#NAN- Talam Dua Muka

Assalamualaikum w.b.t . dan selamat sejahtera buat semua pembaca tegar FS. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T daripada segala tipu daya syaitan dan permainan dunia. Ini adalah entri pertama aku yang ingin aku kongsikan buat semua pembaca melalui pengalaman aku sendiri. Aku adalah salah seorang pembaca setia FS dan setelah sekian lama barulah aku rasa terpanggil untuk bercerita sedikit sebanyak pengalaman aku dalam dunia sihir. Sekalung terima kasih buat Admin sekiranya sudi siarkan kisah aku yang agak panjang ini.

Kisah pertama dan permulaan bagi segala-galanya berlaku pada penghujung tahun 2015. Aku pada ketika itu berada di tahun akhir pengajian aku di peringkat diploma di sebuah institut penerbangan. Lazimnya sektor penerbangan di Malaysia ini di pelopori oleh kaum lelaki. Sama juga di tempat aku belajar, hanya satu per empat adalah penuntut perempuan berbanding dengan penuntut lelaki. Tapi aku bernasib baik kerana dalam kelas aku ada lima orang perempuan termasuk aku iaitu Mekpah, Mekdah, Mekrah, dan juga Mekna. Kira dah banyak la tu kawan perempuan.

Aku seorang yang mudah percaya orang dan bagi aku semua orang adalah orang baik. Tapi sekali aku dah tak suka, memang sampai ke sudah aku tak tarik balik. Seperti aku katakan tadi, dalam kelas aku ada lima orang perempuan. Di awal-awal perkenalan kami, aku hanya berkawan dengan Mekpah, Mekdah, Mekrah dan juga Meknis. Meknis ni bukan sekelas dengan kami. Dia jurusan lain dan dialah yang paling cantik antara kami. Mekna pula aku tak buat kawan disebabkan perangainya yang pelik. Ponteng kelas, selalu hilangkan diri sampai menyusahkan kami. Kenapa aku cakap menyusahkan kami? Ringkas kata, aku dilantik menjadi penghuluwati semasa MSR (minggu silaturahim) Jadinya, orang akan cari aku dulu kalau apa-apa terjadi. Ibu dia pulak dapat contact no. aku dari abang facilitator kami. Memang setiap masa ibu dia akan cari aku untuk pantau anak dia yang entah hilang ke mana. Siapa yang tak rimas kan? Mekna pesan kalau ibu dia cari, tolong cover line untuk dia. Yang paling aku tak suka, rupanya si Mekna ni boleh pula ikut jantan sampai ponteng kelas dua minggu. Aku pulak bukan jenis yang sosial terlebih memang aku selalu hangin lah dengan si Mekna.

Nak dijadikan cerita, Mekna ni jadi kawan baik aku. Pelik tak tetiba boleh pulak aku kata dia jadi kawan baik sedangkan tadi aku kata aku tak suka dia. Sudah macam ke**** cakap dah aku ni. Haha. Sebenarnya aku bagi peluang untuk dia berubah. Aku kan baik. Ehem. Mekdah yang nasihatkan aku untuk terima Mekna sebab dia classmate aku jugak. Kami nak berjumpa bukan sehari dua tapi bertahun. Mekna datang jumpa aku rayu nak tinggal satu bilik dengan aku untuk sem depan. Aku bagi syarat untuk si Mekna ni, kalau nak tinggal dengan aku satu bilik untuk sem depan, boleh. Tapi tolong sembahyang. Sebab Mekna ni bukan kaki sembahyang. Mekna ni memang suka cari masalah. Bila timbul masalah, dia akan menangis sampai tak ingat nak hidup la bole dikatakan. Orang kalau tak sembahyang, hati dia kosong. Macam Mekna ni lah. Sebab tu aku tak berapa nak suka dia jugak. Berbuih mulut aku ajak dia sembahyang dengan aku. Memang curah air ke daun keladi jelah. Kadang-kadang aku ceramah dekat dia. Aku cakap.. “Solat ni macam anggota badan kita. Kepala, dua tangan dan dua kaki. Kalau tak cukup salah satu, tak cukup jugaklah insan kita.” Chewahh. Bukan nak kata aku baik, aku pon tak pandai nak nasihat orang. Tapi aku sayangkan dia, sebab tu kalau boleh aku nak tarik dia perlahan-lahan.

Aku tinggal dengan dia sebilik hampir dua tahun. Nak tinggal di asrama memang kena aktif. Aku memang selalu join aktiviti dan jugak rajin handle aktiviti untuk pelajar. Yang si Mekna ni, janji tinggal janji. Janji nak sembahyang memang ke laut. Sampailah Sem Lima, dia tak dapat tinggal asrama. Jadinya dia menyewa dengan Mekdah dan Mekrah yang sememangnya tinggal luar sejak Sem Tiga lagi. Tinggallah aku dengan Mekpah di asrama. Ingat tak Meknis yang aku kata paling cantik tu? Meknis ni dah tak rapat dengan kami disebabkan Mekna buat hal. Memang Mekna ni kaki buat hal la kan. Aku ceritakan sedikit tentang Meknis dengan Mekna ni sebab semuanya bersangkut paut untuk cerita aku. Rewind balik ke Sem Satu. Antara kami semua Meknis paling baik dengan Mekna. Kawan kamceng la katakan. Pergi mana sekali macam belangkas. Tup-tup gaduh tetiba sebab salah faham. Salah faham apa tu aku tak ambil tahu. Sebab aku memang bukan jenis penyibuk tambah pulak memang aku anti sedikit dengan si Mekna. Meknis cerita dekat kami: aku, Mekdah dengan Mekrah yang dia balik berubat sebab dia rasa sakit. Rupanya, Meknis terkena santau. Dan siapa yang hantar santau pulak ni kan?. Siapa lagi kalau bukan Mekna. Ya. Mekna yang umurnya tua setahun dari kami yang tengah belajar tak habis lagi. Kami semua memang tak percaya la benda-benda macam ni. Tambah kami macam budak-budak lagi masa tu. Masing-masing macam ragu-ragu dengan cerita Meknis. Bila Meknis rasa kami lebih sokong Mekna dari percaya dia, Meknis beralah sebab dia dah serik untuk kawan dengan Mekna dan kecik hati dengan kami semua.

Kembali balik masa Sem Lima bila mana Mekdah, Mekrah dan Meknis tinggal di luar asrama. Aku memang dah kurang rapat balik dengan Mekna. Kalau sebelum tu, macam belangkas kami berdua, sampai ramai orang cakap muka kami nampak seiras macam kembar. Memang tak la muka aku nak sama dengan dia. Perangai pon jauh bara dari api. Aku pon tak faham sampai sekarang kenapa orang suka samakan kami berdua. Hmm. Bila tinggal di luar, Mekna ni berbaik pulak dengan si Mekdah. Kalau awal-awal dulu dia baik dengan Meknis, kemudian aku dan sekarang dengan Mekdah. Ibarat ulang tayang, pergi mana sekali macam belangkas, orang kata seiras cuma dengan orang yang lain. Bila masuk Sem Lima, aku memang lebih banyak buat hal sendiri. Yelah, semua pakat tinggal luar, tinggal aku dengan Mekpah ja dekat asrama. Tambah-tambah final Sem sibuk dengan hal thesis.

Dan konflik pon berlaku sekali lagi antara Mekna dengan Meknis. Meknis jugak tinggal satu rumah dengan Mekna, Mekdah dan Mekrah!. Itu pon sebab Meknis terdesak cari tempat tinggal. Meknis baru masuk praktikal masa tu. Ingatkan tak ada masalah sebab antara Mekna dengan Meknis janji nak buat hal sendiri walaupun tinggal satu rumah. Memang janji tinggal janji sekali lagi. Meknis sakit balik. Kemudian Mekdah. Kemudian aku. Ya. Trio. Kami bertiga berturut-turut kena. Memang hantu betul Mekna ni. Suka cari masalah, buat masalah.

Macam mana kami tahu cerita dan terbongkar segala cerita Mekna?. Meh sini aku cerita satu-satu. Konflik ni bermula apabila Mekna tinggal berdua saja dengan Meknis. Housemate lain balik kampung masing-masing. Mungkin si Mekna ada sakit hati dengan si Meknis ni. Dia hantar pulak benda kacau Meknis dekat tempat praktikal. Sampai demam-demam si Meknis. Mak si Meknis pandai menengok. Selalunya orang yang selalu sakit atas buatan orang ni, berkat dia sabar dan tawakal kepada Allah, Allah akan kurniakan dia satu anugerah. Ya, aku ada terjumpa beberapa orang yang macam ni termasuklah mak aku dan aku sendiri. Mungkin kisah ni aku ceritakan di lain entry. Berbalik pada mak Meknis, dia nampak ada benda tak elok dalam bilik diorang dekat rumah sewa tersebut. Benda tu pulak ada dalam almari baju. Dan almari baju pulak, memang Mekna ja ada. Kami baca Yasin dalam bilik tu masa Mekna tak ada. Aku pergi ke rumah sewa diorang tumpang tidur sebab nak siapkan assignment group. Ingatkan dah selesai lepas baca Yasin ramai-ramai tu tapi bila dah reda sikit hal Meknis, timbul pulak cerita Mekdah.

Mekdah datang asrama kami jumpa Mekpah dengan aku cerita dia takut tinggal rumah sewa sekarang. Mekdah ni dia kena ‘tutup muka’ dengan si Mekna. Mekna kalau boleh nak orang nampak dia ja yang menonjol kalau jalan dengan si Mekdah. Mekdah ni comel-comel, kecik molek ja orangnya. Dia calit something dekat Mekdah. Mekdah pulak bole tahu cerita ni sebab makcik dia perasan muka dia seolah-olah gelap. Makcik dia jugak pandai menengok. Bila dah jadi macam tu, kami semua sepakat nak hantar gambar muka masing-masing dekat makcik Mekdah. Haha. Macam dah dijangka, aku lah yang paling teruk rupa bila makcik Mekdah tengok sebab memang aku paling lama kawan rapat dengan Mekna. Mekpah dengan Mekrah tak terkena sebab diorang berdua memang tak rapat mana dengan Mekna. Bila semua dah tahu Mekna buat macam tu dekat kami, semua macam janggal nak berkawan dengan Mekna. Tapi kami buat lek buat peace lagi depan dia. Macam tak ada apa-apa berlaku.

Ada satu malam, aku tumpang tido sekali lagi rumah sewa diorang sebab nak habiskan assignment group. Malam tu kebetulan Mekna ada. Dia tido paling hujung. Sebelah dia Mekdah, kemudian aku, Mekrah dan Meknis. Dalam pukul satu lebih macam tu aku dengan Mekdah belum tido lagi. Bukan tak nak tido, tapi tak bole nak lelap mata. Yang lain macam minum ubat batuk, punya la nyenyak tido. Owh, kami tidur dekat ruang tamu sebab ramai sangatkan tak muat bilik. Tetiba ja dari dalam bilik diorang ada bunyi macam orang main plastik. Kami husnuzon ja ingat angin masuk tiup plastik. Lepas bunyi plastik tu hilang, bunyi macam orang ketuk botol dekat lantai pulak. Makin lama makin kuat. Sekuat tangan aku genggam tangan Mekdah. Mekdah bukak ayat Quran dekat fon, tapi bunyi tu macam perlekehkan kami. Makin rancak bunyinya. Tetiba ja Mekdah lompat ke Mekrah yang tengah tido nyenyak lepas tertengok muka Mekna yang tido sebelah dia. Aku yang memang penakut ni turut lompat ke Meknis pulak. Drama tengah malam betul. Kami kejut Meknis dengan Mekrah. Bila diorang terjaga ja, terus bunyi tu hilang. Sampai ke siang kami berempat tido berhimpit sebab takut sangat. Yang takutnya aku dengan Mekdah ja. Yang lain sebab diorang tak dengar bole la sambung tido senang-senang.

Aku cerita dekat mak aku. Mak aku suruh balik berubat. Kebetulan masa tu ada cuti Deepavali sebelum kami sit final exam. Sampai ja rumah, pagi tu terus mak aku bawak ke tempat berubat. Mula-mula aku tak berapa nak yakin sangat sebab yang berubat tu bukan dalam golongan ustaz. Yalah, nanti jatuh syirik pulak kan. Nauzubillah. Masa aku sampai tu tak ramai orang lagi. Aku gelarkan perawat tu sebagai Pakcik Tat. Pembantu dia ada sorang perempuan, Makcik Ti dan sorang laki muda, Along. Tapi perawat aku tu guna ayat-ayat Quran ja cuma xda la pakai songkok berjubah semua. Kira tak menyimpang la kan yang aku jumpa ni. Huhu. Aku pergi dengan mak ayah aku dan paklang aku ikut juga. Aku sandar dekat dinding rumah dia sambil tunggu giliran. Tetiba Pakcik Tat cakap kat aku. Ketua jin yang ada kat aku tak ikut sebab jin tu dah tau kami nak ke tempat Pakcik Tat. Aku syak Pakcik Tat ni ada khadam sebab dia tau ja tok nenek jin ikut ke tak ikut kan. Herrr. Kemudian Pakcik Tat suruh aku zikir Lailahaillallah. Pakcik Tat pesan kalau badan aku, kaki tangan nak bergerak tu biarkan ja. Sebab dia nak panggil segala jin yang selalu kacau aku semua datang masa tu. Dia cakap jin ada dengan aku dah lama. Sejak aku kecik lagi. Tapi dia kata dia tak nak cerita lebih. Nanti aku akan cerita sendiri. Cuma dia tanya ada makan kek ke dua bulan lepas? Aku angguk jelah sebab memang dua bulan lepas tu hari jadi aku. Pastu Pakcik Tat senyum-senyum pulak.

Tak sampai lima minit aku dok berzikir tu, tangan aku dah mula menggigil. Kaki aku dah mula bergerak sendiri. Pakcik Tat pesan jangan berhenti, ingat Allah, teruskan zikir. Biar ja dia nak masuk macam mana pon. Sambil tu pakcik Tat tanya aku, masa tengah tido, ada tak rasa badan kena sentap. Memang aku terkejut la bila dia tanya macam tu sebab memang dah lama aku dok alami benda tu. Bila baru nak lelap mata saja, kaki aku kena rentap. Kadang-kadang tengah sedap mimpi, memang terjaga sebab macam kena tarik kaki. Tapi aku ingat macam aku mamai. Bukan sebagai tanda-tanda orang kena ganggu jin. Pakcik Tat tanya lagi, mata mana yang selalu kelip-kelip sendiri dengan tiba-tiba. Memang aku tak pernah ambik tahu sedangkan selalu ja jadi kat aku. Kalau korang ada dua tanda tu, baik pergi darulsyifa’ cek tengok. Mana tau ada jin yang menumpang dalam badan.

Sambung balik keadaan aku dekat rumah Pakcik Tat. Pergerakan aku dah makin drastik. Kejap aku menari, kejap aku buat kuak lentang, kuak kupu-kupu. Macam kera luku kudung tangan. Senam aerobik sambil baring, bergolek kiri-kanan, mengaum harimau, merangkak, bertepuk tampar. Bergelak macam orang gila, menangis tetiba teresak-esak. Hampir sejam jugak la aku jadi macam tu, sampai la aku rasa aku dah nak mengamuk dekat pakcik Tat nak marah. Rasa nak serang dia sambil berdehem dehem macam harimau tu. Pakcik Tat rilek ja. Dia cakap kat aku. “Aku tak takut la setakat kau tu, sekali aku sembelih ja haa”. Aku dah meronta-ronta macam orang selalu kena histeria. Sebab aku pompuan, Makcik Ti yang kunci aku. Aku tak tau dia cucuk dengan apa hujung jari aku. Kepit dengan lada tak silap aku. Memang aku menjerit kuat gila lepas kena kunci tu. Sakit oo. Pastu Pakcik Tat dah mula berdialog dengan jin kat dalam badan aku.

Pakcik Tat : Hang dari mana? Kenapa kacau dia?
Aku : Hahaha.( mengilai dulu) Aku nak dia m**i. Aku nak dia dengan mak dia m**i. Aku tak suka dia dekat kampung tu. Aku nak semua tanah. Hahaha (sambung gelak)
Pakcik Tat : Sapa hang?
Aku : Aku kafir. Maaaa..Liiii…belakang rumah dia (tuding jari dekat mak aku) Aku benci tengok anak-anak dia. Anak-anak dia pandai. Orang kampung pandang tinggi. Tak macam anak aku. Huhuhu (menangis pulak)
Pakcik Tat : Laa ni aku nak hang keluaq dari badan dia!
Aku : Aku tak mahu lah orang tua!. Aku nak dia jadi jal***. Biar dia malukan mak ayah dia. Kalau dia kahwin, biaq dia bercerai berai sebab tak bole beranak. Padan muka mak ayah dia malu. (sambung gelak)
Pakcik Tat : Cara baik hang tak nak, biar aku bakar hang sekarang (baca ayat Quran)
Aku : (menjerit terlolong)..

Tetiba badan aku rasa ringan kejap. Tak sempat tarik nafas lagi, masuk jin lain pulak.

Pakcik Tat : Sapa hang? Dari mana? Kenapa kacau dia?
Aku : Kawan dia hantar aku. Aku dengki dengan dia. Dia cantik, pandai, semua orang sukakan dia. Aku nak jadi macam dia. Aku benci dia lebih dari aku. Hahaha. Dia makan kek hari jadi dia. Aku yang bagi. Aku letak benda kotor dekat dia. Padan muka dia.
Pakcik Tat : (sambung baca ayat Quran)

Ringkas cerita, aku sebut semua orang yang hantar segala sihir untuk keluarga aku. Kenapa dia hantar, dekat mana dia pergi ambik, berapa dia bayar. Sepanjang tempoh ni aku sedar apa yang jadi, cuma bukan aku yang kawal badan aku, percakapan aku. Aku nampak muka setiap orang yang sihirkan keluarga aku. Rupanya cerita si Mekna adalah pembukaan untuk semua cerita. Aku pon tak faham kenapa semua orang seolah-olah dengki dengan keluarga aku. Keluarga aku tak pernah kacau orang. Keluarga aku pulak biasa-biasa saja. Mak aku suri rumah. Ayah aku bukak perniagaan sendiri. Alhamdulillah rezeki Allah bagi, tak pernah tak cukup untuk kami walau tak banyak. Boleh dikatakan sekeliling rumah aku tu tak senang hati dengan family kami. Memang orang kampung situ pelik-pelik.

Haa..jin yang berdialog dengan Pakcik Tat mula-mula tu, orang yang tinggal belakang rumah aku sendiri yang hantar. Bukan orang lain. Adik-beradik jugak. Anak tokwan aku tapi lain tok. Kiranya dia sorang-sorang tunggal. Mak aku pulak bongsu dari lima beradik dari tok yang lain. Yang aku sebut Maaa tu sebenarnya bini dia. Dia tu pulak nama Li. Tok aku sampai meninggal diorang buat. Santau. Kalau boleh dia nak buat sampai mak aku dengan aku m**i jugak. Tapi Allah tak izin. Diorang lupa, Allah jugak yang menentukan segala-galanya. Lupa aku nak cerita. Masa aku dok menari tu, mak aku berjangkit jugak. Sebabnya, ada dua patung yang diorang tanam sekali. Bila aku sakit, mak aku akan sakit jugak. Macam tu la sebaliknya. Diorang ada buat benda tak nak bagi aku beranak jugak. Perut aku macam buncit sikit sedangkan aku kurus kering ja. Makcik Ti tekan perut aku nak keluarkan benda tu. Terus rasa panas satu badan aku. Pakcik Tat kata benda ni tebal dan berlapis. Macam bawang. Aku masa tu dah macam habis tenaga dah. Tak tahan nak buang sekali gus sebab sakit sangat. Hanya Tuhan ja yang tau macam mana rasanya. Habis semua Pakcik Tat bagi aku bawak balik air minum. Dia cakap kena datang ulang buang lagi bila aku dah sihat.

Malam pada hari yang sama jugak, aku tido dengan mak ayah aku sebab aku takut sangat. Teringat hal siang tadi. Adik-adik aku semua sekolah asrama. Tinggal adik bongsu aku ja kat rumah peneman mak ayah. Dalam pukul empat pagi aku terjaga. Sebab ada benda berlari atas bumbung rumah aku. Macam nak runtuh pon ada. Aku peluk kuat mak aku masa tu. Benda tu lari terjun ikut Li yang lalu tepi rumah aku naik motosikal nak pergi masjid. Mungkin hantu raya si Li ni kot balik ikut tuan dia. Ya. Si Li ni hari hari pergi masjid setiap waktu! Bini dia konon pakai tudung labuh, berstoking tapi membela. Hantu raya untuk si laki dan juga pelesit untuk si bini. Warak di luar, syirik di dalam hati!.

Untuk kisah Mekna pulak, memang dia tak suka orang lebih dari dia. Depan kita cakap baik-baik. Tapi belakang kita segala benda kotor dia amal. Memang family dia jenis ada saka. Sihir dah jadi mainan sejak kecik. Tak hairan la dia bole hantar macam-macam dekat kami. Memang tak sembahyang la dah amal benda-benda syirik kan? Tapi Allah dah balas apa yang dia buat dekat aku dan juga awan-kawan aku. Aku sambung degree dah nak habis pon dia masih tak grad diploma lagi. Asyik fail paper tak lepas-lepas. Aku memang putus kawan dengan dia. Kan aku dah kata, sekali aku dah tak suka, sampai bila-bila aku tak suka. Sebab aku bagi bunga tapi dia balas tai* dekat aku. Ada jugak dia datang cari aku nak minta maaf dan minta aku bimbing dia ke jalan yang benar. Tapi cukup lah sekali kan. Bukan aku tak bagi peluang dekat dia dulu. Memang aku serik untuk memulakan persahabatan dengan dia sekali lagi. Lagipon aku bukannya pandai sangat nak ajar dia agama dan bukanlah baik sangat nak bimbing dia. Kalau betul dia nak berubah, bukan setakat aku ja orang yang bole dia cari untuk tolong dia. Yang aku dengar, dia makin teruk adalah. Moga kau insaf kawan, Tu ja doa aku untuk kau.

Sedikit perkongsian dari Pakcik Tat, tanda kita diganggu jin yang aku jugak sendiri alami. Tanda-tanda kebiasaan yang selalu kita jumpa aku tak sebut dekat sini.
1. Masa tido/baru nak terlelap badan seolah direntap.
2. Rasa mata macam gedik-gedik(berdenyut) bergerak sendiri secara tetiba
3. Bila taip komputer/sms selalu salah taip. Contoh: Nak taip huruf a, tertaip huruf lain pulak.
4. Bila tengah sembang telefon, tetiba senyap macam line tak da. Sedangkan coverage phone line penuh.

Aku minta maaf kalau cerita aku bosan dan macam budak-budak asyik gaduh sebab memang masa tu kami baru nak matang dalam pemikiran kot dan terlampau panjang sebab aku tak reti nak ringkaskan cerita dan takdalah seram pon. Aku cuma nak kongsikan pengalaman aku untuk orang yang tak percaya benda-benda ni wujud untuk beringat. Kita tak kena kita tak tahu. Banyak ja manusia talam dua muka di bumi ni terutamanya yang berbangsa Melayu sendiri. Aku bersyukur Allah masih lindungi aku dan keluarga aku dari kehendak mereka yang berhati hitam gelemat. Allah tak izin apa yang diorang buat sampai habis beribu duit untuk jadi atas kami keluarga. Syukur Alhamdulillah. Buat pembaca, mohon dengan yakin pada Allah tak kira apa hajat pon. Allah sayang kita, Dia akan tunaikan permintaan sekiranya memang itu yang terbaik untuk kita. Fuhh. Letih taip seharian. Haha. Kalau cerita ini disiarkan, lepas ni aku akan kongsikan macam mana Allah hantar ‘seseorang’ untuk bantu kami. Insha Allah. Semoga kita semua sentiasa di dalam jagaan Allah S.W.T. Aminnn.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

24 comments

  1. -Bila taip komputer/sms selalu salah taip. Contoh: Nak taip huruf a, tertaip huruf lain pulak- yg ni mcm xboleh nak caye.. kte tgah type laju2, comfirm la akan ade tersalah type.. yg ni sume slalu kene

  2. best!
    kipidap!
    sambung cerita please.
    byk pengajaran.
    betul, manusia ramai je talam dua muka. mcm ofismate aku. kim k

  3. Akk suke citer ni…
    Walau nampak serabut tapi boleh difahami…
    Kesian ko dik dikelilingi manusia pepelik camtu…
    Alhamdulillah dipermudahkan jumpa.perawat yg serasi…
    Sila kisahkan plak yg lelain punya pengalaman ekk…

    1. Me too.. tak perlu mnindak mana2 list yang pnulis bg contoh gangguan dripada pakcik Tat tu.. Cuma kita perlu peduli dan fikir logik akal.. Harus ingat gangguan tak bermakna mngalami prkara yg ngeri zahir mhupun batin. Gangguan masih lgi dalam teori yg sama walaupun sekecil semut pada zahirnya dan kesilapan menaip sprti cntoh diatas. Ok Assalamualaiku:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.