Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana tidak jemu untuk terbitkan setiap kisah yang telah dikongsi. Terima kasih juga buat semua pembaca. Aku mulakan penulisan aku ni dengan sedikit pengenalan diri. Aku berasal dari timur semenanjung. Kisah yang ingin aku ceritakan ini sedikit sebanyak yang berkaitan dengan susur galur keluarga aku dan mungkin tidak kena dengan versi seram yang pembaca mahukan.
Dulu semasa arwah nenek dan atuk masih ada, aku selalu mendengar cerita daripada nenek tentang kisah hidup datuk semasa muda. Datuk yang berasal dari satu daerah di sini merupakan antara orang yang sangat berpengaruh dengan kerabat diraja negeri kerana ilmunya yang begitu dihormati orang. Maaf atas mukaddimah yang membosankan, biar aku teruskan penceritaan yang tergendala.
Kisah daripada nenek;
Di suatu petang 90an sedang datuk memanjat pohon kelapa untuk menyediakan makanan menyambut kepulangan anak dan cucu. Datuk tergelincir dan jatuh dari pokok kelapa setinggi 2 rumah papan kampung yang bertangga, tetapi datuk jatuh berdiri terpacak dibumi sambil mengusap kedua belah betisnya seperti tiada apa yang berlaku sambil tersenyum ke arah nenek. Nenek tidak pula terkejut sebab amalan yang dilakukan datuk mungkin banyak membantu menguatkan tubuh datuk.
Setiap kali bulan penuh, datuk akan ke sungai di depan rumah (yang terpanjang di semenanjung) dan mandi melawan arus kemudian solat sunat 2 rakaat di tebing sungai. Pada satu malam ketika mana aku dan adik ku masih kecil, surau dihujung kampung mengadakan jamuan makan selepas isha’ dan usrah. Adik aku yang kecil merengek dan ibu mungkin sudah letih mengajak ayahku pulang dahulu ke rumah datuk dan meninggalkan datuk dengan nenek di majlis tersebut. Sampai di rumah nenek, ayah dan ibu merasa bulu tengkuk meremang sambil terdengar sayup2 suara perempuan menangis di belakang rumah dan ayah membaca ayatul kursi sebagai pendinding menunggu kepulangan datuk dan nenek.
Setelah datuk dan nenek pulang, ayah menceritakan apa yang dilalui pada datuk, kemudian datuk bingkas melompat ke tanah menuju ke belakang rumah diikuti ayah dibelakang datuk. Ketika datuk melintasi bahagian anak tangga dapur yang juga menuju ke bilik air di luar rumah, datuk berkata pada ayah, “aku rasa ada seseorang yang cuba belajar ilmu baru di kampung ni, biadap sunguh dia menguji aku dan keluarga kita”. Kemudian datuk mendiamkan diri lalu duduk dihadapan tangga sambil memejamkan mata dan berzikir dan alunan ayat2 terakhir surah Yassin, kemudian datuk menumbuk ke hujung pangkal anak tangga sekuat hati.
Terpacul tengkorak kepala harimau di depan datuk bersama esak tangis seorang perempuan yang semakin lantang. Datuk terus menyuruh ayah mengambil kain kuning di dalam bilik datuk. Ayah seakan terpaku melihat tengkorak harimau yang masih bergerak-gerak seakan akan dipuja seseorang, ditengking datuk supaya cepat melakukan apa yang datuk suruh. Sekembalinya ayah bersama kain kuning, datuk terus merentap kain tersebut dari tangan ayah dan melibas 7 kali pada tengkorak harimau sambil mulut terkumat kamit membaca sesuatu. Kemudian keluar asap nipis dan tengkorak harimau itupun ghaib entah ke mana.
Namun begitu esak tangis perempuan masih kedengaran, datuk berjalan mundar mandir dan menyuruh ayah mengambil se-tong air perigi di dalam bilik air lalu membacakan 3-Qul dan ayat seribu dinar dengan kusyuk kemudian mencurahkan air tersebut seakan membasuh keseluruhan tangga. Tiba-tiba deru angin yang kencang seakan ribut berlaku yang semakin lama semakin perlahan, manakala suara perempuan menangis tidak lagi kedengaran. Keesokan harinya, datuk jelaskan pada nenek, ada seseorang cuba menguji datuk dan nenek ilmu syaitan yang boleh menyebabkan sesiapa yang melangkah anak tangga tersebut lumpuh dan menderita sakit kuat. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk menawarkan ilmu tersebut dan memulihkan keadaan.
Sekali lagi aku mohon maaf seandainya kisah pertama ku ini tak menarik dan tak seseram kisah-kisah lain. Maafkan hamba yang baru belajar menulis dan mengeja menceritakan kisah susur galur keluarga aku yang aku sendiri masih mengumpul bahan-bahan untuk aku singkapkan sala-silah keturunan aku. Mungkin kalau ada masa, aku akan menulis sambungan kisah yang jadi pembuka pada minat aku untuk merungkai segala kejadian yang aku rasakan aneh di logik akal waras.
Terima kasih buat admin FS dan para pembaca.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Menarik..nnt smbung eh..sey tggu..
besttt .. silaa sambung
ilmu tahap tinngi
Next…….
besttt, sila letak hashtag..senang nk refer
citer weh .best jalan penceritaan ko ni .
wahh .. ade hero laa
#powerAtuk
ayah kau tak warisi ke ??
Gaya seperti Tamar Jalis & Tok Awang Ngah. Kipidap bro
Atok aok org pahang ke
Ala baru nk baca da hbs huhu..sambung2 klw ada lagi
smbung laa. ada jgk org yg sakit hati dkt atok hg kn