Mimpi?

Mimpi?

Argghh! Serabut otak! Aku duduk di kerusi dapur sambil memandang peti sejuk dengan segelas air milo panas di tangan kanan ku. Lagakku seperti orang yang kemurungan. Kenapa jantung aku berdebar2 seolah2 aku baru sahaja melakukan kesalahan? Otak ku masih ligat memikirkan apakah maksud mimpi ku semalam sampai aku jadi begini hari ni.

Nama ku Hanna. Berumur 24 tahun dan berasal dari Sarawak. Memang sudah menjadi kebiasaan ku sebelum tidur aku akan menonton movie dahulu di laptop. Hari2 ku berjalan seperti biasa. Sehinggalah hari ini, jiwaku tak tenang. Di saat aku menulis kisah ini pun jantung ku masih berdebar2.

Throwback ke kisah semalam… hariku berjalan seperti biasa. Cumanya aku terlewat tidur dari biasa. Aku menonton movie korea di laptop dan jam menunjukkan pukul 3.26am. Aku menekan butang shutdown di laptop dan memaksa mataku untuk tidur. Baru ku rasa ingin terlelap, tiba2 ku terdengar kucing ku mengiau di luar pintu bilik ku. Aku bangun dan membuka pintu bilik. Aku ingatkan kucing ku mengiau kerana ingin masuk ke bilik ku..tapi aku salah. Kucing ku mengiau sambil memandang ke arah ruang kosong di belakang almari ruang tamu. Aku dengan perasaan ingin tahu cuba untuk melihat apa yang kucing aku tengok lalu terus mengambil hp ku dan membuka flashlight di hp ku. Aku menyuluh ke arah ruang kosong di belakang almari yang kucing aku tengok tadi. Tapi tiada apa2. Kucing aku masih mengiau dan memandang ke arah ruang kosong di belakang almari tadi. Tiba2 bulu romaku meremang. Aku cepat2 masuk ke bilik ku semula dan terus menutup pintu. Sempat ku melihat jam pada skrin telefon bimbitku. Pukul 3:48am. Aku memaksa mata ku untuk pejam semula.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising di dalam bilik tidurku. Aku buka mata, lantas terlihat seorang lelaki yang memakai baju hujan dan nampak macam lelaki tersebut baru sahaja dibasahi hujan. Dalam tangan kirinya, dia memegang sesuatu seperti sabit. Aku boleh gambarkan keseluruhan rupanya seperti “GRIM REAPER” atau Malaikat Maut. Lelaki tersebut memandang ke arah aku yang sedang baring di katil, tapi aku tidak dapat melihat mukanya. Aku sangat takut dan cuba untuk bergerak. Tapi badan ku keras. Tidak dapat bergerak. Mulutku seperti terkunci. Tidak dapat mengeluarkan suara pun. Aku struggle untuk mengerakkan badanku. Tapi masih tidak dapat bergerak. Tangan kanan ku diatas kepala ku. Tangan kiri ku di atas perut ku. Aku sangat takut. Tiba2 saya terdengar bunyi bising di dapur aku terus terbangun. Rupa2 nya itu semua mimpi.. Tapi posisi ku masih seperti di dalam mimpi tadi. Tangan kanan di atas kepala, tangan kiri diatas perut. Aku jadi sangat takut. Tapi aku masih paksakan diri ku untuk tidur.

Tiba2 aku mendapat satu mimpi yang sangat menakutkan. Aku….aku…aku menjadi pembunuh di dalam mimpi ku sendiri. Aku menjadi pembunuh kepada sepupu ku sendiri. Didalam mimpi tersebut,aku jadi sangat marah kepada sepupu ku. Tapi aku tak pasti kenapa aku marah. Sepupu ku tidur rumah ku dan tidur di atas katil kakak ku. Aku sangat marah kepadanya lalu mengambil bantal terus ku tekup kan ke mukanya. Sepupu ku meronta2 tapi bantal tersebut masih ku tekupkan ke muka nya. Sehinggalah sepupuku tidak bergerak lagi. Tidak cukup dengan melemaskan sepupu ku dengan bantal, aku ambil pisau lipat terus ku sembelih leher sepupu ku. Aku jadi sangat terkejut apabila melihat d***h merecik keluar dari leher sepupu ku. Pisau lipat tadi terus terlepas dari tangan ku sambil ku melangkah ke belakang perlahan2 terkejut dengan apa yang telah aku lakukan. Aku melihat tangan ku penuh d***h. Kakak ku dan yang lain2 masih lagi tidur seolah2 tidak tahu apa yang berlaku dalam bilik tu. Aku tutup mayat sepupu ku dengan selimut.

