Misteri Rumah Biru

Assalamualaikum and hai admin FS & pembaca setia FS. hari nih aku nak kongsikan pengalaman aku masa kecik berkaitan misteri rumah biru. Kenapa panggil rumah biru? Sebab rumah tuh cat dia warna biru..hehehe..

Cerita nih berlaku masa aku sekolah rendah lagi. Darjah tiga macam tuh kot. Time nih family aku duduk kampung abah aku. Satu hari tuh abah dapat offer dari sorang org kampung yang aku gelarkan Wak M la ye. Dia suruh abah n mak aku pindah rumah dia memandangkan dia duduk sorang diri kat rumah biru tuh lepas kematian isterinya. Aku pun tak tau macam mana abah aku boleh setuju nak duduk situ. Mungkin tak sampai hati kot nak tolak pelawaan Wak M tuh. Memandangkan dorang nih rapat.

Kisahnya bermula bila hari pertama duduk rumah tuh. Okay aku describe sikit la pasal rumah tuh. rumah tuh besar la jugak memandangkan rumah kampung kan. Ada 2 bilik. Ruang tamu dia kemain luas tapi ruang tamu tuh ada partition la untuk buat bilik tidur Wak M nih. So mak and abah 1 bilik. Aku and adik2 aku lagi 2 orang 1 bilik. Rumah tuh agak terpencil sebab kedudukannya di hujung kampung. Rumahnya kedalam sikit dari jalan besar.

Depan rumah banyak pokok2 kopi and pokok2 buah. Sebelah kanan rumah tuh ada 3 biji lagi rumah jaraknya tak ada lah jauh sangat. Cuma terpisah disebalik semak2 je. Sebelah kiri pulak kawasan kebun. Belakang rumah pun kebun jugak. Sebelah rumah ada reban ayam yang dah x guna. Belakang rumah pulak ada jamban and kolam buatan sendiri. Jarak jamaban dengan rumah agak la jauhnye. Jamban tuh berdepan dengan kolam tuh. X jauh dari kolam tuh ada pokok buah rambai yang lebat daunnya, rendang dan banyak buah..

Panjang betul muakdimah..hahaha. Ok aku start dengan kisah gangguan pertama aku kena kat rumah tuh. Hari pertama pindah situ abah aku bawak sekali la kucing2 dia pindah sekali tapi yang pelik belum ada sehari pun kucing2 tuh lari balik rumah arwah nenek aku. Time tuh nenek aku masih ada lagi la kan. Duduk rumah tuh kucing2 tuh rasa lain macam je. Bulu kembang macam nampak hantu sentiasa tapi kitaorang ignore je la kan. Maklum la kucing. Kalau tak biasa kat tempat baru mcm tuh la gayanya..

Rumah nenek aku pulak tak berapa jauh dari rumah biru tuh. Selang 4 biji rumah je. Yang buat jauh sebab ada kebun2 tuh je. So kucing2 nih senang la nak cabut lari balik sana. Malamnya masa tidur dapat pulak salam perkenalan dari penunggu rumah tapi masa tuh benda tuh muncul dalam mimpi aku. Aku mimpi ada cik ponti datang rumah tuh dari kebun belakang. Dalam mimpi tuh memang nampak real la kan sebab aku nampak cik ponti nih dari arah belakang rumah menuju ke pintu utama rumah.

Masa kat pintu rumah tuh la aku dengan adik2 aku bersiap sedia nak lawan cik ponti tuh. Ntah macam mana kami boleh bertukar jadi power rangers time tuh nak lawan cik ponti. Tak ke lawak jadinye..kihkihkih. Maklum la budak kecik lagi kan. Time tuh pulak power rangers sangat2 la popular. Dalam mimpi tuh aku terjaga sebaik je dinding bilik kami tuh roboh sebab berlawan kuasa dengan cik ponti tuh. Bangun2 tuh memang meremang la segala bulu roma aku. Aku tengok adik2 aku tidur dengan jayanya x sedar dunia. Aku try tidur balik tapi x boleh tidur pulak. Rasa gelisah panas semacam. Rasa macam ada yang perati pun ye jugak. Aku tenung ke cermin tingkap bilik kemain besar aku nampak bulan kat luar. Dalam hati aku cakap mesti sebab cahaya bulan nih buat aku susah nak tidur sebab panas.

Esoknya aku cerita kat mak pasal mimpi aku tuh. Kemain la sakan dorang gelakkan aku sebab power rangers tuh tapi mak aku kate pasal cik ponti tuh memang betul. Ada kisahnye kenapa ada cik ponti kat rumah tuh tapi malas la aku nak ceritakan. Berkait2 nanti..haha. Lepas dari mimpi tuh macam2 la kejadian pelik berlaku kat rumah tuh tapi aku cerita mana yang aku ingat la ye.

Setiap hari memang akan ada je bayang2 hitam duk main sorok2. Sampai sepupu aku datang tidur situ pun kena kacau dengan bayang2 hitam tuh. Adik aku yang last pulak lagi dasyat dia kena. Ada satu malam tuh macam mana ntah ganas betul adik aku tidur. Boleh dia jatuh tergolek dari katil. Katil kemain besar. King size kot. Kita orang pun bukan besar2 mana. Halus2 kecik2 tapi malam tuh memang lasak la dia tidur. Bila dah jatuh tuh of course la terus tersedar kan. Dalam mamai2 tuh dia terperasankan ada susuk tubuh perempuan dekat dengan rak baju. Yang buat dia terkejut beruk tuh separuh badan je. Dari pinggang ke atas. Adik aku memang tak sempat la kan nak tengok muka dia terus bukak langkah seribu lari ke bilik abah..

Ada satu hari tuh aku tengah la sidai baju kat ampaian. Ampaian tuh pulak berhadapan dengan kebun. Berdekatan dengan pokok rambutan. Tengah syok2 sidai baju (time kecik2 dulu mak abah memang dah ajar aku and adik2 untuk berdikari. Basuh baju, sidai baju, lipat baju, masak, kemas rumah sume lah) aku terdengar suara orang tengah berborak2. Betul2 dekat pokok rambutan tuh tapi butir perbualan dorang tuh x dapat la aku pastikan. Aku duk la mengintai dekat balik2 kebun tuh n pokok rambutan tuh ko2 la ada orang kat situ ke kan tapi memang tak ada sape2 la cerita dia. Suara lelaki and perempuan tangah galak berbual..

Aku nih nak lari tapi sidai baju tak abis lagi so aku teruskan la sidai baju sambil menyanyi2. Lagi aku menyanyi lagi kuat pulak suara tuh siap dengan gelak2 bagai. Aku pun cepat2 la sidai. Dah abis sidai tuh aku angkat baldi boleh pulak aku sound suara tuh. Lepas je sound terus je senyap suara2 tuh. Aku pun ape lagi..lari lintang pukang la masuk rumah..

Satu kes lagi jadi kat aku masa ada kenduri kat rumah. Tak ingat la kenduri ape kan. Time tuh lepas hujan dah dekat2 senja. Aku, adik2 aku and anak jiran duk sibuk la main2 lecak kt luar rumah. Time tuh aku pegang payung la sebab nak acah2 jadi siti sifir kat cerita A.L.O.N.G tuh. Time tuh memang dah magrib la ceritanya. Mak aku pun dah bebel suruh masuk tapi sebab budak2 kan. Nakal tuh lebih ignore je la bebelan mak tuh. Mak pun takde la nak bebel banyak kali sebab rumah tengah ramai org rewang..

Tengah aku acah2 siti sifir sambil baca sifir adik2 aku and anak jiran tengah main air hujan time tuh, aku terpandang la bawah pokok jambu batu sebelah reban ayam tuh ada makhluk tenggah bertinggung. Botak dan bogel. Tenggah bertinggung. Posisi dia macam dia tengah nak melompat ke arah reban ayam tapi x jadi sebab aku nampak. Time tuh dia pun tengah tengok aku jugak. Aku ape lagi lari x cukup tanah la dibuatnya sambil menjerit2 masuk rumah. Dengan selipar2 aku bawak masuk. Payung aku campak je. Yang lain pun lari jugak la sambil jerit2. Terkejut kot tengok aku macam tuh..hahaha..

Aku cerita la kat dorang tapi dorang tak nampak pun. Tuh belum mak aku pulak yang kena marah dengan cik ponti sebab cik ponti tuduh mak aku amek barang dia kat pokok rambai tuh. Time tuh musim buah. Rokok rambai tuh memang mewah la dengan buah dia kan. Satu hari tuh mak aku pegi la amek buah tuh dengan kak ipar dia. Masa duk kait2 buah tuh mak ternampak gulungan rambut warna putih kat dahan pokok tuh. Mak aku pun selamba je la tarik. Tarik punya tarik kemain panjang rambut tuh. Mak aku dah rasa tak sedap hati so letak la balik rambut tuh kat tempat asal dia..

Malam tuh cik ponti tuh gegar katil mak aku. Marah2 sebab katenye mak aku amek barang dia. Mak aku baca2 ayat makin kuat lak cik ponti tuh. Last2 mak aku kata mak aku maki hamun cik ponti tuh baru dia hilang..huhu. Sebenarnye banyak kejadian2 pelik sepanjang duduk rumah tuh. Sampai kami dah pindah rumah pun roh aku masih terbelenggu kat rumah tuh. Bayangkan la setiap malam aku akan mimpi berada kt rumah tuh. Mimpi sedih ke, mimpi seram ke, mimpi bahagia ke, mimpi jumpa pakwe handsome pun kat rumah tuh. Memang terseksa la aku time tuh..

Sampai la satu malam aku mimpi kat rumah tuh lagi. Aku mimpi rumah tuh tak nak lepaskan aku. Aku nih dah nangis2 maki hamun kat rumah tuh tapi boleh pulak aku dengar suara gelak mengilai kat rumah tuh. Aku tekad aku baca ayat kursi tak jalan. Aku berharap sangat time tuh rumah tuh terbakar biar roh aku dapat bebas and alhamdulillah Allah bantu aku dalam mimpi tuh aku azan kuat2 kat luar rumah tuh. Berulang2 sebab aku berharap rumah tuh terbakar tapi makin kuat rumah tuh sampai la azan terakhir aku ada suara ikut aku azan and sikit demi sikit rumah tuh terbakar..

Aku dengar ade jeritan tapi aku teruskan jugak azan tuh sampai rumah tuh habis terbakar. Bila aku tersedar memang berpeluh2 la ceritanya. Penat tuh tak yah cerita la. Macam bebetul aku baru lepas lari 200 meter. Lepas dari mimpi tuh aku dah takde mimpi2 kat situ lagi. Roh aku dah bebas la nak p mana2 dalam mimpi aku tuh. Bila aku pasti aku dah x mimpi rumah tuh lagi aku cerita kat mak pasal mimpi rumah tuh terbakar. Mak kate rumah tuh tak ada dah. Dah dirobohkan. Aku pun tarik nafas lega. Akhirnya berakhir jugak la mimpi ngeri aku kat rumah biru tuh..

Pasal Wak M tuh sekejap je dia duduk ngan kami. Lepas tuh anak dia amek duduk dengan anak dia kat kampung lain. Wak M nih pakar betulkan jam. Rumah dia memang banyak jam. Yang paling gerun jam antik yang tiap jam berbunyi ‘ding ding’. Paling seram dia bunyi time jam 12 malam. Tidur lena pun boleh terjaga sebab kuat bunyinya..huhu

Ok la sampai sini je la cerita aku pasal rumah biru yang membawa banyak kesan hitam dalam hidup aku. Terima kasih sebab sudi baca cerita aku yang tak berapa seram nih. Tapi tuh la pengalaman seram dalam hidup aku. Banyak sebenarnye tapi yang lain2 tuh nanti aku kongsi lagi..ngeee

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

  1. Best! Cerita la lagi, maybe boleh cerita kenapa ponti tu terikat kat umah tu. Naik meremang jugak baca cerita kau ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.