Minyak Sapu Kawan

Assalamualaikum and Hai, nama aku Nur. Tahun ni umur aku 20 tahun. Aku nak kongsi tentang kisah aku kena minyak sapu di tingkatan lima. Kisah aku ni tak seram pun just nak share je. Sekolah aku ada asrama so aku tinggal la di asrama atas pujukan kawan kawan yang kucintai SANGAT. Yang aku tak boleh terima lepas berhasil pujuk aku, diaorang pulak yang blah dari asrama. Besar kecik besar kecik je aku tengok diorang ni. Serious aku terasa hati dengan korang weii, sampai hati korang tinggal aku !!!

Okay dah! Bukan pasal tu aku nak cerita. Aku nak cerita tentang kisah aku yang kena minyak sapu oleh kawan aku sendiri. Bukan kali pertama aku tinggal di asrama, masuk ni dah tiga kali aku pernah tinggal di asrama di tingkatan satu (beberapa bulan je lepas tu keluar sebab demam, huhu biasalah anak manja), di tingkatan tiga (sebab aku PMR and kawan) and last tingkatan lima (sebab pujukan kawan and SPM). Yang aku herannya, time aku tinggal dulu takda pulak kena kacau bagai. Naik je tingkatan lima kerap pula aku kena tindih. Lagi satu, dari tingkatan 1,3,5 aku menetap di dorm yang sama je, dah jodoh katakan).

First aku masuk asrama okay je, rilek rilek biasalah senior kan tapi aku tak pernah la buli junior al maklumlah aku ni jenis pemalu, pendiam ayu ayu gitu. Hahaha. Masuk je pertengahan tahun aku rasa lain macam, rasa malas gila gila gila. Nak turun surau malas, nak turun prep pun malas, nak buat kerja sekolah lagi la malas. Kerja sekolah cikgu bagi tempoh seminggu pun aku tak siap dah la aku ni murid kesayangan (member la yang cakap, aku rasa tak pun). Setiap kali cikgu mengajar aku dah start mengantuk gila sampai aku tak boleh buka mata, kadang kadang tu rasa macam tidur dalam berjaga pun ada. Haaaaa macam mana tu, aku pun heran. Cikgu yang mengajar kami kebanyakan cikgu dari tingkatan empat lagi so dulu aku okay je tak ada la pulak rasa mengantuk nak mampus tu.

Dulu cikgu ni selalu puji aku cakap aku bagus, kalau apa apa panggil nama aku. Nak bagi contoh pun guna nama aku (tula sebab member aku cakap cikgu sayang). Di pertengahan tingkatan lima tu cikgu ni dah jarang puji aku, jarang panggil aku. Aku duk perasan dia asyik duk puji kawan aku je, apa apa semua kawan aku. Aku tak kisah pun, aku sedar yang aku banyak menurun hampir semua subjek markah aku rendah.

Pada suatu hari ni dalam kelas, aku rasa macam telinga aku berdesing kuat gila. Aku tak boleh nak focus cikgu kat depan. Lepas berdesing tu, aku dah tak dengar cikgu kat depan and kawan aku kat tepi tengah sembang apa semua aku tak dengar. Aku berkhayal jauh nun ke bulan. Sejak dari tu aku selalu kena tindih, mimpi ular kejar, mimpi jatuh dari tempat tinggi and ada sekali aku mimpi binatang gergasi kejar aku.

Aku ada ada cerita kat kawan satu dorm yang aku mimpi and selalu rasa macam tak sedap badan rasa macam lenguh lenguh seluruh badan aku. Dia try la tengok tengok (dia pandai sikit bab halus ni). Dia cakap aku okay la tak teruk sangat and dia suruh aku pergi check sendiri dengan yang lebih arif (ustaz). Aku time tu rasa macam ishh, aku tak percaya la dengan halus halus ni. Serious aku cakap aku tak percaya and aku tak pergi pun jumpa mana mana ustaz. Aku fikir penurunan aku tu sebab aku malas nak belajar je. Aku ambil ringan je dia cakap.

Dalam tempoh aku berkeadaan hanyut tu, hampir setiap malam aku kena tindih. Ada sampai satu malam tu berkali-kali aku kena tindih sampai tidur peluk al-Quran. Dah la dekat hostel aku tidur depan pintu dorm and pintu tak boleh nak tutup wei!! Nasib ada kain langsir je buat tutup. Ada suatu malam tu, time aku kena tindih ada satu lembaga datang sergah kat muka aku, muka lelaki, muka dia bengis gila. Dia macam marah or entah la aku takleh nak describe sebab kabur kabur gitu.

Pagi tu aku jadi pendiam, jadi macam takde mood nak tegur orang, kawan aku pun heran kenapa aku jadi macam nak marah orang tak bertempat. Sejak dari tu juga aku pendiam plus panas baran tak bertempat. Lama kelamaan semakin menjadi jadi panas baran aku, ada sekali time aku tengah tidur adik aku berebut nak main phone aku, aku bangun baling phone kat dinding sambil maki adik aku (berkecai phone aku, huhuhu). Dah lah diorang kecik lagi time tu umur 3-4 tahun. Bila aku ingat balik aku menyesal kenapa aku beria marah budak kecik sampai maki diorang.

Masa pun berlalu dengan pantas sampai la aku SPM and dapat result, result aku pun cukup cukup makan je, mak ayah aku kecewa sebab diorang bagi harapan tinggi kat aku. Pada suatu hujung minggu ni, mak ajak pergi cuci rambut kat kedai kawan dia. Tiba giliran aku, makcik tu rasa macam ada tak kena dengan aku. Time duk tengah syok cuci rambut tu makcik ni cakap “su, anak awak ni dah kena ni”. Aku blur dah kenapa pulak makcik nihh, aishhhh. Lepas siap cuci rambut dia suruh aku duduk atas kain kuning lepas tu dia check tengok.

And dia cakap “awak ni dah kena minyak sapu”, makcik tu describe sebijik sama dengan kawan aku. Time aku form 5, aku ada cerita kat mak yang aku selalu kena tindih kat rumah and kat hostel tapi mak cakap aku tidur tak baca doa. Okay sambung makcik tadi, makcik cakap aku kena sapu kat belakang. Bila dia tekan belakang aku Ya Allah sakit gila weii rasa macam kau tekan lebam lebam kat badan. Makcik ni cakap dia taknak bagi aku dapat result lebih daripada dia, dia nak aku jadi malas and dia tak suka bila cikgu puji aku and makcik cakap benda tu menumpang je kat badan aku.

Alhamdulillah sekarang aku dah okay lepas pergi berubat, tindih tindih ni dah tak kena dah sejak pergi berubat cuma ada beberapa kali kena sebab aku masuk rumah malam lupa nak bagi salam, huhu. Tapi sampai sekarang aku tak sangka yang kawan aku sanggup buat aku, (aku ada teringat yang aku ada guna minyak angin kawan aku ni, tak tahu lak dia campur minyak lain, sejak dari tu memang aku sentiasa bawa minyak angin sendiri and korang berhati-hati ya tak semua orang suka kita kadang-kadang orang paling rapat la paling tak suka kita). Tu je nak kongsi, okay bye!

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. Aku pulak yg sakit hati dgn kwn kau tu. Bangang hahahaha dasar prangai melayu tak suka tgok org snang.. Aku jmpe bdk tu, mata dia aku tonyoh dgn mnyak angin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.