Assalamualaikum… First sekali aku nak minta maaf sebab aku tersalah guna nama #KucingGarong lagi..hehe. Sorry ye semua. Terima kasih untuk yang support kisah aku. Aku ada terbaca komen dari pembaca bertanyakan tentang aku masih boleh merawat lagi ke tak. Jawapan aku adalah tak. Aku dah kehilangan anugerah aku tu atas kesilapan aku sendiri. Yang tu nanti aku kisahkan kemudian ye.
Misteri Makcik Senah. Apa yg misteri sgt dengan Makcik Senah ni?? Untuk pengetahuan korang semua Makcik Senah ni rumah dia terletak kat bahagian hujung kampung. Nak masuk ke rumah dia ni kene lalu denai dulu baru boleh jumpa rumah. Rumah dia besar jugaklah kalau kirakan pada masa tu. Sebelah rumah dia ada lagi satu rumah tapi rumah ni kosong takda orang tinggal. Makcik Senah ni Ibu Tunggal. Dia ada dua orang anak. Sorang anak lelaki Syam dan sorang lagi perempuan Siti. Dua dua ni dah kerja pun kat ibu kota dan jarang sekali balik kerumah. Makcik Senah ni walaupun umur dia dah lanjut tapi dia masih lagi kuat dan kulit dia masih lagi cantik dan nampak muda. Ni berdasarkan apa orang kampung cakap la. Ada yang kata Makcik Senah ni membela. Nak percaya tu terserahlah kat orang tu kan.
Kisah macam mana aku boleh terlibat sama dengan kes Makcik Senah ni bila Siti datang jumpa Paklang minta pertolongan sebab dia kene gangguan. Tiap kali bila malam masa nak tidur mesti dia dengar ketukan kat tingkap bilik dia dan selalu dia mimpikan mak dia iaitu Makcik Senah datang dalam mimpi dia nak bagi sesuatu. Tapi keadaan mak dia dalam mimpi tu sgt menyeramkan. Jadi Paklang pun buat la apa yang patut. Bagi air penawar untuk kuatkan semangat. Tu je la yang mampu Paklang tolong sebab Siti cuma kene ganggu biasa je. Berbalik pada Makcik Senah ni, ada la satu hari tu kat kampung ni kalau hari Khamis akan ada pasar malam. Aku masa tu tengah jalan kaki balik dari masjid dan singgah jap kat pasar malam ni beli serba sedikit makanan. Ayam goreng celup tepung abg mi masa tu sedap sgt. Harga pun murah. Memang jadi target aku setiap kali pasar malam dan jugak air coconut shake. Feveret tuu.
Tengah aku jalan nak balik rumah tu, aku ada la selisih dengan Makcik Senah ni. Memang betul apa yang orang kampung cakap. Kalau nak ikutkan umur Makcik Senah yang masa tu dalam 50 nak ke 60 dah tak mungkin dah dapat kulit cantik macam tu. Memang nampak muda. Aku jadi musykil la dengan Makcik Senah ni. Tapi…. Haa.. ada tapi dia. Aku tau wajah di sebalik yang cantik tu ada tersembunyi sesuatu. Mana taknya aku nampak kot masa dia jalan tu ada satu lagi Makcik Senah ikut kat belakang dia. Korang faham tak? Kiranya ada dua Makcik Senah dengan rupa yang sama baju yang sama berjalan sama sama. Cuma orang lain tak nampak yang lagi satu. Aku tegur la dah alang alang selisih tu kan.
Aku: Assalamualaikum Cik Nah.. nak ke mana tu?
Makcik Senah: Nak ke pasar malam nak beli makanan sikit. Dah nak balik ke Ustaz Rul?
Aku: Ishh apa pulak ustaz.. saya muda lagi belum jadi Ustaz lagi.
Makcik Senah senyum je dan Makcik Senah yang lagi satu tu pn senyum jugak tapi seram dia punya senyuman. Aku ok je tengok double Makcik Senah ni.
Makcik Senah: Aku pergi dulu ye.
Makcik Senah terus berjalan ke pasar malam tu. Ada jugak budak budak muda bila lalu diorang bersiul kat Makcik Senah ni.. Alaaa.. macam nak mangorat tu. Aku ni berbisik dalam hati, “dorang ni tak tau ke rupa sebenar Makcik Senah ni”. Tengah aku sambung jalan tu aku baca la sikit apa yang aku tau dan nak cuba sikit ilmu yang aku belajar. Belum sempat aku habis baca..
Paapppppp!!! Bahu aku ditepuk dari belakang oleh Makcik Senah.. Ye.. Makcik Senah yg kedua.
Makcik Senah: Aku tak ganggu hidup kau!! Kau jangan cuba cuba nak kacau aku.
Lepas tu dia terus hilang. Aku tersentak sekejap sebab terkejut kena tepuk tu. Sampai je kat rumah aku terus bagitau Mak yang aku nak gi rumah Paklang dan nak tidur kat sana. Ada hal sikit. Mak aku izinkan. Kak Long tengah syok je dok tengok tv citer seram. Aku pn sakat la.
Aku: Long.. jangan suka sangat tgk citer seram ni. Nanti hantu Makcik Senah datang Angah taknak tolong..haha
Kak Long: Diam la kau!! Sibuk je..
Aku terus berlalu keluar nak ke rumah Paklang. Sampai je rumah Paklang aku bagi salam macam biasa.
Aku: Assalamualaikum…. Paklang ooo Paklang.
Pak Lang: Waalaikumussalam.. Haa kamu Ngah.. masuk la..
Aku: Paklang takde gi ubat orang ke malam ni?
Pak Lang: Takde.. kenapa? Ada orang nak berubat dengan kamu ke Ngah?
Aku: Takde jugak. Cuma ada nak tanya Paklang sesuatu la.
Pak Lang: Apa dia?
Maklang datang bawakkan teh O panas dengan biskut mayat. Korang tau ke biskut mayat tu camne? Tak tau google lah ye..hehe.
Aku: Paklang kenal ke Makcik Senah?
Pak Lang: Makcik Senah yang mana satu?
Aku: Ala… Makcik Senah yang lawa lawa tu….
Masa ni Maklang sempat jeling tengok aku.. cemburu la tu..hahaha
Pak Lang: Ooo Makcik Senah yang tu..kenapa dengan dia?
Aku: Paklang ni tak tau ke buat buat tak tau?
Pak Lang: Haha.. Paklang tau la. Sebab tu dia tu cantik lagi dengan umur dia skrg ni. Dia ada memakai.
Aku: Haa.. tadi Angah ada selisih dengan dia dan belaan dia masa balik dari pasar malam.
Pak Lang: Biarkan jelah dia Ngah.. asal dia tak kacau kita sudah.
Aku: Angah dah kene warning dah tadi Paklang.. Tiba2 je datang tepuk bahu angah dari belakang.. terkejut dibuatnya.
Bammm!! Bammm!! Bammm!!
Serentak dengan itu pintu rumah Paklang kene ketuk dengan kuat. Paklang bukak pintu dan aku rasa korang dah tau apa yang ada kat depan rumah Paklang. Jelmaan Makcik Senah (Hantu Raya)
Pak Lang: Assalamualaikum…
Makcik Senah:…………
Pak Lang: Kamu balik lah. Aku taknak kamu ganggu kami.
Makcik Senah: Tolong pesan dekat dia..
Sambil jarinya menunjukkan ke arah aku.
Makcik Senah: Tolong pesan dekat dia. Jangan cuba cuba ganggu aku atau aku akan hancurkan hidup dia.
Pak Lang: Kamu tu bukan siapa siapa pun untuk hancurkan hidup orang. Lebih baik kamu pergi dari sini atau aku yang akan hancurkan kamu.
Sekelip mata “Makcik Senah” hilang dari pandangan.
Pak Lang: Kau ada ganggu dia ke Ngah?
Aku: Mana ada angah ganggu dia. Angah cuma baca sikit je. Tak tau la pulak sampai macam ni sekali.
Pak Lang: Kamu ni..
Aku senyum je.
Selang beberapa minggu kemudian aku diberitahu oleh mak yang ada orang cari aku kat rumah. Kata mak orang yang cari aku tu perempuan muda. Dia nak minta tolong sesuatu dari aku. Masa perempuan tu datang aku tak ada kat rumah. Aku pun dah lupa kat mana aku pergi masa tu. Tak perlah. Jadinya aku tertanya-tanya siapa yang cari aku. Malam tu baru la aku tau lepas selesai solat isyak berjemaah kat masjid. Paklang bagitau yang Makcik Senah Original cari aku kat rumah dia. Haha.. Pandai melawak jugak Paklang aku ni rupanya. Menurut apa citer Paklang, Makcik Senah ni datang nk mintak tolong. Dia dah tak larat nak jaga belaan dia.
Dari cerita Pak Lang.
Pak Lang!! Pak Lang!!!
Terdengar suara dari luar rumah memanggil manggil Paklang. Maklang keluar dan jenguk siapakah gerangan yang memanggil tu.
Mak Lang: Assalamualaikum.. ada apa ni cari Paklang.
Makcik Senah: Paklang mana? Aku ada nak mintak tolong dia sikit.
Pak Lang: Ye ye.. aku ada ni. Kenapa ni Cik Nah? Nak apa?
Makcik Senah: Kau kene tolong aku.
Pak Lang: Jemput naik la dulu.
Makcik Senah: Kat bawah ni je lah. Aku malas nak naik.. Anak buah kau mana? Kau dengan dia kene tolong aku.
Pak Lang: Duduk dulu Cik Nah.
Paklang pelawa Makcik Senah duduk kat atas kerusi kayu buatan sendiri kat bawah pokok tepi rumah. Maklang masuk buatkan air.
Pak Lang: Kamu nak aku tolong pasal apa ni Cik Nah.
Makcik Senah: Kau dengan anak buah kau boleh berubat kan? Tolong aku buang saka aku ni. Aku dah tak larat nak bela dah. Anak anak aku semua dah tak nak jumpa aku. Siti tak nak jadi waris. Diorang semua tak nak balik kampung. Takut kalau aku lepaskan saka pada diorang secara senyap. Aku tak nak diorang jauh dengan aku.
Pak Lang: Hemmm… Mana saka kamu sekarang? Aku tak nampak pun kat sini?
Makcik Senah: Aku suruh dia jaga rumah dan jangan ikut aku.
Pak Lang: Gini lah Cik Nah. Kamu nak aku tolong.. boleh.. Tapi kamu rela ke tak?
Makcik Senah: Rela Paklang.
Pak Lang: Kenapa la kamu ni dulu sebelum ambik belaan ni kamu tak fikir dulu? Susuk kamu tu macam mana? Aku tak pandai sgt nak buang susuk ni.
Makcik Senah: Aku nak perhatian orang. Biar orang pandang aku. Soal susuk ni nanti aku cari yang boleh buangkan.
Makcik Senah: Aku tak boleh lama ni. Nanti datang tolong aku ye.
Papppppp!! Jatuh terjelupuk Makcik Senah dan kemudiannya bangun semula lalu jeling ke arah Paklang.
Makcik Senah: Aku dah pesan!!!!! Jangan berani kacau aku!!!!!
Hantu raya belaan Makcik Senah masuk dalam badan dia.
Pak Lang: Kamu balik lah.. sebelum aku bakar kamu kat sini.
Makcik Senah: Huhhhhh….
Kemudian Makcik Senah berlalu pergi. Maklang kemudian datang dengan air dan biskut. Belum sempat jamu Makcik Senah tu dia dh pun balik.
Mak Lang: Mana pergi Cik Nah abg tu?
Pak Lang: Dah balik dah. Xperlah..simpan la air dengan biskut ni. Kamu cemburu ke?
Mak Lang: Mana ada cemburu. Saya ok je la..
Pak Lang: Kamu ni…
Maklang berlalu masuk ke dalam rumah.
Pak Lang: Macam mana ngah?? Kamu rasa Cik Nah ni betul betul nak minta tolong kita ke ada sebab lain?
Aku: Entah la Paklang.. saya pu tak tau nak cakap macam mana. Kita tengok je la dulu macam mana.
Pak Lang: Nanti kalau ada apa apa kamu bagitau la Paklang ye.
Aku: Baik lah paklang.
Kami pun terus pulang ke rumah masing2.
Kalau tak silap aku dalam sebulan jugak la selepas Paklang cerita kat aku pasal Makcik Senah ni anak anak dia datang ke rumah Paklang minta tolong. Masa ni aku ada kat rumah Paklang. Tergesa gesa dua orang ni datang minta tolong tengokkan mak diorang ni. Katanya sakit tenat tapi asyik terpekik je. Patutlah aku takda terserempak dengan Makcik Senah sejak akhir akhir ni.
Syam: Assalamuamaikum Paklang.. Assalamualaikum..
Pak Lang: Waalaikumussalam.. Haa.. ye.. ada apa nampak macam cemas ni?
Syam: Saya Syam.. Anak Makcik Senah kat hujung kampung. Ni Siti adik saya.
Pak Lang: Ooo.. Anak Cik Nah.. Siti ni aku kenal la.. Kamu aku x kenal sebab jarang nampak. Kenapa ni? Ada masalah ke?
Siti: Mak dah tenat Paklang. Pagi sampai asar dia ok. Lepas asar je dia start terpekik panas, sakit. Saya tau ni pun sebab ada orang kampung bagitau pasal mak. Tu yang kami balik dari bandar. Sampai rumah tengok mak dah terbaring je atas katil.
Syam: Pagi tadi mak ada pesan suruh jumpa Paklang. Panggil Paklang datang rumah. Dia nak Paklang tolong. Tolong kami Paklang.
Pak Lang: Insyaa Allah.. kamu balik la dulu.. tengokkan mak kamu.. Nanti aku datang.
Aku: Kita nak gerak sekarang ke paklang?
Pak Lang: Kita pergi lepas isyak. Selesai solat tu kamu persiapkan diri dulu ye.
Aku: Ok.
Siap solat isyak tu aku berzikir dan persiapkan diri aku. Buang semua yang bermain di fikiran. Kena tenangkan jiwa dulu. Masa aku berzikir ni mata aku pejam dan aku dapat rasakan kemunculan Lelaki Misteri cuba memberi isyarat pada aku. Tapi aku tak pasti apa dia. Cuma aku dapat dengar suara Lelaki Misteri tu cakap “ Dia tu kuat.. kamu kena lebih kuat”. Aku masih tak faham. Tapi aku biarkan saja.
Pak Lang: Ngah… Jom kita ke sana sekarang.
Aku: Iye Paklang.
Mak Lang: Elok2 sikit. Hati hati.
Pak Lang: Insyaa Allah tak ada apa2.
Kami bergerak ke hujung kampung dengan motosikal honda fame Paklang. Perjalanan yang dekat tu terasa amat jauh sekali. Aku cuit bahu Paklang.
Aku: Paklang.. jauh sangat dah ni.. mana denai nak ke rumah Cik Nah tu?
Pak Lang: Itu lah dia.. Paklang pun tak nampak lagi ni. Kalau tak silap Paklang, kat sini la denainya.
Aku: Kita dah kena ni Paklang.
Pak Lang: Dia ajak kita main ni.. takpa kita main.
Aku dan Pak Lang turun dari motosikal. Kami mula membaca 3 qul 3 kali dan diselang selikan dengan ayatul kursi. Selesai bacaan aku dan Paklang tiupkan ke sekeliling kami. Denai yang kami cari dari tadi tak jumpa rupanya ada depan mata je. Paklang trus start honda fame dia dan aku bonceng terus ke rumah Makcik Senah. Sampai je depan rumah kelihatan orang ramai. Orang kampung pun sibuk nak tau apa yang jadi kat Makcik Senah tapi tak ada sorang pun yang berani naik tengok. Kelibat Siti dan Syam kelihatan di tepi tangga rumah menunggu kami tiba.
Aku dan Pak Lang: Assalamualaikum.
Waalaikumussalam… orang kampung jawab serentak..
Syam: Paklang.. jemputla naik. Ingatkan tak sudi datang dah tadi. Ni anak saudara paklang tu eh?
Pak Lang: Ish.. mesti la datang. Dah orang perlukan pertolongan kita kena tolong. Haa… ni anak saudara aku, Angah. Kamu nak panggil angah boleh nak panggil Rul pun boleh.
Kami bersalaman.
Pak Lang: Mana Cik Nah nya?
Siti: Mak ada kat atas paklang. Naik la.
Pak Lang: Kamu ikut sekali ye Syam, Siti. Kamu je waris dia yang ada kat sini.
Aku: Paklang.. sekejap..
Pak Lang: Apa dia ngah?
Aku: Ada yang tak kena ni. Rasa pelik sikit. Macam bukan yang dalam rumah je ada ni.
Pak Lang: Tu ha.. ada yang tunggu nak “ambik” dari Makcik Senah tu.
Aku pandang seorang lelaki bersongkok hitam. Dalam ramai ramai yang ada tu hanya dia sorang je yang aku nampak pelik. Mulut dia kumat kamit seakan membaca sesuatu. Songkok dikepala hanya lakonan semata mata. Aku bacakan al Fatihah 3 kali dan ayatul kursi dan hembus ke arah lelaki tu. Dia tersentak dan berlalu pergi. Orang sibuk nak buang dia sibuk nak ambik. Manusia manusia..
Langkah aku nak masuk ke dalam rumah Makcik Senah ni rasa berat. Seakan ada satu kuasa yang menahan aku dari melangkah. Paklang dah ke dalam rumah. Aku masih lagi kat depan pintu. Paklang ada pesan, kalau langkah rasa berat, pasakkan tumit ke tanah atau tempat kita berdiri dan baca ayat ruqyah dan tumpukan pada bahagian kaki. Insyaa Allah lepas tu boleh. Aku cuba dan memang jadi. Yang penting niat dan yakin dengan Kekuasaan Allah SWT.
Pak Lang: Ngah, kamu masih ada wudhuk lagi?
Aku: Ya paklang.
Pak Lang: Jom, solat sunat dulu mohon perlindungan. Lepas tu kita buat pagar diri.
Aku: Baiklah.
Setelah selesai solat dan pagar diri, Syam dan Siti bawa kami ke tempat Makcik Senah baring. Terkejut aku tengok. Makcik Senah kene tindih dengan makhluk belaan dia sendiri. Paklang terus melibas selendang dia menghalau saka belaan Makcik Senah dari menindih dia.
