Tanah zaman jepun

Assalamuilaikum terutama admin dn pembaca fk syasya. Terima kasih kalau cerita aku terpilih. Maaf kalau perkataan “AKU” agak kasar tapi aku gunakan supaya senang nak sampaikan kepada korang.

Cerita aku nak kongsi tentang rumah lama aku. Nama taman mata ayer 2. Rumah ni teres 1 tingkat biasa saja ayah aku beli. Ketika masih tinggal di rumah tu aku masih umur 4 tahun. Tapi aku dan sekeluarga masih segar dalam ingatan semua kisah di rumah tu. Taman ini dulunya adalah sebuah perkampungan beragama budha. Dan sebelumnya adalah sebuah markas tentera jepun.

Katil Usang.
Okay, cerita katil ni yang berada di dalam rumah aku. Katil ni ayah aku ambil dari kebun dia. Ayah aku memang seorang yang berjimat tak kena gaya mak aku kata. Jadi dia pon bawak katil tu dari kebun ke rumah memandangkan katil itu masih elok. Pada suatu malam ni. Kakak aku yang sulung dia tiba tiba terjaga dari tidur. Dan segara melepaskan hajat di dalam bilik air. Sesudah itu dia keluar dari bilik air. Kami sekeluarga suka tidur di ruang tamu beramai ramai berbanding di dalam bilik. Lepas dia cuba untuk melelap mata semula, dia ternampak seperti bola berwarna merah datang dari arah dapur. Dia abaikan sahaja kerana mungkin hayalan dia saja katanya sendiri.

Lepas beberapa saat dia buka semula mata. Bola tadi masih ada. Berpeluh peluh dia masa tu. Memang bahang panas terasa bila dia nampak bola tu. Dia terus ke arah ayah yang hanya beberapa langkah dari tilam dia tidur. Dia gerakan ayah dengan perlahan lahan. Ayah aku jenis tidur tak jerap. Maksudnya bila bunyi apa yang dia dengar, dia akan celit mata. Bola yang tadinya masuk ke dalam bilik no. 2 yang berada di tepi dapur. Dan terus masuk ke bawah katil yang berada dalam bilik. Jadi keesokan hari ayah aku membawa katil tu terus buang di kebun dan bakar.

Taman Permainan
Okay kisah ni memang setengah orang yang pernah tinggal di sini, pernah nampak. Jiran ni kawan baik kepada mak aku, rumah dia lorong lain dan depan permainan. Aku panggil dia Cik Bedah. Ada suatu malam tu, dalam pukul 12. Cik bedah ni jenis tidur lewat sebab awal pagi dah kena jual nasi lemak so dia kena siapkan awal awal sebelum tidur. Sudah habis siap kerjanya dan siap untuk nak tidur ketika dia pergi ke ruang tamu nak menetup langsir, cermin rumah dia jenis kaca so boleh tengok di luar. Dia nampak sekempulan askar askar tanpa kepala. Berjalan pusing dari taman permainan ke padang. Mereka tak kacau ganggu orang, kalau orang tak ganggu mereka. Apa lagi dia lari la masuk dalam bilik terus tidur.

Kubur kristian dan kubur cina.
Yang ni store paling seram bagi aku. Taman ni ada jalan kecil yang boleh lalu untuk ke kampung mata ayer ni. Pagi dan petang memang selalu orang lalu jalan ni, bila lepas magrib memang seorang pon tak berani lalu. Sebab ada kubur lama kat sebelah kiri jalan tu, dan sebelah kanan pulak hutan pada dulunya. Banyak store yang ramai yang cerita pernah terserempak dengan benda tu kalau lalu time malam. Okay ni cerita aku sendiri. Ada malam ni, abang aku kawan dia adakan makan makan sambut ulang tahun kawan dia di kampung belakang ni.

Dah habis makan semua tengok jam pukul 11 dah. Kami pon dah nak balik. Abang aku ni dia jenis tak percaya hantu bagai ni. Jadi dia lalu jugak jalan tu, aku dah takut gila dok belakang ni smbil pejam mata. Dah la naik basikal je. Mula mula dia takut takut kan aku di belakang, buat macam nampak pastu gelakan aku yang tengah takut ni. Lepas sampai je depan rumah dia masuk rumah terus dia senyap. Mak aku tanya pon dia tak jawab. Tiba tiba saja dia dah meracau jerit jerit kat ruang tamu. “Aku nak dia ! aku nak dia !” .Yang tu perkataan yang dia ulang. Mak aku dengan kakak aku semua memang dah lari kluar rumah panggil tok imam yang hanya jarak 3 rumah dari rumah aku. Nama dia aku panggil pak din je.

Sampai sampai dia masuk dalam rumah. Lepas tu aku dah tak tahu jadi apa sebab time tu mak aku tak bagi masuk dalam. Dalam 5 minit lepas tu baru aku masuk tengok. Tengok abang aku dah lemah. Pak din ni cakap benda tu marah sebab abang aku buat bising kat tempat dia. Dan bapak aku kena kerja malam tu dan tak ada dalam kejadian malam tu. Banyak lagi cerita cerita dari jiran jiran di sini. Tapi aku malas nak type panjang panjang takut tak dak orang nak baca store aku ?. Okay sampai sini saja.sekian terima kasih .Assalamuilaikum.

.

muhammad
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.