Misteri Berlaku Pada Diriku

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin FS kerana sudi menyiarkan kisah saya. Pertama sekali biar saya perkenalkan diri. Nama saya Sikin dan saya tinggal kat pusat kota Kuala Lumpur, Setapak. Kalau orang yang kenal kawasan ni memang tahu berapa banyak perkara mistik berlaku kat tempat –tempat sekitar kawasan ini. Tapi entri ni saya bukan nak cerita tentang betapa mistiknya kawasan ini, tetapi tentang diri saya, dan misteri-misteri yang masih berlaku kepada diri saya.

Macam ni permulaan cerita dia. Saya akil baligh masa darjah 5. Jangan marah sebab saya cerita pasal akil baligh semua, sebab perkara ni ada kena mengena dengan ‘peristiwa’ tu. Jadi disebabkan saya ni berbangsa India Muslim, kami ada adat di mana perempuan yang akil baligh tak boleh keluar rumah sampai habis first period. At First, memang saya tak rasa apa-apa, tapi pada malam hari ketiga saya kat rumah tinggal saya dengan mak saya je kat rumah. Saya ingat lagi hari tu malam hari khamis, kiranya malam jumaat lah jadi adik-beradik saya yang lain dah gi Madrasah untuk bacaan Yasin. Masa tu mak saya kat tandas yang terletak berhampiran dapur. Saya pula kat bilik akhir rumah saya yang kami jadikan bilik solat dan bilik bacaan.

Saya tengah susun buku kat rak buku, tiba-tiba terdengar bunyi orang jalan kat ruang tamu diikuti dengan bunyi gelang kaki. Kalau yang ada kawan berbangsa India mesti pernah tengok gelang kaki yang ada banyak loceng kan. Bunyi dia boleh tahan kuat. Saya dah mula cuak just untuk bunyi yang pertama. Kaki dan badan saya dan mula menggeletar, sebab takda orang kat rumah selain saya dan mak saya dan lagi satu takda siapa yang pakai gelang kaki yang macam tu kat rumah saya. Yang lebih peliknya, saya bukan jenis yang penakut, malah saya yang paling berani kat rumah saya sampai nak pergi beli barang malam-malam pun saya boleh je pergi seorang. Bunyi tu semakin lama semakin kuat dan macam masuk kat bilik kedua yang terletak betul-betul bersebelahan bilik terakhir. Saya dah mula berpeluh dan saya dapat rasa something wrong. Akhirnya saya pergi ketuk pintu tandas sampai mak saya keluar dengan alasan saya sakit perut. Memang kena marah teruk jugalah.

Benda tu tak berhenti kat sana, dua bulan lepas tu ‘benda’ tu mula tunjukkan rupa dia. Sebelum tu dengar bunyi gelang kaki setiap hari tu dah biasa dah untuk saya. Masa tu saya dengan adik saya tengah baring kat bilik kedua, kami tiga adik-beradik perempuan memang tidur kat bilik kedua tu. Masa tu saya tengah berbual pasal sekolah dengan adik saya, tiba-tiba dengar bunyi tingkap diketuk. Saya dengan adik saya terdiam. Lepas 5 minit kita orang sambung balik cerita kitaorang sebab ingat benda tu halutination kita orang je. Lepas 10 minit dengar lagi bunyi ketukan. Kita orang dah mula cuak. Mana taknya, rumah kat tingkat 15, mana boleh orang nak sampai kat atas tu sampai nak ketuk tingkap bagai. Ketukan tu dalam masa 1 minit gak lah, tapi bagi kitaorang satu minit tu panjang tau.

Saya dan adik saya bercadang untuk tidur je sebab dah mula takut. Sebelum saya tidur, saya ada habit akan ambil wuduk dulu, pakai selendang kat kepala dan baca surah pelindung lepas tu tepuk bantal tiga kali dan baca Bismillah dan baru baring. Masa tidur pun selendang akan stay kat kepala.

