#Ratna – The Final: Bersahabat dengan Kerabat Bunian

Assalamualaikum

Aku baru tahu yang entri aku sebelum ini dijadikan bahan yang dikupas untuk mencari sisi-sisi kebohongan/khayalan. Tapi tak apa. Entri kali ini bukanlah untuk argue dengan yang bijak pandai. Aku pun memang banyak tak tahu hal-hal bunian. Berbanding dengan yang mengupas, nampaknya ilmu aku tentang bunian ini memang jauh ketinggalan.

Umur.
Katanya, umur tak ada yang terlajak muda. Aku ada mention dari first entri, kami membesar bersama. Aku, Laksamana Adi dan anakanda berenam memang membesar bersama. Memang kami ada zaman kanak-kanak dan Laksamana Adi sebelum ni budak-budak biasa je. Aku kenal dia bukan dia dah jadi Laksamana. Kanda Sukma bukanlah ketua perang, dia perancang dan jarang sekali pun merancang. Bukan ada peperangan besar-besaran pun. Memang diorang tak pernah mention umur tapi diorang pernah beritahu gap umur. ‘Aku setahun tua daripada kau. Aku sebaya kau. Aku empat tahun tua daripada kau.’ Macam tu lah. So aku berpegang pada gap umur yang diorang cakap ni. Aku tak perasan mana-mana perubahan masa dan sebagainya. Tahun demi tahun, ia seiring dengan aku. Kalau ada yang boleh jawabkan, apakah jenis perubahan masa yang berbeza antara manusia dan bunian? Adakah mereka terlebih dahulu wujud berbanding manusia?

Binaan Istana Asahan.
Aku cuma cerita kegunaan utama setiap tingkat. Aku tak bolehlah cerita semua, itu pun dah kira detail. Binaannya, sangat rumit dan memang aku tak reti nak describe, ada akses-akses tertentu. Tentang simpanan senjata kat tingkat tujuh tu, aku pun tak pernah kaji kenapa ia terletak di situ. Mungkin sebab bilik Laksamana Kerajaan kat tingkat enam? Wallahualam.

Senjata.
Aku memilih untuk mention lela dan rentaka sebab itu mudah untuk pembaca google. Boleh nampak gambaran sebenar senjata api diorang. Boleh je nak sebut meriam kecil boleh pusing-pusing dan meriam lebih kecil berfungsi seperti senapang. Nama biasanya merujuk kepada ukiran yang ada pada senjata tersebut. Lagipun, memang itu senjata yang diorang pakai, aku nak cakap macam mana pula? Kalau senjata, adakah semua bunian menggunakan senjata yang sama? Atau berlainan mengikut masyarakatnya? Biasanya, mereka menggunakan senjata apa? Apakah senjata yang paling basic mereka gunakan?

Pemakanan.
Dari kecil aku menghadap cara makan diorang macam tu. Selalu ikut arahan ayahanda, lama-lama Kanda Kirana take over. Semua menu memang Kanda Kirana yang atur. Aku tak cakap diorang makan ikut hadis sahih ke tak. Tapi memang macam tu cara makan diorang. Diorang memang tak makan ikan, ayam, daging hari-hari. Memang jarang pun. Tapi kalau diorang makan, satu-satu lauk sahaja. Kalau ikan, ikanlah. Kalau daging, daginglah. Tak ada campur-campur. Adakah pemakanan semua bunian adalah sama? Adakah mereka tidak ada kaum-kaum yang punya makanan tradisi sendiri?

Rupa.
Tak adalah aku nak gambarkan rupa Laksamana Adi ni macam pelakon Korea ke ape. Macam jauh kalau nak cakap muka dia macam pelakon Korea, lain sangat. Cuma rupa kerabat yang aku kenal ni memang gitulah. Mata sepet sikit je. Yelah mata Melayu kan kebanyakannya tak sepet. Kening tebal, hidung mancung itulah rupa kerabat dan masyarakat di situ. Diorang tinggi-tinggi dan putih yang lain macam. Bunian kan pelbagai rupa, tapi ini fokuskan kepada diorang yang aku kenal ni ha. Aku pun tak jumpa ramai bunian lawa-lawa, makhluk pelik banyaklah.