Aku: Abg Syam.. dah lama ke Cik Nah ni sakit.
Syam: Lebih kurang sebulan jugak.
Aku dan Paklang berpandangan. Mungkin belaan dia ni tau niat Makcik Senah ni nak buang dia. Maka Makcik Senah ni jadi mangsa. Orang lain nampak Makcik Senah ni masih lagi berisi dan macam orang sihat. Tapi tidak bagi aku dan paklang. Aku nampak apa di sebaliknya. Makcik Senah jauh lebih kurus dari apa yang orang lain nampak. Paklang bagitau aku.
Pak Lang: Dah lama ni dia dok makan tuan. Ngah, kita tak boleh berlengah lagi.
Aku: Pak Lang.. ada 2. Rimau 1, Raya 1.
Pak Lang: Paklang tau. Mari kita mulakan.
Kain selendang putih aku bentangkan menutupi kaki Makcik Senah. Pak Lang minta izin dari anak anak Makcik Senah untuk mulakan.
Pak Lang: Syam, Siti.. Kami mulakan ye. Syam kau tolong tengokkan adik kau. Benda ni suka dia jugak. Kalau ada yang mula nampak pelik tu kau pegang dia.
Syam: Baiklah Paklang.
Pak Lang: Ngah, cuba halau dulu kalau tak boleh kita bakar.
Aku: Baik.
Aku memulakan sesi rawatan. Bacaan Al-Fatihah sebagai pembuka aku baca sebanyak 7 kali. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali dan kemudian 10 ayat dari surah al-Baqarah. Makcik Senah yang pada mulanya buat buat tak endah kehadiran kami mula menunjukkan reaksi melawan. Aku cepat cepat capai kaki Makcik Senah yang aku dah tutup dengan selendang puti aku tadi.
Aku: Nak ke mana ni? Duduk dulu kita cakap cakap.
Makcik Senah: Hemmmmmm. Pergi!!! Aku tak nak kau ada kat sini!!!
Aku: Aku datang ni atas permintaan tuan badan. Dia dah tak nak kau lagi.
Makcik Senah: Dia dah janji dengan aku!! Janji dia hidup dan m**i bersama aku!!! Jangan kacau aku atau kau aku akan….
Aku: Akan apa? Akan kau b***h? Kau makhluk aku juga makhluk. Kau diciptakan aku juga diciptakan. Siapa kau nak menentukan hidup m**i sesama makhluk? Itu hak Dia Yang Maha Esa.
Aku: Sekarang kau nak ikut cakap aku atau kau nak lawan aku?
Makcik Senah: HAHAHAHAHAHA!!! Lawan kau?? Kau masih mentah.. Kau masih ada rasa takut kan?? Takut pada aku.
Aku tau yang sedang kawal badan Makcik Senah sekarang ni adalah Rimau. Aura dia kuat. Aku dapat rasakan.
Aku: Aku hanya takut pada Allah SWT.
Makcik Senah kemudian menarik kaki dia dari tangan aku dan dia merangkak mengelilingi aku seperti seekor harimau. Dia lebih layak lawan aku. Tangan dia tunjukkan ke arah Paklang yang masih berterusan membaca ruqyah.
Makcik Senah: Hoii orang tua. Apa yang kau nak? Hentikan apa yang kau nyanyikan tu. Aku tak suka. Aku sakit. Panas.
Pak Lang: Aku tak akan berhenti. Ngah, kau buang Raya tu dulu. Yang ni Paklang kunci dulu. Yang ni kuat Paklang tak mampu sorang.
Aku: Baik paklang.
Sedang badan Makcik Senah masih lagi kene kunci dengan Paklang. Aku uruskan Makcik Senah gred Copy Ori @ Hantu Raya yang dari tadi merenung aku tajam penuh dendam dan marah dari atas almari.
Aku: Sini kau!!
Raya: Kau sudah lupa apa aku cakap?? Jangan ganggu aku atau buruk padahnya.
Aku: Ya.. aku lupa..
Raya: HAHAHAHA!! Manusia memang bodoh.
Aku: Wahai bangsa Jin, syaitan dan iblis.. Bangsa kau dah dilaknat Allah, manusia bukan tempat kau bersarang. Mulai hari ni, malam ini dan saat ini aku akan usir kau dari pemilik kau. Jika berkeras kau akan aku bakar.
Raya: HAHAHAHAHA!!! Cuba dulu.
Aku memulakan bacaan wajib aku untuk sesi rawatan. Aku genggam beras yang dicampur lada hitam yang aku dan Paklang dah bawak siap siap dari awal. Lalu aku lemparkan ke kedudukan Makcik Senah Gred Copy Ori tadi. Satu suara jeritan kuat memenuhi ruang rumah.
Raya: Panas!!! Sakit!!! Cukup!!! Aku tak nak lagi!!
Aku: Belum cukup selagi kau masih berdegil.
Lalu balingan kedua beras dan lada hitam tepat mengenai si Raya ni. Dia cuba nak lari dari tempat dia tapi aku sempat tangkap dan cepat cepat aku bagitau paklang.
Aku: Paklang.. Angah nak pindahkan ke tubuh pemilik dulu ni.
Pak Lang: Pindahkan sekarang. Pak Lang dah buka jalan.
Ilmu dari Paklang kalau jin tu bertuan dan dibela mesti dibuang melalui tubuh badan tuan dia. Jika jin itu jin yang dihantar atau mengikut kita boleh halau atau b***h dia ikut mana tempat dia ada ketika itu. Itu apa yang Paklang ajar aku. Kalau pengamal perubatan lain aku tak tau la. Setiap orang ada cara masing masing. Aku pun pindahkan belaan hantu raya Makcik Senah ni ke tubuhnya. Kemudian Paklang tutup semula jalan. Kini dia dah terperangkap dalam badan Makcik Senah. Sesi ugut pun bermula. Rimau? Dah kena kunci dengan paklang untuk seketika. Aku belum pandai lagi bab kunci mengunci ni belum cukup ilmu. Kepala Makcik Senah aku pegang secara batin. Maksud aku tangan aku seakan pegang kepala Makcik Senah tapi tidak bersentuhan kulit.
Aku: Sekarang kau cakap dengan aku. Kau nak keluar ke kau nak aku bakar kau sekarang?
Makcik Senah: Jangan bakar aku!! Aku nak hidup!!
Aku: Untuk apa kau hidup jika menyusahkan manusia? Apa jaminan kau?
Makcik Senah: Aku janji!!!! Aku janji!!!
Aku: Janji pada Allah SWT bahawa kau dan sekutu kau tidak akan cuba untuk ganggu hidup tuan kau ini dan keluarga dia serta cucu cicit Nabi Adam AS.
Makcik Senah: Aku janji!!! Asalkan kau tidak b***h aku!!!
Aku: Sekarang kau nak keluar atau aku pindahkan??
Makcik Senah: Pindahkan… Sakit!!! Panas!!!!
Paklang ambik alih tugas aku untuk pindahkan saka belaan Makcik Senah ni. Dekat tangan Paklang aku nampak ada jagung rebus. Paklang dah pesan kat Syam supaya dapatkan jagung rebus. Mula mula tu aku blur la jugak la. Dah kenapa time2 macam ni nak makan jagung rebus pulak. Rupanya aku silap. Banyak ilmu rupanya Paklang aku ni. Dia nak pindahkan saka hantu raya tadi ke dalam jagung rebus tadi. Kalau tak silap aku la, aku pernah tengok satu Movie seram Malaysia yg mana ustaz tu kuncikan makhluk tu dalam jagung rebus jugak. Teknik yang sama.
Pak Lang: Bismillahirrahmanirrahim…
Pak Lang: A’uzibikalima tillahittammati min syarrimakhalaq…
Ayat itu berterusan Paklang baca sambil tangan Paklang seakan menolak sesuatu ke bahagian kepala dan sesampainya dikepala Paklang menarik keluar hantu raya belaan Makcik Senah dan serentak dengan itu jeritan kuat dari Makcik Senah kedengaran dan Paklang cepat cepat pindahkan hantu raya tadi ke dalam jagung rebus yang dibukak sebahagian kulitnya. Kemudian Paklang tutup semula dan ikat dengan kain kuning.
Selesai pindahkan, Paklang letak jagung rebus yang di ikat tadi kat atas satu dulang. Aku ambil posisi untuk selesaikan saka rimau yang auranya kuat dan menunggu Paklang untuk sama sama selesaikan semua. Menurut Paklang saka Rimau ni jadi kuat sebab Makcik Senah selalu puja dia dan dia dijaga lebih baik dari saka hantu raya. Sebab tu bila Makcik Senah dah buat keputusan nak buang, saka hantu raya ni yang terlebih dulu marah dan d***h Makcik Senah ni la yang di sedutnya sebab tidak dijamu.
Berbalik kepada saka rimau ni. Ketika aku sedang bersiap sedia nak lawan si Rimau ni tiba tiba….. bersambung….
Eh… tak… hehe… Jangan risau… aku habiskan semua ye… kang tak terpublish plak citer aku ni.
Tiba tiba… Gedebukkk…….. Badan aku tumbang dan aku pengsan.
Cerita dari Paklang selepas selesai sesi rawatan:
Paklang terkejut sebab aku tumbang dan pengsan. Paklang cuba kejutkan aku tapi aku tak bagi respon. Paklang terpaksa lawan sorang sorang. Tengah Paklang baru nak mula, bahu Paklang dipegang oleh aku. Ye.. aku dah sedar tapi bukan aku yang mengawal aku.. korang faham tak ni? Badan aku di kawal oleh Lelaki Misteri. Macam mana Paklang tau? Cara aku bercakap tu lain dan suara aku berubah.
Lelaki Misteri: Assalamualaikum sahabat…
Pak Lang: Waalaikumussalam…
Lelaki Misteri: Aku tahu kamu berdua tak mampu untuk selesaikan dia – sambil tangan aku tunjukkan tubuh Makcik Senah yang telah dikawal oleh Rimau setelah Paklang lepaskan kunci.
Lelaki Misteri: Aku datang untuk membantu kamu sekadar apa yang aku mampu… Kamu rehatlah dulu. Aku pinjam tubuh saudara kamu ni sebentar.
Pak Lang: Terima kasih sebab datang membantu. Silakan.
Pak Lang: Syam, Siti… Kamu berdua boleh keluar dulu dan tutup pintu. Selesai nanti Paklang panggil kamu semula.
Syam/Siti: Baiklah paklang.
Makcik Senah yang seawalnya tadi berbaring sekarang sedang bersedia untuk menyerang aku. Lagaknya seperti seekor harimau yang sedang bersedia untuk menerkam mangsanya. Tapi reaksinya bertukar seakan takut untuk menyerang setelah Lelaki Misteri yang ada dalam badan aku mula membaca Al-Fatihah dan Ayat 1000 dinar.
Lelaki Misteri: Kenapa undur?
Makcik Senah: Siapa kau hah!!!!!
Lelaki Misteri: Aku yang akan hantar kau balik ke tempat asal kau. Jika kau tetap berdegil tidak mengalah aku tiada cara lain selain menghancurkan kau.
Macam biasa Jin memang bersifat angkuh dan degil. Sentiasa merasakan dirinya adalah yang terkuat. Berlagak kuat walaupun tau dia akan kalah jika bertarung. Makcik Senah yang dikawal sang Rimau kemudian melompat dan menyerang Aku/Lelaki Misteri. Namun tersilap langkah dan berjaya ditepis.
Makcik Senah: Tak guna kau!!!!
Lelaki Misteri: Mari…. Tunjukkan kehebatanmu…
Makcik Senah sekali lagi melompat untuk menerkam tubuh aku. Tapi kali ini percaturan dia salah. Lelaki Misteri mengelak dan kemudian membaca kalimah Laa ilaha illallah… lalu tangan aku seakan menolak Makcik Senah dari jauh. Terjelupuk Makcik Senah di bucu rumah. Makcik Senah seperti tidak dapat bergerak. Tubuhnya seakan dikunci.
Lelaki Misteri: Macam mana?? Cukup? Atau kamu mahu lagi?
Makcik Senah: Huhh… Aku tak akan lepaskan kau!!! Jahanam kau!!
Lelaki Misteri: Kamu yang terkunci sekarang… Masih lagi berkeras. Aku tidak ada banyak masa untuk melayan kamu. Sekarang kamu pilih. Mahu terus disiksa atau keluar dan tidak lagi kemari ataupun aku tamatkan riwayat kamu.
Makcik Senah: Aku tak mau kemana mana!!!! Aku tetap mau disini!! Kalau bukan disini aku mau anaknya.
Lelaki Misteri: Tidak sama sekali. Jangan sekali kamu bermimpi. Tempat kamu bukan lagi disini. Lihat tuan kamu, dia sudah tidak perlukan kamu. Kamu Jin Kafir yang dilaknat Allah. Tidak mungkin sama sekali kamu bersama manusia.
Makcik Senah: Aku tak peduli!!! Dia sudah jadi milik aku!!!
Lelaki Misteri: Baiklah…
Paklang memanggil Siti untuk masuk kedalam dan bagitau Siti yang Paklang dan Lelaki Misteri perlukan pertolongan dari Siti. Disebabkan Siti adalah waris yang akan mewarisi saka rimau tu. Rancangan Lelaki Misteri dan Paklang adalah dengan memberi peluang kepada Saka tu untuk berpindah tuan. Kerana disaat Jin tu nak berpindah tuan adalah saat dia yang paling lemah.
Lelaki Misteri: Aku bagi kamu peluang. Pergilah ke mana yang kamu suka.
Makcik Senah: Aku nak dia!!!HAHAHAHA!!!!-jari telunjuk tegak ke arah Siti.
Lelaki Misteri: Silakan…
Makcik Senah: Siti… Kau terima aku??????
Siti: Ye… Terima.
Makcik Senah: HAHAHAHAHAHAH!!!!! Kamu telah kalah!!! Kamu semua Bo……
Zassssssssss…..
Belum sempat dihabiskan ayatnya, satu aksi libasan pedang aku lakukan seakan memancung tepat ke leher Jin yang menjadi Saka Rimau tu tadi. Makcik Senah rebah dan Siti tergerak sedikit kebelakang mungkin sebab terkejut.
Jin kafir yang menjadi saka Makcik Senah tadi telahpun m**i dipancung. Lelaki Misteri/Aku kemudian mengarahkan Siti supaya baringkan maknya.
Lelaki Misteri: Wahai anak, jangan terkejut dengan apa yang akan kau lihat. Ini adalah hakikat sebenar.
Siti: Iya.
Lelaki Misteri kemudian membaca ayatul Kursi 3 kali dan kemudian disusuli dengan ayat “inna fatahnaa laka fatham mubiina… Liyaghfiro lakallahu maa taqoddama min dzanmbika wa maa ta akh-khoro wa yutimmaa ni’matuhuu a’laika wayahdhiyaka sirotommustaqima… wa yannsurokallahu nasronn a’ziiza. Di ulang sebanyak 3 kali (ayat 1-3 surah al-fath). Lalu Lelaki Misteri menggerakkan tangan aku ke muka Makcik Senah tanpa menyentuh dan bergerak ke seluruh tubuh. Kelihatan sesuatu yang bersinar keluar dari bahagian pipi, dagu, dahi, hidung dan bibir Makcik Senah. Ya… Susuk emas yang dipakai dikeluarkan.
Lelaki Misteri kemudian bercakap dengan Paklang.
Lelaki Misteri: Alhamdulillah semua telah selesai. Bangkai Jin aku sudah alihkan. Hantarkan yang kamu kunci itu ke tempat asalnya. Tugas aku telah selesai. Aku pergi dulu. Jika perlukan aku panggil aku. Dengan izin Allah aku datang membantu. Assalamualaikum
Pak Lang: Baiklah. Waalaikumussalam.
Badan aku rebah dan Paklang kemudian bangunkan aku dan memberi aku air. Kata Paklang Lelaki Misteri datang membantu dan sepanjang dia merawat, mata aku terpejam sepenuhnya. Aku rasa sedikit kepenatan tapi ada lagi satu tugas yang belum selesai.
Paklang membawa dulang yang ada jagung rebus tadi keluar dari rumah. Dan mengarahkan Syam supaya ikut sekali.
Pak Lang: Syam… ikut paklang sekarang. Bawak sekali cangkul.
Syam: Baiklah paklang.
Masa ni orang kampung semua dah balik. Tinggal kami je yang ada.
Aku, Paklang dan Syam berjalaan ke belakang rumah dan bila rasakan dah cukup jaraknya. Paklang arahkan Syam supaya mula menggali.
Pak Lang: Syam… kat sini… Gali kat sini… pastikan cukup dalam supaya takda haiwan yang boleh gali.
Syam mula menggali lubang.
Pak Lang: Ngah, bawakkan jagung tu kesini.
Aku: Ni dia Paklang.
Pak Lang: Cukup la tu syam. Dah dalam dah tu.
Pak Lang: Wahai Jin… Dengarkan apa yang aku katakan ini. Kamu aku pindahkan ke tempat baru. Dan ingat pesanan aku. Kamu aku tempatkan disini dan kamu tidak sesekali boleh keluar dari tempat ini selagi pohon jagung ini tidak tumbuh. Tempat ini akan aku kuncikan dan ianya tidak akan terbuka selagi jagung ini tidak menumbuhkan pohonnya.
Pak Lang meletakkan jagung rebus tu dan tutup kembali lubang yang digali tadi.
Pak Lang: Dengan berkat kalimah Laa ila ha illallah… Aku perintahkan kamu menjadi penjaga pohon jagung ini nanti. Allahuakbar!!!!
Tanah yang dikambus tadi ditekan oleh Paklang dengan tapak tangannya. Setelah selesai semuanya kami pun berdoa dan beransur balik ke rumah Makcik Senah.
Siti yang menjaga maknya semasa kami pergi tadi kemudianya memberi sebungkus kain putih yang berisi susuk yang dipakai oleh Makcik Senah. Paklang ambil dan masukkan dalam botol dan kemudian mengikat dengan kain putih tadi.
Pak Lang: Syam… Botol ni nanti kamu buang lah ye… kamu buang dekat sungai ataupun kamu tanam.
Syam: Baiklah Paklang.
Pak Lang: Memandangkan hari pun dah jauh malam ni. Eloklah kami berangkat dulu.
Syam: Terima kasih paklang… ni ada sikit rezeki lebih saya sedekahkan.
Pak Lang: Eh… tak perlu lah Syam… Paklang tolong ikhlas.
Syam: Saya pun ikhlas ni Paklang… ambillah.
Pak Lang: Tak pe lah Syam… Kami balik dulu ye.
Kami pun bersalaman dan Syam tetap berkeras bagi sedikit sumbangan pada Paklang sebagai tanda terima kasih. Dia selitkan dalam poket jubah Paklang.
Pak Lang: Kamu ni Syam.. Yelah… Aku terima.. Terima kasih ye. Minta halalkan.
Syam: Saya halalkan.
Aku: Kami balik dulu ye. Jaga elok2 mak kamu selagi dia masih ada.
Aku dan Pak Lang: Assalamualaikum..
Syam dan Siti: Iyelah Rul,Paklang… Waalaikumussalam.
Aku dan paklang kemudian terus naik motosikal dan bergerak balik. Masa perjalanan balik tu aku tanya kat Paklang.
Aku: Paklang… Nanti kalau pohon jagung tu tumbuh jin tadi terlepas la?
Pak Lang: Jagung rebus ngah… Kamu tunggu la selama mana pun memang macam tu la jugak. Tak akan tumbuh pohonnya. Mereput adalah. Bila dia mereput dia akan itu sekali.
Aku bercakap dalam hati: Bijak jugak Paklang aku ni…
Pak Lang: Kamu mengata aku ye?
Aku: Mana ada. Puji je.
Kami gelak berjemaah… hahaha..
Sampai rumah Paklang aku cuci kaki dan masuk dalam rumah. Sumpah badan aku masa ni penat giler. Penat yang rasa macam kalau kau tidur kau dah tak nak bangun lagi. Sebelum tidur tu aku sujud syukur dulu dan solat sunat witir sebagai penutup. Malam tu memang aku miss tahajjud sebab penat sangat. Sedar sedar dah Subuh.
Buat pembaca sekalian. Ni jelah yang aku mampu kongsikan buat kali ni. Insyaa Allah kalau ada kesempatan aku akan kongsikan lagi kisah yang seterusnya.
#Notapenting: Kisah Alam Universiti aku holdkan sebab ada satu lagi kisah yang aku nak kongsikan masa aku belajar di salah satu Matrikulasi di Semenanjung. Kisah ni berkaitan dengan keluarga aku. Kemudian aku akan ceritakan Alam Universiti. Itupun jika di izinkan Allah dan jika umurku panjang.
Aku ada terbaca komen yang nak minta no telifon. Sepuluh jari aku susun mohon maaf sebab aku tak dapat nak bagi. FB? Insyaa Allah aku akan create satu akaun baru aku satu hari nanti untuk korang semua bertanya. No fon paklang?? Nanti aku ceritakan ye.. Korang akan tahu semuanya.
Sekian dari aku untuk kali ni.. terima kasih untuk sokongan.
#KucingKelabu -Rul-
Next: Kesian Mak Aku
Next: Alam Universiti
Next: Selamat Jalan Pak Lang
Next: Anugerah Yang Hilang
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
sambung please. saya start follow kucing ni,.. hehehe
as salam bang.. best.. nk blaja boleh? n nk tips kurangkn rs takut mlihat makhluk halus..
Suka sangat baca criter awok….x sabar nak tunggu next story..
Paklang dh meninggal ke…???
Sedih plak rase…
Bertuahnye jd insan terpilih yg boleh tolong ubatkan org…
seronok baca. .selama ni takut bila tengok/ tahu ade kes yang berkaitan dgn makhluk halus..bila baca, kurang takut dan dpt ilmu tentang proses pembuangan saka/jin..hehe..terima kasih..
Terbaik.
Salam. Aku suka baca citer kau cik Kucing Kelabu. Best…aku pulak yg terfeeling. Kau & Pak Lang kau seakan2 Tamar Jarlis & arwah atuknya. Sama. I wish I’d a friend like you bro. Aku tgk tajuk Anugerah Yang Hilang tu rasa sedih sendiri. Anugerah tu tak hilang bro, cuma deactive je. Mungkin sbb kau dah tak amalkan kot. Wallahualam. Itu assumption aku je. Kucing Kelabu nanti buat #KucingKelabu depan tajuk citer kau. Senang nak trace balik. Pastu dahulukuan kisah Anugerah Yang Hilang tu…Hehe…#kamisemuaKucingKelabufans
Betul tu aku pun fans kau jgk kucing kelabu
setuju, mohon penulis letak #kucingkelabu dekat awal tajuk cerita. senang nak trace. tq
carlito rocker x buat crite baru kew…
Adakah lelaki misteri itu rauhaniah /masyaikh atau jin?
Ye la sape lelaki mesteri tu baik ye dia tolong paklang kau tolong jawap ye saya nk tahu sangat sape lelaki mesteri???
Korang patut baca dari awal cerita kucingkelabu ni..sila cari gali balik.. tahniah kucingkelabu..tak pernah termiss citer dari awak..dari awal smpi skrg
best crita awak ngah. haaa betul buat # depan tajuk crita nanti senang nak trace crita yg lepas
Anugerah yg hilang..
Teringin nak tau what’s next
mohon buat # . senang nak bace bile dah ade.
terbaik lah…..sambung terusss
Cerita bagus banyak pengajaran/pengisian. Dah start baca dari 1st story lg. Waiting for your next story bro/sis. Mohon letak #kucingkelabu supaya senang nk trace 🙂
cerita sebelom ni tajuk apa ye?
http://fiksyenshasha.com/aku-pak-lang-dan-lelaki-misteri/
permulaan
kaklong vs paklang
besttt sangat…..xsaba nk tungu next story….
dan bile bace tajuk Selamat Jalan Pak Lang, Anugerah Yang Hilang rase sayu pulak hati….
Ni salah satu cerita yg selalu sy follow. Best.. nt sambung ye.. sedih bile tau anugerah tu hilang..erm xboleh dpt balik ke anugerah tu kucingkelabu? Huhuhuhu 🙁
Nie cerita kucing kelabu/kucing garong yg ke berapa ea???sy nk search balik tp x jumpa..bru jumpa kak long VS pak lang..minta kawan2 yg follow tlg bagi tajuk ea..t sy search…
http://fiksyenshasha.com/aku-pak-lang-dan-lelaki-misteri/
http://fiksyenshasha.com/permulaan/
cite makcik senah no4 kot..
first kaklong vs paklang..
Kalau tak silap tajuk cite sebelum ni lelaki misteri, paklang vs maklang dan lelaki misteri dan paklang. Cuba search klu tak silap le..klu salah tajuk maaf ye..
Tq Pu3t
http://fiksyenshasha.com/permulaan/
http://fiksyenshasha.com/aku-pak-lang-dan-lelaki-misteri/
cite makcik senah no4..
cte kaklong vs paklang no 1 kot..
Sy pon fans #kucingkelabu…
cerita mmg terbaik…
wahh.. dh ade list incoming cite..
baguih2..
emm..ye la..sayang.. anugerah yg hilang..
sbb tu pengamal prubatan ni kene kuat iman n istiqamah..
tp xleh salahkn Rul jugak.. jiwa muda kn.. bile dh msuk uni, jumpa mcm2 org.. mudah trpengaruh..
xtaw knp ak menngis baca cite ni… hmmm. ??
Best nyer cerita…xsangka dunia kita pon ad benda2 macam ni..blh kunci la..macam sealing jutsu haha
Anywat keep it up penulis!!!
cept2 sambung ye rul.. ak harap ko dpt balik anugerah tu dan boleh tolong ramai org lgi yg memerlukan..
Lepasni letak hashtag #kucingkelabu ya. hehe, senang nak cari cerita writer. Seriously, sy suka cerita yang ada sambungan mcm ni. Tiap hari akan buka FS utk tengok sambungan dah keluar ke belumm. Cepat sambung tauuu.
Sedihnya anugerah yang hilang :'( tak sabar nak tunggu cerita tu
menarik cerita awok..tapi nak tau ape jadi pada mak senah selepas tu?masih ade lg?
Paklang meninggal ke?? Huuu.. sedihnye…
Arwah bapak semek pun berubatkan orang. Mcm pak lang jugak. Bile baca pasal paklang, teringat arwah bapak. Pesakit terakhir yang dia ubatkan, cara nya salah. Paksa bapak ubatkan dia walaupn masa tu bapak penat. Bapak tak dapat dinding diri dia secukupnya. Dan orang tu tinggalkn sesuatu pada bapak. Ketentuan Allah, lepas tu bapak sakit sampai kurus kering. Tapi hospital xdapat detect sakit apa. Wallahualam. Itu semua perancangan Allah. Bapak dah pergi 6 bulan. Semoga bapak tenang di sana.
#KucingGarong: Kak Long Vs Pak Lang
Permulaan
Aku, Pak Lang dan Lelaki Misteri
Misteri Makcik Senah
Rasanye susunan citer camni…
terbaik…. semoga Allah memberkati apa yg kalian lakukan..
Kalau lah boleh minta tolong kat awak atau paklang utk ubat kan abah saya. Kalau boleh bagitahu lah macam mana cara nak contact awak.
Assalamualaikum rul..
Sedih lak baca tajuk selamat jalan pak lang..
Walaupun xkenal.. dpt rasa, sayangnya bila org2 yg baik ni dah tiada bsama2 dgn kita..
Apa2 pun, boleh x rul kongsi amalan2 yg xboleh tinggal bila menceburkan diri dlm bidang perubatan Islam ni? Dr umur brapa dh start? N ayat ruqyah tu, boleh x perincikan ayat berapa surah apa? Utk amalan seharian nnti..
Terima kasih atas perkongsian.. satu je nak ckp, manusia mmg xboleh lari dr kesilapan.. jika tersilap, jgn pernah berhenti utk kembali pd jalan Allah.. sy yakin, jika bersungguh, istiqamah dgn niat yg betul utk membantu krn Allah, insya Allah, Allah akan beri semula anugerah itu.. Allah kan Maha Pemurah???
Best sngt. Boleh la masalah yg ramai x selesai tu jumpa dngn paklang n ngah skali bantuan lelaki misteri tu…
Dngn izin Allah…
Lelaki misteri x de nama ka?
Btw kenapa setiap Kali nk ikat tu guna kain kuning…tertnya-tnya aden
cerita #kucingkelabu ni terbaik!
assalamualaikum, macam mana saya nk dapat kan rawatan abang utk bantu akk saya sakit secara tiba2 dan sekarang dkt 6bulan kt hospital tak bole bangun kjp doc declare sakit ini kjp sakit itu, pergi berubat kena dah beribu duit habes, smua yg berubat pulak tu nak bayar kalau tak atas rm500 mmg tak sah ? mcm2 benda misteri jd dkt akk saya. sebulan masuk icu doc koma kan sbb akk sy xdpt bernafas and tak thu punca dari apa.,macam mana nak contact penulis ni? ): ni nombor saya 010-2509472
salam minta maklumat paklang rul.
mohon sangat
macam mana rupa makcik senah tu selepas selesai upacara membuang saka tu…? mengerikan ke…?kurus kering ke? teringin sangat nak tahu
best la kalo ada ilmu berubat macam tu
Terbaek
Rul.. apa jd kat makcik senah lps berubat tu?
N cmne nk bezakan org yg mengubat tu dy ustaz betul yg bce ayat2 Quran or ustaz yg xbetul, bce cmpur2 n mybe dy sndri ada jin?
sambungan nye dah kuar blm?? x sabar x bace nie.
Perh memang king..jenis plot cerita macam ni ambo minat baca..
Macam tamar jalis & datuk nya..
Kalau2 yang teringin nak jadi macam kucing kelabu ni..harap blajar agama kemah dlu..
Sebabnya ambo pom berminat..tapi apa daya..
Solat 5 waktu = lebur
Tahajjud = tiduq sedap lagi
Sedekah = hurm..cinta dunia
kucing kelabu we miss youuu…tulislah lagi cerita…
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
wow just wow!
Seram
Best
Terbaeekkk