Umur 11 dah pandai baca surah pelindung? Alhamdulillah ya, sebab saya dah khatam al-quran pertama umur 7 tahun. Bukan takbur, cuma bersyukur. Berbalik kepada cerita tadi, saya ni bila dah habis baca surah pelindung, saya akan tepuk tangan sebanyak tiga kali dengan niat memagar diri kami daripada benda-benda yang tak baik. Ini nasihat arwah ustaz yang mengajar kami mengaji. Tepukan kali ketiga, saya nampak satu macam tayangan, ala macam flashback yang biasa kita tengok kat filem tu. Saya nampak bayangan satu lembaga yang tersangatlah besar berkain putih dengan rambut mengurai terapung luar tingkap bilik kami. Saya tersedar dan saya rasa pelik, tapi saya tak bagitahu siapa-siapa malam itu dan cerita kat adik saya pasal perkara ni keesokkannya sahaja.

Keluarga saya, terutamanya mak saya tak percaya dengan cerita saya, perkara ni berlarutan hampir setahun sampailah saya habis UPSR. Dalam masa ni dah macam-macam masalah keluarga saya jumpa sampai mak saya pergi jumpa pengubat, tapi dapat penyelesaian.

Ada sautau malam tu, adik saya baru balik dari hospital sebab kena operate untuk Apendiks. Saya biasa tidur kat katil dan malam tu terpaksalah saya tidur kat bawah dengan perasaan tak puas hati. Baru saya nak lelapkan mata saya dengar bunyi orang mendengus kuat dekat telinga saya macam bunyi orang marah. Saya bangun keluar ke ruang tamu seperti mencari arah bunyi tu. Mak saya datang tegur saya sebab saya macam orang hilang akal lari sana sini.

Saya bagitahu mak yang saya cari satu benda yang saya sendiri tak tahu apa. Mak saya ingat saya buat drama sebab tak puas hati kena tidur kat lantai. Saya tak dengar apa yang mak saya katakan. Saya hanya nampak wajah yang sangat cantik depan mata saya dalam keaadaan yang sangat marah, tapi dia bukan mak saya. Lepas tu saya tak ingat apa yang terjadi. Bila saya bangun dah pagi dan saya demam. Arwah Ustaz saya datang melawat saya then dia bacakan ayat al-quran kat air dan suruh saya basuh muka dan minum. Arwah Ustaz saya bagitahu mak saya yang ada ‘orang’ tolong keluarga kami melalui saya dengan izin Allah SWT. Arwah suruh mengikut kata-kata ‘orang’ itu sebab ia datang dengan izin Allah SWT. Arwah ustaz kata yang ‘orang’ tu suka dengan saya sebab saya pandai dan rajin mengaji.

Lepas setahun baru adik saya berani ceritakan apa yang berlaku malam itu. Dia kata, malam tu saya tak macam diri saya lagi. Saya bercakap seperti orang lain, dengan slanga yang lain dan even muka saya nampak berseri. Saya kata yang ada seseorang menghantar ‘sesuatu’ untuk menghancurkan keluarga saya. Saya meminta ayah saya buang seluarnya ke luar kerana orang mencalitkan sesuatu keatasnya dengan purse dia sekali ya. Nasib baik masa tu ayah saya simpan IC and duit kat luar. Saya minta keluarga saya pindah rumah secepat yang mungkin. Kalau tak kemungkinan akan ada kehilangan nyawa akan berlaku. Lepas tu ada beberapa perkara yang saya cakap dan saya pengsan. Kami berpindah dalam masa sebulan dari rumah itu. Lepas kami pindah, ada keluarga yang tinggal kat sana dan dalam sebulan macam tu ada orang meninggal dalam keluarga dia, tapi punca dia walluhalam. Hanya Allah SWT yang tahu.

Sejak itu dah macam-macam perkara yang saya lalui. Saya dah pernah tengok macam-macam makhluk dengan izin Allah SWT. Mula-mula saya ingat saya kena rasuk, sampai saya pergi berubat Islam, tapi orang yang mengubatkan saya kata saya takda masalah cuma dia nampak ramai yang melindungi saya dengan izin Allah SWT. Saya pernah juga jumpa pakar pskiatri dengan fikir saya ada halutination, tapi doktor kata saya normal. (Saya pernah buat EEG). Lama-kelamaan saya terima yang perkara ini Allah SWT beri kepada saya.

Satu je yang penting untuk pastikan diri kita tidak dikacau oleh ‘mereka’ ni. Kebersihan. Kebersihan dari segi hati, badan rohani dan persekitaran. In sha Allah kalau kita jaga yang penting ni, Allah SWT akan sentiasa jaga kita. Nanti kalau ada masa lapang saya share kisah saya yang lain pulak. Yang paling serius saya pernah merawat adik bongsu saya. Minta maaf kalau cara penceritaan saya tak dapat difahami dan tidak terurus. Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 thoughts on “Misteri Berlaku Pada Diriku”

  1. Cerita mudah difahami. Bleh gmbaran mcner keadaan kamu ketika itu. Truskn lg brkarya. jangan jadi seperti ad satu post tu cerita dia penuh dgn skip dan biarlh rahsia dr penulis trsebut. Hnga akak yg baca ni pun naik angin. Nanti smbung lg yer adik manis

    Reply
    • Setiap manusia sama darjatnya, cuma yang membezakan kita adalah amalan kita, tapi saya tak tahu macam mana penerimaan Allah swt tentang amalan saya. Macam yang saya cerita, saya sejak kecil lagi suka ambil wuduk sebelum tidur dan pakai selendang kat kepala walaupun masa tido. Biasa baca al-fatihah, 4 qul, ayatul kursi sebelum tido. Selepas setiap kali solat fardhu saya amalkan baca ayatul kursi dan 10×surah al-ahad. Arwah ustaz saya pernah kata yang ayatul kursi ni seperti sabun yang membersihkan jiwa kita. Ini je amalan saya so far.

      Reply
  2. Saya berminat untuk berkenalan dengan kamu. Saya perempuan yang ada pengalaman lebih kurang macam kamu.

    Reply
    • Skurang2nye dia x nangis lol , aku rsa ko MNANGIS trus wlaupun xjupe bende tu lol😂 jgn nangis klu bende tu duk sbelah ko eh , bende tu berminat nak berkawan especially org spesis cam KO LOLOLOLOLOL

      Reply
    • Biasalah baru budak2 lagi masa tu. Orang yang dah bertahun2 beramal pun boleh kecundang, saya pula orang baru lagi.

      Reply
    • Smemangnya Allah SWT yg mnentukan sgala2 tpi apa yg brlaku pda pnulis itu tidak mustahil krn Allah Maha Besar 👆ambik pngajaran yg baik & tinggal yg buruk

      Reply
  3. Kita boleh percaya dengan Allah SWT sahaja dan nothing else other then our Almighty. Macam yang saya mention kat cerita tu, saya tak tahu punca kematian orang yang tinggal kat rumah itu selepas kami. Apa yang saya tahu memang dah sampai ajal orangnya cuma mungkin dia meninggal kerana sakit atau kerana ‘benda’ yang dihantar kepada kami itu Allah SWT je yang tahu. Saya ada pantang larang dimana saya tak boleh menyebut atau mention nama ‘benda’ tu. Saya bagi hint, ‘benda’ tu orang hantar dengan niat nak mengambil nyawa seseorang. Lastly, pertolongan yang saya dapat bukan daripada kaum jin. Saya dah mention dah kat atas kisah saya tu. Satu je yang saya boleh bagitahu, ada banyak perkara misteri yang berlaku di sekeliling kita yang kita tak dapat merungkaikan. My story one of that mystery.

    Reply
  4. Hai sis🤗… Best cerita sis ni.. Saya kerap mimpi bayi… Peluk bayi, bagi bayi makan, suka bayi. Ada orang kata tu saka. Betul ke sis?

    Reply
    • Mimpi sis tu tanda mcm ada benda nk berdamping. Klau saka pon lebih kurg cuma akn kerap mimpi menyusu bayi tu dan akn mimpi menerima sesuatu mcm barangan, ayat etc.

      Reply
  5. Ye sis, selalunya mimpi bayi ni bermaksud ada benda nak damping dengan kita.( ofcourse benda yang tak baik) Kalau boleh elakkan ‘menyukai’ bayi yang sis terima dalam mimpi sis. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’. Jangan sesekali sis selesakan diri sis dengan mimpi mcm tu. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

    Reply

Leave a Comment