Memerangi jin/bunian kafir/jahat.
Sebab, yang jahat-jahat ni selalu buat kerosakan. Itu yang aku sebut ‘memerangi’. Bukanlah memerangi untuk luaskan jajahan, rampasan wilayah. Tak ada pun. Mana-mana bunian/jin jahat yang merosakkan tempat diorang, diorang tentang habis-habisan. Adakah semua kaum bunian mempunyai sistem pertahanan sendiri? Biasanya, apakah fungsi sistem pertahanan mereka? Bagaimana reaksi mereka bila berhadapan dengan bunian/jin yang jahat/kafir?

Pengalaman.
Ini apa yang aku lalui. Kalau tak boleh terima, janganlah membuat sesuatu kenyataan berunsur fitnah. Adakah pengalaman bertemu bunian ini sama? Corak masa, masyarakat, dan aktiviti mereka yang sama? Apakah ada kesahihan tentang persamaan itu? Kalaulah cerita aku ni lain, adakah yang aku jumpa tu bukan bunian?

Masa.
Aku nak jumpa diorang memang melalui tidur. Kalau diorang nak jumpa aku, bila-bila masa je. Masa pun sama je. Kalau aku tidur siang, aku jumpa diorang time siang dan sebaliknya. Sebab tu aku tak pernah perasan kalau-kalau ada perubahan masa. Semua nampak sama. Yang masuk melalui jasad dan roh, ada perubahan masa tak? Macam mana caranya? Ada kebarangkalian untuk sesat tak? Macam lagi power jek yang boleh masuk dengan jasad dan roh ni.

Siapa sebelah awak tu?
Hahaha. Ya Allah, yang ini pun jadi isu jugak. Yang ini aku melawak jek. Tak adanya Laksamana Adi nak jenguk ke, nak jengah ke, nak muncul depan orang yang kecam aku. Ini ayat biasa nak usik-usik pembaca, padahal tak ada pun. Kesian aku tau, guna ayat ni pun ada orang marah. Hahaha.

Anak dan suami.
Anak aku, aku yang jaga, aku yang hadap. Sampai aku sembang dengan anak aku pun, nak pertikaikan. Suami pula, aku dah bagitahu sebelum kahwin lagi. Alhamdulillah, dia terima.

Sebenarnya, banyak lagi perkara aku nak tanya. Soalan yang aku utarakan tu, kalau ada yang sudi jawab, jawab ya. Aku betul-betul nak tahu. Dan entri aku sebelum-sebelum ni bukanlah nak mengejar fame dan sebagainya. Nak popular pun, siapa je kenal aku? Aku share untuk cari orang-orang yang berhubung dengan bunian. Nak tahu, macam mana pula cerita mereka. Tapi tak sangka pula ada yang membuat kesimpulan yang aku berbohong. Bohong untuk apa pun aku tak pasti? Aku sampai konfius, kalau pengalaman bertemu bunian ni kena sama semuanya ke macam mana? Kalau lain, terus dicop bohong? Atau memang ada kelompok yang buat pengesahan bohong/betulnya pengalaman seseorang bertemu bunian? Entah aku pun tak tahu. Ini perkongsian terakhir tentang kerabat bunian tu. Serius, ini betul-betul yang terakhir tau. Lepas ni aku takkan respons apa-apa berkenaan bunian ni. Tak ada kepentingan pun. Aku tak boleh menolak dan yang membuat kupasan tak boleh terima, ia akan kekal begitu. Kalau aku share pun, aku share pengalaman aku terjumpa dengan benda-benda lain dan aku terfikir, kenapa sampai sekarang entri pertama aku sebelum cerita fasal kerabat ni tak disiarkan, sedangkan tak ada pun feedback reject pun dari FS. Yang itu bukan fasal bunian, itu fasal aku jumpa hantu perempuan. Hihi.

