Salam pembaca fiksyen shasha. Terima kasih jika story ni dipublishkan. Saya uteh.
Let the story begin
Mak saudara ( mak jah) aku merupakan isteri kepada polis yang tinggal di kuarters penjara. Kawasannya berdekatan di ladang kelapa sawit dan agak terpencil dari kawasan bandar.
Masa mula-mula dia berpindah ke situ. Biasalah orang baru. Apa sangatlah yang dia tahu tentang batas yang perlu dijaga. Jadi pada siang harinya dia dan keluarga memulakan aktiviti untuk mengemaskan rumah. Anak-anak dia memunggahkan barang ke dalam stor. Bergurau-gurau, gelak sakan tak ingat dunia, terjerit2 sini sana dan akhirnya. Berakhirlah siang hari dan malam pun tiba.
Tengah diorang dok syok layan tv kat ruang tamu. Segala bunyi yang pernah mereka buat di bilik stor seolah-olah diulang tayang. Bunyi bergurau, bunyi barang diangkat, bunyi ketawa persis dengan bunyi yang diorang buat pada siang tadi. Tak ada siapa pun yang berani pergi tengok. Jadi bunyi tu dibiarkan terus misteri tanpa tahu siapa gerangan yang melakukannya. Bunyi2an tu salam perkenalan pertama diorang.
Pada hari seterusnya, adalah sorang kawan anak mak jah datang ke rumah. Duduk kat situ sampai ke malam. Niat nak bermalam sehari. Masa tu dia duduk dalam bilik dengan anak mak jah. Bila orang lain tengah tidur dia dok layan games kat laptop dengan mengadap tingkap yang dibiarkan terbuka nak ambil angin malamlah kononnya. Tengah dok best2 layan games tiba2 rasa macam ade sesuatu yang datang bertenggek kat tingkap. Pandang je atas ade satu makhluk menyerupai mawas berwarna hitam tengah memandang tepat kearah dia. Dahla tu siap tegur lagi. “Uit, kau tengah buat apa tu ? Tak tidur lagi ke !” Apa lagi pengsan la budak tu sampai pagi. Kalau aku pom pengsan kene tegur dengan monyet. ?
Mak jah cerita pernah sekali jiran dia meludah ke luar tingkap. Tapi terludah atas benda tu. Yelah, kita bukan nampak dia kan. Natang tu lempang dia sampai senget mulut, cakap pom jadi tak berapa betul. Tapi sekarang dah hampir pulih. Mak jah pulak pernah kene terkam kat bahu sebab masa tu dia ke dapur dan benda tu terkejut dia tiba2 datang. Sampai sekarang masih sakit dan masih berubat. Tapi Alhamdulliah dah makin pulih. Biasalah kawasan hutan yang dijadikan kuarters kan. Tempat dia. Hehe -The End-
Ps: Berdasarkan real story yang saya olah semula, nama dan fakta ada sikit saya ubah.
Kalau ade sy tersalah eje maaf la. Maroh beno kite saloh eje “pun” jadi “pom” ye. Nok wak gane kito made in pata timo….. ?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
i give 2.5/5 <3
Amboih nk brmarkah2 bagai. Baca chill sdh lah
PENDEK BERBENOR.. HAHAHA BARU STAR DAH HABIS
Hahahah kelakar la pulak “hantu” tu .. cerita awk paling pendek yg saya pernah baca .hahahh walaupun pendek tapi best