MISTERI LUBUK PUSING

Assalamualaikum pembaca setia FS. Aku penulis baru nak tumpang lalu. Terima kasih pada admin jika sekiranya kisah ini tersiar.

Kisahnya bermula sewaktu aku pergi melawat embah aku di Kuala Selangor. Suatu hari, embah aku ingin bertemu saudara yang dah lama tak jumpa (bau-bau bacang gitu) di sebuah kampung namanya Lubuk Pusing. Maka aku pun bersiaplah untuk pergi bersama embah dan anak bini. Kami bertolak petang dalam lepas asar. cuma embah aku je yang ingat jalan, aku dah lama tak melawat, last pergi masa umur aku 6 atau 7 tahun tak silap.

Bila dah sampai, kami pun mula lah bersembang, menggamit memori masa kecil-kecil dulu. Saudara embah ni bekas askar. Syok jugak dengar dia bercerita masa dia berkhidmat dalam temtera dulu. Tanpa kami sedar, kami dah terlajak sampai ke maghrib. Sebelum tu pun embah dah ajak balik sebab lama sangat.

Akhirnya kami pun berangkat balik dan aku perasan sesuatu yang pelik kat kampung ni. Walaupun baru pukul 8 malam, tapi takde satu manusia pun nampak di jalanan. Kadang-kadang kan mesti kita nampak anak muda naik motor ke, orang berniaga tepi jalan ke…tapi takde. macam sunyi sangat.

Lepas tu kami lalu satu surau lama kat kampung tu, surau tu kelihatan agak suram dan kurang jemaah dan di sebelah surau ada kubur lama macam tu. Tiba-tiba aku ternampak satu susuk entiti dengan pakaian lusuh dan rambut panjang kat kubur tadi. Rupanya langsuir. Aku yakin dia dah tahu yang aku perasan tengok dia tadi. Aku cepat-cepat buat tak tahu dan teruskan perjalanan.

Tapi kak langsuir ni tak puas hati, dia follow kereta aku, berdesup-desup dia lalu celah-celah pokok pisang, betul-betul sebelah kereta. Tiba-tiba aku rasa marah, aku bukak tingkap dan ludah. Mestilah dia lagi marah. Oleh kerana tak tahan, aku berhenti bawah tiang lampu dan aku segera mintak air daripada isteri. Isteri aku tak banyak tanya, terus dia bagi air dan aku cuci muka banyak kali. Aku perasan masa aku berhenti, kak langsuir tu masih tengok aku celah pokok pisang, lepas dah basuh muka, aku tengok balik, benda tu dah takde.

Aku pun tanya embah, kalau-kalau dia perasan benda tu, embah kata tak nampak apa-apa. Bini aku jangan cakap la, dia memang hijab tertutup. Nasib baik anak aku tak apa-apa. Embah aku dah bising, “tu la…kan dah suruh balik awal tadi”. Aku pun diam je.

Kemudian aku teruskan perjalanan dan jumpa satu simpang empat, kami terus ikut jalan yang sama kami lalu petang tadi. Tapi yang peliknya, jalan tu gelap gila kiri kanan, cuma ada semak samun dan pokok-pokok besar. yang palik buat kami menggelabah apabila jalan jadi semakin kecil, ngam-ngam kereta myvi aku. Bini suruh patah balik, tapi itu tak mungkin sebab takde ruang langsung untuk aku patah balik dan jalan sangat gelap gelita.

Kami membaca ayat kursi dan surah-surah yang kami tahu. Nasib betul, memang terkena malam ni. Saja dia nak sesatkan kami. Alhamdulillah, kami jumpa jalan keluar dari situ, dan aku dah perhatikan takde sebarang entiti yang akan ikut aku sampai balik ke rumah embah.

Lain kali kalau aku nak pergi ke sana, aku akan fikir banyak kali. Mungkin aku takkan balik malam lagi. Kalau nak tahu, lubuk pusing ni ada sejarahnya. Orang kampung kata ada pusaran kat tengah sungai, makin lama makin deras dan menyukarkan laluan sampan dan risau takut-takut kalau ada apa-apa yang tak diingini berlaku sampailah ada seorang imam yang baling serban ke dala pusaran tersebut, dan barulah pusaran tu berhenti dan air pun tenang.

Ok, sampai jumpa lagi warga FS. Assalamualaikum

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]
ZAIDI

8 thoughts on “MISTERI LUBUK PUSING”

  1. sya anak jadi dri kampung yg di maksud kn dlm cerita di atas.. setahu sya tiada surau lama yg ada kuburan.. hanya ada sebuah masjid ..sepanjang jalan masuk kg pun tiada la gelap ada lampu jalan … selama hidup sy dn org kampung tiada pernah jumpa atau bercerita perihal hantu atau langsuir… penulis belum cukup mengenal kampung Lubuk Pusing. Kampung Lubuk Pusing, kampung tertua dan masjid tertua di daerah sabak bernam itu sudah tercatat dlm sejarah..

    Reply
  2. ada betulnya cerita diatas. sya dari kg sebelah arwah nenek pernah kena benda yg sma dilalui penulis. dan baru dlm bln lepas februari 2019 sya terserempak dgn pasangan dri kl kmudian lalu ke kampung sya prmpuan tu kna histeria dari lubuk pusing lagi n trus ke kg sya sbb dia ambil barang di rmh lbuk psing skjp dlm prjlnn balik dia dirasuk.

    Reply
  3. Apsal masa aku baca cerita ni aku rasa macam aku sebut slang Jawa?

    Yang lagi lawak, kau tahu dia mesti marah bila kau ludah, kau ludah jugak kenapa?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.