Terima kasih kerana membaca. Aku terima apa sahaja kupasan, pendapat, komen, kecaman dan sebagainya. Aku tidak minta untuk dipercayai dan tidak dapat menerima tuduhan berbohong tu. Tapi siapalah aku untuk puaskan hati semua orang. Aku cuma cerita apa yang aku lalui dan aku percaya, pengalaman setiap orang berbeza.

Pssss, siapa sebelah awak tu?? Haha, gurau je..

Rat
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

52 comments

  1. Lepas ni, jika ada soalan dari orang2 yang terlalu banyak tanya. Konon2 nak membuktikan kesahihan cerita bunian or bunian.
    Biarkan soalan tu dengan persoalan balik. Percaya or x percaya..terpulang pada diri masing2.. baca dan jaga lidah. Jangan jadi yahudi, terlalu banyak bertanya..

    1. Malu bertanya sesat jalan..
      Sahabat Nabi pun banyak bertanya jika mereka tidak tahu..
      Pandangan saya jeerr…

  2. Kadang² ada soalan yg tak patut kita tanya .. Jadi aku tak faham dengan puak² yg suka menghukum . Baca sudahla untuk knowledge and fun . lex² sudah

    1. Kalau apa yang disampaikan tu salah. Tak kanlah orang nak ambil sebagai knowledge cik iman. Bahaya tu. Jadi baik kaji dulu. Kan…

  3. Tak kena batang hidung sendiri memang susah nak percaya, itulah lumrah manusia. Mempertikaikan cerita dari ambil tahu informasi pun menjadi kegemaran orang2 kita. Terima kasih #Ratna kerana berkongsi cerita untuk kisah terakhir ini.

  4. Dah orang nak pertikai pun kenapanya?
    Orang nak tahu kesahihan cerita ko..
    Ko jangan memain berbual pasal alam ghaib ni..

    Ko ok la pernah jumpa. Orang yg tak pernah jumpa ni nanti yang taksub…yeeerr kee idok?

    Mental jangan cepat koyak diknon oi…
    ahhahahaha

  5. Ramai lagi penulis lain kena kecam dik..
    Kena tuduh macam-macam..
    Tapi hakak tengok diorang rilek je..
    Takde nak post lawan balik segala kecaman orang
    Biar je.. Lain orang lain pandangan dik..
    Hmm…
    Okaylah bye.

    1. dia tulis cite bunian salah, dia nak explain salah, aduh melayu sgt laa perangai tuu.. baca diam diam sudah laa.. tak habis nak kondem org. puasa puasa jga adab

    2. Sama jugak la kak. Pandangan adik ni lain dari pandangan akak. So dia nak post lawan balik la. Kalau akak tak suka, akak buat lek je. Kata pandangan masing masingkan, haha.

  6. Alaaaa, lek2 la. mungkin penulis nak bagi clear sambil nak tahu lebih lagi. Ade le sebabnye tu. Udah-udah le tu.

    1. Yup. aku pun nampak yg penulis nak bagi clear. pengalaman dia kan, dia yg lalui. pengalaman pun lain-lain. tak caya sudahla. tak ada sapa pun nak paksa. chill, ramadan ni. admin siarkanla post hantu perempuan tu. nak baca.

  7. bohong atau tak, aku suka, aku enjoy baca cerita Ratna
    dan aku teringin nak jumpa bunian
    tapi tentu mereka tak nak jumpa dengan aku
    sebab aku tau siapa mereka yang sebenarnya…

  8. biasalah tu yg suka kecam2 ni jelous kut ..xpelah ratna best apa ada pengalaman lain dari yang lain mungkin ini adalah kelebihan yg Allah kurniakan pada awak.
    bagi membuktikan adanya mahkluk lain selain manusia..ala lepas ni rindulah nak baca entri ratna..xpelah kirim salam kat laksamana adi ya.

    1. Tidak betul. Ada yg kata itu adalah petikan hadis, namun tidak ditemui sama ada hadis sahih, hassan mahupun dhaif. Mgkn itu hanyalah kata2 dari org melayu lama..

      Allah telah menegaskan bahawa ada beberapa jin yang beriman dan mendengar Al-Quran dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sehingga mereka juga adalah sahabat dan orang-orang pilihan.” [Imam Ibnu Hazm – al-Muhalla bil atsar, 9:365]

      Adilkah kita untuk menyatakan bhw sahabat nabi dr kalangan jin adalah sama dgn sejahat2 manusia?

      Namun ini bkn sandaran utk kita bersahabat dgn jin.

  9. You owe no explanations at all, you are the writer, you owned the story. ☺️ Whether people believe it or not, that’s their problem. Nothing is impossible eh. Dont have to be an apologetic person for ‘kaki kecam’.

  10. Suka dgn cite ratna. Ak perasan ada yg suka kecam dan seolah2 dialah yg serba tahu.heyy pengalaman masing2 kan,xkan nak sama je pulak.btw keep on writing ya sis.

  11. Lbih kurang la dgn crita kt beetalk..tp crita dy pasai 7puteri,jebat (kucing di dunia,rimau di sana) dan atok yg gatal tu..menyet2 bhsa dy..hahaa..mmg xleh lupa crita tu..best..kita kna pcaya jgk sbb kt dunia ni bkn kita jaa yg hdup kn..

  12. jin dan manusia ada masuk syurga , so mesti ada jin yg baikkan, macam manusia ada mukmin dan kafir, tak semua manusia baik, utk ratna keep it up, jgn peduli…..t. kasih kerna berkongsi maklumat.

  13. Kalau pun cerita ni betul..
    Harap penulis jangan terlalu taksub berkawan dengan Jin.
    Allah dah larang dalam Al-Quran.
    Nabi dah pesan..

    Harap ambil langkah berjaga-jaga

  14. Klu yg x percaya tu,anggapla crita novel… Sekian… :’) .. Ni pn nk jd isu,then ada yg reply , ni pasal iman etc … Tahniahhh

  15. bagaimana jika saya ingin melihat di alam sana seperti mana puan. atau hanya org2 terpilih sahaja yang dapat melihat nya.

    1. orang yang terpilih ni biasanya dia kuat dalaman , tak lemah semangat, even dia rasa dia tak kuat tp kalau dah Allah SWT izinkan maknanya DIA lebih mengetahui (ciri ciri org yg DIA uji) …

  16. YANG COMMENT NEGATIVE PAJANG LEBAR SAMPAI 3 4 PERENGGAN DKT POST SEBELUM NI PERGI MANA? siap nak huraikan dan sah kan si ratna ni berbohong. kalau dia berbohong, biarkan. kau pergi baca post lain. jangan nampak kan sangat perangai melayu tu. ratna cuma kongsikan kisah dia. betul tk betul belakang kira. yang kau gi kira dkt depan dh kenapa. hati jangan busuk sangat, bau sampai sini. warga FS bukan budak 5 6 tahun yg kau kena explain konon cerita ni tak betul. warga FS ada akal fikiran biar diorng fikir sendiri. yang kau nak susah2 kan diri fikir utk diorng dh kenapa? banyak sangat waktu terluang kau? pantang betul aku dengan orang yg sentiasa rasa diri dia betul ni. Nauzubillah.

  17. saya ada pengalaman pasal bunian ni…pernah juga terbuka.hijab sekejap.tapi.tutup balik sebab tak.berani.nak.hadap benda tu hari2 …setakat dengar bunyi biasa sajalah…tapi pengalaman saya jumpa bunian macam org biasa juga tapi takda istana pengawal agak nya saya nampak tu bunian kampung kot …rumah pun rumah kayu ….best baca cerita ni benar atau tak dr segi pendapat saya. benar lah sebab dah pernah nmpk ……

  18. susah kalau manusia nie ilmu cetek….nie pon suatu ilmu…baca dan ambil perhatian…sbb alam nie bukan ada manusia saje…bingai tu letak tmpat lain erk!

  19. BEST jugak cite akak ni… saye pun nak tahu dan nak kaji lagi bab bab bunian ni… insyallah kalau ada jodoh di pertumakan suatu hari nanti… request more stories dari akak boleh?? teruskan lah berkarya jangan pernah berhenti ya kak… saya percaya dengan cerita akak ni..sebab saya pernah rasa apabila benda tu ade ke tidak.. betul laa kalau boleh tak nak di buka hijab ni..tapi akak beruntung sebab diberikan kebolehan seperti ini…harap-harap nanti akak boleh kongsi citer lah yee… teruskan lagi berkarya yee kak saye sokong!! saya kasi 5 BINTANG untuk akak…

  20. Allah..baru je makcik bkenalan gan page ni dan baca semua cite Ratna.
    Meskipun makcik hijab tebal dan rasa pun m**i, (maknanya kalu org atleast ada 6th sense ,makcik pulak blur+logic thinking) namun makcik mmg percaya 100% benda2 gini..ia lah dah nabi kata ada, maka adalah..err keadaan ni makcik anggap rezeki..xingin makcik ada pgalaman mcm y lain..bukan brani pun.

    Harap ‘rajuk’ ratna berakhir dan bersemangat menulis lagi.

    Makcik cuma nak tau kalau ada pembaca y ada pgalaman sama @ratna nk tolong bgtau..berkenaan sesetengah orang jumpa bunian y hidup bak ‘pada zaman dahulu’…tapi sesetengah org pulak jumpa bunian y moden, siap ada kete bagai..malah lebih moden lagi..kete terbang…jadi, depa 2 zaman ni tak pernah bertbung ke? dari 2 dimensi y lain2 kah..?atau lain kaum ke?

    Ini makcik pening memikio..
    subhanallah..betapa luas agungnya ilmu Allah..

  21. aq suka cerita akk ni…dulu aq pena mimpi aq kt satu kampung yg sebijik mcm kmpung aq, cuma berasap sikit..xpasti lh tu kabus ke or asap org bakar sampah..hahahha…aq menumpang kt umh sorg makcik tp lme2 mkcik tu mcm xnk je aq ddk kt situ lg…aq pn kemas brg2 aq n nk balik kampung aq sendiri…wktu kt luar pagar umh mkcik tu, rmai org yg dtg dgn muka sdih sbb tau aq nk kuar dr kg tu…n ad lh sorg laki ni ckp “ko nak tinggalkn aq ke?” sambil dia nanges…aq pn ckp lh yg aq nk balik kampung aq, n sblm aq p tu, dia ckp mcm ni ” mesti ko xnk jumpa kami lg kn kt sini…”…lps tu aq sedar dr mimpi n tau2 mata dh basah sbb nanges…lama dh mimpi tu, n sampai skng aq masih ingt rupa laki tu…huhu….

  22. Assalamualaikum puan..rasa nk sangat jumpa puan..saya pun ada kisah yang hampir sama dengan puan..berinteraksi dengan bunian..malahan saya lebih jauh tersasar dari pengalaman puan..boleh tak puan beritahu saya bagaiman cara untuk saya hubungi puan?

  23. Assalamualaikum,
    Sy nk beri pendapat sy kat sini, wpun xdiminta. Sy xrs ratna berbohong. Sy pasti dia bercerita hal yg benar. Sblm sy baca post2nya ni,suami sy pnah bercerita psl istana asahan tu.terkejut sy bila baca post ratna ni. Sy br tjumpa post nya kelmarin.mmg btol ad sptmn yg ratna bgtau.cuma suami kata mmg rumit nk explain.sbb senibinanya besar,berdiri teguh n unik. Ayahanda tu pun suami sy pernah jumpa.

    Kat tmpt asal suami ni,mmg ad pkampungn bunian.kat sini ad pantai n ad bukit.rsnya sape2 yg dtg belajar or keja sini mmg tahu psl ni.pddk asal apatah lg kn. xjd pelik pn ramai insan2 tpilih kt sini yg dpt msk ke alam sana.lgpn mmg ad surau yg mmg sll dikunjungi org halus ni kt sini. Sms ank sedara suami sy ‘diambil’ org sana,ad 2org yg dtg rumh mertua minta diberikan nama. Mertua nmpk ng mata kasar,orgnya berjubah putih janggut smp ke dada,cuping telinga tajam sikit ke ats. Dia bgtau kalu nk jumpa dia,dia ad di surau sekian nama.lps diberi nama n pesanan sikit skelip mata trus hilang. Pakcik tu ad bgtau cucu yg diambil tu ad dgn keluarga bangsawan ni n dipanggil nama puteri.

    Suami sy di alam sana pangkatnya di level mcm panglima. Ad pakaian rasmi spt pendekar. ‘Guardian’ katanya. Suami bgtau,setiap org yg dpt msk alam sana akn alami pengalaman yg bbeza sesuai dgn kedudukan masing2. Sll bila ke sana,pakaiannya spt biasa je.xpakai pn pakaian rasminya tu. Suami sy ni anak sedaranya diambil sbg ank angkat golongn bangsawan jd dia n ank sedara sorng lg dpt access utk msk. Sama mcm kwn kt tmpt kerjanya. Adikberadiknya semua bole msk. Ini krn kembar ibunya yg diambil. So adikberadiknya semua dpt access utk msk. Yg diorg ni kire otai n di level lbh tinggi. Smp tahap bila berada di alam sana bole tolak brg kita di alam ni,brg tu kita bole nmpk tjatuh sndr di alam kita ni.
    Pengalaman masing2 mmg unik.suami sy ke alam sana jg mll mimpi.sllnya kalu siang lps asar.kalu mlm xkire ms.dia akn rs mengantuk sgt bila ad panggilan dr sblh sana. Kakinya pn kulit dh jd tebal mcm org byk bjalan.kalau ‘ke sana’ jgn la pandai2 kejutkn dia.ad 1 ketika, suami tbangun dlm keadaan mcm org lemas,xcukup nafas tgn tgapai2 sbb dikejutkn oleh kwnnya.(oye,husb sy kerja di laut). Byk jumpa makhluk2 yg buruk,jahat,baik,islam,penjaga sst tmpt dll. Dh dkt 10thn dh dia dpt kebolehan utk merawat dr org sana. Dgn izin Allah. Dia jg dihadiahi pedang (bcahaya) n senjata lain utk merawat n memerangi makhluk yg jht.
    Mmg ssh nk fhmkn org lain psl perkara ni.tp kalu org dh biasa dgr n alami sndr insyaAllah bole fhm.
    Cuma nasihat sy jgn ikut logik fikiran kita sgt.nnt xdpt terima ilmu n keberadaan dunia yg selain kita.

      1. ratna nk tanya la..baru2 ni kwn saya ada ckp yg saya dijaga oleh puteri bunian..saya tak nampak tapi saya dapat rasa kehadiran beliau..rasa sejuk dingin yg mendamaikan..betul ke kalo rasa mcmtu mmg didatangi bunian?

        kata kawan saya,bunian ni baik n dia Islam..dia hanya jaga dan perhatikan saya je drp serangan mistik..wallhuallam.sampai saya taip ni pun rasa dia disebelah saya..boleh ratna ceritakan kenapa seseorang tu didatangi bunian?apa sebab ek?tertanya2..terima kasih ratna 🙂

    1. Perghh power ✊✊
      Memang betul jugaklah cakapa makcik/kakak (saya baru 14 tahun) nothing is impossible. Adik sy sikit lagi nak kena asuh oleh puteri bunian kt brunei. Yg datang penjaga puteri bunian untuk bercakap dengan bapak sy ttg hajat puteri bunian tersebut. Puteri tu cakap kami akan dapat harta qarun yg ade kt rumah tu tapi bapak sy tak setuju. Itulah ceritanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.