Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Fiksyen Shasha. Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada admin kerana publish cerita ku yang bertajuk “ Rumah Nombor 86 Jalan Sekolah”. Kali ini aku ingin berkongsi beberapa kisah pengalaman ku di ganggu makhluk jin lain pula.
Kisah 1
Allah mengizinkan aku datang bulan ketika aku berusia 17 tahun. Kira agak lewat sedikit dari gadis-gadis lain. Sebulan sebelum aku datang bulan yang pertama, aku mendapat sakit yang teramat pada keseluruhan tubuh badanku. Tulang belikat bagai dihempap sesuatu yang berat. Di bahagian ari-ari rasa hirisan menyakitkan sehingga kerjaku siang malam menangis sahaja. Aku tak lalu makan dan minum, malah aku ponteng sekolah berminggu-minggu.
Apabila mama melihat keadaanku yang teruk, mama cuba mengurut seluruh badanku. Makin diurut makin membuatkan aku mengamuk. Aku menjerit-jerit seperti orang kerasukan. Mama gelisah dengan sikapku. Mama cuba menyuapkan nasi pula kerana sudah hampir seminggu aku tidak makan nasi. Aku muntah semua makanan yang disuapkan. Memang tersiksa jiwa ragaku. Keadaan udara sekeliling, aku dapat rasakan sejuk yang amat. Sudah berhelai selimut menutupi tubuhku.
Pada satu malam, aku bermimpi jiran belakang rumahku, aku namakan Makcik Zam mengorek-ngorek lubang betul-betul dibelakang bilik air rumah dalam keadaan mencangkung. Sambil mengorek sambil dia terkumat kamit perkataan yang tidak dapat aku mengerti diselang selikan gelak tawa nada jahat. “Hihihihihi”. Setelah puas dia mengorek, dia memasukkan sesuatu yang berbungkus kain kuning kedalam lubang yang dikoreknya lalu mengkambusnya semula. Sebelum dia bergerak ke arah lain, dia sempat menoleh ke belakang. Aku lihat biji mata disebalik cermin matanya, merah menyala-nyala dan terbuntang, giginya bertaring. Aku takut hingga terjaga dari tidurku. Kesan ketakutan tu sehingga terbawa dalam jaga seharianku.
Aku cuba bercerita pada keluargaku tentang mimpitu, tapi tak terdaya. Tiap kali aku ingin buka mulut, seperti ada yang menghalang. Lidah kelu. Kesakitan yang dialami makin menjadi-jadi sampaikan ingin sahaja aku menyuruh ahli keluarga lompat-lompat dibelakangku untuk hilangkan sakit. Sepupuku seorang jururawat, dia mencadangkan agar mama dan abah membawaku ke hospital untuk dirujuk oleh pengamal perubatan moden.
Pada mulanya aku enggan. Sebab aku fobia jarum. Tapi setelah dipujuk-pujuk sepupuku dan mama, aku akur. Doktor memeriksa keadaan ku yang makin teruk. Darilah MA, MO, last sekali pakar, tiada sebarang penyakit yang ditemui ditubuhku. Hanyalah kekurangan air dalam badan akibat tidak makan dan kurang minum air. Aku mula pasrah. Cikgu-cikgu disekolah bertemu mama dan abah kerana aku sudah lama tak ke sekolah. Mama dan abah menceritakan hal penyakitku.
“Cuba rujuk Az ke rawatan perubatan Islam”, cadang cikgu Mastura.
“Tapi di mana yang cikgu boleh cadangkan? Sebab kami baru setahun berpindah di kawasan ini”, soal Abahku.
“Saya cadangkan di pusat rawatan ni”, jawab Cikgu Mastura sambil memberi nombor telefon pusat rawatan kaedah Islam tersebut.
Aku dibilik meronta-ronta marah ketika abah dan mama bersiap mahu bawa aku ke pusat rawatan tersebut. Hatiku panas, kepalaku berat. Sesuatu mendorongku berkelakuan sebegitu. Aku merasakan “dia” berada di dalam tubuhku menguasai sebahagian tingkah laku. Seperti biasa abah memang jenis memaksa, dihumbannya aku kedalam kereta kerana kedegilanku akibat dikuasai makhluk ghaib itu.
“Takkan kau nak terus sakit begitu! Terbaring je di katil. SPM dah nak dekat” marah abah kepadaku.
Aku terus meronta-ronta sambil memaki hamun keluargaku. Kerana tidak tahan dengan jeritan dan lolonganku mama menampar mukaku. “Pappp!”
“Palui!” mama mencarut.
Aku terdiam dan menitiskan air mata. Diri aku yang sebenar merintih kerana pertama kali ditampar mama. Bukan pintaku. “uuuuuuuuuu” aku menangis sepanjang jalan ke pusat rawatan berkenaan. Sampai sahaja kami di sana melangkah masuk ke bangunan itu aku jatuh pengsan. Ketika itu seluruh tubuhku dikawal makhluk jin. Menurut mama dan abahku, ketika diruqyah, suaraku bertukar menjadi suara nenek tua yang tak habis-habis menyeringai dan membebel dalam bahasa yang tidak difahami. Kemudian aku menjalar-jalar mengelilingi setiap ruang sudut tempat aku dirawat. Muka ku senget benget ala-ala kanak-kanak spastik. Ada masa mencakar dinding sehingga jari-jemariku luka berdarah.
Lama juga sesi rawatantu, sebab menurut ustaz jin yang menyelinap ditubuhku tu, jin tak sedar diri, jin tua yang degil sangat. Dihalau, dia akan masuk balik, berakali-kali sehingga ustaz tu sendiri letih. Menurut ustaz tu lagi, jin tu berumah di bahagian ari-ariku. Patutlah aku kesakitan yang amat di situ.
Setelah aku sedar sedikit, mamaku diarahkan memandikan ku dengan air berisi limau yang telah dibacakan ayat-ayat suci. Masa mandi tu, aku menggelupur padahal hakikatnya air tu sejuk biasa-biasa sahaja. Setelah di mandikan, badanku berasa segar dan ringan sedikit, tetapi masih berat pada bahagian belikat. Selama tiga hari berturut-turut ku berubat dengan ustaz berkenaan. Alhamdulillah aku sudah mula ada selera makan.
“Apa sebenarnya yang menggangu Az ni ustaz?”.
“Makhluk jin, in shaa Allah kalau Allah izinkan, pemilik tubuh tu akan mendapat petunjuk apa yang mengganggunya”, kata Ustaz sambil memandangku.
Aku tersenyum lemah. Dari awal-awal lagi aku yakin yang mengangguku adalah makhluk yang menyerupai Makcik Zam itu. Selepas tiga hari berubat, aku didatangi haid. Darah berketul-ketul keluar. Sakit yang amat. Malam Jumaat tu, ketika aku nak lelapkan mata, aku terpaku melihat makhluk seperti nenek tua duduk dicelah kangkangku. Kemudian sedikit demi sedikit bertukar menjadi seperti asap menyelinap masuk melaluinya. Tubuhku dikawal sepenuhnya. Aku menjerit kesakitan namun kugagahi membaca ayatul Qursi dan tiga Qul sehingga aku sendiri tak perasan aku terlelap. Rentetan peristiwa itu, aku mengalami pendarahan haid yang berpanjangan dalam masa tiga bulan. Fe’el burukku ketika itu, aku suka tidur dibawah katil dan tak suka bau apa-apa selain bau darah.
Aku dirujuk ke pakar Obstetrik & Gynecology, namun doktor masih juga gagal menemui apa-apa kepelikan pada tubuhku. Tahun tu, tahun mencabar bagi ku. Aku gagahi juga diri ini menduduki peperiksaan SPM. Dulu sebelum aku sakit, aku punya harapan tinggi untuk cemerlang. Allah lebih mengetahui segala-galanya. Aku redha dengan keputusan separuh cemerlang itupun puas aku menghentak-hentakkan kepala di meja ketika menjawab soalan kerana daya ingatanku juga terganggu akibat gangguan “makhluk” tersebut pada jasadku.
Kisah 2
Sepanjang aku sakit seperti aku coretkan pada kisah pertama, keluargaku tetap berusaha mencari alternatif untuk membantuku. Dengan keputusan SPM ku yang tak seberapa tu, aku dapat tawaran menyambung pelajaran ke tingkatan enam dan UiTM. Abahku mencadangkan aku menyambung pelajaran ke tingkatan enam memandangkan kesihatanku tak menentu. Namun aku cabar diri untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM, mama dan abah sedih juga, sebab UiTM yang ditawarkan bertempat di selatan nun jauh dari utara kampungku.
Usai aku persiapkan diri, abah menghantarku ke UiTM berkenaan. Kebetulan Pak Ngah aku menetap daerah berdekatan UiTM tersebut, jadi aku selalu transit di rumahnya. Pak Ngah aku ni dalam diam dia mempelajari ilmu berkaitan makhluk halus. Dia terdorong mempelajari ilmu berkenaan apabila isteri keduanya maut akibat busung disihir orang. Menurut ceritanya, orang berkenaan menghantar sihir tersebut melalui makanan. Berpura-pura baik tapi sebenarnya cemburu dengan perniagaan kedai makan arwah mak ngah ku yang maju. Bagaimana pak ngah ku tahu kebenaran perkara itu? Setelah dua minggu kematian mak ngah, orang tersebut memohon maaf dan menceritakan apa yang dilakukannya kepada pakngah dan makngah. Kemudian tak lama selepas tu orang tu pula meninggal.
Dipendekkan kisah, aku ada dua tiga kali menginap di rumah pak ngah bila anak-anaknya ada dirumah. Rumah pakngah ni agak suram dan menyeramkan. Ada satu bilik, pak ngah pesan jangan masuk. Tertulis “NO ENTRY” dihadapan pintu. Aku segan nak ambil tahu kenapa bilik tu sangat dirahsiakan. Pada satu malam, ketika tu Pak Ngahku keluar bertemu kawannya. Waktu itu dah pukul 11.30 malam. Sedap melayan cerita di televisyen, pintu bilik yang “NO ENTRY” tu terbuka sendiri. Kedudukan biliktu bersebelahan rak televisyen. Aku menjeling ke arah biliktu. Anak-anak Pak Ngah semuanya dah bergelimpangan tidur di ruang tamu. Mataku tertumpu semula ke kaca televisyen.
“Ngekkkkkk, bammmm!”, pintu tu terbuka sedikit lalu terhempas. Tertutup seperti sediakala. Aku rasa cuak. Mana datang angin sedangkan rumah tu fully aircond. Aku start menjalar turun dari sofa baring berdekatan Nani, anak sulung pak ngah. Televisyen aku biarkan terbuka. Mataku ku cuba tutup rapat, dihujung-hujung telinga ku menangkap bunyi barang-barang terhempas dalam bilik itu. Bunyi seperti orang mengamuk membaling barang kelantai dan dinding. Aku berpeluh-peluh menahan ketakutan sehingga terlelap.
Keesokan harinya aku gagah bertanya kepada anak-anak pakngah, tentang bilik berkenaan. Rupanya mereka juga mengalami peristiwa yang sama. Mereka juga tak pernah stay up sampai tengah malam sejak peristiwa bunyian menyeramkan yang pernah mereka dengari. Sebelum aku balik ke kampus tengahari tu, pintu bilik tu terbuka sedikit. Aku melintasi bilik itu, ekor mataku terarah kedalamnya. Aku dapat melihat sehelai sejadah berwarna hijau di letak tasbih di atas hamparannya. Kedalam sedikit aku nampak satu makhluk berwajah aneh seperti rimau separuh manusia sedang menghadap cermin. Aku berlari terus ke pintu utama. Balik tu, aku meracau lagi di hostel. Sakit racauku itu menyebabkan aku diberi cuti satu semester.
Balik kampung, aku berubat sana sini lebih dari 10 tempat. Dalam masa yang sama sakit dibahagian perutku muncul kembali. Aku muntah-muntah hijau sehinggakan anak mataku naik ke atas tinggal yang putih sahaja kata mama. Darah keluar membuak-buak dari rahimku seolah-olah period. Menurut salah seorang ustaz, aku disihir dengan cara kuku rambutku ditanam di kawasan yang sangat hampir denganku. Pada mulanya aku tak berapa nak hadam kata-kata ustaz tu. Aku dimasukkan ke wad kecemasan akibat badanku, nafas dan denyut nadiku makin lemah.
Doktor pakar dipanggil untuk memeriksa keadaanku. Setelah melakukan ultrasound di rahimku, doktor mendapati ada ketumbuhan 8×8 cm di ovari kiriku. Disebabkan keadaanku yang teruk, mereka terpaksa melakukan pembedahan secepat mungkin. Ketika aku berada di dewan bedah menunggu giliran, aku terlelap sebentar. Dalam lelap yang singkat aku termimpi Makcik Zam menangis-nangis sambil menjelir-jelirkan lidahnya sehingga ke dada. Aku gelisah. Entah berapa minit kemudian, doktor mengejutkan aku dari tidur lalu aku di anesthetic.
