MISTIK TEMASEK 2

Assalamualaikum semua peminat tegar FS.
Terima kasih Admin kerana menyiarkan kisah aku yg pertama. Dan terima kasih juga kepada pembaca2 yg telah memberi tindak balas yg membina. Dengan maklum balas yg korang kasi tu, sekurang-kurangnya aku taulah dimana kelemahanku dlm penyampaian cerita. Tujuan utama hanyalah utk berkongsi pengalaman sahaja dan menambahkan koleksi2 dlm segmen ni utk dibaca semua. Mungkin ada diantara kita pernah mengalami peristiwa yg sama dan nak buat perkongsian jugak (manalah tau kan!).

Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan terima kasih byk2 kepada Admin FS kerana sudi menyiarkan edisi aku yg kedua ni.

Tak perlulah lagi aku nak perkenalkan diri lagi jadi aku teruskan dengan kisahku. Maaf kata jika cerita ni tak seberapa seram seperti yg diharapkan.

Cerita masa remaja:-
Ini terjadi masa aku sedang remaja dan mula berkerja.
Aku baru berkenalan dgn seorang teruna, nama dia Shukri (bukan nama sebenar). Skg dah sah jadi suami aku.

Seperti kebiasaannya orang2 muda bercinta pada masa itu, klu tak dapat jumpa, bergayutlah kat talipon berjam-jam lamanya. Ada je topik yg nak dibualkan. Entah dari mana2 aje sumber idea tu datang dan ada aje masa2 yg terluang. Tak cukup tidur pun takpe. Janji mesti nak dgr suara sekali tiap-tiap hari. Skg dah kahwin, hmmmmm tau2lah. Sibuk 24/7 dgn kebenda apa aje.

Pada suatu malam tu, sedang asyik kita berdua berborak2 dlm telefon, tiba2 aku tertangkap dengar bunyi2 kat latar belakang. Bunyi mcm orang ketuk2 grill tingkap, lepas tu pintu dibuka tutup berkali-kali.

Aku: “Eh you, I think ur parents dah kasi signal tu. Dah mlm ni. Kiter sambung besok aje lah”.
Shukri: “Oh you dengar eh?“
Aku: “A aah la.”
Shukri: “Biasa la tu. Dia nak ‘introduce’kan kat you”.
Aku: “Siapa?”
Shukri: “Mambang kat rumah I ni lah. Parents I dah lama masuk tido lah.”
Aku: “Haaaah?”

Barulah si Shukri tu bocorkan cerita. Dia kata ‘poltergeist’ yg tinggal kat rumah dia ni memang kerjanya suka buat gangguan fizikal seperti main2 dgn pintu, seret2 kerusi dan kadang2 main lempar2 benda dlm rumah.

Pada mulanya, benda tu main2 kecil je mcm ketuk2 kat tembok, gegar2kan grill tingkap, guling2 guli ketika dia bersendirian di rumah selepas balik sekolah. Bila masa dah sampai ke tahap yg melampau, perkakas2 dlm rumah semua dah mula dibaling2nya, dia tumpang kat rumah jiran sebelahnya sehinggalah ibubapa dia balik dari kerja. Nak selamatkan diri pun ya jugak. Bila dah meningkat dewasa, dia dah naik kebiasaan dgn gurauan hantu tu. Cuma sepanjang menetap di rumah tu, hantu tu belum lagi memdedahkan rupanya pada dia.

Dalam masa sedang melayan si Shukri tu bercerita, tanpa dijangka ada suara lain pula yg timbul. Aku terdengar bunyi pernafasan, ditarik dgn sedalam2nya & dihembus dgn sekuat2nya seperti orang sakit asthma, selang2 dgn suara garau seorang lelaki sedang baca2 dlm bahasa pelik yg tak pernah aku dgr, diikuti pula dgn ketawa kecil seorang perempuan “hehehe hehehe” (macam pompuan gedik yg jaga tatasusila bila berketawa, gitulah andainya).

Tanpa syak wasangka, aku pun spontan je tanya Shukri:-

Aku: “Hah skg suara siapa pulak kat blakang tu?”
Shukri: “Suara I lah, kan I tgh cakap ni”.
Aku: “No, ada suara lain. Of courselah I cam suara you. Ni bunyi dia lain bukan suara you. You try dengar betul2.”
Shukri: (Terdiam) “I tak dgr apa2 pon!”.

Takut punya pasal, aku terus letak gagang talipon. Tak sampai sesaat, talipon aku berdering lagi. Ingatkan Shukri yg telefon balik tapi bila aku angkat, aku dengar bunyi yg sama. Kali ni aku cabut wayar talipon dari soket dgn harapan ia tak berbunyi lagi. Tapi sangkaanku salah, ia tetap jugak berdering. Tak tau apa nak buat lagi, aku perlahankan nadanya sebab tak nak family aku terkejut dari tidur, nanti kecoh kang dibuatnya. Hanya cahaya lampu yg terus berkelip2. Entah berapa lama pun tak tau sebab aku tertidur dalam masa tengokkan lampu talipon tu kelap-kelip. Nasib baik hantu tu tak muncul dlm tidurku.

Keesokan hari bila dah sampai tempat kerja, aku pun call Shukri, ceritakan semuanya dan sebab kenapa aku letak telefon secara tiba2. Dia pun tak tau nak kata apa dah lepas dengar story aku. Cerita ni pun kita tak sampaikan pada ibubapa sehingga ke hari ini. Taknak menyusahkan dorang pulak nanti. Biarkan ia tamat diantara kita berdua je.

Cerita masa ‘dating’:-
Ini berlaku pada satu malam hari Sabtu bila aku dan Shukri keluar dating di sebuah taman terletak di bahagian Timur.

Sedikit intro tentang taman ni – memang hotspot di kalangan couple2, anak2 muda yg suka lepak2 dan ada juga aktiviti prawn-fishing utk yg gemar memancing. Klu jalan jauh sikit, dah boleh bertembung dgn pantai laut Timur.

Selalunya akulah yg buat keputusan tentang tempat2 dating. Tapi tidak pula pada malam kejadian (dan memang takdir pun) sebab aku sudah kehabisan idea. Jadi Shukri sarankan nak bawa aku ke taman itulah. Kononnya nak tunjukkan satu hotspot yg dia suka chilling dgn kawan2nya selepas sekolah dulu.

Jujur cakap, aku bukan orang yg berjiwa sentimental, romantic bagai. Tak suka sangat2 pergi tempat mcm gini. Boring pada aku. Takde thrill – cuma tengok pokok2, ikan2 dlm kolam, gandingan couple2 yg lain. Apa ada lagi itu aje. Aku lebih suka pergi tengok wayang ke, game arcade ke atau meneroka tempat makan2 yg baru (klu boleh ghost-hunting pon aku nak try). Jadi aku ikutkan aje saranan si Shukri. Haizzz org tengah bercinta dikatakan, bak kata madah – gunung tinggi sanggup didaki, lautan berapi akan direnangi bersama (hah kan, ambik korang!).

Malam minggu tu, tak ramai org yg ada kat tempat tu. Pada aku takde kelainan sebab kali pertama melawat taman tu, tapi Shukri berasa hairan, “Eh, kenapa nihari tak banyak orang. Hari Sabtu perghh?!”). Sambil berjalan, Shukri pun bukalah cerita zaman persekolahannya. Sampailah kami di satu trek, keadaannya sunyi, lampu pun samar2 aje & takde orang pun yg jalan kat situ. Jam baru pukul 8 malam. Kita pun jalan je ikut trek tu, dah memang tempat yg nak dituju pun di laluan yg sama.

Sedang asyik berbual sambil berjalan, aku terhidu bau wangi. Mula2 tak perasan sebab baunya datang sesekali and very mild, sedap bila dihidu. Tetapi semakin jauh berjalan, barulah ketara dan semakin kuat merbaknya sampaikan aku sesak nafas sebab wangi tersangat2. Aku tercari2 jugak ada ke pokok cempaka tanam kat situ tapi peliknya satu haram kejadah bunga pun takde.
Aku toleh ke Shukri tetapi reaksi dia mcm biasa je, masih bercerita terus.
Dalm hatiku berkata2, “Eh dia ni perasan ke tak? Ke aku je yg dapat bau ni?”

Shukri: “Yang, meh kita gi tempat prawning tadi”
Aku: “Mana hotspot yg you cakap tadi tu?”
Shukri: “Lain kali la I tunjukkan you.”
Aku: (terpandang batu-bata besar yg boleh dijadikan tempat duduk2) “Oh batu tu yg you cakap tu, eh?”

Shukri tak jawab apa2, dia terus tarik aku jalan laju2 keluar dari situ. Tercungap2 aku dibuatnya buat brisk-walking dgn dia.

Bila sampai kat tempat yg terang-benderang, kita pun duduk sebentar.

Shukri: “Tau knapa I tarik you tadi?”
Aku: “You ada terbau tak yg tadi tu?”
Shukri: “Samalah. Sebab tu I cakap lain kali je I tunjukkan you.”
Aku: “Oh I ingatkan you tak perasan. Sebab I tengok you steady je.”

Tetiba terdengar bunyi “klak klak klak klak klak klak’ yg amat kuat sekali & seperti kibasan sayap yg besar mengepak berlalu melintasi di belakang kami yg sedang duduk. Shukri renung muka aku pasal mungkin dia tengok mata aku dah terbeliak-belalak tanda terkejut.

Bangangnya aku pergi tanya, “Eh bunyi binatang mana pulak tu?”
Shukri: “Eh mulut you jangan celupar sangat, boleh tak? Dah meh balik”

Kita menaiki teksi utk pulang ke rumah masing2. Sepanjang dalam perjalanan balik ke rumah aku dahulu, aku diam saja tapi Shukri berbual mcm biasa (mungkin nak hilangkan rasa takut kot). Aleh2 dlm perlahan aku rasa kelainan dlm diri aku: perasaan dtg nak marah2, penglihatanku kabur sedikit, aku dgr sekelilingku mcm berdengung dan kepala aku pula berdenyut2 (korang tgk tak citer Spiderman semasa dia balik rumah selepas kena gigit dgn labah2, mcm gitulah aku diibaratkan).

Shukri tanya aku ok ke tidak sebab aku diam semacam. Aku tak jawab.

Shukri: “You ok ke tak ni?”
Aku: (dgn nada meneran) “Diam boleh tak? Dari tadi pot pet pot pet pot pet.”

Aku sedar sebenarnya tapi entah kenapa aku tak dapat kawal perasaan marah tu yg datang tanpa puncanya, dan seperti ada kuasa ghaib yg lain mengambil alih tempat aku.

Kesian Shukri kene marah dgn aku tak pasal2, “Kita balik rumah I dulu ya. Jumpa ayah.”

Cerita masa di rumah Shukri:-

Sampai di bawah kolong flat, aku cakap aku nak balik itu jam juga pasal aku rasa terlalu ngantuk dan tak larat lagi nak jalan lagi.
Shukri memujuk, “Takpelah yang, sekejap je. Ibu ayah nak jumpa you ni.”

Setibanya di rumah, pintu dah siap terbuka. Shukri dah call Ayah dia semasa dlm perjalanan. Aku langkah masuk tak beri salam dulu pun, tengok ibu ayahnya ada duduk menunggu di meja tamu.
Melihat keadaan aku, Ibu bersuara, “Mana aje kao bawak anak dara orang mlm2 gini, Shuk?”

Ayah suruh Ibu mengambil secawan air. Kemudian dibacanya ayat Alfatehah, 3 Qul & Ayatul Kursi.
Ayah: “Jah, kao sapukan air ni kat muka dia tu. Lepas tu belen air tu suruh dia minum. Jangan lupa selawat dulu.”
Bila air disapukan kat muka, dgn serta merta aku terasa segar, ngantuk pun hilang dan denyutan di kepala pun berhenti – sebagaimana sakit tu datang secara mendadak, begitu juga ia mendadak hilang.

Ayah: “Kao tertegur. Bila kao masuk rumah tadi, ayah tengok mata kao tu layu je. Benda tu duduk kat mata kao.”
Aku diam aje mcm orang ada buat kesalahan besar.
Ayah: “Balik ni nanti bila masuk rumah, kao pusingkan badan. Baca ayat Kursi, klu tak tau Alfatehah pon boleh.”

Shila keluar dari biliknya sambil mengurut-urut kepalanya. Dia mengadu tak boleh tidur dan kepalanya terasa berat tetiba. Shila (bukan nama sebenar) adalah adik perempuan Shukri. Jarak beza umur antara abang & adik ialah 5 thn. Berbadan agak gempal & katanya Shukri, adik dia ni lemah semangat orangnya. Mudah tertegur.

Ibu menghampiri Shila utk membantu urut kepalanya tapi Shila menepis tangan ibunya. Tersentak sang Ibu. Dgn nada marah yg tiba2, dia cakap, “Tepilah!”
Hatiku berbisik, “Kurang ajarnya budak nie”.

Ayah, Ibu & Shukri berpandangan sesama sendiri. Dorang mcm faham ada yg tak kene dgn Shila tu. Aku blur2 lihatkan gelagat dorang, lagipun pada masa tu aku belum kenal mcmana orang yg kene tegur atau kerasukan. Shukri berbisik pada aku suruh pulang segera. Dia bergerak menuju ke adiknya & pegang tangan adiknya. Shila menepis-nepis lagi mcm bersilat gitu. Mata putihnya dah mula kemerah-merahan. Wah! panas baran jugak si budak Shila rupanya. Aku ingatkan aku sorang je.

Ibu & Shukri bagaimanapun berjaya membuat Shila berbaring di atas sofa. Bepeluh2 jugak aku tengokkan si Shukri tu. Ayah menahan kedua2 tangan Shila, mulutnya tak henti2 membaca ayat2 rukyah. Ibu pun ikut serta sambil memegang kepala anak perempuanya tu. Shukri menahan kedua2 belah kaki Shila supaya dia tidak lari. Shila menendang2, mengeliat2 sambil menjerit “Lepaslah, errggghhhh, lepas laaaah. Jangan pegang aku!”. Terpelanting, tersungkur jugak si abang dibuatnya. Bayangkan 3 orang pegang dia tapi dia masih boleh lagi meronta2 & sesekali tu dapat terlepas jugak dari genggaman dorang. Sungguh luarbiasa kekuatannya tu. Walaupun badannya gempal tetapi mcmana pun kekuatan wanita tidak sama dgn lelaki melainkan ada kuasa lain yg membantu.

Shukri memberi isyarat memaksa aku balik segera. Aku terpaksa keluar dari rumah & balik sendiri. Jadi aku tak dapatlah nak tengok segala yg berlaku selepas tu. Malam tu, aku tidur tak seberapa lena kesan dari sakit kepala yg teramat sgt akibat keteguran awal tadi. Besoknya, aku tanya Shukri bagaimana keadaan adiknya. Dia tak bercerita panjang hanya kata adiknya ok dan semuanya dah selamat. Aku bilang dia, “The next time if we go out again, I decide the place go, ok? (Lain kali klu kita keluar, saya yg akan putuskan mana tempat nak pergi, ok?)”.
Shukri angguk je kepala tanda setuju. Bila teringat kembali detik ni, rasa kesian kat laki aku. Mcm queen control pulak aku ni.

Begitulah cerita aku utk kali ini. Ada kesempatan & panjang umur ku, kita akan bertemu lagi di ruangan yg sama utk kisah2ku yg lainnya pula, ins sha allah.
Wabillahi taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

1 thought on “MISTIK TEMASEK 2”

  1. keep it up. nice story. hati2.. jgn suka menegur. ingin tau kisah rumah Shukri, kalau boleh share, ceritakan lah ye.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.