“Mommy?? Mandi??”

Salam FS dan pembaca semua. Terima kasih sebab siarkan cerita aku ni. Hari2 aku dok baca cerita kat FS, nak2 time 2-3 pagi, feeling beb. Kali ni pulak aku nak cerita kisah yang aku alami, baru seminggu lepas. Aku ni selalu sangat kena tinggal dengan suami sebab dia selalu outstation. Kadang2 aku balik kampung, kadang2 aku balik rumah mertua. Kalau outstation kurang seminggu, aku duduk jela kat rumah dengan anak2. Dah terbiasa macam tu.

Satu harini, suami aku kena bertugas ke luar negeri. Disebabkan kurang dari seminggu, aku tinggal lah kat rumah sendiri dengan anak2. Rutin harian tanpa suami berjalan macam biasa. Uruskan anak2, dan selesaikan kerja aku noted order customer hasil berniaga online. Setiap hari maacm tu. So kerja memang akan selesai daalm pukul 1-2pagi. Anak2 aku dari awal dah aku tidurkan, so senang aku nak buat kerja. Tak ada gangguan sangat laa, paham je lah budak2. Time aku nak packing barang time tulaa dia dok bergolek2 atas lantai mintak itu ini.

Aku ni kan memang dah biasa sebelum tidur, akan mandi dulu. Hari2 macam tu, dari anak dara lagi, kecuali time petang laa. Sebab aku selesa tido dalam keadaan rambut basah dan sejuk. Hehehe. So lepas je dah settle semua kerja2 aku, aku capai towel, dan masuk bilik air. Tengah aku syok2 menyampu, tiba-tiba pintu bilik air diketuk laju, “dam dam dam!”. “Dam dam dam!”. Aku terfikir, anak aku ke dah bangun? Aku rasa tadi sebelum mandi aku tengok die elok je tido dengan adik dia.

Untuk pengetahuan korang, anak sulung aku kecik laig baru 2 tahun. Rumah aku dua tingkat, so korang boleh bayangkanlah kalau budak 2 tahun turun tangga mesti ambik masa. Ni aku baru masuk daalm beberapa minit tak jejak 10 min pun, takkan cepat sangat dia sampai bawah. Lepas tu siap pintu diketuk kuat, macam tangan orang dewasa. Aku pun tanyalah, “kakak dah bangun ke?”. Senyap je. Aku tutup paip. “Kakak?”. Aku mula tak sedap hati, dengan kepala bersyampu lagi aku capai tuala, dan buka pintu. Kosong. Takde sesape pun. Hairan, takkan kakak cepat sangat dah naik atas? Aku tutup semula pintu, dan sambung mandi.

Tiba-tiba pintu diketuk kuat, lagi kuat dari tadi. Aku bengang, benda ape pulak kacau aku niii. “Nak apa???”, kataku. “Mami??”, suara halus si kakak kedengaran. “Ye sayang, kakak dah bangun?”. Lega hati aku dengar suara kakak, dah bangun rupanya. “Mami andi?” (Mami mandi?). “Ha’ah ye mami mandi, jap lagi mami keluar”, jawabku. “Mami nak mamam (mami nak makan)”. Aku macam pelik, nak makan? Bangun2 tido nak makan? Padahal sebelum tido aku dah kasi makan siap2. Tak pernah sekali dia bangun tido mintak makan dan susu, yelah. Aku layan jela, “ok nanti kite makan ye, kakak tunggu kat luar dulu”. Terus senyap. Aku pun cepat2 la mandi, pakai baju dan keluar. Keluar je dari bilik air, aku cari kakak. Mana budak ni, hilang pulak. Aku pergi dapur, masuk tandas, pergi ruang tamu, pergi bilik mainan dia, takde. Kosong. Aku panggil nama dia, senyap sunyi.

Aku naik atas, aku bukak pintu, dan tengok anak aku elok je tido, adik dia pun! Habis yang dok panggil sape? Automatik bulu roma aku meremang. Seram sejuk badan aku. Nak2 terlintas, pintu bilik aku jenis tombol, dan tinggi. Anak aku tak pandai bukak pintu, so macam mana dia boleh keluar?? Aku terpaku depan pintu. “Mami???”, suara dari ruang tamu, itu suara kakak. Aku tengok atas katil, aku pandang bawah, mana satu kakak ni??.

“Mami nak mamammm”, suara tu merengek pulak mintak makan. Sebijik suara kakak. Ya Allah, dugaan apa yang Kau beri. Aku macam nak menangis, aku diam dan nekad masuk bilik dan kunci pintu. Aku sentuh kakak. Kakak macam tersentak dan merengek. Aku pegang badan kakak. Panas. Yee yang dalam bilik, kakak yang betul. Yang kat bawah tu sape?? Masih sayup2 kedengaran suara menyerupai suara kakak menangis mintak makan. Ya Allah, janganlah diterjahnya bilik ni. Aku peluk anak2 aku kuat2, berdoa moga tak ada apa2 berlaku. Aku berzikir sehingga tertidur.

Keesokan harinya aku bangun, disebabkan tidur lewat, aku bangun lewat jugak, dalam pukul 10 pagi. Anak2 tidur lagi, aku ‘cuti’ so tak bangun subuh. Aku teringat kejadian pagi tadi. Aku bukak pintu bilik dan turun. Aku buka pintu dan tingkap, lepas tu aku ke dapur. Guess what? Dapur aku bersepah gilerr macam kena tsunami.Lauk2 yang aku lupa nak masuk peti ais berterabur atas lantai. Nasi satu periuk yang aku plan nak buat nasi goreng dah telungkup periuknya. Nasi2 bersepah atas meja kira satu dapur tu penuh nasi.

Makhluk apa yang buat kacau ni? Betul2 lapar sampai satu dapur dia buat kecoh. Dengan tabah aku kemas satu dapur tu. Aku basuh2 pinggan, aku lap meja makan. Aku pelik, sebab meja makan aku kaca, ada kesan tapak tangan kecil, sama kecik dengan tapak tangan kakak. Mungkin makhluk yang kacau ni masih kecik lagi. Kesian ada, seram pun ada. Aku berharap cepat2 laa laki aku balik. Time aku menaip cite ni pun die tak balik lagi, tapi Alhamdulillah takde benda pelik pulak lepas kejadian tu. Syukurrr. Tu je aku nak cite, heheheh. Thanks sebab sudi baca.

8 comments

  1. Uhuhuhuhuhu ini memang gila! Siap mintak makan tu yang tableh blahhhhhh.
    Mujur ler “kau” sepahkan dapur je wahai syaiton, kalau tahap masuk smpi jengah ke bilik yg berkunci tu, berhuhuhuhuhuhuhuhuh je lah jahhhhhh…..

  2. Kesiaaannn plak bdk kecik tu bersungguh tggu mummy siap mandi pastu suapkan mkn…
    Kena amik sdri abis tumpah bersepah semua…
    Hhmmmm…

  3. uishh…cerita ni simple tapi seraaaaaaaaaam….terbaik la kak….jaga ler diri&anak elok2…..kalau si suami lama2 outstation tu g jer tdo rumah parents/mertua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *