-apa yang patut. Tapi dia kata, nanti susah nak sebut ayat Quran tu semua sebab ‘benda’ tu cuba tahan lidah kita. Aku pun cuba la sebut “Allahu akhbar”, nak pastikan betul kena tindih dengan “benda” ataupun kena istilah “sleep paralysis” yang orang asyik share kat Fb tu hehe. Aku cuba, tak lepas pun nak sebut, “All….” Memang payah. Aku cuba banyak kali baru boleh sebut. Kemudian aku terbangun dan badan aku ni peluh teruk.

Selang beberapa hari, latihan lagi. Nak tak nak kena pergi lah. Dulu budak baik, tak tau istilah “fly” haha, ok sambung cerita. Lepas habis latihan, aku balik dan.. ya aku tertidur lagi. Petang tu panas sangat, memang kepenatan yang teramat. Kali ni “benda” tu datang lagi. Tapi kali ni cara dia lain.
Aku mimpi tapi rasa macam benda tu betul-betul berlaku. Dalam mimpi tu, aku tidur biasa. Bukan meniarap, menyiring ke apa. Tiba-tiba, dari atas… ada tangan berkedut macam tangan orang tua yang tinggal tulang tu ada kat bahu aku. Perlahan-lahan dia cuba cekik aku. Aku meronta-ronta dan cuba baca ayat Kursi, kali ni dia angkat dan hempap aku ke pintu. Aku cuma perasan tangan dia ja.

Aku cuba baca kuat-kuat segala ayat yang aku tahu. Lepas tu aku sedar, aku atas katil tapi berpeluh dan rasa sakit dan lenguh. Aku fikir bilik aku tu yang ada masalah kot, aku pun tidur kat bilik abang aku. Abang aku belajar kat kolej masa tu, maka bilik dia, aku yang punya hahaha. Latihan lagi, kali ni aku tak tertidur petang dah. Tahan mata dari tidur, serik dah kena ganggu. Tapi aku tidur awal pula malam tu. Kali ni aku bukan kena tindih, tapi dia muncul dalam mimpi dan main terapung-apung pula dengan aku.

Kisah mimpi tu, aku tengah kongsi mee goreng dengan kawan aku, bila aku punya giliran nak makan, mee tu jadi cacing. Aku terkejut, memang mangkuk tu terlingkup lah. Tak lama lepas tu, ada makhluk ni. Kecik je tapi kepala dia, kepala kambing besar. Aku tak ingat apa dia cakap, tapi aku dah bengang kena ganggu, aku cakap, “Pergi kau dari Sini!”. Aku bangun, “benda” tu keluar dari aku bersama dengan asap hitam. Dia terapung masuk siling bilik tu. Aku risau benda tu muncul lagi, aku keluar bilik, lepak kat ruang tamu dengan ahli keluarga yang lain, tengok movie.

Abang aku rasanya selalu juga kena kacau. Tetiba dia akan terbangun dengan mata merah dan dia terus istighfar. Pernah juga abang aku cuba minta mak ayah aku bawa dia pergi cuba perubatan tradisional (dia cuba maksudkan perubatan Islam haha). Tapi mak ayah aku kata, karutlah. Buang duit. (dia fikir perubatan traditional tu yang jumpa bomoh kot sebab tu kata karut bagai). Hari Merentas desa, takde benda pelik pun berlaku. Tapi aku perasan yang lepas tu, latihan merentas desa diawalkan dan Merentas Desa dibuat pada waktu pagi. Mungkin tak mahu pelajar kepenatan sangat kot.

Masa tengah lepak dengan kawan masa bulan Ramadan, semua buka cerita-cerita seram yang berlaku kat kawasan sekitar sekolah. Bulan ni la semua berani nak buka cerita, “setan kena rantai” tapi ada je member aku yg hysteria bulan ni. Entahlah, abaikan haha. Kan aku cakap yang trek merentas desa tu kena lalu kawasan hutan bagai, kawan aku cerita yang masa abang dia lalu situ naik motor waktu malam, ada “benda” kain putih bergayut kat tiang elektrik tepi jalan tu dan bila abang dia lalu, benda tu ikut.

Tu lah kisah aku masa merentas desa. Kepada adik-adik yang akan merentas desa tak lama lagi, jaga kebersihan, sentiasa baca ayat Kursi dan jangan tidur petang nak dekat maghrib.
Terma kasih kerana sudi membaca kisah aku. Maaf kalau membosankan huhu.

QQ

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
QQ

4 thoughts on “Merentas Desa”

  1. Hashtag #merentasdesa …

    Tapilah kaaannn…
    Tdo ptg asar-maghrib ni die punye lesuuuuu tu mmg lain mcm sket…
    Kdg tu bgn dgn rase yg sgt x bermaya mcm penaaattt sesgt…
    Kdg bgn dgn keadaan dedar mcm demam…
    Kdg bgn dgn rase lalok ckp pn x tentu butir…
    Kdg bgn tu die punye moody smpi ke tgh mlm x abis2…
    Sbb tu dlm islam tdo lps asar ni mmg sgt x digalakkan…
    Wallahualam…

    Reply
  2. bulan puasa yang kena rantai syaitan dan iblis jer… jin tak kena rantai pun sbb dikalangan jin, ada yg muslim dan non muslim… seperti manusia, jin juga tak dapat melihat syaitan dan iblis kerana dimensi dunia ghaib mereka yang berbeza tetapi makhluk jin lebih mudah terdedah dengan hasutan syaitan dan iblis kerana tidak seperti manusia, mereka tidak dikurniakan akal. Jadi, jangan hairan dan tertanya-tanya mengapa bulan puasa pun ada orang histeria… ada orang mengamuk… ada orang disihir… ada orang mencuri… mmg kelebihan makhluk ghaib ni mereka mampu meniupkan bisikan kejahatan dan sihir… sbb itu manusia diberikan kelebihan akal dan iman untuk mempertahankan diri…

    Reply
    • Terima kasih dawsa, bnyk info y bergune! Baru tahu tntng syaitan dan jin tu, maklumlah aku ni jahil skit bab ni, dan sdg mncari ilmu.

      Pattla.. dulu cikgu tisyen aku kna kacau dgn polong kat dpan rmh dia wlpn bln puasa masa tu. Ada org ‘buat’ dia dan keluarga, btul2 lpas org kat surau hbis terawih bnda tu dtg kt rmh dia..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.