Misteri Rumah Kuning Di Kaki Bukit Mutiara

Sapa tak like jangan sibuk sibuk baca.

Eh… marah.

Anyway, Kejadian melihat anjing tersusun tepi jalan tu betul-betul beri kesan pada perasaan aku. Bayangkan tiba tiba melihat sekumpulan anjing beratur tidak berbuat apa apa, macam memberi ruang kepada satu perarakan. Di tambah pulak bila aku tahu lorong kecil tanah merah di bawah bukit tu sebenarnya menuju ke tempat persemadian menyebabkan aku betul betul seram sejuk.

Sampai di simpang rumah, tiba tiba aku terflashback semasa mula-mula pindah ke rumah tersebut.

Kita flashback kejab na…

———————

Masa tu, aku ditemani oleh Lat dan Shaf mencari rumah sewa di Seremban lebih kurang dua bulan lepas. Dari jam 10 pagi dok mencari rumah, setiap satu tak berkenan di mata ini. Tinggi sangat lah, mahal sangat lah. Dan kalau yang elok pun tak sempat dah ada orang amik. Sepanjang-panjang perjalanan mencari rumah, Shaf ada menunjukkan iklan rumah untuk disewa di bukit mutiara. Tapi hati aku berat nak pergi, jadi macam-macam alasan aku buat supaya kita tidak menuju ke sana. Aku suruh pergi Senawang lah, Sikamat lah, Ampangan, dan kalau boleh memang hati ni tak nak pergi sana. My guts feeling are always strong, and aku selalu ikut naluri hati.

Tapi bila dah sampai jam 6 petang, kami bertiga sudah penat jadi nak tak nak, kita akhirnya menuju ke rumah kuning tu. Dan, bila tengok rumah besar tapi sewa yang agak murah tu aku rasa macam ralat kalau tak amik. So lepas buat pembayaran, aku pun tinggal lah rumah tersebut. Hari pertama aku ditemani oleh Gully untuk membasuh rumah tersebut. tapi kita tak tidur situ. Kita balik shah alam.

——————————–

Flashback ends

——————————–

Namun, setiap hari hari ni gusar untuk duduk tinggal di situ, sehingga lah rakan sekerja ku, Lan Kepoh (bukan nama sebenar) jugak mencari rumah, lalu aku pun offer kat dia satu bilik. Hari pertama nak duduk rumah tu, sambil menunggu Lan, aku ke dapur mengemas sampah-sampah dan menyapu apa yang patut. Tiba tiba aku dengar macam ada bunyi anjing bermain di living room. Pelik, aku pun pergi lah living room. Rupanya memang ada anak anjing dok main dalam rumah tu.

Cilaka tul punya anjing, aku baling kan dengan mop bersepah-sepah lari. Terpaksa lah aku gih amik tanah kat luar rumah tu pergi menyamak dan cuci balik living room. Hangin satu badan dibuatnya. Lepas cuci rumah, aku letakkan barang-barang owner lama di bilik belakang. Rumah tu ada 3 bilik. Aku duduk bilik depan, Lan duduk bilik tengah, dan bilik belakang tu dibiarkan kosong.

Masa aku dok membersihkan bilik belakang tu, aku ternampak satu bungkusan kain putih di bawah timbunan langsir lama yang ditinggalkan. Di dalam bungkusan kain putih bak kain kapan tu, ada kayu sepanjang sekaki setengah. Aku tak faham kenapa dia nak bungkus kayu macam kapan mayat, dengan kain di ikat di kedua dua hujung kayu.

Aku cuba pegang kayu tu dan tiba tiba aku terasa seperti bulu roma ku meremang.

———————-

iklan, meremang aku menaip sekarang ni

———————–

Bila aku pegang kayu tu aku rasa seperti meremang. Jadi sebab tak selesa aku angkat kayu tu dan hendak dibuang. Masa tu aku rasa seperti ada angin bertiup dalam bilik, dan bilik tu menjadi begitu sejuk. Seakan-akan ada orang memasang aircond dalam bilik tu. Aku tak jadi buang, aku angkat dan letak kan di belakang dapur. Dan, sehingga kini, aku masih terfikir kadang kala setiap hari, apa dan kenapa kayu itu di bungkus sedemikian rupa.

Anyway, lepas kemas rumah. Aku kemas kawasan luar pulak. Luar rumah mempunyai laman yang sangat besar, dan ada semak-semak lalang yang setinggi pinggang. Masa aku dok tengok keliling, aku nampak 3 ekor anak anjing yang kena baling mop tu dok main kat halaman rumah pulak. Apa lagi, aku amik mop balik dan kejarkan anjing tu dalam semak semak tu, kelam kabut anjing tu lari.

Tiba tiba kaki aku tersepak sesuatu. Dan bila aku tengok, aku dah terpijak satu belanga kecil yang dibuat dari tembikar, yang telah dilukis-lukis dengan motif india. Kepala aku masa tu fikir satu je. Kalau belanga ini dihias sebegitu rupa, dan bukan untuk digunakan untuk memasak. Belanga ini mungkin digunakan untuk upacara pemujaan orang India. Aku cuba berfikiran positif. Walaupun, dalam minda aku bermain-main mengatakan, adakah belanga periuk tanah itu sebenarnya tempat menyimpan abu mayat.

Allahuallam.

Aku amik belanga yang pecah tu mengunakan mop lantai, dan aku buang ke depan rumah. Semenjak dari masa tu, aku sudah tidak selesa langsung dengan rumah tu. Dan selalu berulang alik Shah Alam ke Seremban. Yang bukan sahaja mahal, malahan memenatkan.

Sebulan lebih sewa di situ, aku baru tidur di rumah itu, 3 kali. Lan, yang menyewa dirumah itu pun, cakap kadang kala bila tiba waktu malam, bila aku takde, dia akan pergi tidur di opis, atau sewa bilik hotel di town, atau balik ke PJ di rumah nya.

——————————-

Berbalik pada cerita di Bangsar.

Lepas makan malam dengan kawan kawan aku pun message Lan untuk tanya pasal air. Sebab masa tu pun kerajaan dok catu air.

Aku message dia jam 11.30.

“Lan, rumah ada air tak?”

DIa tak balas.

So dalam kul 1, selepas kita semua beredar aku memulakan perjalanan pulang ke rumah. Ketika itu lah aku nampak Anjing beratur, dan nampak papan tanda rumah bakar mayat di kaki bukit rumah aku tinggal. Bila sampai rumah jam menghampiri pukul 2 pagi. Disebabkan badan berlengas, aku decide untuk mandi dulu. Masa aku ke toilet, aku lalu bilik Lan, aku tengok dia tengah tidur dengan lampu biliknya terbukak.

Depan bilik air, adalah bilik belakang yang tidak digunakan yang mana pintunya juga terbukak. Pintu bilik tu selalu aku tutup. Dan Lan bukan jenis akan bukak bilik lain. Dia akan duduk dalam bilik dia je. So aku tutup lah bilik no 3 tu dan continue mandi bogel.

————————–

Kalau filem Inggeris, Hero atau Heroin akan mandi bogel untuk dipertontonkan pada orang ramai

————————-

Bila habis mandi, aku balik ke bilik, dan masa lalu bilik Lan tu aku nampak Lan masih tidur. Lega aku tengok dia tidur lena.

Dan pada masa yang sama aku dok tengok dia, tiba tiba telefon aku berbunyi ada message masuk. Aku, pergi ke bilik untuk melihat message dari siapa.

Message tu bertulis…

“ada”

dan message tu dari Lan.

Dan Lan sedang tidur ketika itu.

Subhanallah masyaallah, kenapa lah aku cerita semua ni. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku amik Al Quran yang aku bawak dan peluk al quran tu dan memasang Surah Yassin di tablet. Aku tido sambil memeluk Al-quran. Tapi aku masih cuba berfikir positif, dan mengatakan mungkin message lan masuk lambat.

Esok pagi nya, bila aku bangun, Lan sudah tidak ada di bilik. Dia dah pergi kerja. Di office aku berjumpa Lan, sebelum sempat aku tanya dia pasal message, dia cakap.

Oh Encik Rihanna Madonna, sorry saya tertidur semalam. Bangun pagi saya baru terbaca message encik Rihanna Madonna (bukan nama sebenar).

Pelik.

Aku tanya dia, tapi Lan ada balas message semalam. Dia cakap mana ada. Sebab dia tidur, so aku tunjukkan message aku kat dia, dan dia check phone dia memang ada message

“Ada”

tapi dia cakap dia tak ingat, mungkin dia terlupa atau terbangun hantar.

Aku senyum je dan kata, “muda muda dah nyanyuk lah ko ni Lan”

Sebab aku tak mahu takutkan dia.

Tapi, lepas jumpa Lan, aku hidupkan kereta dan pusing satu bandar Seremban untuk cari rumah sewa.

By hook or by crook, atas apa yang terjadi satu kebetulan, atau satu kesilapan teknikal atau whatever i must leave that house.

Alhamdullilah, bila aku dah penat pusing di sekitar kawasan perumahan sekitar Seremban untuk iklan rumah sewa, aku decide untuk cari yang lebih dekat dengan office. Masa lalu kawasan perumahan tu aku nampak seorang kakak sedang keluar dari kereta, dan aku tanya sama ada ada rumah untuk disewa. Kakak tu cakap, ada. Rumah adik dia selang dua tiga rumah dari rumah nya. Petang tu jugak, aku bayar deposit, dan petang tu jugak aku cakap dengan Lan,

“Lan kita pindah rumah hari ni. Aku dah dapat rumah di Mambau. Kita masuk hari sabtu”.

Lan tersenyum lebar dan cakap

“Alhamdullilah. Sebab saya pun dah nak pindah encik rihanna. saya tak nak duduk rumah ni En. RIhanna Madonna. Saya rasa tak sedap hati, dan setiap hari saya duduk rumah sorang ada anjing menyalak di belakang tingkap saya”

F***!!!!

That is it. Malam tu jugak, aku bungkus barang balik Shah Alam.

Sekianlah kisah Misteri Rumah Kuning di Kaki Bukit Mutiara.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 comments

  1. Okey terima kasih sbb sudi kongsikan cerita seram ni..ak kurg phm sebenarnya jalan citer ko ni..tp ak akui ak baca sampai abes..last2 tanda soal kat dlm kepala..????
    Apepon kipidap dongibab

  2. BELUM START TULIS DAH BELAGAK NAK MAMPUS X LIKE JANGAN BACA YE?..HARAM JADAH MMG AKU XBACA PUN…AKU BACA KOMEN TGK KO NI BUKAN LA RETI TULIS SGT PLUS X SERAM PUN..
    JANGAN POYO NAK TULIS LAGI XDE SP NK BACA

  3. Dikkk punchline xsampai dik. Atleast kau ceta la nmpk ap2 ker..kne gngguan ap2 ker..ni xd pun..xder..bulu roma baru nk naik trs xjd naik..yg mndi bogel pun kau nk hglight..ish4……budak2 skola punn ad taw dlm ni.hmmm…jgn tulis cmtu lg yer.xper2..nice try.ahkak bg 5/10.

  4. Takpela walaupun ramai complain pasal style penulisan, jalan cerita dan semua tu. Bagi saya cerita ini dah cukup menarik. Tak semua orang ada bakat menulis ye dok? So far best! Saya enjoy baca sebab seram haha. Tapi kalau boleh duduk la rumah tu lama sikit pastu cerita kat kitaorg apa jadi :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.