Aku cepat2 membasuh tangan ku dan kembali ke katil lu untuk tidur dalam ketakutan. Aku sangat takut utk memberitahu kepada keluarga ku bahawa aku telah m******h sepupu ku. Jadi aku bercadang untuk buat2 tidak tahu apa yang terjadi. Tanpa sedar, hari telah pun cerah. Ku lihat kakak ku kelihatan biasa sahaja. Seperti tiada apa yang berlaku. Sengaja ku lalu bilik kakak ku. Aku lihat mayat masih lagi di dalam selimut. Sehinggalah sampai tengahari, kakak ku jadi hairan kenapa sepupu ku masih lagi tidak bangun dari tidur. Kakak ku pergi ke bilik untuk membangunkan sepupu ku. Saat kakak ku masuk kedalam bilik dia smpai memanggil nama sepupu ku, jantungku berdebar2. ” Su..su..bangun su. Dah tengahari dah ni” kata kakak ku. Aku terus lari ke belakang kereta bapak ku. Bersembunyi. Sambil mengintai untuk tahu apa yang berlaku. Jantung ku masih berdebar, peluh ku seperti rintik2 hujan. Mulut ku pucat. Aku takut rahsiaku akan terbongkar. Niat ku untuk bertindak seperti biasa tidak menjadi. Malah aku sangat takut tidak dapat mengawal perasaan takutku lagi. “Mak! Mak!” panggil kakak ku. “Su dah m**i! Su kena b***h!” kata kakak ku sambil menangis. Semua orang mula berkumpul di dalam bilik kakak ku untuk melihat apa yang berlaku. Aku sangat takut. Aku keluar dari tempat persembunyian ku tadi dan perlahan2 pergi ke bilik kakak ku berpura2 untuk tahu apa yang berlaku supaya tidak ada yang mengesyaki aku. Seluruh badan ku mengeletar. Sampai di bilik kakak ku aku melihat mayat sepupu ku sudah keras dengan mata terbuka. Aku jadi sangat lemah lalu terduduk di muka pintu.

Tiba2 aku terbangun dari tidur ku. Badan ku mengeletar. Badan ku dibasahi dengan peluhku. Jantung ku masih lagi berdebar2. Aku bangun lalu pergi ke bilik air untuk cuci muka ku. Dapat ku lihat di cermin muka yang muka ku masih lagi pucat. Aku kembali ke bilik dan baring semula. Mata ku masih mengantuk tapi aku takut untuk tidur semula. Aku mula monolog dalaman. “Kenapa aku mimpi macam tu? Kenapa aku?” . Aku mula menyedapkan hati ku sendiri. “Argh! Mainan tidur saja kali.” kataku. Aku kembali tidur. Ku sangka kan panas berpanjangan. Tapi… mimpi itu tidak terhenti disitu.

Readers, nampaknya aku akan menghabiskan ceritaku di sini dulu. Tiba-tiba bulu romaku meremang. Kucingku mengiau sekali lagi ke ruang kosong di belakang almari itu. Selamat malam. Mimpi indah, ya.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Hannah Qiss

17 thoughts on “Mimpi?”

    • TO:HANNAH QISS
      Cerita yang menarik!Penyampaian dan penggunaan ayat dalam cerita juga mudah difahami.
      Sebenarnya,mimpi yang Kak Hannah dapat tu jangan difikirkan sangat,okay?mimpi ni sebenarnya hanyalah satu permainan syaitan.Jangan risau2… sebelum tidur ambik wudhuk dan baca Ayatul kursi,Al-Fatihah,3 Qul dan doa sebelum tidur.Lepastu,dalam melelapkan mata sambil tu jugak baca Ziqrullah.Kalau boleh,tidur mengikut sunnah Nabi iaitu dengan mengiring sebelah kanan.
      AL-QURAN-kalau boleh dalam sehari baca satu page ke..2 page ke..3 page ke..Walau sesibuk mana pun,baca satu ayat Al-Quran pun takpe..
      Oh ya!setiap kali lepas solat baca ayatul kursi,okay??In Shaa Allah,mungkin dapat membantu Kak Hannah.😬

      Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di FS😬
      Assalamualaikum

      Reply
  1. Aku lagi teruk..family aku kena sihir ke ape entah aku tak pasti,tapi aku pelik kenape aku yang jadi mangsa mimpi??sebelum mak sedara aku kena rasuk,mesti malam sebelum hari itu aku akan bermimpi pasal tu.kenapa aku?

    Reply
    • Insan terpilih?Kelebihan daripada Allah s.w.t?Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.😊
      Minta petunjuk daripada Allah s.w.t.Ssesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu,baik yang zahir mahupun yang batin.
      Banyakkan beribadah,In Shaa Allah..ia mampu melemahkan sihir tersebut dengan izin Allah..😬
      Ingat, Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya .
      Family awak kena,bermaksud awak dan family mampu untuk menghadapinya.
      Kuatkan semangat.Yakin pada kuasa Allah.
      Semoga awak dan keluarga kekal kuat dan tabah.
      Fii hifdzillah.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.