Setelah selesai pembedahan dan sedar, doktor memberitahu ada ketumbuhan di Ovariku. Dalam ketumbuhan tu ada nanah, darah dan gumpalan berupa rambut dan kuku. Doktor masih mengkaji ketumbuhan jenis “Ovarian Cyst” tersebut. Menurut doktor, masih belum ada jawapan yang jelas tentang ketumbuhan tersebut. Bagaimana? Apa puncanya? Masih samar-samar. Mereka menghantarnya ke makmal. Aku sekeluarga cuba mencari jawapan tentang penyakit tu menurut rawatan Islam. Ustaz memberitahu itu antara sihir yang dihantar kepada ku. Aku terfikir-terfikir juga, kenapa manusia berkenaan menghantar sihir kepadaku. Rupanya mama ada jawapan.
“Tahun kau nak ambik SPM tu Makcik Zam ada melamar kau. Katanya untuk si Latif. Mama memang tak setuju sebab nak kau belajar dan berjaya dulu”, kata mak. Barulah aku faham maksud mimpiku. Setelah dirisik-risik jiran tetangga yang lain, makcik Zam ni memang ada mengamalkan ilmu hitam untuk kepentingan keluarganya. Dia membela makhluk berupa nenek kebayan, hantu raya dan jembalang tanah. Setiap kali bulan mengambang dia akan melakukan ritual dengan cara berbogel di tengah-tengah sawah padi sambil menjulang bekas diperbuat dari tempurung kelapa diisi darah haiwan dan darah haidnya sendiri untuk santapan makhluk jin peliharaannya. Setelah berubat sana-sini keadaanku baik seketika. Sihir berlalu pergi, penyakit lain pula datang.
Kisah 3
Aku sering sakit-sakit tulang belikat. Aku mengadu pada ibu angkatku, dia pandai mengurut. Ketika itu, aku tinggal lagi 2 semester untuk menamatkan pengajian di UiTM berkenaan. Ibu angkatku ini adalah kenalan mama dan abah semasa di kampungku. Dia berpindah ke daerah itu kerana suaminya dinaikkan pangkat. Aku serik transit di rumah pak ngah. Pak ngah rupanya ada membela saka yang didapatinya dengan cara menurun dipergunungan. Aku tau setelah arwah tokwan ku yang bercerita pada ku ketika tokwan masih hidup.
Satu hari, aku ikut ibu mengutip buah ciku belakang rumahnya. Rumah tu, rumah kampung dan berkedudukan di atas bukit sedikit. Belakang tu ada semak samun dan beberapa kebun durian selain pokok ciku. Sedang asyik mengutip pokok ciku, aku terlihat kelibat ber“cuk cak”denganku kat belakang susunan batu-batu. Aku bertanya pada ibu, tentang kelibat yang aku lihat dan kenapa batu itu disusun sedemikian. Ibu hanya diam sehinggalah selesai mengutip buah ciku.
“Orang kampung kata belakang hutan tu ada perkampungan ‘orang-orang kayangan’. Dulu orang kampung selalu meminjam barang-barang tembaga seperti mangkuk, periuk, pinggan jika ada majlis keramaian. Tapi setelah highway belakang tu dibina dan banyak barang-barang tembaga tu tidak dikembalikan, penduduk kayangan tu dah tak berapa nak munculkan diri”, ibu membuka cerita.
Aku hanya mendengar dan mengiyakan sahaja cerita ibu. Bilik yang ku tidur dirumah ibu tu tingkapnya menghadap kebun-kebun tersebut. Satu malam aku mendengar suara wanita menangis “uuuuuuuu,uuuuuuu,uuuuuu” aku amati, memang suara tu dari belakang bilikku. Suara tangisan tu berpanjangan sehingga 3 hingga 4 pagi. Aku menekup telinga dan membaca apa yang patut. Aku menceritakan hal tersebut pada ibu. Ibu memesanku jangan memberatkan sangat hal tersebut. Habis cuti sabtu dan ahad tu aku balik semula ke kampus. Di kampus aku sering melihat kelibat-kelibat dan mood ku asyik twist.
“Woii Az, haritu kau jalan dengan siapa ha?” tegur Alif.
“Bila?”, jawab aku.
“Petang nak maghrib tu”, jawab Alif. Aku terkial-kial memikir.
“Aku tengok perempuan berambut panjang berbaju putih, cantik juga”, balas Alif. Aku tak pernah kenal perempuan berambut panjang tu.
“Ahh, entah sape-sape” aku menjawab pertanyaan Aliff. Sangkaan ku Aliff hanya berkhayal, rupanya bukan Aliff sahaja yang nampak, boleh dikatakan 40% orang sekelilingku pernah bertemu ku berjalan dengan makhluk tersebut! Mama dan adik pula pernah diusik manja dengan makhluk tu bila buat kerja malam-malam. Kata mereka tangannya boleh memanjang mencuit-cuit telinga dan rambut. Hurmm. Bila aku bertemu dengan ustaz yang boleh mengubat, mereka kata sang puteri saka mendampingiku dan badan-badanku yang sakit tu semua tanda-tanda dia “ada”.
Saka sang puteri ni, aku tak pasti nak menjelaskan dari mana asalnya. Sebab setiap kali berubat, pelbagai jawapan yang diberi. Yang pasti sang puteri saka ni, mengganggu kehidupan harianku. Setelah aku habis belajar aku berkahwin. Perkahwinan ku hanya bertahan 5 tahun, kemudian aku bercerai. Sebelum tu aku bertunang 3 kali, semuanya putus akibat perkara yang pelik-pelik. Mana – mana lelaki yang ingin mendekatiku akan mengalami kemurungan, mimpi pelik-pelik, diganggu dengan kelibat-kelibat wanita. Ex-hubby ku separuh gila menahan kerenah aku yang kadang-kadang bertukar menjadi ganas bila bergaduh. Aku memang tak sedar diri bila mengamuk, almari besi pun boleh ku angkat. Ada satu peringkat aku akan berjalan ke mana-mana tanpa aku sedari. Tak kira siang atau malam hari. Selain tu, aku juga tak dapat mengandungkan zuriat. Macam-mcam dah cuba, dari rawatan moden hingga tradisional masih gagal. Ada seorang nenek yang mengurut kata, ada makhluk jin yang bertenggek di peranakanku. Wallahua’lam.
Untuk pengetahuan pembaca aku ada kekurangan yang boleh membantu sesetengah orang. Aku boleh merasakan sakit dan tahu penyakit yang dihidapi mereka. Untuk mengubat, sang puteri tu ada masa-masanya mengajar aku bagaimana untuk merawat pesakit yang kerasukan jin. Tapi aku tak amalkan sebab takut ilmu tu khurafat dan menyebabkan aku jauh dari Allah. Sehingga sekarang, puteri ada disampingku. Dia makhluk jin, sejahat-jahat manusia sebaik-baik jin. Aku lonely, tiada teman sebantal. Ada cerita-cerita mereka mengatakan, selagi sang puteri masih denganku, aku akan terus lonely dengan izin Allah. Sekali sekala aku terserempak dengan pakngah, dia pun menegur sang puteri memang wujud bersamaku, dan dia akui dia mengidamkan sang puteri. Tapi pakngah gagal mencoleknya dariku. Aku redha dan pasrah. So, ada tak followers FS atau seangkatan dengannya nak kan puteri yang aku namakan “put ronggeng” ni ? aku bagi free je.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seram oo…
Aku taknak..minta mahapp
Apapun cerita kau best?????
Kisah lu tu mcm ada kaitan.sila email gua [email protected]
terbaik post ni..sepuluh bintang ??????????
Cerita ni mengingatkan aku pada seorg kawan yg tgh dalam konflik rmhtangga. Baru bernikah 2bulan, perangai isteri berubah pelik.. Memang si isteri mengakui dia ada Pendamping Puteri, dan dia perlukan ‘ia’ buat persembahan Kuda Kepang.
Ada jalan ke nak selamatkan perkahwinan dgn wujudnya ‘orang’ ketiga mcm ni?
Kesian tgk teman kami ni. Sayang masih sayang, degilnya bengisnya si isteri buatkan dia keluar dari rmh. Tak sanggup katanya ?
huiyooo…serammmm…betol2 meremang bulu roma..
tak tanya kat mak cik zam tu ke? sbb penulis kata nmpk kat mimpi tu kan..
Boleh wasap kt sy terus…
019-6281529
InsyaAllah kami leh bantu saudari…
Eiiiiiiii tak kesior teman weiii
Camne nk tau yg rezeki utk pregnant tu blom diizinkan disebabkan gangguan makhluk halus…????
Put ronggeng xnak…
Sepat ronggeng xper…
Heheheheheh..
jgn putus asa berubat… mungkin belum jumpa org yg betul… tp cerita ko ni mcm cerita member aku. ex-hubby ko nama sape?
Part mak dia tampar then cakap palui tu kelakar..hahaha
Hmm.. kesian plak aku kat ko.. ada beberapa amalan ko bleh cuba.. aku cdngkn ko baca al-mathurat waktu pagi n ptg.. kalau boleh, baca lps solat sunat dhuha.. baca al-quran setiap ada pluang.. bgun mlm buat solat sunat taubat, sunat hajat n sunat tahajjud..
bawak bersabar. ada hikmah disebalik semua ni
sian Az..spe la nak put ronggeng tu