Milik Siapa?

Assalamualaikum para pembaca. Kejadian yang hendak aku ceritakan ini berlaku kira-kira beberapa tahun yang lalu. Pada ketika itu aku masih menuntut di sebuah sekolah berasrama.

Pada hari itu, sekolah kami ada mengadakan acara sukan tahunan. Maka bersukanlah kami dengan penuh semangat sehingga acara habis kira-kira jam 1 tengahari. Setelah segalanya selesai, kami beransur pulang ke blok asrama masing-masing. Blok asrama aku adalah blok paling hujung dan sangat hampir dengan kebun getah. Sudahlah blok asrama pelajar perempuan, diletaknya pula di kawasan seperti itu. Kalau pada waktu malam, memang agak seram hendak pulang ke blok asrama kerana kawasan sekeliling memang sunyi. Tambahan pula, di bahagian depan blok asrama pula ada beberapa rumah warden yang sudah lama terbiar tidak berpenghuni.

Aku yang sudah berpeluh, ditambah pula dengan pakaian yang kotor akibat duduk di atas rumput padang tadi segera pula ke blok asrama untuk mandi dan berehat. Setelah membersihkan diri, aku tertidur sehingga jam menunjukkan pukul 6:30 petang. Aku segera bangun dan bersiap untuk pergi makan, sekaligus menunaikan solat di masjid. Itu adalah peraturan di asrama ini. Semua pelajar wajib solat maghrib dan isyak berjemaah di masjid. Setelah bersiap dan hendak keluar dari bilik, aku menuju ke bahagian shower untuk melihat muka di cermin. Pada ketika itu, cuma aku seorang sahaja yang masih berada di bilik. Untuk pengetahuan semua, shower dan tandas di blok asrama aku bukanlah di bahagian hujung blok seperti di asrama-asrama lain. Di asrama aku, terdapat shower dan tandas yang menghubungkan diantara 2 buah bilik atau dorm.

Sedang aku ralit membetulkan tudung, tiba-tiba aku terpijak sesuatu yang basah. Aku segera menoleh dan serta-merta aku terperanjat. Rupa-rupanya aku terpijak satu tuala wanita yang masih berdarah seperti belum dicuci. Aku segera membasuh kaki aku. Dalam hati berbakul-bakul jugalah carutan yang keluar pada si pemilik tuala wanita tidak bercuci itu. Aku mahu tolong mencuci tuala wanita tersebut, memandangkan tidak elok sekiranya dibiarkan. Tambahan pula hari sudah menhampiri maghrib  namun, aku sudah lewat. Sekiranya aku masih berlengah, maka aku akan dikunci di dalam blok ini. Maka, aku biarkan sahaja tuala wanita tersebut.

Aku pulang semula ke blok pada jam 10.30 malam. Seperti biasa, aku orang pertama yang sampai di bilik. Setelah meletakkan barang-barang, segera aku pergi ke bahagian shower tadi untuk membasuh tuala wanita tadi. Alangkah terkejutnya aku, kerana tuala wanita tersebut sudah hancur seperti dicarik-carik. Bertaburan kapas yang masih berdarah di sekeliling shower. Serta-merta bulu roma aku meremang. Aku merasakan seperti ada sepasang mata yang sedang memerhatikan aku. Tanpa berlengah, aku berlari ke bilik kawan aku. Kawan aku ni memang berani orangnya. Sebaik sahaja aku menunjukkan tuala wanita tersebut, terus dia mengutip dengan plastik dan segera dia mencucinya.

Tiada siapa yang tahu tentang tuala wanita tersebut melainkan kami berdua. Sewaktu jam menunjukkan jam 11.00 malam, kami serta semua penghuni blok ini diwajibkan bertadarus di surau blok asrama. Ketika tadarus berlangsung, seorang daripada kami tiba-tiba menjerit dan menangis. Dia menunjukkan ke arah suatu sudut iaitu di kawasan mengambil wudhuk. Dia memberitahu bahawa dia ternampak ada ‘benda’ yang sedang mencangkung di situ dan ‘benda’ itu merenung kearahnya. Kami yang sedang bertadarus ini segera memperkuatkan bacaan. Sebenarnya memang meremang juga ketika dapat tahu perihal ‘benda’ itu berada dengan kami pada ketika itu.

Setelah selesai bertadarus, kami disuruh pulang ke bilik atau dorm masing-masing. Kami juga diminta untuk membaca surah-surah pelindung diri. Alhamdulillah kerana pada malam itu aku dapat tidur dengan lena. Namun tidak untuk beberapa orang penghuni yang lain. Ada diantara mereka yang terdengar bunyi orang berbisik ditelinga mereka, ada yang ternampak kelibat dan tidak kurang juga ada yang ditindih sewaktu tidur. Aku yang tahu akan perkara yang terjadi pada mereka tiba-tiba terpikirkan tentang tuala wanita yang aku jumpa tersebut.

Pada malam itu, setelah selesai menunaikan solat isyak di masjid, budak yang mampu melihat makhlus halus tersebut tiba-tiba merintih kesakitan. Dia memberitahu bahawa kakinya sakit seolah-olah ada sesuatu yang berpaut. Dia meminta kawan-kawannya membacakan surah yaasin untuknya. Memandangkan aku turut ada disitu, maka aku turut membacakan surah yaasin tersebut. Selesai membaca surah, tiba-tiba di berpesan sesuatu. Dia mengatakan bahawa di blok asrama kami ada sesuatu yang sedang menunggu dalam keadaan marah. ‘Benda’ itu marah kerana kami mengotorkan tempatnya.

Aku yang mendengar, dengan berat hati menceritakan perihal tuala wanita tersebut. Kami agak yakin bahawa tuala wanita yang tidak dicuci itulah yang menjadi punca ‘benda’ itu amat marah sekali. Kami segera pulang ke asrama dan mengarahkan para pelajar untuk segera ke surau. Kami memulakan bacaan tadarus berserta beberapa surah-surah yang lain. Kami juga berpesan kepada para pelajar untuk menjaga kebersihan. Hampir dua minggu jugalah kami tinggal di asrama dalam keadaan berwaspada. Rakan kami yang mampu melihat alam ghaib itu juga sering diganggu dalam tempoh 2 minggu tersebut. Kami bersyukur kerana akhirnya keadaan kembali seperti sediakala setelah 2 minggu. Cuma yang masih menjadi tanda tanya adalah berkenaan tuala wanita tersebut. Aku ada bertanya dengan penghuni bilik aku dan bilik sebelah memandangkan kami berkongsi tandas dan shower. Namun tiada yang uzur pada ketika itu. Jadi, tuala wanita siapakah itu?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

51 comments

    1. tahniah !

      tular tu mesti ada yg tk ngaku sbb takut,kalau asmara dlu banyak kes mcm nie sampai ustazah terpaksa psiko nk perah limau dekat tuala wanita yg tk bercuci lagi kalau ada yg buat report .

  1. time aku dekat hostel dulu asal jumpa tuala wanita yg dah digunakan tapi takde sape nak ngaku..memang senior-senior perah limau then bakar. Tu je cara nak bagi peringatan.

    1. kalau perah limau then bakar jadik apa?
      dulu selalu jugak dengar org cakap mcm tu.
      tapi kat asrama ahkak tada yg pengotor cam gini.

      1. jadi rentung.. baunye pulak busuk-hangit-hanyir… selalu senior2 yg buat tu dengan penuhkompiden cakap biar gatal2 owner tuala wanita tu.. sape suruh tak cuci & buang bersepah

        1. ee geli lak dgr. so far x pernah jumpa lagi yg mcm ni. dulu zaman kampus pun siap2 dh ada pesanan kat blok masing2 pad ke apa yg bkaitan cuci n bungkus elok2 sblm buang.

  2. AKU HARAP SEMUA PEREMPUAN AKAN SEDAR BENDA MACAM NI. SEBAB JIN MEMANG SUKA BENDA YANG KOTOR. SEBAB TU NABI MUHAMMAD S.A.W SUKA UNTUK JAGA KEBERSIHAN

    1. Ya,Betul!Pandai,Tergantung Sepi!?
      Menjaga kebersihan merupakan salah satu di antara sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
      Malah, dengan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W,kita juga akan memperolehi banyak kelebihan dan kebaikan serta dapat membaiki kerosakan. Pahala pun dapat!!
      Jadi,marilah kita bersama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam rutin seharian kita!☝️?

  3. Sanggup pulak dia nak cuci org lain punya benda tu. eee
    Peringatan kepada si pengotor, bila dah jadi sesuatu baru la nak sedar.

  4. aku pun nak pinjam rate kau delustar.. hahaha ekceli aku tak baca the whole story.. aku baca part “Jadi, tuala wanita siapakah itu?” so aku dah boleh agak cerita apa sebenarnya ni.. hahaha sebab aku budak hostel jadi dah biasa sangat dah hal-hal macam tu..

    maaf ye cik penulis.. teruskan hantar lagi cerita..

  5. Senang aje… Kalo ko malas nak basuh, ko tak payah jadi pompuan…. Sajat yg jantan tu pun nak berdarah, ko yg semulajadi berdarah pun malas…. Dua2 zuzake..huhuhuu

    1. marah bebeno bini hsan ni..hahahaha..lain kali kalo malas nak basuh letak dlm plastik simpan dlm loker sendri..jgn loker org lain plk..kakakakakaka..susake..huhuhu

      1. Bini hsan ni garang tauu… Huhuhuuu

        Xde arr wehh.. Aku geli + bengang kot bab2 macam ni.. Tggjwb sendiri kot… Semua da bole pikir… Ade ke pi tinggal, kat bilik org plak tu….
        Naruto sungguh.. Huhuhuu

        ni kalo dapat kat aku, aku perasap je.. Baru padan ngn muka… Huhuhuu

  6. Lain kali, jagalah kebersihan diri ya?
    Menjaga kebersihan diri kan sunnah Rasulullah S.A.W..☺️
    Pahala pun dapat!
    Jadi setiap kali kita menjaga kebersihan diri,setiap kali tu jugaklah kita akan dapat pahala!Beruntungkan kan kan!☝️?

  7. Kenapa Ustaz Azhar kate xpyh cuci pad tu? Dia kate jgn percaya perkara khurafat yg kononnye jd makanan jin tu. Pelik ni..ade sape2 leh tolong bagi pencerahan?

    1. Kebersihan memang dititikberat dalam Islam.D***h tu kan najis, kotor pula tu. Paling bagus cuci elok-elok lepastu buang. Jangam selit kat tempat lain. Sebab saya pernah dengar beberapa cerita orang kena histeria sebab tak cuci dan buang betul-betul pad tu.

  8. sape je nk ngaku tgal pad kotor mcm tu.

    kalau si empunya je yg kena kacau takpe la jugak, ni org lain terpalit sama.

    dah tu kalau dia sorg je kena, tetap nyusah ke org lain sb terpaksa plk berjemaah menjaga dia yg meracau2 ketakutan bagai.

    kata mana2 pun ramai je yg bsikap jenis “geli” nk basuh pad sendiri. dh tu takkannk suruh org lain plk basuh! choiiiiii sgt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.