Misteri 4 Petang

Sebut pasal misteri ni mesti yang digambarkan sesuatu yang seram. Sesuatu yang seram tapi adakalanya tak nampak. Ada juga kejadian yang seram itu cuma nampak samar-samar sahaja. Hanya mendengar bunyi tapi tak nampak apa-apa di sebaliknya. Dari mana dia datang? Apa yang dia mahukan? Dan, siapakah dia? Itulah yang menjadi misteri sebenarnya.

Dalam pukul 4:00pm semalam ada satu kejadian misteri yang berlaku dekat dalam rumah aku tu. Tak semestinya yang seram itu hanya berlaku pada waktu malam sahaja. Waktu siang pun ada juga kejadian seram dan misteri yang boleh terjadi.

Seperti yang aku pernah beritahu sebelum ini, memang ada banyak gangguan yang terjadi dalam rumah sewa yang aku duduk bersama beberapa orang ahli keluarga aku yang lain. Gangguan seperti bunyi sesuatu yang pelik, barang jatuh ataupun kelibat yang lalu-lalang.

Misteri pukul 4:00pm semalam berlaku ketika masing-masing berada di dalam bilik. Masa tu aku tengah menonton TV. Mak aku dekat bilik bawah. Sebelah bilik aku, bilik dua beradik. Bilik anak saudara aku. Bilik Ainul Mardhiah dengan adik dia, Aisy Malik. Depan bilik aku tu pula, bilik ummi dan ayah diaorang. Jadi, dekat bahagian atas ni ada tiga buah bilik dan dua bilik air.

Lebih kurang pukul 3:00pm anak-anak saudara aku ni kena tidur dekat bilik diaorang macam biasa. Sebelum tidur, ummi diaorang kena temankan dulu. Kalau tidak, memang tak tidurlah masing-masing. Asyik dok main dengan bergaduh aje kerja diaorang. Time adik dia dah tidur, Ainul Mardhiah ni tak tidur lagi. Ummi dia cerita, Ainul Mardhiah asyik bercakap sebelum tidur. Tapi tak tau dia cakap dengan siapa. Dialog dia lebih kurang macam ni…

“Kejap ya? Kejap ya?”

😂
😂
😂

Lepas tu, entah apa-apa lagilah dia cakap. Dulu, Ainul Mardhiah cuma menggambarkan makhluk yang dia nampak aje. Sekarang, makin seram bila dia boleh berkomunikasi pula. Adoi! Memang seramlah woi! Itu baru waktu siang. Buatnya tengah malam dia bercakap dengan makhluk tu lagilah seram! Nasib dia tak tidur dengan aku. Kalau dia tidur dengan aku buat perangai macam tu memang kenalah dia dengan aku! Haha!

Time adik aku tengah tidurkan anak-anak dia, tiba-tiba dia terdengar macam ada bunyi di sebalik langsir. Langsir tu, peranan dia menutup barang-barang yang ada dekat kawasan tepi tingkap bilik. Yang adik aku dengar ni bunyi macam daun kering kena pijak. Masalahnya, macam mana boleh ada bunyi daun kering dalam bilik tu? Lepas tu, kaki siapa pula yang memijaknya? Misteri tak? Tapi dalam beberapa saat aje.

Pukul 4:00pm, masa tu aku hampir nak tertidur. Bila aku dengar pintu bilik adik aku tertutup, aku ingat dia dah masuk dalam bilik tu. Lagipun masa aku pandang sekilas ke arah pintu bilik, aku nampak macam ada bayang-bayang kaki orang berjalan dari bawah celahan pintu bilik adik aku tu.

Rupa-rupanya adik aku baru keluar dari bilik anak-anak dia. Aku dah rasa macam seram jugalah time tu. Bayang-bayang kaki siapa pula yang aku nampak tadi tu? Tapi yang lebih menyeramkan bila adik aku masuk bilik dia, terus dia terkejut besar. Tingkap bilik tu terbuka seluas-luasnya! Padahal tingkap tu ketat. Kalau angin tolak sekalipun kenapa yang terbuka tu cuma dua tingkap. Tingkap ada tiga semuanya. Lagipun angin tak bertiup kuat. Kiranya macam tingkap tu telah dibuka oleh ‘sesuatu’ untuk masuk ke dalam atau sekadar mengintai dari luar. Sebab tingkap tu ada grill. Kalau kucing yang masuk bolehlah. Dulu ada sekali kucing masuk. Masa tu dah malam. Buka pintu bilik terus terkejut tengok kucing tu tercongok dalam bilik.

Kadang-kadang tu kita orang ada juga rasa macam perbuatan sihir. Sebab adik aku ada terjumpa duit syiling pelik dalam beg duit dia. Duit syiling yang ada tulisan conteng-conteng. Entah mana dia dapat. Orang selalu cakap, duit syiling ni ada kaitan dengan perbuatan sihir. Sebelum ni pun memang ada ahli keluarga aku yang sakit sebab terkena perbuatan orang. Tapi harap-harap bukan kerja sihir.

Begitulah kisahnya kejadian misteri yang berlaku pada pukul 4:00pm semalam.

-Sekian

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment