Hai.Sekali lagi,nama aku Ramona.Kali ni aku nak ceritakan perihal percutian aku yang seterusnya.Tanggal 21 September tahun lalu,aku dijemput oleh mama untuk adakan suprise party sempena hharijadi adik lelaki ku.Selepas bersekongkol dengan isterinya,kami memilih untuk mengadakan sambutan itu di Kemaman.Bagi yang keliru,Kemaman ialah sebuah daerah di Terengganu.Pantainya cantik.Colek pun sedap dan banyak pilihan.Bagi yang rak tahu,Kemaman terlletak berdeekatan dengan Kuantan.
Bagi yang belum baca kisah sebelum ini, boleh baca pada pautan di bawah ini:
Memandangkan tanggal 21 September jatuh pada hari Jumaat,maka perjalanan aku dan suami dari Kuala Lumpur bermula agak lewat.Kami bertolak lebih kurang pukul 6 petang,usai mengambil kek yang telah ditempah sejak awal lagi di Gombak.Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih hampir 4 jam akhirnya berakhir di Kemaman Sands.Lokasi pusat peranginan ini hanya 15minit dari Cherating manakala berada di pesisir Pantai Teluk Mak Nik atau dikenali juga sebagai Monica Bay.
Untuk pengetahuan,penginapan kali ini bukan melalui tempahan atas talian seperti kisah yang sebelumnya.Sebaliknya,tempahan dibuat oleh adik iparku,Fizah sempena meraikan harinlahir suaminya yang merangkap adik ku.
Setibanya kami di sana,majlis nampaknya telah bermula.Suasana chalet yang dibina dalam bentuk ala banglo mengelilingi kolam renang memang cukup cantik di waktu malam.Ditambah dengan cahaya lampu yang melatari setiap ruang memberikan suasan damai dan indah.
Aku dan mama bersama adik perempuanku,Syaza ditempatkan bersama dalam sebuah bilik.Manakala suamiku bersama anak-anak ditempatkan di bilik lain yang cuma jaraknya hanya diposahkan oleh sebuah dinding.Namun,untuk ke sebelah,tetap perlu keluar dari bilik.
Malam itu,selepas acara BBQ dan potong kek,kami mula berkemas.Memandangkan bilik kami terletak betul-betul berhadapan dengan kolam,adikku mengambil kesempatan untuk berenang seketika sebelum lena.Aku,bersama mama dan Syaza masing-masing dah mengambil tempat untuk beradu.Tapi entah macamana,dari satu topik ke satu topik kami bersembang sampai akhirnya sedar tak sedar jam dah hampir ke pukul 3.
Waktu aku memusingkan badan menghadap ke dinding,aku terdengar bunyi air menitik di hujung kaki katil.Bila aku periksa,nampaknya lantai dah basah .Sangkaku kesan bocor dari penghawa dingin yang terpasang.Dek kerana kelopak mata yang makin memberat,bunyi air yang makin rancak menitik tadi seakan irama yang mengulit lena.Tapi rasanya,kalau tak mengantuk,sumpah aku mintak tukar bilik!
Paginya,selesai solat subuh,suamiku dah tercegat depan pintu bilik ajak bersiar-siar tepi pantai sambil dating tengok sunrise..aiseh!Tak baik tau korang kecam suami aku haritu.Aku yang izinkan dia melepak.Maklumlah,bukan selalu dia dapat jumpa geng rumah sewa waktu zaman belajar dulu.Tu yang melarat sampai berembun.Tapi dia atau aku takde sangka ye..adoiii.Tu memang jin yang merupa,dan cuba memanipulasikan anak Adam.
Berbalik pada cerita tadi,selesai kami bercanda di tepian pantai,aku bergegas ke bilik untuk mandi dan susukan anak bongsu ku.Perut pun dah mula berkeroncong nampaknya. Setibanya di bilik, adikku sedang mandi manakala anak ku bersama mama. Aku susukan anak sambil bercerita dengan mama yang sedang membancuh secawan kopi.
Tiba-tiba adik perempuanku menjerit dengan kuat dari arah bilik air.Bergegar pintu bilik air dilanggar oleh Syaza hingga terpinga-terpinga aku dan mama dibuatnya.Sebaik pintu bilik air dibuka,Syaza segera meluru keluar dengan muka yang pucat dan badan yang menggeletar.Dia tarik tangan aku m,minta aku ikut dia ke muka pintu bilik air .Langsung tiada hatta sebutir kata pun keluar dari mulutnya.Yang jadi medium interaksi cumalah tangannya yang ditunjuk dengan bersungguh-sungguh ke arah cermin dinding yang berada di depan kami ,yang mana betul-betul terletak di depan pintu masuk bilik air.
Berkali-kali aku tatap cermin yang di depan mata.Bukan sebab aku obses dengan wajah sendiri tapi sebaliknya,di cermin yang sedang berkabus dek wap dari water heater yang digunakan tadi,terangbdan helas timbul tulisan dicermin tersebut tertera IBRAHIM IBRAHIM IBRAHIM.Iya,perkataan itu ditulis bersusun sebanyak tiga kali.Dan sekiian lama kami tercegat mencari jawapan serta mencerna maksud kejadian,ia seakan sengaja untuk ditunjuk kepada kami.Tapi,bilamana aku mengambil keputusan untuk menghubungi suamiku di bilik sebelah,serta merta tulisan tadi hilang tanpa sebarang kesan.
Sangkaku,tulisan tu salah satu bahan usikan dari orang yang menginap sebelum ni.Aku cuba cuci cermin tadi dengan menggunakan sabun dan wet tissue.Namun,sangkaan ku meleset.Sedang aku tekun mencuci cermin tadi,tiba-tiba satu wajah lelaki berambut panjang datang menyergah dari dalam cermin!Rahangnya tinggi menampakkan dengan jelas wajahnya yang cengkung.Matanya membuntang walaupun ketara nampak jauh kedalam.Dan rambutnya separang bahu,berwarna sedikit perang gelap tampak tak terurus.
Macamana dengan sekali sergah aku dapat perhatikan segala-galanya?Sebab aku terkejut.Terkejut sampai aku tak dapat bergerak.Aku rasa muka aku panas bila disergah oleh ‘dia’.Sampaikan aku stuck,tercegat memandang dia hinggalah dia lenyap seakan mendap lantas menghilang kembali ke dalam cermin di depan aku tu.
Sejurus dia hilang,barulah aku seakan tersedar dan terus berlari keluar dari bilik air.Bila aku ceritakan,mama cuba sedapkan hati yang rasanya ‘dia’ dah pergi.Berkali-kali mama cuba tenangkan adikku yang itu semua cuma kebetulan.Tak puas hati dengan penjelasan mama,dicampur pula dengan rasa takut berbaur seram,aku putuskan untuk mandi tanpa menutup pintu bilik air.Hilang segan silu dengan mama dan adikku waktu ni.
Bila keadaan dah reda,mama lantas bangun dari kerusi dan mencapai tuala untuk ke bilik air.Aku dan Syaza yang seakan sudah terpujuk dengan jaminan mama tadi mula bersiap dan berkemas untuk check-out.Tak sampai 5minit dalam bilik air,kedengaran suara mama pula yang menjerit kali ini diselang seli dengan istighfar.Dengan pantas kami berkejar ke bilik air.Takutlah kalau-kalau mama terjatuh atau tergelincir kat dalam sana.Belum sempat tombol pintu kami pulas,kepala mama dah terjengul dari pintu bilik air.
Rupa-rupanya sekali lagi cermin tandas tadi hulurkan salam perkenalan.Cuma bezanya,kali ni perkataan IBRAHIM tadi cuma ditulis sekali sahaja.Tapi cukhp besar sehingga memenuhi setiap ruang di cermin tadi.Ternyata kali ini,teori mama tak boleh diguna pakai,alih-alih mama sendiri terkena.Tak tunggu lama,selesai mama bersiap,kami pindahkan kesemua beg ke kereta sambil menunggu adik iparku ke lobi untuk check out.
Sambil tu,sempat la adikku Syaza bercerita yang dari semalam dia tak dapat tidur akibat terganggu dengan bunyi perabot yang dialih-alih dari tingkat atas.Belum lagi dengan muka mengetuk dan bergukang sampai ke Subuh.Anehnya,aku dan mama langsung tak mendengar apa yang dikatakan Syaza.
Tapi,ada aku mencelah dengan cerita air dari penghawa dingin yang menitik.Ironinya,ternyata penghawa dingin bukanlah di kedudukan yang aku fikirkkan malam tadi.Sebaliknya,nun jauh di dinding sebelah katil mama.Mujurlah anak kecilku tak diganggu.Apa air yang menitik malam tu,mungkin kalian boleh cipta spekulasi sendiri.Kalau ditanya pada aku,cukuplah sekali aku menginap di situ.
Ada sesiapa yang ingin berkenalan dengan IBRAHIM?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
monica bay..kemaman sand..hmmm…daerah tempat tinggal sy tu..
Monica bay ye..mm
bisnes resort monica seles eh monica bay lepas ni akan jatuh merundum
Aunty pon ada cerita yg serupa. .. tapi di Pantai Batu Buruk d ganu..
Mcm reka cerita jeeee.. hmm
Seram di hotel kat Melaka hari tu pun masih tergiang2. Cuba la suruh suami buat muka senyum macam hantu kat melaka tu.. Mesti trauma..huhu
Alahaiiiii…. kenapa pulak nama pakcik yang dia seru….. pergi la seru nama nora danish ke, era pazira ke, siti nora liza ke….. kesian la kat pakcik….
kenapa yg melaka haritu siap sensor, taknak bagitau nama hotel (walaupun dkt komen ada yg sebut), tp yg ni oh boleh pulak eh reveal terus detail. hmmm. takde2, still nak kecam jugak. kau bagi izin pon patutnya si suami tu sendiri kena beringat jugak. mmg tak patut pon tinggal anak bini kat hotel waktu2 mcm tu.
saya pernah tdo kt kemaman sands resort ni time tahun 2017 x silap.. dkt dgn kolam jgk.. ikut husband outstation.. tp Alhamdulillah la time pagi smpai ptg husband tgh ade kje kt luar, x jd ape2 pn dlm bilik.. time tu tggl sy ngn ank brumur setahun cmtu x silap.. mlm klu tdo pn Alhamdulillah x jd ape2.. nsib baik.. syukur..
kt situ mne ade pape .. tu kwsn percutian elite .. sy asal dri kemaman .. so sy tw kt mne tmpt yg keras or x .. ni mcm anti glr kemaman .. kt melaka x bg tw plak duduk hotel mne ..
Saya baru balik dari Kemaman Sand baru baru ini. Alhamdulillah, tiada apa yg berlaku. MUNGKIN ada orang orangnya yg dia usik. Lagi satu klau ada berlaku oerkara sot ni, bagi tahu administration resirt tu unt buat sesuatu. Klau di viral mcn ni ,ditakuti kita menutup oeriuk nasi org lain.