Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Para pembaca yang budiman, pada kali ni aku ingin menceritakan kisah aku yang mengalami peristiwa aneh semasa menduduki sebuah berek ataupun rumah kelamin pasukan keselamatan. Sebelum tu aku memperkenalkan diri aku sebagai Li, kisah yang terjadi ini berlaku sekitar tahun 2005 dimana aku baru ditugaskan di Ipoh, Perak dan sebelum itu aku bertugas di Johor Bahru. Pada aku, ini lah pengalaman yang boleh dikatakan menyeramkan kerana ia terjadi pertama kali pada aku dan keluarga kecilku pada masa itu.
Diringkaskan cerita, setelah aku lapor diri di tempat tugas yang baru aku telah mendapat sebuah rumah kelamin lama 5 tingkat. Aku dapat sebuah rumah ditingkat 4 yang mana rumah tersebut hanya memiliki hanya 2 bilik (maklum la berek zaman 80-an). Syukur la dapat rumah percuma daripada menyewa. Tingkat 5 atas rumah aku kosong dan kalau ditengokkan memang sudah lama tiada penghuni yang mana keadaannya cukup usang dengan perabot yang dibuang ke dalam rumah tu oleh penghuni terdahulu.
Dibahagian ruang tamu rumah tersebut tidak memiliki kipas syiling, jadi aku dan isteri bercadang untuk memasang kipas syiling untuk keselesaan kami anak beranak. Isteri aku berasal dari Melaka dan ada sepupu yang bekerja sebagai “Wireman”. Kami jemputlah saudara ni datang ke Ipoh untuk membantu memasang kipas syiling sambil-sambil tu boleh jalan2 makan angin. Daripada upah orang luar baik bagi pada saudara sendiri…
Kerja2 pemasangan kipas syiling berjalan lancar tanpa masalah pada mulanya. Pada waktu tu jam sudah menunjukkan 6.15 petang. Kipas sudah bersedia untuk dihidupkan. Apalagi rasa lega pun datanglah sebab tidak lagi kepanasan diwaktu tengahari. Setelah suis dihidupkan, kipas gagal berfungsi dan sepupu isteri yang bernama Epi memeriksa litar yang telah dipasang ternyata tiada masalah pun. Kami kehairanan kenapa kipas tersebut tidak boleh berfungsi. Aku cadangkan agar kipas tersebut digantikan dengan kipas yang sedia ada dalam bilik tidur utama aku. Epi pun buka la kipas tu dan dipasang pada ruang tamu.
Setelah suis dihidupkan, kipas yang kedua pun tidak boleh berfungsi dan mengalami masalah yang sama. Kami cuba mencari idea yang lain, dan hasilnya kami dapat idea dimana litar asal tidak digunakan dan Epi menggunakan kaedah “jumping wire” terus ke soket suis dinding. Setelah disambung, perkara yang sama juga berlaku dan ini menjadi tanda tanya kenapa kipas syiling itu tidak berfungsi. Jam sudah menunjukkan 7 petang dan kami mengambil keputusan untuk mencabut wayar yang dipasang pada kipas tersebut dan membiarkan saja. Sementara mendapat ikthtiar yang lain.
Lebih kurang seminggu jugalah kipas tu dibiarkan tidak digunakan. Dan dalam tempoh tu tiada pula berlaku gangguan apa2. Aku dan isteri pun bercadang mohon cuti untuk ke Johor Bahru berjumpa dengan seorang rakan sekerja yang mahir dalam rawatan perubatan Islam. Yelah, masa ditempat baru aku belum kenal lagi selok belok di Ipoh jadi kena la cari orang yang kita kenal. Kita memohon bantuan dari Allah swt dan berusaha mencari dimana kurangnya supaya tidak berlaku lagi perkara yang lebih buruk. Hasil dari rawatan yang dijalankan, rakan tersebut memberitahu bahawa memang ada gangguan yang berlaku iaitu dari tingkat atas rumah aku yang mana telah dihuni oleh 5 ekor jin.
Setelah rawatan dijalankan aku pun balik ke Ipoh dengan harapan semuanya akan selesai. Sesampainya aku sekeluarga di rumahku, aku telah menyambung sendiri litar asal yang telah dicabut dan disambungkan kembali pada kipas tersebut. Akhirnya apa yang berlaku, kipas syiling yang dipasang telah dapat berfungsi seperti biasa. Alhamdulillah berkat doa dan usaha, Allah swt membantu dalam kesusahan hambaNya. Bila dikenang balik kelakar pun ada sebab ianya macam tak logik dek akal. Tapi bagi yang mengalaminya akan jadi bingung kenapa ianya berlaku.
Itulah saja coretan aku untuk dikongsikan bersama, nampak macam kelakar kan. Tapi itulah hakikatnya.
Wassalam…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Natang pon leh jd wireman daaa…
Tapi dok sabotaj wiring umh org lain plak…
Advance btoi…
hahahahahah adoi…xsmpai meremang cite dia dah habis kak
itu je keeeeeeee??????????????
itu jer…
Cam ne leh terdetik nk jumpa ngan perubatan islam terus yer? mesti de gak pepe yg jadi kan dlm waktu dok u mah tu…x kan setakat isu letrik…
komen yg sama.. “tu jeee”….
nahaiii…klu aku la, msti x terpikir kipas xbley on sbb makluk tu…ahaiiii
hahahaahah..nak marah pon xboleh..
itu je ? tak sempat nak feel cerita habis . hahah
Aduhh . Itu je ???
cerita plg bosan dalam fs. xpayah la cerita lagi li.
sebab Li ni lelaki, dia terus cerita straight to the point.. Kalau Li ni perempuan mesti panjang lagi cerita sebenar dia sebelum mereka decide pergi jumpa pengamal perubatan tu..hmm mungkin la…
tapi still, ITU JE??lol
nasib lah aku bijak sebab terus scroll ruangan komen ni.
huhu
Hahaha xtau nk komen ape..sabo je la..
Tu jeeer….