MISTERI PAKCIK

Rabu – 1 April 2020, Ipoh, 5.00 PM…

Sejak beberapa minggu sebelum ini, sering terdengar khabar angin tentang seorang lelaki tua di sebuah perkampungan. Kisahnya bermula dengan kehadiran lelaki tua yang baru saja berpindah ke kampung itu. Yang mengejutkan ialah, lelaki tua itu tidak selalu keluar rumah untuk bersiar atau mengambil angin sebaliknya hampir setiap masa di rumah. Perangainya juga pelik, tidak seperti kebiasaan masyarakat kampung. Kata orang, dia membela saka untuk mendampinginya.

Pada petang itu, Hafiz bersama rakannya Hannan dan Hasan berada di warung berborak tentang kisah lelaki tua itu. “Kalau korang setuju, aku cadang kita tengok rumah pakcik misteri tu petang ni. Korang setuju ke?” tanya Hafiz. “Paranormal kan waktu malam, mana ada orang pergi siang macam ni” jawab Hannan. “Yela, tapi petang ni bukan paranormal, kita cuma tengok keadaan rumah pakcik tu je, korang ok ke”. Hasan pula menjawab “Kami ok saja, pergi sekarang pun tak apa sebab waktu banyak lagi. Kami pun bukan ada kerja sekarang. Kalau Hannan dan Hasan setuju, Hafiz pun setuju untuk bergerak ke rumah pakcik misteri.

Dalam beberapa minit berjalan, mereka sudah berada tidak jauh dari rumah pakcik. Mereka lihat saja dari jauh di sebalik pokok, tidak sama seperti rumah orang lain. Walaupun kampung itu sudah lama, kebanyakan rumah rumah di situ sudah diperbaiki dan dihias lebih cantik. Tidak seperti rumah mereka lihat, sudah usang dan buruk seperti lebih berusia dari usia kampung itu. Kemudian mereka seorang lelaki berbaju melayu dan berkain pelikat berdiri di perkarangan rumah. Lelaki tu semestinya pakcik misteri itu. Pakcik itu berdiri saja dan tidak berbuat apa. Hafiz, Hannan, Hasan hanya melihat gelagat pakcik itu dari tepi pokok. Pakcik itu memegang penyapu lidi dan menyapu daun kering di tanah. Mereka hanya menunggu masa untuk pergi dengan lebih dekat. “Betul ke itu pakcik yang kita cari? Kenapa pelik semacam dia berdiri kat situ?” tanya Hannan. “Aku rasa itu bukan pakcik, itu mesti saka dia” jawab Hafiz.

Kemudian pakcik tu mula bergerak ke belakang rumah secara tiba tiba. Hafiz beri isyarat untuk mara ke halaman rumah pakcik itu. Hannan dan Hasan mengekori seperti tanpa jejak. Mereka curiga dengan tingkah laku pakcik misteri itu. Kenapa secara tiba tiba pergi ke belakang rumah? Adakah benar itu saka kepada pakcik itu, atau saka itu sudah tahu kehadiran mereka bertiga.Ketika Hafiz cuba menghampiri dinding rumah, keluar seorang seorang lelaki tua dari pintu rumah sambil memegang parang. “Korang kenapa datang rumah aku? nak rompak rumah aku?” kata pakcik itu. Hannan menjawab “tadi pakcik memang dari rumah ke? saya macam nampak pakcik sapu daun kering tadi”. Pakcik merenung Hannan dengan tajam dan berkata “apa kau merepek tengah hari ni? Aku memang duduk dalam rumah, sejak bila aku duduk luar? Kau ni bodoh ke apa?”. Hannan terdiam. “Sudah, lebih baik kamu semua balik sebelum aku panggil polis”.

Pakcik masuk kembali ke rumahnya. Nampaknya rancangan mereka bertiga menjadi buntu. Hafiz yakin orang yang keluar di pintu rumah itu ialah pakcik misteri tetapi orang yang pergi ke belakang rumah itu ialah saka pakcik itu. Mana mungkin pakcik itu boleh masuk ke rumah dari pintu belakang, Hafiz berkumpul bersama Hannan dan Hasan di pertengahan jalan. “Walaupun kita gagal selongkar rahsia sebenar pakcik hari ini, sekurang kurangnya kita sudah tahu lokasi rumah dan rupa pakcik dan boleh buat keputusan. Malam ini juga kita bongkar terus rahsia pakcik itu” kata Hafiz. “Selagi mana kita tak masuk rumah pakcik tu, selagi tulah kita takkan tahu rahsia dia. Malam ni pastikan plan kita berjaya” kata Hasan.

Kemudian, datang seorang pemuda pergi ke arah mereka bertiga.”Assalamualaikum, kamu semua ahli paranormal kan?” kata pemuda itu. “Ya betul, nama kau siapa?” tanya Hafiz. Hannan dan Hasan memandang pemuda itu. “Aku Kamil, anak pakcik rumah sebelah tu. Aku datang nak mintak tolong dari korang”. Muka Kamil kelihatan pucat seperti nampak hantu. “Tolong apa tu?” tanya Hasan. “Tentang ayah aku…” Kamil menerangkan semua perkara kepada mereka.”Ayah aku memang bela saka, bukan sebab dia nak takutkan sesiapa tapi nak lindungi kejahatan sebenar dia”. “Kejahatan apa tu?” tanya Hafiz. Kamil sambung, “ada satu bilik dalam rumah kami, aku tak dibenarkan masuk sejak aku kanak kanak. Ayah aku kata ada makhluk halus yang dikurung. Tapi bila aku tengok dari lubang pintu, aku nampak seorang perempuan duduk kaku. Mata dia memang mata manusia bukan mahluk halus. Jadi aku syak mesti ada sesuatu dengan ayah aku tu. Aku harap korang bertiga boleh tolong aku selesaikan masalah ni”.

Selesai penerangan dari Kamil, mereka bersepakat untuk menyelesaikan kes itu pada malam itu jugak. Rahsia pakcik misteri itu akan dibongkar dalam satu malam. Rancangan akan diperhalusi untuk dijayakan. Hafiz tidak mahu lagi perkara ini jadi bualan masyarakat kampung. Tepat pukul 12 tengah malam, Hafiz dan pasukannya sudah berada di perkarangan rumah pakcik itu. Mereka lengkap berpakaian serba hitam, beserta alat diperlukan dalam aktiviti paranormal. Mereka membuat persiapan terakhir untuk membongkar rahsia sebenar pakcik misteri itu. Mereka telah diberitahu oleh Kamil di mana jika mereka ingin masuk ke rumah, mereka perlu masuk seorang demi seorang. Jika sekaligus, barangkali tindakan mereka akan diketahui oleh pakcik itu.

Ketika ini Pakcik Misteri itu tidak berada di rumah.”Salah seorang dari kita mesti jadi orang pertama masuk ke rumah” kata Hafiz. “Aku rasa Hasan boleh masuk dulu”. “Asal aku?” Kata Hasan. “Aku Hannan nak pastikan pakcik tu tak nampak kita. Lagipun Kamil ada dalam rumah, tak perlu risau” Kata Hannan. Hasan mengiyakan saja kata mereka dan pergi ke pintu rumah. Hasan memberi salam kepada Kamil, Kamil membuka pintu dan mengizinkan Hasan masuk. Hasan melihat keadaan sekeliling ruang tamu setiap penjuru. Benar seperti kata Hafiz, rumah itu terlalu usang, seperti lebih lama dari usia kampung itu. “Ada benda yang tak kena dengan rumah ni, tapi Kamil tak beritahu aku” kata Hasan dalam hati.

Kamil memulakan cerita pada Hasan, “Kalau kau perasan, ada satu bilik terkunci di hujung dapur. Sejak aku kecil aku tak diizinkan masuk ke situ tapi kalau aku berjaga, aku selalu dengar bunyi mcm orang mengilai. Itupun ketika ayah aku bukak pintu tu”. Hasan memeriksa pintu, pintu itu dikunci dengan kain. Kemudian… “Kamil bukak pintu, ayah dah balik ni”. Pakcik misteri itu sudah kembali, menunggu masa untuk masuk ke rumah. “Kejap nak buka pintu” kata Kamil. “Alamak, apa aku nak buat sekarang?”. “Sekarang kau menyorok kat belakang pintu ni, cepat!”.Kamil membuka pintu lalu pakcik pun masuk. Pakcik itu tidak berkata apa apa melainkan menyuruh Kamil membancuh air.

Ketika Kamil ke dapur, pakcik bangun menutup pintu. Dia tidak tahu Hasan menyorok di sebalik pintu. Hasan hanya berdiri di belakang pintu dan menunggu masa untuk keluar segera. Pakcik itu melihat parang kegemarannya dan menggilap, kemudian mukanya hairan. Hasan menggeletar. Ketika pakcik ingin duduk di kerusinya, dia ternampak Hasan berlari keluar pintu. “Pedebah punya orang, kau tunggu!”, kata pakcik sambil mengejar Hasan. Hasan lari meninggalkan pakcik misteri melalui tingkap. “Hannan, kau pulak pergi”.”Baik, jaga diri Hafiz”. Hannan tidak berkata apa apa dan terus pergi ke rumah Kamil.

Kamil mempersilakan Hannan masuk ke rumah. Hannan sudah tahu tentang pintu bilik yang berkunci dan berhantu itu. Hannan tahu bagaimana nak membuka pintu itu. “Aku cuba buka pintu ni, tapi tolong hati hati. Kau tahu ada apa dalam ni” kata Hannan. Kamil pula kelihatan gelisah. Ketika itu Hannan perasan ada lubang kecil di sebalik tombol pintu. Dia cuba melihat di sebaliknya dan ternampak sosok tubuh manusia yang sedang bersila di lantai. “siapa perempuan tu? kenapa aku rasa dia memang manusia dan bukan hantu?” katanya dalam hati. “Hannan, boleh tak jangan bukak pintu sekarang?”. “Kenapa pulak kau ni?” tanya Hannan.”Kamil bukak, ayah balik ni” pakcik misteri kembali ke rumah.

Kali ini Hannan tidak menyorok di belakang pintu tetapi Kamil menyuruh Hannan menyorok di bawah meja. Hannan tidak mahu berfikir panjang. Ketika pakcik masuk, dia tidak berkata apa dan terus pergi dapur. Kamil menutup pintu dan memerhatikan meja itu. Hannan mengambil langkah keluar dari meja itu dengan penuh berhati hati. Hannan terus merangkak dengan perlahan.”Kau ingat aku tak nampak kau ke, budak?” Ternyata pakcik itu tahu di mana Hannan berada. Pakcik itu menendang meja sehingga terbalik dan cuba melibas tetapi Hannan mengelak. Hannan menolak pakcik sehingga jatuh dan terus berlari keluar rumah. Giliran Hannan pula dikejar pakcik misteri.

Sekarang Hafiz pula memasuki rumah Kamil dengan berharap hasilnya berkesan. Hafiz berasa pelik dengan keadaan rumah itu sekarang. Lampu terpadam tetiba. “Kamil, kau di mana?”. Ketika Hafiz cuba menghidupkan suis lampu dengan menekan suis di bahagian pintu, Hafiz melihat satu bayang di depannya. Hafiz kenal bayang itu, dialah Kamil. Tetapi Hafiz terkejut kerana Kamil menghalakan pistol ke arah Hafiz. “Kau dah kenapa dengan pistol? Kau nak bunuh aku?””Maaflah Hafiz, aku terpaksa. Aku taknak korang tahu rahsia aku. Lagipun, aku tahu korang semua ahli paranormal. Korang semua ahli penyiasat dari PDRM kan? Jangan ingat aku tak tahu pasal korang. Korang mesti dah dengar pasal kes penculikan tu kan” jawab Kamil. “Kalau macam tu, macam mana dengan pakcik misteri ayah kau tu? Bukan ke dia bela saka?” tanya Hafiz.

“Dia tak pernah bela saka pun, aku saja reka cerita supaya korang semua tak tahu langsung pasal kes penculikan. Tapi aku pelik macam mana kau boleh tahu. Sekarang terimalah masa untuk kau mati!”.”Buang pistol kau Kamil! Penipu punya anak!” Suara itu datang dari belakang Kamil. Rupanya Pakcik bersama Hannan dan Hasan masuk melalui pintu belakang. Mukanya sudah merah padam. Hannan dan Hasan siap dengan pistol masing masing.”Budak dua orang ni dah cerita semua pasal kau, Kamil. Aku tak sangka kau dah jadi penculik sekarang. Baru aku tahu kenapa kau kata pintu tu berkunci. Dulu kau kata rumah ni ada saka peninggalan keluarga dan aku akan diganggu kalau buka pintu tu. Rupanya kau dah culik budak perempuan. Apa punya sial aku ada anak macam kau ni”. Pakcik terus ke pintu berkunci itu untuk membukanya tetapi..ARGHH! Satu das tembakan terkena pada dada pakcik itu. “PAKCIK!” Jerit Hafiz sambil berlari ke arah pakcik yang sedang berdarah.

“Sampai hati kau tembak bapak kau sendiri!” kata Hasan. “Bukan aku yang tembak” jawab Kamil. “Bukan dia tapi aku” satu suara perempuan datang dari bilik yang terkunci itu. Hannan seperti tidak percaya apa yang sedang berlaku. “Apa semua ni?”. Apabila dia berjalan memegang pistol keluar dari situ, dia hanya ketawa seperti orang gila. “Siapa kau?” tanya pakcik yang sedang menahan sakit.”HAHAHAHAHA! Nama aku Aila. Tugas aku ialah membunuh pakcik tua ni. Tiada penculikan tetapi hanyalah konspirasi untuk bunuh orang tua ni. Aku menunggu dalam bilik ini untuk bunuh lelaki tua ni. Harta sudah banyak pun kedekut anak lelaki sendiri. Dialah punca aku menderita selama ni. Sekarang misi aku sudah selesai”.Kamil membaling bom asap untuk menghilang diri bersama Aila. Yang ada di rumah itu hanya mereka berempat termasuk pakcik yang sedang nazak. Mereka terus menghantar pakcik itu ke hospital berdekatan.

Beberapa jam kemudian, pakcik itu disahkan meninggal dunia tepat 2 pagi. Apa yang sebenarnya berlaku? Pakcik sudah memberitahu ketika dalam perjalanan ke hospital. Pakcik dan anaknya Kamil berada di Kuala Lumpur sebelum berpindah. Mereka sudah ada masalah keluarga sejak berada di sana. Puncanya ialah satu, wasiat dan pusaka. Ketika itu pakcik sudah tidak banyak bercakap. Jadi Kamil merancang untuk membunuh ayahnya sendiri tetapi bukan di tangannya. Kamil ada seorang kawan bernama Aila, seorang psikopat sejak zaman sekolah.

Kebetulan, Aila mempunyai sebuah rumah lama di kampung halamannya. Jadi Aila meminta Kamil dan ayahnya berpindah ke rumahnya dan akan cuba membunuhnya. Dengan sifat ayahnya yang tidak berapa elok, ramai yang menuduhnya sebagai pembela saka. Namun, rancangan mereka gagal apabila Hafiz dan pasukan cuba memasuki rumah itu. Lagipun ayahnya saja yang tahu rahsia sebenar tentang Kamil. Ayahnya tidak memberi tahu banyak perkara kepada Hafiz, Hannan dan Hasan. Sekarang, Kamil dan Aila masih ada walau mereka jarang bertemu. Aila masih diburu oleh pihak berkuasa. Khabar angin mengatakan Kamil masih berada di hutan yang jauh dari kampung itu. Dia tidak lagi digelar sebagai Kamil, tetapi dipanggil dengan gelaran baru oleh masyarakat setempat, iaitu…JOKER…

TAMAT…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “MISTERI PAKCIK”

Leave a Comment