Assalammualaikum kepada semua pembaca FS . Ini merupakan pertama kali aku berkongsi di ruangan ini .Terima kasih jika cerita ini disiarkan .sebelum ini aku cuma membaca sahaja di ruangan ini dan sekarang aku dah berkesempatan untuk menaip sementara tengah tak ada kerja kat office ni ..
Sebelum aku bercerita ni ,maaf lah ya kalau aku menulis ni korang kurang faham . aku ingin berkongsi cerita tentang kembar aku . Nama aku Bella(bukan nama sebenar ) dan aku mempunyai seorang kembar ,Shasha . Aku nak sangat cerita ni sebab sekurangnya dapat kurangkan kesedihan aku ni bila fikirkan kembar aku yang sekarang dah tak macam dia yang dulu .
Ibu aku mempunyai sebuah kedai makan . Aku dan Shasha telah bekerja di kedai ibu kami semenjak dari darjah 6 . Dulu Shasha ni seorang yang ceria dan banyak cakap . Tapi selepas kami Form 5 ,dia dah mula menunjukkan perubahan . Di kedai ,dia dah tak mahu untuk melayan customer yang datang ,maka aku seorang je lah yang mak harapkan untuk melayan customer .Shasha lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu berjumpa orang. Shasha lebih suka berkurung dalam bilik ,layan perasaan sendiri ,taknak keluar rumah langsung even pergi kedai pun dia taknak ,dan dia akan mengamuk bila dengar bising-bising ,dengar budak gelak atau nangis pun dia akan marah .Selepas SPM ,kami sempat bekerja di kedai ibu kami itu sehingga lah aku dan Shasha mendapat tawaran belajar ke university .
Semasa kami di university ,di hostel kami memohon bilik yang sama disebabkan kami tak pernah berpisah tempat tidur sebelum ini . Bilik kami boleh memuatkan seramai empat orang . Sepanjang di university ,Shasha seperti biasa lebih suka mendiamkan diri daripada bercakap dengan orang termasuk aku sendiri . Mujur lah ada roommates kami ,tidak lah aku terlalu bosan apabila di bilik . Shasha yang sekarang lebih suka bermain phone sepanjang masa dan telinga dia juga tidak lepas dari memakai earphone . Cuma kadang-kadang tu ada juga dia berborak dengan roommates kami tu . bila kami bergaduh tu teruk juga sampai luka-luka . Pernah kami bergaduh sampai dia hentak kepala aku dekat cermin sampai luka sebab aku tegur perangai dia . aku sampai tak tahan lagi dengan perangai dia sebab dia selalu marah-marah aku bila aku berkawan dengan orang lain . Aku bawa kawan sekelas aku ke bilik pun dia lagi marah .Buat kan aku rasa aku pun kena juga ke jadi macam dia ,duduk terperap dalam bilik dan tak bercakap dengan orang .
Ada masa tu kami dah semester akhir ,aku dan dia duduk rumah sewa sebab tak dapat hostel ,kami tak banyak hadir kan diri aktiviti semester yang lepas ,makanya terpaksa lah kami duduk di rumah sewa . Rumah sewa kami ada empat bilik ,setiap bilik untuk tiga orang . Aku dan kembar duduk di bilik yang sama dan seorang lagi roommate kami juga merupakan kawan sekelas bernama Talia .Talia ni pun perangai lebih kurang sama je macam kembar aku ni ,tak bergaul dengan orang . Lagi stress hidup kelililing orang yang macam ni .HAHA . Shasha ni dia tak nak bergaul dengan orang ,duduk dalam bilik dan kalau dia dengar orang gelak atau di tempat yang bising dia akan gelisah . Bila dia dekat dalam dewan kuliah ,aku Nampak dia serabut dan tak senang duduk .Dia memang tak boleh dengar orang gelak .
Nanti dia mengamuk .Pernah masa tu dah nak final exam ,so kami bertiga satu bilik bercadang untuk tidur di surau hostel sepanjang study week memandangkan rumah sewa kami dengan U agak jauh dan kami tidak mempunyai transport untuk ke U . Satu malam tu , selepas study bersama Shasha dan kawan sebilik kami,Talia ,aku minta izin tidur sekejap ,sementara Shasha seperti biasa layankan perasaan dia dengan earphone kesayangan dia tu . Aku tidur membelakangi mereka berdua .Kemudian tidak lama selepas itu ,aku dengar gelak tawa orang ,dah semakin ramai yang study di surau ketika itu . Riuh-rendah surau tu dengan gelak tawa diorang yang kuat sangat macam hilaian cik ponti tu .
Aku pun tak senang nak tidur .Aku yang memang dah biasa dengan perangai kembar aku tu ,aku dapat rasa kembar aku dan si Talia tu dah tak senang duduk dah .Talia ni pun sama jenis tak boleh dengar orang bising-bising .Aku dah takut –takut jugak sebab aku risau Shasha mengamuk .Tak lama lepas tu ,memang betul pun dia mengamuk ,dia baling meja mengaji surau yang dia tengah guna tu ,meja tu dah lah berat ,aku dah seram dah masa tu .kalau kena kepala aku masa tu ,dah arwah dah tau .HAHAHA .Aku risau je sekumpulan student tu serang pulak kitorang tak pepasal karang .M**i lahhhh ,redha je masa tu ,aku tengok bebudak yang gelak macam apa tadi terus terdiam dan keluar dari surau . Haa sebelum aku terlupa ,aku nak bagithu korang yang Shasha ni ada boyfriend .dia kenal boyfriend ni dari FB ,orang Kuantan ,dan pernah jumpa dua kali masa sebelum SPM .Boyfriend dia datang kedai kami . Selepas Shasha berubah tu ,Shasha dah taknak jumpa dengan BF dia tu dan langsung taknak bercakap dalam phone pun .Cuma berhubung melalui chat kat FB je masa tu .Bertabah betul BF dia tu .
Sampai lah satu masa ,kami satu family cadang nak bawa Shasha pergi berubat disebabkan tak tahan perangai dia .Ustaz yang ubatkan Shasha tu cakap ada benda yang minat kat dia ,’benda’ tu bunian dan adalah seorang lelaki .kata ustaz tu lagi ,benda ni kena buang ,takut lagi lama Shasha dengan ‘benda’ ni lagi sebati dengan diri dia dan berpesan jangan biarkan Shasha melayan perasaan nya dan menyendiri kerana itu akan membuatkan Shasha lebih selesa dengan hidupnya .tapi Shasha tetap berdegil untuk berkurung dalam bilik sepanjang masa
.Dengan family pun dia tak suka nak bercakap .kami ni satu family tak percaya sangat benda-benda macam ni .Tapi nak taknak cuba jugak percaya .Kami cuba juga ubat kan Shasha dengan beberapa orang yang pandai ubatkan orang ,sebab tak berjaya nak keluarkan ‘benda’ tu ,’benda’ tu taknak keluar dari badan Shasha sebab dia memang nak Shasha . bila tengok perangai Shasha kadang sakit hati aku ,tapi aku selalu ingatkan diri aku yang kembar aku tu sakit .siapa tak sedih wehh dulu Shasha tak macam tu ,sekarang dah berubah sangat ,sampai kan dia taknak jumpa BF dia ,dia dengan BF dia dah lama jugak bercinta ,lepas je SPM dekat dua tahun juga dia taknak jumpa BF dia tu ,memang gigih betul BF dia tunggu dia .Dan lagi satu untuk pengetahuan korang ,Shasha ni dulu suka sangat budak kecik tapi lepas je jadi macam ni ,dengar suara budak menangis pun dia dah mengamuk ,Shasha sendiri cakap ada masa dia teringin nak pegang baby, tapi dia cakap dia takut budak nangis sebab dalam badan dia kan ada jin ,seram bila dengar dia cakap macam tu .
Sekarang dah masuk 5 tahun dan umur kami pun dah 23 tahun tapi dia masih lagi macam tu .sekarang dia masih tidak bekerja . Dia tinggal di rumah kakak kami di Damansara ,disebabkan kakak aku mencari pengasuh ,tapi kakak aku kesiankan kembar aku yang tidak mahu keluar bekerja ,maka dia mengajak Shasha tinggal dengannya di sana sambil menjaga anak-anaknya .Dah setahun juga dia kerja dengan kakak aku ,sepanjang tu memang banyak kali dah Shasha tu mengamuk sebabkan anak-anak kakak buat bising dan bergelak ketawa .Shasha ni kalau mengamuk ,dia baling semua benda .yang terbaru ,dia terbalikkan meja solek dan almari baju yang kat bilik dia tu ,aku pelik dia boleh jahanamkan perabot yang seberat tu .Dah banyak kali kami satu family nasihatkan Shasha kena kuat untuk lawan ‘benda’ tu .Tapi Shasha cakap dia memang tak kuat dan dia tak mampu nak lawan ‘benda’ tu .Dia selalu cakap “Shasha sakit .Shasha tak kuat .Shasha takkan sihat pun ,mak “
Tahun lepas, October 2017 merupakan konvokesyen kami berdua .Memandangkan Shasha dan BF dia dah terlalu lama tak berjumpa ,BF dia bercadang mahu membuat kejutan untuknya di hari konvokesyen itu ,dan tiba lah hari yang dinanti kan .Sebaik keluar dari dewan konvo ,BF Shasha terus meluru dari belakang Shasha dan memanggil namanya, terus berubah muka kembar aku sehingga dia campak bunga bunga pemberian family kami itu dan terus berlari .Kami satu family Cuma membiarkan sahaja sebab dah terbiasa dengan sikap Shasha itu sehingga tidak lagi terlarat untuk menjaga dia .BF Shasha sahaja yang mengejarnya
.Aku dah bengang dah masa tu sebab orang tengok je diorang berkejaran .Hampir satu jam juga BF dia cuba memujuk Shasha ,akhirnya Shasha akur .Ketika itu ,pertama kali aku terlihat kembar aku tersenyum selepas beberapa tahun dia seperti orang kemurungan .Lantas aku dan semua family kami menangis melihat kan senyumannya selepas berjumpa BF dia tika itu Dah macam drama lah pulakkk .Selepas dari itu ,dia sudah mula berborak dengan family kami .walaubagaimanapun ,Shasha masih lagi suka menyendiri ,mengamuk bila keadaan sekeliling bising dan ada masa tertentu dia akan buat perangai
.Dia akan nampak sihat apabila berjumpa dengan BF nya sahaja .Selain dari tu ,dia kerap bergaduh dengan ibu aku sehingga ibu selalu menelefon aku mengatakan dia tidak sanggup lagi menjaga Shasha.Terbaru ,kami bawa dia berubat dengan seorang kawan abang aku ,orang itu mengatakan ,’benda’ tu memang susah nak pisahkan dari diri Shasha .Dan katanya lagi ,cara untuk pisahkan Shasha dengan ‘benda’ tu adalah Shasha kena berkahwin .Itu satu cara untuk pulihkan Shasha walaupun dia takkan semudah tu untuk pulih sepenuhnya ,tapi sekurangnya jarak hubungan Shasha dengan ‘benda’ tu dapat dikurangkan sedikit .Oleh itu ,family kami sudah berbincang dan sebulat suara untuk mengahwinkan Shasha dalam masa terdekat ini .Shasha pun bersetuju walaupun bila tiba masa dia buat perangai ,dia cakap dia taknak kahwin .tapi kami tetap akan kahwinkan dia kerana BF nya juga mengatakan sanggup untuk menjaga Shasha .
Aku rasa ni je jalan yang terbaik untuk kembar aku memandangkan sepanjang Shasha bercinta dengan BF nya ,BF Shasha sentiasa bersabar walaupun banyak kali Shasha mengamuk dan memaki hamun dia ketika Shasha sakit .Dan apabila aku mengadu pada BF Shasha apa jua hal tentang Shasha buat perangai,BF nya lebih menyebelahi Shasha dan mengatakan “Bella & family tolong jangan marah Shasha walaupun Shasha mengamuk ye.Bella kena ingat Shasha tu sakit, jangan salahkan dia apa-apa. Shasha pun taknak kan dia jadi macam tu .Tolong jaga hati Shasha sebab Kail sayang Shasha .Mikhail tahu family dah tak sanggup nak jaga Shasha ,klu Mikhail dekat ,Mikhail sanggup jaga Shasha .Tapi Mikhail tak dapat jenguk Shasha selalu, sebab Kail jauh .Bella tolong jagakan Shasha untuk Kail ok.”
Shasha akan berkahwin tahun ini selepas raya nanti .Dan aku berharap Shasha akan sihat bila dia berkahwin nanti .
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Semoga smua akan jadi yang baik2.. aamiin..
Ingtkn admin rupanye kmbar bella…hiks.
Smoge shasha cpt smbuh ye. Brtuah shasha dpt bf mcm tu…
tu la kan..kebetulan nama shasha juga..hihi
korang semua tak bawa dia g psychiatrist ke.. just bawa jumpa pengamal tradisional je ke? sepanjang baca tak perasan pulak ada anta p spital ke ape.. kalau anta p ubat tradisional opkos diorang akan cakap ada jin.. try doctor.. mintak second opinion.. kalau dah jumpa alhamdulillah..
tq kakakkertu cadangan tu .sebelum ni pernah jugak pergi jumpa doktor ,kaunseling ,tapi doktor cuma cakap dia ok ,takde ap .
Hopefully shasha sembuh lepas kahwin nanti
sedih gak cita ni…moga shasha sembuh lepas kawin nanti…yg pernah alami je faham rasanya…huuu
harap2 mikhail tu akan bertabah sampai bila2…mudah2an dipermudahkan…
😍😍😍😍 so sweet la bf shasha, bella kene kuat 🙌 tau?
aku pun nak kawen tahun ni..tapi xde calon..ermm..cedih..
semoga dipermudahkan urusan kawen & semoga shasha cpt sihat..
tabahlah nak…
bersemut plk bf si shasha nie. aihh jelozzz
Erm
tabah juga mikail ni….kalau aq da give up rasa dgn shasha…ape2 pon..aq doakan shasha kembali mcm dulu satu hari nnti bile da kawin..amin
“Tetapi jika ada kerusi, barangkali kurang daripada lima peratus yang perlu dirundingkian, kita harus benarkan proses itu kerana kita hendak menang, katanya kepada pemberita selepas satu majlis konvokesyen di sini semalam.
bila majlisnya? raya ke berapa? dah makin ok ke Shasha?
dah kahwin ke?
semoga shasha lbh baik lps ni