Salam semua pembaca FS. Aku Lala, dari Sarawak. Peminat tegar FS. Sebelum ni hanya membaca kisah kisah penulis lain, kali ni aku sendiri nak berkongsi 100% cerita dari kenalan aku. Maaf kalau jalan cerita tak menarik. Let’s go!
“Aku” dalam cerita ni ialah Evia.
Setelah suami habis kursus di Kuantan, suami telah diposting ke salah sebuah negeri di Malaysia. Negeri adalah rahsia. Jadi nak taknak, kami bertiga termasuk anak aku haruslah berpindah dengan segera.
Pada mulanya, semua berjalan dengan baik. Suasana yang indah, dengan jiran yang peramah. Di satu petang, jam suami aku selalu balik, aku terdengar ketukan pintu rumah. “Ohh.. dia lupa bawa kunci rumah lah ya” kata ku dalam hati. Aku dari dapur lalu berjalan ke pintu depan untuk membuka pintu.
Shhhhh~ “Hembusan angin menerpa muka”
Tidak ada sesiapa di luar rumah. Di situlah titik permulaan perkara-perkara pelik terjadi. Mungkin ketukan pintu itu tadi tanpa entiti itu meminta izin untuk masuk. Dan tanpa sengaja, aku membenarkan dia masuk ke rumah.
Pada awalnya, aku memang tak syak apa-apa. Lagipun, bukan jenis yang taksub sangat dengan alam mistik jadi sentiasa positif je lah. Keesokan harinya, jam yang sama di waktu petang, aku terdengar suara suami ku di ruang tamu. Aku cuba positive je sebab bulan July & August suami banyak duty malam. So macam mana ada suara dia kan? Aku? Bertabah je lah tinggal dengan anak kecil kami. Selang selepas seminggu, hari khamis malam jumaat.
Suami duty malam lagi, jadi seperti biasa aku bawa anak aku masuk bilik awal. Sebab rasa tak selesa sangat kat ruang tamu. Malam tu rasa lain sangat, meremang seram sejuk semacam. Ngam juga anak demam panas, so setiap sejam bangun lap badan & check suhu badan anak. 11:55pm, masa tu hujan renyai-renyai. aku pun bangun nak lap badan anak, tiba-tiba “Pappppp!” pintu bilik kami dipukul. Perasaan ku masa tu, hanya Tuhan je tahu. Rasa nak gugur jantung. Tapi yang peliknya, pintu sekuat itu bila dipukul, mesti terbuka kan? Lagipun tombol pintu bilik kami rosak, jadi hanya boleh tutup macam tu. Lepas kejadian tu, aku terus berselimut dari hujung kepala hingga ke hujung kaki sambil peluk anak. Sambil sambil tu baca doa Bapa Kami dan Santi Maria. (Aku Kristian Katolik ya untuk pengetahuan pembaca.)
Selepas dari kejadian itu, setiap petang aku hidu bau garu dalam rumah. Tapi aku tak ambik port sangat, sebab dalam fikiran aku minggu jiran sekitar sini sembahyang. Masuk bulan August, hubungan kami suami isteri sangat-sangat panas. benda kecik nak jadi besar. tapi, kalau berjauhan semuanya okay. mesra je call and whatsapp. keluar dari rumah baru perasaan rindu tu timbul, tp balik je automatik mcm musuh.
one day, tergerak dalam hati nak tanya dgn cousin & bff aku. atas nasihat, dorang sarankan aku bagitau benda ni dengan mak bapak aku. kemungkinan disihir. aku masa tu serba salah juga nak susahkan mak bapak, tp aku bagitau juga. lepas je cerita benda tu, mak aku bagi nasihat refer dengan Uncle R. Uncle R ni pernah buat prayover kat rumah kami dulu. Uncle R contact aku, dan bagi beberapa doa untuk dibaca. Syukur, selepas tu keadaan kembali normal.
TAPI UNTUK SEKETIKA SHJ.
Tak lama lepas tu, dalam bulan Sept, mak mertua dan ipar pun datang bercuti ke rumah kami. Mak mertua dan ipar tidur kat ruang tamu. Sbb berangin katanya. Suami pun tertidur sekali atas sofa di ruang tamu selepas menonton tv. malam tu, mak mertua da terbangun dari tidur, lalu mendongak ke atas. Dia nampak kelibat seseorang menyerupai suami aku. Sambil senyum memandang mak mertua aku. Tubuh nya tinggi & hitam legam. Mak mertua ingatkan tu suami berdiri belah atas kepala dia, bila toleh ke kanan rupanya suami tidur di sofa sebelah kanan. Bila mertua mendongak lagi, benda tu hilang. Mak mertua terus bangun dan berdoa minta perlindungan dari Tuhan.
After a few days, mertua & ipar pun balik. Aku dgn suami pun sudah mula buat sembahyang rosary di rumah. Suami pun ada tapis holy water di sekitar rumah. Then, the next day rosary kami putus sendiri. 3 utas rosary, putus dengan sendiri. kami masih waras lagi, dan memang takkan putuskan rosary. Sebelum kejadian tu, anak bermain dalam bilik sorang diri sambil ketawa. aku masa tu mungkin dah mula hilang sabar, aku masuk bilik terus marah marah dalam bilik sambil tengking benda tu. aku minta jangan kacau anak aku. kalau orang luar tengok keadaan ni, mesti aku dicop gila.
lebih sebulan tiada bacaan rosary di rumah since rosary semua dah putus. dah macam-macam cara kami buat, termasuk petua orang tua. letak garam dan etc. cuma kami belum lagi jemput Father untuk bless rumah ni.
Bulan October, malam jumaat suami shift malam lagi. Hiahiahia. Aku dengan anak je kat rumah. Malam tu lambat sikit masuk bilik, aku rasa belakang tengkuk aku rasa panas semacam. macam ada haba panas. aku pandang belakang cun cun ke arah bilik, tau tak apa yg aku nampak? aku nampak ada benda menyerupai badan manusia tergantung atas kipas bilik tu wei. badan aku bergegar, doa semua dah kucar kacir tapi tak tau dari mana datang keberanian, aku bawa anak masuk dalam bilik. stay dalam bilik. dalam hati cuma positif, mungkin sekadar imaginasi atau salah pandang. aku cerita kat suami benda ni, aku pula yang kena marah. tapi aku faham, suami pun taknak aku takut sbb dia pun salu duty malam. sebelum kejadian tu, aku salu sangat mimpi buruk dalam bilik tu. mimpi kubur, mimpi pengantin perempuan di kubur, mimpi kak ponti di belakang flat.
selepas tu, aku pindah semua barang ke bilik sebelah. gigih aku pindah semua, walaupun bilik tu kecik sikit dari bilik utama, tapi aku taknak tinggal dalam tu. berbeza sangat aura dalam bilik sebelah tu. selesa and rasa berangin. mimpi pun indah indah belaka. tapi itu hanya permulaan.
malam tu aku mimpi, ada satu lembaga hitam cuba nak ambil anak aku. aku nak bangun peluk anak aku, tapi tak mampu sebab cik ponti atas badan tahankan aku dari bergerak. susah sangat nak bernafas masatu, aku doa Bapa Kami, minta pertolongan baru keadaan menjadi reda. Aku check jam, tepat pukul 3 pagi. orang Kristian pasti tahu apa maksud ini. aku bangun dan terus berdoa. semoga dilindungi oleh Tuhan.
secara kebetulan, aku share story ni dengan kawan lama aku. Husb dia pun bertugas kat sini jugak. menurut husb kawan aku ni, dulu dia pernah denga cerita mengenai kawan-kawan yg dah lama duduk dalam base ni. menurut mereka, ada pembunuhan melibatkan orang gaji. Si suami berlaku curang dgn orang gaji, tapi ketahuan oleh si isteri lalu orang gaji dibunuh dengan kejam dan digantung atas kipas. menurut cerita lain, pembunuhan orang gaji juga. tapi kali ni si suami yang selalu mendera orang gaji tu hingga mati.
setakat ni je cerita aku. maaf kalau tak seram, tapi ini benar benar berlaku. keadaan maseh tidak normal, ada peluang aku kongsikan lagi ya.
Jangan lupa sentiasa berdoa untuk meminta perlindungan dari-Nya walau apapun agama kita.
wau! bahasa melayu you bagus..😊
cite best..seram..😆
pengalaman yang menarik.
walaupun berlainan kepercayaan kita kena tetap saling menghormati.
Cuba awak panggil ustaz pula.. tp yg memang pakar bab buang gangguan ni..mana tau dengan izinNya berkesan..
mungkin dlu hantu jipun punya flat tu..
sdp.nt sambung lg
Thank you.
kawan sy tgh ikthiar cari rumah lain, cuma buat masa ni masih blm jumpa rumah baru. doakan semoga berjalan lancar.
Huh? Sampe kinek blum pindah?
Aok, lom pindah gik. Sbb agik nunggu rumah baru sidak nya. Kinek pun gik ada gangguan.
best story ktk.. jgn lupa juak amal doa St. Michael The Archangel sis…. GBU n ur Family….
Thank you dear. Will do. God bless you too.
Sorry just curious, rosary tu apa ya?
Tasbih untuk Kristian..
Semoga awak dilindungi Tuhan. Cepat2 pindah atau panggil org yg pakar menghalau makhluk ni. Bimbang ia akan menyukai keluarga awak dan mengikuti awak ke mana sahaja. Waktu tu dah terlambat untuk berpindah.
Ya sis. Sekarang dorang tgh tunggu rumah baru utk pindah. Risau juga sbb anak masih kecik.
Oh seramnyer.. Boleh pulak dia main gantung2. Harap semuanya selamat pindah nanti.
Amin. Semoga dorang cepat dpt rumah baru. Skrg masih stay kat rmh tu.
sy cadangkan panggil ustaz yang mahir dalam menghalau makhluk halus. Maaf , tapi kita cuma berikhtiar pelbagai cara ..
kem navy lumut ni.. Selalu duduk rumah kakak masa tu pernah kena…macam macam package ada…
Sorry nak tnya.. apa maksud ni… tak fhm
“Aku check jam, tepat pukul 3 pagi. orang Kristian pasti tahu apa maksud ini.”
Dia dikira timing bende bende tu kacau. Macam islam, maghrib. Diorang yang kristian, pukul 3.
Devils mocking on trinity… Atau waktu syaitan… Dalam Ghost Adventure dia selalu cakap pasal ni…
Seram gak ehhh dan bahaya jgk duk f umah tu lame2…harap dpt cepat2 laa pindah…x tenteram dibuatnya duk dlm umah yg kita dh taw penyakitnya tuu…semiga dipermudahkan….
semoga u selamat dan cpt2 pindah ye
kalau guna father pun takut tak jadi apa apa hmm sorry to say. tapi saya pun kena faham agama awak. cuba awak search kat youtube, awak search “ayat qursi”. mana tahu masa kena kacau tu, benda benda tu semua lari ketakutan.