MISTERI DIKEM JATIDIRI PECAH BATU, KUALA KANGSAR

MISTERI KEM JATIDIRI PECAH BATU, KUALA KANGSAR

first of all, terima kasih kepada admin sebab sudi publish cerita saya. Masa aku menulis cerita ni, aku baru je terjebak dengan FS ni dalam 3-4 hari. Yelah baru tau memandangkan aku ni bukanlah pengguna FB tegar. Kadang2 tu seminggu sekali nak bukak pun malas sebab takde apa dan tak minat…

Since kawan aku bagitau aku dia suka baca kisah seram kat fb sebelum dia tidur, aku tanya la nama page ni. Aku memang kenal kawan aku ni penggemar cerita hantu berlainan dengan aku yang tak suka langsung cerita atau kisah hantu. Maybe sebab aku penakut. Hahaha
Owh lupa, nama aku Amirul (sememangnya bukan nama sebenar)

Cerita yang aku nak sampaikan ni ketika aku masih disekolah rendah darjah 6 pada tahun jeng jeng jeng… 2007. So aku teruskan kepada cerita aku…

Pada penghujung tahun 2007, sekolah aku ada buat kem jati diri 3hari 2malam selepas tamatnya peperiksaan UPSR. Selepas pack apa patut kami pun bertolaklah ke kem tersebut yang memakan masa 2-3 jam perjalanan (aku tak ingat sebab membongkak tidoq) haha. Bila sampai kami pun siap2 lah memasang khemah dah lengkapkan apa yang patut. Sepanjang satu hari pertama kami kat sana, takdelah benda apa pun. Tiba hari kedua yang ditunggu-tunggu, aku ringkaskan terus kepada malam hari sebab sinilah bermulanya segala kisah misteri ini..hmm

Pada malam tersebut aktiviti kami adalah ‘night walk’ merentas hutan separa tebal. Giliran aku pada masa tu adalah ke 97. Masa mengelamun tu tetiba aku rasa ada benda cuit bahu aku dari belakang. Padahal pada masa tersebut, akulah yang paling last dalam barisanku. Aku tak fikir lama2 dan terus toleh dengan perasaan berdebar tetapi fikirkan masih ramai lagi di kawasan tersebut, aku berani. Owh, rupanya kawan ku telah beralih ke belakangku kerana dia takut nak masuk hutan… Hahaha..

Dia cakap kat aku nak tukar nombor. Aku pun setuju sebab lagi awal aku masuk, lagi cepat aku boleh tidur. Dia dapat nombor 82.

Untuk makluman pembaca, kami tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan yang bercahaya termasuk lampu suluh, jam tangan glow in the dark dll. Bila sampai giliran aku, aku pun cuak, haram time tu perut memulas mintak dibuang. Tapi aku gagahkan jugak la sebab dah sampai turn. Aku pun turun ke lembah gelap tu dan ada abang tegur aku, “dik kamu nak pegi mane, nah ni colok dulu buat terang jalan kamu” (a.k.a colok cina sembahyang tu) aku pun berhuhuhu jela…

Time aku jalan tu aku berpandukan tali yang diikat dari pokok ke pokok. Colok tu guna nak suluh tali je ! Mana nampak apa ! Haih laaa… Walaupun malam tu bulan mengambang penuh, tapi disebabkan dahan2 pokok yang merimbun diatas menyebabkan suasana terlalu suram dan gelap. Aku hanya boleh nampak benda 9-10meter disekelilingku. Sampai satu selekoh, tali dah bertukar pokok.

Paling thrill adalah nak cari tali baru yang diikat lebih tinggi or lebih rendah dari tali sebelumnya. Dok menggagau cari, yeeehaa, jumpa jugak.

Aku pun teruskan perjalanan yang kurasa jalan yang lurus cuma didepan ada bukit dan aku nampak jalan selepas bukit tu adalah selekoh ke kiri dan bersemak. So, tak nampaklah kemana jalan kekiri tu menuju. Sedang asyik leka memandang kiri dan kanan, tetiba aku disergah satu ngauman di belakang kanan aku yang aku kira berjarak 5-7meter sahaja !

Aku toleh2 dan guess what !!! Seorang lelaki sedang merangkak keluar dari semak. Nohorom aku pun berlari la sambil pandang benda tu. Laju aku lari memandangkan d***h yang mengalir dalam badan aku ni d***h atlet. (mak pak wakil sekolah. Makku pelari long distance and pak 100m). Aku lari dan lari dan aku kalih pandangan ke hadapan dan bagai nak luruh jantung aku sebagaimana luruhnya daun2 dihutan ni.

Bila aku toleh kedepan dengan aku yang tengah memecut ni, ada pokok rupanya !!! Haaa hambik sebijik aku cium pokok terbuntang,tergolek, terjelepuk. Sakit bangang !!!!! Colok pun patah, api pun padam, dan paling best hidung rasa panas. Ingat hingus aku, bila pegang rasa berair, nak tengok tak nampak. So aku bau, owh d***h rupanya. Nasib la sekejap je mengalir.

Aku pun bangun dengan hati yang panas dan toleh belakang tengok lembaga tu takde dah. Aku agak tu mesti kerja orang kem tu jugak nak takut2 kan kami. Yelah kem jatidiri. Aku tak kisah, dan aku teruskan perjalanan.

Owh ye, tadi aku bagitau kat atas bukit tu nampak jalan membelok ke kiri, dan aku ternampak dua kelibat manusia. Aku diam kaku. Aku usha pelik, dan benda tu bersuara, “woi Amirul, sinilah teman kami” owh rupanya si penakut hawau NAJWA nama diberi dan Syamil si sempoi budak darjah 5. Kami pun regroup dan planning. So i take the lead sementara Najwa ditengah dan Syamil di belakang sekali. Apa yang kami planning ?

Ya kami just planning ikut je jalan yang dah disediakan . Kah kah kah. Mana ada benda lain lagi boleh buat. Ok sambung (serius k). So, aku tanya Najwa, ko ada colok dan pun bagi colok dia. Aku cari tali dan jumpa, kami teruskan perjalanan di denai2 dalam hutan tu. Berlopak tapi tak hujan takde sungai. Maybe embun. Tiba di satu kawasan, kami kehilangan petunjuk kemana harus melangkahkan kaki ini.

Samada ke kiri atau terus sebab kanan jurang dalam. So, aku teringat pesan ustazku, bila diri ini telah bengkok, kembalilah ke jalan yang lurus. Padahal depan aku bukit tinggi. Aku pun decide untuk terus tanpa persetujuan kedua2 temanku. Depa ni ikut ja sebab depa takut. Aku ambik lead pun sebab aku takut duduk belakang. Better depan sekali dari belakang sekali. Huhuhu

Dah 7-8 langkah mendaki, tak semena-mena, satu penampakan cahaya dari arah kiri kami.. Kami pun serentak menoleh dari mana datangnya cahaya tersebut.
Owh lega rupanya akak penjaga kem tu suluh kat kami. Dia cakap “dik kamu salah jalan tu. Turun balik. Ni ha tali kat pokok ni. Rupanya tali seterusnya dipokok tadi diikat lebih rendah dari tali sebelumnya.

Kami senyum jela dan mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawa kami. Kami pun teruskan perjalanan seperti biasa. Najwa ni dok merengek takut takut takut. Sapa tak bengang. Aku toleh dan cakap “ko ni dah kenapa ! Duduk tengah2 nak takut lagi. Pegang sweater aku ni. “Jangan lepas” dia pun ikut je dan diam.

Sekejap je diam lepastu bunyi balik…..

“takut takut”. Aku “ye” kan je sebab aku pun cuak. Tapi tak rasa sangat sebab pada aku, bila dah bertiga ni in syaAllah takde benda jadi. Berteman la senang kata.
Perjalanan seperi biasa. Tapi sekali lagi kami mendapat masalah sama. Tak jumpa tali penyambung untuk ke pokok seterusnya.

Menggagau cari satu pokok pegang sini pegang situ atas bawah. Kalaulah pokok tu boleh cakap, mesti dia marah sebab kami bertiga meraba dia tanpa perasaan bersalah langsung. Owh suasana pada masatu, di kanan jalan kami ni ada busut jantan(besarlah orang kata) lagi tinggi dari aku yang berketinggian 134cm pada masa tu(time perhimpunan aku dok depan sekali. Wuwuwu) belah kanan dalam 10 meter tu jurang.

Depan pokok. Owh lupa nak bagitau, sebelah pokok yang kami dok syok meraba ni ada pokok jugak sebesar satu pemeluk rasanya. Jarak dua meter dari “pokok rabaan” tu. Haha.

Dalam dok kelam kabut cari tali, kami terdiam kejap. Terpaku. Terkedu. Tersunyi. Sebab kami dengar bunyi seakan-akan b**i tapi dibuat2 dibelakang busut. Najwa dah start merengek takut. Bangang la dia ni, orang lain makin takut makin diam, dia pulak makin takut makin kuat bunyi. Haih la nasib badan

Aku suruh diam. Dia senyap tapi dia sendu2 nangis. Aku halakan colok aku ke arah busut tu. KAU TAU AKU NAMPAK APA ?!!!. Takde apa sebab api colok macam haram nak taknak je menyala. Geram ceq. Aku just ignore tanpa tegur bunyi tersebut. Aku ajak depa berdua balik kearah pokok sebelumnya sebab nak cari balik tali(bukan pokok rabaan) bila kami check dengan dua batang colok ni, owh rupanya tali kat pokok ni bercabang dua.

Satu ke arah pokok rabaan. Satu lagi ke pokok sebelah dia. Kami pun pergi ke pokok sebelah yang aku gelarkan “si rakan rabaan” bunyi b**i tu dok kedengaran lagi. Kadang seram kadang menyampah. (Bunyi memang huduh) tapi alhamdulillah, aku takde meremang lagi setakat ni.

Bila kami pergi ke si rakan rabaan, kami cari tali untuk teruskan perjalanan. Tengah dok meraba, tetiba dengar orang gelak tapi tutup mulut. Sapa pulak dah. Tapi aku tak takut just cuak2 manje gitew, yelah macam aku cakap tadi, aku ada kawan. Tetiba, satu susuk keluar dari belakang pokok yang kami tengah raba ni.

Nah amik kau, cik ponti !!! Kawan aku perempuan ni asyik nangis lagi. Diam lah setan. takut diam, bukan melalak !!!. Marah ku padanya. Cummya pelik satu, aku still tak takut. (Sebab aku dah kena dah awal tadi) aku anggap ni mesti akak/abang jaga kem. Aku sua colok aku kearah “dia”. Aku cakap la “ni bukan hantu ni, ni orang ni. Kan kan kan” 3x aku ulang benda sama.

Aku perasan Syamil pandang aku pelik. Tapi tak cakap apa. Najwa pulak cakap “tak nampak-tak nampak”. Dan masa tu jugak bunyi b**i senyap. Aku pandang la ke arah busut tu, aku nampak dua kepala mengintai, dari gaya kemasan rambut tu, aku agak tu cikgu ‘ilmu hisab’ dengan cikgu sains aku(nampak tapi agak kabur). Tengah dok pandang busut tu, anak mata aku still nampak ‘benda'(cik ponti) tu depan tapi makin menjarakkan diri. Tangan aku still meraba.

Syamil jumpa tali. Najwa ? Duduk la belakang aku pegang2 sweater aku. Haih. Kami teruskan perjalan lagi dan still aku lead kumpulan ni(actually tak dibenarkan berkumpulan sebab dilepaskan sorang2. Tapi dah terjumpa, kan)

Kami berjalan dan kawasan yang kami lalui ni macam lereng bukit. Pada pengamatan aku la lagipun kawasan memang gelap. So tak boleh nampak sangat. Ya di lereng bukit ni la kami terkena lagi sekali. Tetiba ada jaring merentang perjalanan kami sehingga memaksa kami merangkak dibawah jaring.

Bukan satu, tapi tiga !!!. Hmm kotor dah lutut seluar aku. Selepas halangan tersebut, kami jalan lagi dan lereng dah kami lepasi dan sampai di satu kawasan lapang. Kat sini peratusan penglihatan betambah baik sebab pokok jarang dan cahaya bulan penuh. Sampai disatu pokok (pokok tu takde kaitan pun dengan tali) tetiba kami disergah dengan suara garau di sebalik pokok dengan kemunculan lembaga. Owh rupanya Pakcik Li ketua kem.

“Hangpa jalan kumpulan, mana buleh”. So dia pecah kan kami, disebabkan aku depan, so aku jalan dulu. Najwa denga Syamil, kena tahan. Haaaaa. Time ni la baru mula kecuakkan aku. Masa tu la aku mula mengerti betapa kerdilnya diri ini. Betapa tingginya langit. Hmm.. Masa ni colok kat tangan aku hilang sebab terkejut dengan sergahan pakcik Li. Aku campak kemana ntah. Hahaha. Aku jalan slow2 sambil toleh belakang. Banyak kali. Haram takut piau!!!

Sampai la aku dah tak nampak mereka bertiga, aku dah tak toleh. Jalan yang bersimpang siur dirasakan lurus. Dalam 8-10min aku terdetik nak pandang belakang. Nahorom nampak budak kecik laju berlari kearah aku. Ni memang takleh jadi. Aku pun dah amik pengajaran tadi, kalau lari mesti kena pandang depan. Kelajuan aku masa pecutan tu, laju sikit dari makhluk tadi.

Sebab makin lama aku toleh jap makin jauh. Aku lari pun sebab kawasan tu terang. Tak pikir tali dah. Aku just follow je laluan jalan tu. Tetiba tengah syok layanan pecutan tu, aku terdengar “woi tunggu aku!!!” . Aku stop krekkkkk…. (Guna tumit) toleh2, sekali kawan aku. ‘Si semput Syamil’ (sebab dia tengah semput time tu). “Bodoh la ko ni, aku ingat sapa tadi”. Huu hap huu hap dia semput. Haha

Kami pun ambik nafas dan teruskan perjalanan. Sampai satu kawasan dah takde tali dah. Yang ada cuma anak sungai yang lebarnya 1 setengah meter. Syamil tanya “betul ke ni”. Aku cakap “kita redah la” berdasarkan instict aku. So kami redah then daki bukit sebelah tu. Dan…. Kami dipertemukan semula dengan kem kami. Alhamdulillah.

Habis kem kami balik sekolah kami pun bercerita. Disebabkan Najwa sekelas, aku pun tanya “asallah ko meraung beria. Aku cakap orang, kan ? Dia kata dia memang dah takut bunyi b**i jadian tu tapi dia lagi takut sebab tak nampak apa yang aku nampak !!! Gulp. So, cik ponti tu sapa ?

“Diakah?” Dan dia pelik sebab kami kena merangkak sampai tiga kali masa lalu satu kawasan tu. Aku kata la ada jaring. Dia kata takde. Gulp tapi kalini takde air liur dah sebab dah telan habis masa first “gulp” tadi. Hahhaa.
Bila time rehat, aku tunggu kat laluan perjalanan kelas Syamil.

Bila nampak dia aku tegur. Aku tanyakan benda yang sama sebab tak puas hati dengan jawapan Najwa. Dan jawapan tetap sama. Dia tak nampak apa2 masa kat pokok tu tapi jaring tu dia perasan. Dia tanya aku nampak apa. Aku just cakap takde benda. Lagipun gelap.

Ni jelah cerita aku. Tak tau la seram ke tak. Sapakah gerangan Cik Ponti yang aku nampak tu ?????? Apakah benar ada jaring ???

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

5 thoughts on “MISTERI DIKEM JATIDIRI PECAH BATU, KUALA KANGSAR”

  1. Boleh x explain kt aku part ni “So, aku tanya Najwa, ko ada colok dan pun bagi colok dia” sbb ayat terabur. Xtau la aku je yg x fhm or mmg betul susunan ayat ngko x betul.

    Btw biasa je cerita ni. Xseram pun. Tp ok la sbb aku hbis baca juga. 🙂

    Reply
  2. Apabila kanak2 riang cuba untuk berkarangan..
    Merepek satu
    Jalan cerita xmasuk akal sbb ko blh ingat semuanya kejadian yg dh bertahun2
    Lepastu kau ni seolah okah hanya bercerita pegalaman nighy walk je..org bosan dgn bukan ko sorg je ad pgalaman.ko salah forum ni dik non.
    Jgn pos lagi cerita mcm ni.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.