Minyak Dagu

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca yang dikasihi, kisah ini adalah kisah benar yang pernah terjadi kepada keluarga aku sendiri. Kisah bermula ketika abang aku diterima bekerja di sebuah syarikat, aku tak ingat company apa. Masatu abang aku dah bertunang dengan crush satu sekolah dulu, atuk akula orang paling gembira bila abang aku tunang dengan dia sebab atuk kak ipar aku rupanya kawan lama atuk aku. memang family bagi green light la kan.

Masa mula-mula kerja tu abang aku okay je, start dah 2 bulan kerja situ. perangai abang aku mula berubah sikit. dia mula start balik lewat, mula lepak dengan kawan-kawan pejabat. ni mak akula yang citer sebab aku dekat perak masatu tak tahu pape. yang geramnya dia ikut kawan pejabat pergi trip kat mana entah tak bagitahu nenek aku, nenek aku risaulah kan sebab 2-3 hari tak balik rumah call pun tak berjawab. abang aku dia memang duduk dengan atok nenek aku, rumah ayah memang dia jarang balik. mak ngan nenek aku memang pelik gila la dengan perangai abang aku tapi dorang tak syak pape masa tu.

satu hari nak dijadikan cerita, abang aku accident motor dengan kawan sekolah dia, sampai kena duduk ward jugakla sebab tapak kaki dia koyak sampai masuk batu tak silap. kak ipar aku melawat abang aku, tapi ada kawan pejabat abang aku datang dulu sebelum dia. kak ipar aku nampak ada perempuan berusia dalam 30-an gitu dengan lelaki tengah borak ngan abang aku. lepas dorang balik, kak ipar aku start la borak ngan abang aku. tapi abang aku kalih muka weh, tak nak bercakap. macam benci sangat gamaknya. menangis kak ipar aku bila bercerita kat aku time tu, aku macam pelik gila kot, dulu time sekolah punya susah kau nak ngorat dia ni tiba-tiba kau benci dia pulak.

lepas beberapa hari macamtu, aku dapat call dari mak aku. Aku terkejut gila bila mak aku cakap abang aku dah putus tunang. aku bising kat mak aku, kenapa jadi gitu? mak aku ni jenis tak suka bersangka buruk dia anggap je takde jodoh. aku ni pulak jenis bersangka buruk dulu hahaha. bukan tak caye jodoh, ajal, maut. tapi macam tiba-tiba angin takde ribut takde tiba-tiba bergaduh pastu putus. aku cakap kat mak aku. dia terkena buatan orang ke? sebab aku adik dia aku tahu macammana payahnya abang aku nak ngorat kak ipar aku dulu. lepastu mak aku macam senyap, mak aku cakap takpela nanti dia cuba berbincang dengan nenek aku cane. aku pun okayla harap betullah.

aku ada atok sedara, atok sedara aku ni aku tak tahula sebab dia boleh nampak taw benda-benda ghaib ni. mak aku pun tak tahu nak describe dia ni ada saka ke apa ke tapi entah, nenek aku mintak dia tengok-tengok abang aku. atok tu kata abang ni dah kena calit dengan minyak dagu. rupanya kawan sekerja yang buat sebab dia syok kat abang aku. masatu memang tergamam la mak aku semua. masatu atok tu bagi air apa aku tak sure, tapi dia mintak abang aku mandi dengan air tu.

bila dia macam okay sikit baru bincang bawa abang aku pergi berubat dengan atok sedara aku tu. yang aku kagum pasal family aku ni kan, aku tak tahula macam mana makcik aku boleh leak gambar perempuan tu kat facebook. bila aku tengok perempuan tu kan sumpah seram. nak tahu tak sapa perempuan tu? dia la yang melawat abang aku masa masuk ward.

after abang aku mandi air tu, dia macam okay tak okayla jugak. plan nya sabtu tu nak bawak dia berubat la. tapi perempuan tu call abang aku suruh datang rumah dia. nenek aku memang tak bagila kena paksa jugak pergi berubat. masatu aku ikut sebab kak ipar aku nak tahu progress akula tukang rojer. bila dah sampai rumah atok sedara aku. kitorang dibawa masuk dalam bilik tempat dia berubat la. tiba-tiba atuk sedara aku dah bertukar karakter, sebab ada benda masuk dalam badan dia. benda tu macam marah sesuatu taw kat tepi, aku dah seram sejuk kat belakang. dia kata kau pergi jangan kacau cucu aku. lepastu benda tu tanya nenek aku nak pulangkan ke nak balas. nenek aku kata pulangkan jela. lepas settle tu, benda tu bertazkirah la sikit solat jangan tinggal, tengok macam orang belakang tu kadang-kadang solatnya. akula tu orangnya hehe

then kesimpulan yang kami dapat, kan perempuan tu suh abang aku datang rumah dia kan. kau tahu benda tu kata apa. dia nak perangkap abang aku biar kena tangkap basah dengan dia. eiii geram aku. dahlah sanggup berhabis 4-5k suh bomoh siam buat minyak dagu buat rugi je, haish la tak boleh brain aku perempuan ni.

satu hal lagi ada mastermind ya yang plan dengan perempuan tu. rupanya kawan abang aku sendiri komplot ngan perempuan tu. bila diingat balik geram sungguhlah. lastly abang aku ngan kak ipar aku get back semula Alhamdulillah. dah anak 3 dah sekarang. abang aku pun dah berhenti dari situ sebab perempuan tu still kerja situ. korang hati-hatila kalau tiba-tiba ada orang cuit-cuit bahu ke apa takut jadi benda gini la. itu sahaja cerita aku. byee

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment