Muhammad Yunus

Assalammualaikum dan maaf sambungan Haji Zakaria, Haji Zakaria (Pengembaraan Bermula), di tangguhkan sementara dah terima kasih membaca kisah yang saya coretkan . Kehidupan di tepi pantai amat sinonim dengan saya harap pembaca tak jemu . Dan ini bukan kisah kampung saya , sebaliknya kisah kampung berhampiran .
(Tiada Sambungan )
#east

Muhammad Yunus

Bulan penuh terang menyala menggamit rasa di setiap mata yang melihat nya . Suasana sunyi sepi keheningan malam di pecahkan dengan raungan dan rintihan seorang wanita yang amat amat kesakitan . Nyawa nya di hujung tanduk , kelihatan bayi yang baru lahir di sambut Bidan Sue . Terdiam wanita itu dan hanya esakan bangganya mampu melahirkan seorang bayi . Kedengaran anak anak kecil menyanyi lagu 25 lima dan terhenti pada nama Yunus . Dan di berikan nama oleh ibunda tercinta Muhammad Yunus . Di kucup di belai , Yunus kelihatan agak pelik dan hanya berdiam diri memandang ke jendela . Tidak menangis seperti kebiasaan nya bayi bayi lain . Bidan Sue menjangka kan Yunus bisu kerana langsung tidak bersuara tangisan . Mata tak berkedip melihat di jendela walaupun jendela itu bertutup .

Tiba Tiba raungan wanita menjerit terdengar Tolong Tolong Panas Panas . Harun suami Jamilah bergegas ke luar rumah . Allahuakbar terlihat bebola api terbakar , menjerit kepanasan serentak itu baru la Yunus menangis . Bidan Sue merasakan Yunus bukan orang biasa biasa . Tapi bagi Jamilah , Yunus anugerah Allah SWT terindah bagi nya . Saat mengandungkan Yunus , Jamilah selalu mengidam untuk membaca ayat Al Quran . Sehari mesti dua kali . Solat sunat berpuluh kali . Mungkin itu kelebihan Yunus .

10 tahun berlalu , Yunus semakin membesar seperti budak yang lain tetapi kelebihannya di saat membaca Al Quran amat amat istimewa . Surah Yassin , Surah Hijr , Surah Al Mulk dan Surah Yunus dah di hafal nya semasa umur 9 tahun . Tiada siapa yang mengajarnya , cuma sewaktu kecil atuknya membetulkan sebutan dan hukum tajwid ayat Al Quran yang selalu di baca Yunus . Kalau zaman sekarang , budak budak menyanyi lagu Aiman Tino dan Sufian Suhaimi(Jangan Kecam Saya . Sebab saya peminat dia..hehe..) . Tapi tidak pada Yunus , kerana surah surah itulah lagu bagi diri nya . Keistimewaan Yunus tidak berhenti di situ , tatkala orang kampung gempar dengan kisah Jelmaan Makhluk Halus di laut .

Yunus tidak menghiraukan pun larangan ayah dan ibu nya supaya jangan bermain di laut . Malah Yunus amat amat suka main di tepi laut bermain main dengan rakan sebaya . Hari semakin senja , Yunus anak yang akan balik apabila senja tiba tapi hari itu Yunus tidak berganjak memerhati di tengah laut . Harun dan Jamilah cemas , maghrib hampir tiba tapi Yunus tidak lagi pulang . Harun dan Jamilah memcari tapi tetap tidak berjumpa sehingga la terlihat kaki seorang budak berjalan dari laut ke darat dalam keadaan basah kuyup . Tapi Yunus hanya senyum dan mengatakan
” Tadi ada orang tu tarik Yunus . Sampai terjatuh dalam laut , Yunus marahlah dia . Yunus terus tampar dia . Barulah Yunus teringat Yunus dah lambat balik rumah ” kata Yunus

Dengar saja Yunus berkata begitu , Harun dan beberapa orang kampung turun ke pantai . Terlihat sekujur tubuh seolah olah terbakar rentung . Berita tergempar itu sampai ke pengetahuan Lebai Bidin . Lebai Bidin ingin mengambil dan mendidiknya dengan ilmu agama katanya pada Harun dan Jamilah . Harun dan Jamilah bukanlah orang yang kuat tentang ilmu agama tapi memandangkan Lebai Bidin bersungguh , mereka memberi kebenaran . Dari umur 10 tahun , Lebai Bidin mengasuhnya , mendidiknya .

Sehinggalah beberapa tahun kemudian , Fatihah berjalan jalan di belakang rumah . Belakang rumah laut . Sungguh indah permandangan di tepi pantai melihat matahari terbenam , tanpa di sangka Fatihah secara tiba tiba terasa diri nya di angkat . Fatihah mendongak ke atas , kelihatan burung yang sangat besar menangkap dan mengangkat bahunya . Sedar lah Fatihah itu bukan sebarang burung . Di tempat biasa , Yunus melihat pantai terbentang luas dan terlihat seorang wanita di angkat tinggi . Yunus pun berkata

“Apa yang kamu mahu dengan gadis itu wahai burung ? ” kata Yunus .
“Engkau siapa ! . Aku mahukan wanita ini , usah kau ganggu aku ! ” jerit burung itu
“Aku bukan siapa siapa tapi hanya hamba Allah SWT . Serahkan wanita itu pada ku jika engkau masih mahu terbang bebas ” kata Yunus tersenyum .
“Engkau mengugut aku manusia !!! . Tak sedar diri ! ” sambung burung itu .

Lantas menyerang Yunus dengan pantas . Secara tiba tiba wanita itu terlepas dari cengkaman burung itu dan terlihat burung itu seksa ingin melepaskan diri . Seolah olah di cengkam sesuatu , burung itu telah menyedari Yunus bukan sebarangan orang .
“Maafkan aku wahai manusia . Aku berjanji tidak mengganggu lagi ” rayu burung itu
“Engkau burung buat cara burung adakah engkau jelmaan jin atau bunian . Adakah engkau islam? ” soal Yunus

“Aku bukan islam bukan islam . Lepaskan aku wahai pemuda ” rayu burung itu bersungguh
“Engkau mahu memeluk islam ? ” soal Yunus
“Jika itu yang aku mahukan aku akan mencari kau di kemudian hari . Tapi untuk sekarang tidak lagi .

Lepaskanlah aku , aku tidak akan mengganggu lagi ” rayu burung itu .
“Baiklah tiada paksaan untuk memeluk Islam . Tapi engkau harus ingat , sekali lagi engkau ganggu penduduk kampung . Dengan izin Allah SWT , aku tidak akan teragak agak untuk menghapuskan kau” kata Yunus .

Yunus tahu berjanji dengan jin hanya sia sia , tapi kerana memikirkan mereka juga di cipta Allah SWT , Yunus melepaskan nya .
“Aku lepaskan mu . Tapi awas , jika kau mengganggu akan aku hapuskan kamu dan keturunan mu ” kata Yunus
Burung itu terbang tinggi dan hilang di balik awan . Fatihah pengsan akibat terhentak kepala sebentar tadi . Yunus memanggi Ibu dan Ayah fatihah untuk mengangkatnya masuk ke rumah .

Umur Yunus meningkat remaja lingkungan 30 an . Yunus di nikah kan bersama Fatihah . Fatihah amat berterima kasih perihal yang lepas di mana Yunus membantunya . Dan dari situ Fatihah mula jatuh hati . Akan tetapi sepasang mata melihat tidak berpuas hati kerana Fatihah bagi dirinya miliknya . Azmi amat mendambakan Fatihah , gadis paling cantik dalam kampung . Azmi berpakat dengan Bomoh Dollah dan Bomoh Jali untuk menewaskan Yunus . Rancangan di atur dengan menumbangkan Yunus dan benar kata Yunus , janji Jin tidak boleh di percayai .

Burung menyertai rancangan Bomoh Dollah dan Bomoh Jali . Seperti kebiasaan , Yunus pulang dari masjid melalui kubur . Yunus terasa sesuatu yang aneh , suasana sepi tiada sebarang bunyi dan secara tiba tiba burung menyerang Yunus . Yunus menepuk bahu nya , belum sempat Yunus memulakan langkah . Satu tamparan singgah di badan nya , satu lagi di kepala nya . Yunus menjadi terlalu marah dan berkata

“Aku berikan kamu peluang tapi kamu tetap tidak mahu” jerit Yunus
“Kami lebih handal dari kamu Yunus . Engkau tidak mampu menewaskan kami ” kata Bomoh Dollah dan Bomoh Jali sambil ketawa
Yunus menutup mata , tangan di angkat perlahan . Burung terseksa kali kedua ingin cuba melepaskan diri .

Tapi cubaanya tidak berhasil , tubuh burung di angkat tinggi . Yunus menggerakkan tangan ke kiri dan ke kanan . Secara tiba tiba burung menghempas ke atas Bomoh Dollah dan Bomoh Jali . Maka tamat riwayat mereka , Azmi yang mengintai terkejut dan cuba melarikan diri tapi sayang , burung di lambung tinggi dan menghempas ke atas Azmi . Buat pertama kali nya , Yunus letih untuk bertarung . Burung kembali bangkit untuk melarikan diri . Belum sempat melarikan diri
Burung menjerit jerit kesakitan dan kepanasan . Sedarlah dia , bahawa penamatnya kian hampir . Blurppp
umpama ayam yang di celup minyak petrol . Burung terbakar , bunyi jeritan memecah senja di petang itu .

Muhammad Yunus meninggalkan nostalgia bersama isteri nya . Anak 5 orang . Muhammad Yunus meninggal dunia ketika umur 60 tahun akibat kebakaran di tempat nya mengajar Ilmu Al Quran . Syahidnya seorang insan , meninggal di dalam kebakaran ertinya syahid . Ilmuwan terbilang hilang tiada berganti .

4 thoughts on “Muhammad Yunus”

  1. Adakah penulis ada hubungan kekeluargaan dengan watak2 pencerita..

    Tahniah… bila memvaca membuatkan kita menjadi hamba yang lebih baik..

    Reply

Leave a Comment