Mr K – Pengalaman

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.Sebelum itu, terima kasih saya ucapkan kepada admin FS kerana telah mempublishkan cerita saya ini. Terima kasih juga kepada para pembaca. Saya akan mengunakan panggilan aku bagi mewakili nama watak. Cerita ini kisah dari kawan-kawan saya dan juga cerita dari pengalaman saya.

Mari kita mulakan

Cerita 1

Pada waktu ini aku sedang leka bersama-sama kawan ku menonton perlawanan bola di kedai mamak. Kami berada disana hingga pukul 2 pagi, kemudian kami pun bercadang untuk balik ke rumah masing-masing. Pada waktu ini, aku menaiki kereta seorang diri balik ke rumah. Sewaktu dalam perjalanan, aku menurunkan cermin kereta untuk menghisap rokok.

Ketika aku berhenti di lampu isyarat dan disebelah aku ada seorang pakcik membawa motosikal. Lalu pak cik ini menegur aku

“Dari mana ni? Jauh ke lagi perjalanan korang semua? Kalau tak larat tu check in lah dekat mana-mana hotel. Bimbang sikit dengan keselamatan isteri dan anak-anak kamu tu.” kata pak cik itu.

Selepas itu lampu isyarat pun bertukar hijau. Aku pun kemudian berasa pelik

“Nyanyuk ke apa pak cik ni, bahaya betul lah nyanyuk-nyanyuk macam ni keluar sampai lewat pagi.” kata ku.

Aku pun meneruskan perjalanan menuju ke rumah ku. Ketika aku sedang fokus memandu tiba-tiba sebuah kereta pacuan 4 roda membunyikan hon di belakang kereta aku dan kemudian memotong laju ke hadapan. Aku pun berasa marah.

“Apasal orang itu, gilakah apa? Bukannya banyak kereta dekat jalanraya ni. Nasib baik kereta kau besar, kalau tidak…..” kataku berang.

Ketika aku sedang membebel, kereta aku tiba-tiba sahaja rosak. Aku pun cuba untuk memberhentikan kereta di tepi jalan. Kemudian aku memeriksa kenderaan aku ini.

“Minyak kereta masih ada, enjin takda problem. Kenapa pulak kereta aku ni?” kata ku

Ketika aku sedang membebel seorang diri, tiba-tiba seorang lelaki datang dengan membawa motosikal.

“Assalammualaikum, kenapa ni nak” kata pak cik itu

Aku pun memandang ke arah pak cik itu, “waalaikumsalam pak cik, eh?! Bukan pak cik ni pak cik yang dekat traffic light tadi tu ker” kata aku

“Ohhh kamu ker? A’ah. Pak ciklah tadi tu. Kenapa dengan kereta kamu ni?” Tanya Pak cik itu.

“Entah lah pak cik, tiba-tiba jer rosak. Saya nak tanya ni pak cik, pak cik dari mana nak kemana pagi-pagi buta macam ni. Dah lewat sangat ni pak cik.” kata aku

“Ohhhh, pak cik ni jaga dekat kilang sana tu. Baru jer pulang dari makan dengan kawan-kawan pak cik. Bahaya betul kereta kamu rosak waktu-waktu macam ni dengan bawa anak bini pulak tu. Nasib baik pak cik perasan tadi” kata pak cik

“Apa yang pak cik cakap ni, saya belum kahwin lagi lah pak cik?” kata ku

“Kamu cakap apa, baru tadi pak cik tengok…..” kata-kata pak cik itu tiba-tiba terhenti.Kemudian pak cik itu mengarah kan aku kunci kan kereta dan membawa aku ke motosikal nya.

“Cepat, kamu ikut pak cik. Naik motosikal pak cik ni lekas” kata pak cik itu tiba-tiba

“Kenapa pulak pak cik, kita nak pergi ke mana ni.Kereta saya macam mana” kata ku tidak faham apa yang berlaku.

Pak cik itu pun menarik aku supaya duduk di atas motosikalnya dan kemudian pergi dengan laju meninggalkan kereta aku sambil memberitahu aku supaya jangan pandang ke belakang. Setelah itu, kami tiba di sebuah kedai mamak. Pak cik itu pun lalu menceritakan apa yang berlaku.

“Pak cik bawa kau pergi dari situ tadi sebab ketika pak cik melihat ke dalam kereta kamu, pak cik ternampak 2 pocong dan 1 pontianak tengah duduk didalam kereta kamu tadi.Bila dia orang perasan yang pak cik nampak dia orang, tiba-tiba dia orang keluar dari kereta.” kata pak cik itu

“Betul ke ni pak cik? Habis tu yang pak cik cakap anak isteri tadi benda tu lah?” Tanya aku.

“Pak cik pun rasa macam tu.”

“Macam mana dengan kereta saya tu pak cik?” kataku bimbang kerana kereta tu belum habis bayar lagi.

“Takpa, tunggu lepas subuh kita pergi ambil kereta kau. Insyallah tak ada apa-apa”kata pak cik

Pada pagi itu, aku dan pak cik itu pun pergi ke kereta aku. Nasib baik kereta aku masih ada. Selepas kejadian itu, aku tidak berani lagi keluar sampai lewat pagi.

Cerita 2

Aku memang suka berjaga sambil tengok movie dekat laptop. Tambah pula bila waktu tu banyak movie best yang keluar.Belum lagi dengan rancangan kesukaan aku . Kadang-kadang sampai ke subuh aku berjaga. Kejadian ini berlaku pada suatu malam ketika aku sedang leka menonton cerita GOT. Waktu tu aku sedang duduk di ruang tamu. Maklum lah nak bagi signal kuatkan.

Ruang tamu pada masa itu agak gelap, hanya lampu luar dan kawasan meja saja yang bercahaya. Semua orang sudah tidur di tingkat atas hanya aku seorang berada di bawah.Ketika aku sedang leka menonton, aku ternampak lampu dapur terbuka.Mungkin ada orang nak minum air kot.Aku pun terus menonton tanpa berfikir apa-apa.

Kemudian tiba-tiba aku terdengar orang tengah batuk, aku melihat ke arah tangga mungkin ada orang tengah turun kebawah. Buat seketika tiada sesiapa pun yang turun, aku pun mengalih pandangan ku semula ke arah laptop.Waktu itu aku terlihat sepintas lalu ke arah dapur. Aku ternampak seperti ada seseorang menjenguk kepala nya dari dapur melihat ke arah aku.

Bila aku cuba untuk melihat balik, tidak ada siapa pun di situ.Mungkin perasaan aku kot. Aku pun cuba pergi kearah dapur untuk memeriksa.Ternyata tiada apa-apa.Aku pun sambung balik menonton rancangan aku tadi.Tidak lama selepas itu, aku terdengar sesorang bercakap kepada aku.

“Abang tak tido lagi ker, dah lewat sangat ni” kata adik ku

“Ohhh adik, ingat siapa tadi. Belum lagi, nanti lepas habis cerita ni abang tidur lah” kata aku

“Berani juga abang berjaga ni ehhh, tak takut ker abang berjaga lewat-lewat macam ni” kata adik ku lagi.

“Tak lah, bukan abang seorang jer dekat dalam rumah ni. Adik pun ada juga kan”kata aku.

Kemudia adik ku pun diam, mungkin sudah naik ke atas.Aku pun sambung fokus balik dekat laptop aku. Tiba-tiba aku teringat sesuatu,

“Ehhh, tunggu sekejap bukan adik dah balik ke asrama ker?. Aku cakap dengan siapa tadi?” kata ku

Aku berasa tidak sedap hati, lalu aku shutdown laptop aku dan kemas barang aku dekat ruang tamu.Ketika aku menuju ke arah tangga, aku terlihat sesuatu sedang menjenguk kepala nya dari arah dapur melihat aku. Aku hanya terdiam dan melangkah laju menaiki tangga.Ketika aku pandang ke bawah,benda tu berada di bawah tangga sampil membelakangi aku.
Aku pun masuk ke dalam bilik dan terus tidur. Keesokan paginya aku menceritakan apa yang berlaku kepada ibu dan ayah ku. Kemudian mereka berkata kepada aku

“Haaaa itu lah, berjaga lagi sampai lewat malam. Nasib baik benda tu tak join sekali.” kata mereka.

Sampai di sini sahaja cerita saya. Maaf jika cerita ini agak membosankan. Terima Kasih.

Penulis :
Mr K

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 thoughts on “Mr K – Pengalaman”

  1. X pepasal pepagi buta ko buat grabcar ekkk bawak cik cong cik ponti bagai…
    Aaiiii…
    Deme pon dh mule malas amalkan gaya hidup sehat, dh malas nk bejalan jejauh…

    Reply
    • Lenguh satu hal, tu kain tu kang cepat no terlucutnye…
      Almaklumlah memsg pki baju main ikat2 jer…
      Kang sensored kontroversi kena ban xleh masok panggung…
      Dahlar dedua makhluk tu mmg pemes utk citer seram kat Malaysia…
      Nak harapkan Ceplos muke lucu sgt plak…

      Reply
  2. Tule pasanye sape suruh isap rokok dlm kerete, asap tu kan makanan jin, pasa tu deme numpang kereta mike… Mike mesti isap rokok maha ni, sebab tu deme rama numpang makan asap, Lain kali keluor malam mike isap rokok murah je, sekor pun xde ndak numpang kerete mike… Toyoi pun tak hingin numpang…

    Reply
  3. Tula org laki..kdg2 bukan caya..jiwa kental kononny…kan da mndapat?.jdikan pgajaran.pglaman jumpabtu yg mahal.xnk jumpa tp terjumpa.mahalla tu..hehe
    Niway best! Pacik prihatin!

    Reply

Leave a Comment