Keesokkan pagi, seperti biasa selepas salam ibuku, aku bergerak ke tempat kerja. Kerjaku berjalan dengan lancar seperti biasa. Tiba-tiba aku curious. Dihadapan cermin tandas, aku melihat diriku. Aku gerak-gerakkan bebola mataku ke kiri dan kanan beberapa kali dan perasan bebola mata kananku seolah-olah bukan bebola mataku. Aku terdiam dengan perbezaan itu.
“Kau siapa?” soalku melihat tajam mata kananku. Reaksi wajah sebelah kananku berubah. Sekejap tersenyum, sekejap terlihat angkuh, kemudiannya sedih dan kelihatan takut.
“Mungkinkah reaksi ini yang dilihat oleh pakcik dan ibuku semasa berubat semalam?” soalku dalam hati. Ketakutan. Aku terus menghubungi ibuku dan menceritakan apa yang terjadi. Kemudiannya aku memohon half-day daripada pengurus tempat kerjaku. Sejak peristiwa di cermin tadi, aku terasa didalam diriku ada makhluk lain yang ‘menumpang’ dan bila-bila masa sahaja aku boleh di take-over oleh makhluk itu.
Waktu lunchtime, aku bergerak balik. Setibanya aku dirumah, aku terasa biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku bermain dengan kucing kesayanganku kemudiannya merebahkan tubuhku ke lantai. Mengantuk. Tidak lama selepas itu, ibuku balik. Aku bangun dan menyapa ibuku. Ibuku melihatku.
“Dah bersiap. Kita keluar jalan-jalan” Kata ibuku.
Kami kemudiannya keluar. Aku yang mulanya rancak bersembang terus mendiamkan diri tatkala kami semakin hampir ke destinasi. Ibuku membaca ayat-ayat suci Al-Quran setelah melihat perubahan diriku. Setibanya kami ke destinasi, aku terasa aku seperti teragak-agak untuk melangkah keluar dari kereta namun ku paksa juga langkahku untuk masuk ke ruang rumah pakcik Boi. Ibuku menceritakan apa yang berlaku kepada Pakcik Boi.
“Mai duduk kat sini” Kata Pakcik Boi kepadaku.
“Kenapa kena duduk kat situ?” soalku sambil tersenyum-senyum. Aku turuti apa yang diminta.
“Ehh, dia tanya kita pula. Yang dia tanya macam tu pasai pa.” Ujar Pakcik Boi.
Aku pun duduk memanjangkan kakiku kearah pintu masuk rumah Pakcik Boi. Pakcik Boi bersembang dengan ibuku dan sesekali melihatku. Aku tiba-tiba mendiamkan diri. Hanya melihat tajam Pakcik Boi.
“Mata tu dok tengok-tengok pasai pa” tiba-tiba ada satu suara yang bermain dalam fikiranku. Suara ni seolah tak suka setiap gerak-geri pakcik Boi. Aku rasa badan aku kaku. Mataku hanya memandang tajam setiap pergerakan Pakcik Boi. Mulutku terasa dikunci.
“Hang sapa? Apa masalah dengan tuan tubuh ni’’ soal Pakcik Boi kepadaku. Aku menjawab, tapi suara aku cuma tersekat dihati. Ya, aku sedar dalam proses ni. Aku rasa ada ‘sesuatu’ yang mengawalku. Dan ‘benda’ tu hanya merenung tajam kearah Pakcik Boi tanpa kata-kata. Kata Pakcik Boi pada ibuku, reaksi wajahk berubah-ubah.
“Yang ni yang semalam berubat kak.” Kata Pakcik Boi kepada ibuku.
Ya, semalam kami datang bertemu dengan Pakcik Boi untuk berubat berikutan aku kerap mimpi yang pelik-pelik. Semalam juga aku dikatakan berubah-ubah wajah tetapi tidak mampu berkata-kata walaupun ditanya dan dipaksa.
Kata Pakcik Boi, ‘benda’ yang ada denganku sudah di ‘tanam’ sejak aku berusia 20-an. Ujarnya lagi ‘barang’ ini ditanam dengan cara menepuk-nepuk di belakang badanku.
“Barang yang sama?” Tanya ibuku.
“Ya, kak. Kan semalam kan ‘anak buah’ dia kata masa masuk dalam badan kak yang dia buat macam ni sebab sayang anak-anak dia.” Jawab Pakcik Boi.
Semalam, sebelum berubat aku, ibuku juga berubat. Kata Pakcik Boi, ‘anak buah benda’ yang menempek di tubuhku yang memberitahu begitu kepadanya melalui ibuku. Cerita pakcik Boi, ‘benda’ yang menempek kepadaku terlihat sangat suka melihat keadaan ibuku yang sakit semasa berubat semalam.
“Dia ada bagitau saya untuk keluarkan apa jua ‘barang’ dalam badan dia. Terutamanya ‘barang’ ayah dia ni”. Kata ibuku kepada Pakcik Boi.
“Macam itu, baiklah.” Jawab Pakcik Boi. Dia kemudiannya mengambil batang rotan yang panjangnya lebih kurang satu jengkal keluar lalu memulakan rawatan.
“Aku nak hang keluar dari tubuh ni. Kalau tak hang sakit. Tuan tubuh ni tak nak hang kacau dia lagi dah. Aku nak hang keluar dengan barang-barang hang sekali. Angkat keluar semua.” Arah pakcik Boi kepadaku. Aku hanya melihatnya tajam. Degil.
“Bismillahirrahmanirrahim , Allahu Akhbar” Menggunakan batang rotan, pakcik Boi mencucuk bahagian tubuhku. Aku cuma mampu mengerang. Proses ini berulang sehinggalah diri aku yang sebenar berjaya keluar dari kawalan ‘benda’ tadi. Aku dibiarkan berehat setelah itu.
“Barang ayah dia ni cuma ‘menjaga’ dia. Depa kunci mulut dia mungkin sebab dia tau sesuatu yang depa tak nak orang lain tau. ‘Barang’ yang ada dengan dia ni ‘orang kanan’ kuat ayahnya. Tapi, insya-Allah, kita dah bersihkan dia dari benda-benda tak elok ni.” Cerita Pakcik Boi kepada aku dan ibuku.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit