#Nasa – Kembali (episode akhir)

Kenderaan pacuan empat roda itu berhenti di hadapan sebuah kawasan terpencil. Kesemua mereka menoleh

“Tak nampak macam kampung pon…” ujar Shah. Memang tempat itu dia sudah pergi. Sama! Tidak ada apa pon.

“Betul ke ni!.” Suara Shah meninggi. Yusuf keluar dari kereta. Rimas dengan soalan Shah yang tidak berhenti sedari awal mereka bermula tadi

Akib berdiri berdepan dengan kawasan hutan itu. Dia dapat melihat jelas laluannya. Samar bagi mereka semua. Namun tidak bagi dia. Kepalanya menoleh kebelakang.

“Mari..” ujarnya selajur melangkah

“Wohoooo bang… bang nanti dulu. Kami tak nak menanggung risiko. Sekarang ni kita berbicara soal perkara realiti… R E A L I T I.” Satu- satu Shah mengeja. Akib memandang pegawai itu berkerut wajah.

Bagi Akib dia lebih tahu tentang keadaan kampungnya. “Kalau kita lambat, nanti Kisya mati.”

Tercengah Shah mendengar

“Mereka akan membunuh Kisya untuk menghidupkan Rania…” Balas Akib perlahan

“Rania?? Siapa Rania???.”

“Rania anak mereka yang mat…. errrr hilang….” Jawab Dali dibelakang. Kasihan melihat Akib diserang soalan bertubi-tubi dari awal

“Nak hidupkan orang yang dah mati???.” Tanya Shah sedikit meninggi. Kedua keningnya diangkat dengan mendepa tangan. Namun dia ketawa juga.

Akib mengangguk mengiyakan

“Wohoooo orang yang dah mati secara rasional nya memang tak boleh hidup bang…”

“Tuan Shah… kita bercakap tentang perkara ghaib. Macam tuan cakap perkara tersebut tidak boleh dicampur, jadi sekarang ini lebih baik tuan ikut cara saya lagipun tuan berdua berada di tempat saya.” Tegas Akib

Kedua pegawai polis tadi terdiam mereka memandang sesama sendiri. Terdengar nafas halus terhela.

Diamnya mereka menyebabkan Akib resah. Dia perlu jawapan secepat nya dan dia tidak boleh bergerak selagi kedua pegawai polis itu tidak mengizinkan.

“Tuan, kita perlu bergerak sekarang saya risau Kisya dalam bahaya.” Sekali lagi Akib bersuara.

Kedua pegawai polis itu tidak ada pilihan. Kalau dia biarkan, masalah lain pula jadi, lagipon Akib nampak nekad. Kedua nya akur lalu mengeluarkan senjata. “Kau bro… jangan jauh dari kami.”

Terkejut Akib melihat pistol sudah tersedia. “Wohooo tuan! Tuan tak boleh tembak orang!.” kedua tangannya dihulur kehadapan

“Dengar ni aku bertindak ikut realiti dan keadaan. Kau! Dan silap mata kau tu, aku tak boleh hadam.” Marah Shah.

“Ini cuma acara pemujaan. Bukan berlawan dengan pengganas!!.”

“Acara pemujaan mengarut kau ni membunuh orang faham tak???!!! Aku cuma buat apa yang betul. Kau bunuh orang, kau dikira bersalah.” Shah tidak bertolak ansur lagi. Dia menyuruh Akib berjalan dahulu.

Kalau boleh Akib tidak mahu sesiapa pon yang cedera. “Kalau acara ni berhenti, tidak akan ada sesiapa yang cedera. Mereka tidak mencederakan, mereka cuma keliru.” Bantah Akib

“Haaaa jadi yang tiga orang gadis mati tu apa? Sebab keliru!!. Apa benda korang ni semua. Dah tak ada upacara lain ke?.”

“Tuan tolonglah faham….” Pujuk Akib perlahan.

“Aku memang tak faham! Aku hidup atas perkara yang realiti. Aku tak percaya pada benda mistik, pemujaan ni semua?! Aku cuma percaya Allahh!!! Atas muka bumi ni tidak ada kuasa selainNya!.”

Terkejut Yusuf mendengar. Mana tidaknya, baru semalam diajak Shah ke masjid, katanya uzur….

“Apa kau pandang-pandang?!!.” Marah Shah. Dia tahu Yusuf memerli

Yusuf kemudian berdehem beberapa kali. Tahu sikap panas baran rakannya. “Sudah! kita bergerak sekarang.”

“Yeah… elok lah tu…” Ucap Shah sinis. Malas dia bertekak dengan Akib. Sudahnya anak muda itu tetap bercakap hal mistik, dan dia tetap degnan keputusan berdasarkan faktor bukti.


Adarma menyuruh kesemua mereka diam! Tidak mahu satu suara pon kedengaran. Matanya merah terbeliak, menoleh ke arah Kisya yang masih lagi dibaringkan. Pisau yang digunakan untuk membunuh diturunkan semula. Diletak perlahan di atas para kayu.

“Betul apa kau cakap?.”

Kisya mengangguk laju dengan linangan air mata.

“Di mana Rania?.”

“Dia ada di kampung sana. Aku kenal dia.”

Adarma dan Dierja berpandangan. Pisau tadi dibuang. Mereka terdiam kata. Seolah tidak percaya.

Raif berdiri tegak apabila Adarma menoleh ke arahnya. Raif tidak bercakap apa-apa namun nampak wajahnya ketakutan.

“Kau!!!!.” Jerit Adarma

“Wohooooo… dengar ni… aku tak tahu apa kau cakap.”

“Kenapa kau berbohong!!!.” Jari telunjuk Adarma sudah menjulur ke arahnya.

“Aku tak tahu siapa Rania lah!!.” Pekik Raif mempertahankan diri

“Sudahlah Raif hentikanlah semua ni… kau kenal siapa Rania.” Ujar Kisya teresak-esak. Dia merayu agar Adarma melepaskannya. Namun lelaki itu tidak membuat sebarang keputusan. Dia sudah terlanjur. Masakan Kisya akan berdiam diri

“Aku janji tak beritahu sesiapa hal ni.” Sekali lagi Kisya memujuk dengan tangisan yang semakin lebat.

“Tak boleh!!!!!.” Ujar seorang lelaki yang merupakan ahli di kampung “kalau kita lepaskan dia tentu sahaja kita terbongkar.”

Mereka semua berbisik antara satu sama lain. Tangisan Kisya semakin kuat. Tiba2 seorang wanita separuh umur datang. Berjalan membawa uri bayinya. Bayi yang telah meninggal dunia.

“Gantikan dia dengan anakku…” ujarnya bersungguh “kembalikan bayiku…..” wanita itu berwajah muram.

Kemudian terdengar sorakan dari pihak lain dan kampung itu kembali riuh

“Noo!!!!!!!” Kisya menangis lebat. Dia tidak mahu mati seperti mana wanita-wanita sebelom ini. Sekali lagi dia meronta kuat

Dan Sekali lagi. Adarma membaca semula ayat pemujaan diikuti oleh Dierja yang merenjis air pada tubuh gadis itu. Terangguk-angguk wajah mereka semua. Uri bayi tadi diletak di sebelah dan gambar Rania dialihkan

Raif menarik nafas lega. Jika tidak sudah tentu dia yang akan kena. Kesemua mereka mengangkat kedua tangan ke atas. Mendongak seperti memanggil satu kuasa lainnya. Keadaan mendung tiba-tiba… sebaik sahaja pisau itu diangkat tinggi, Kisya menjerit semahunya agar upacara itu dihentikan

“Ku seru nama kau….. kembalilah!!!! Kembalilah!!!!!” Adarma mendongak memejam mata. Sorakan semakin kuat. Sebaik itu juga pisau itu dijunamkan.

“Ayah!!!!!!!!!!.”

Suara panggilan itu menyebabkan proses tadi terhenti. Tidak ada lagi suara, semua menoleh ke arah satu kawasan. Lama Adarma memicing mata. Merenung seseorang yang tidak jauh dari situ. Dierja pula terlepas mangkuk yang dipegang. Masing-masing tergamam

“Raniaaaa….” bibir Dierja bergetar. Menggigil seluruh tubuhnya.

Seseorang itu berjalan menghampiri. Sebaik tiba berdepan, dia berhenti.

Kisya berhenti menangis. Hatinya lega.

“Rania??..” panggil Adarma sekali lagi. Dan seseorang itu mengangguk. Adarma memeluk anaknya melepaskan segala rindu begitu juga orang kampung yang lain tercengang melihat keberadaan Rania

Mereka melihat penampilan Rania lain, bagi yang tidak mengenali, Sudah tentu sahaja kelihatan aneh apabila Rania tidak seperti yang sepatutnya

“Hentikan semua ni ayah…”

“Raniaaaa… ayah rindukan Rania….” pelukan itu terlalu lama kali ini. Adarma sangt rindukan anaknya. Malah Dierja sanggup lakukan apa sahaja untuk menemui anaknya kembali.

“Macam mana Rania boleh…. errr maksudnya. Bukankah Rania dah mati….”

Rania menggeleng. “Saya yang lari, saya berpura-pura mati. Saya hidup di tempat lain. Dijaga oleh orang lain…”

“Untuk apa!!.” Dierja meninggi suara. Marah juga dia mendengar

“Sebab saya tak nak ayah buat semua ni lagi…” Pisau tadi Rania alihkan perlahan-lahan. Dia tidak mahu Kisya diapa-apakan. Dia tidak mahu lagi mengikut cara nenek moyangnya.

“Kita kembali pada islam ayah….” Rania menoleh ke arah Kisya sambil tersenyum. Barulah kemudian dia mendongak memandang kedua ibu bapanya

“Saya banyak belajar tentang islam. Saya bertekad saya tak nak lagi teruskan semua ni. Ayah dan ibu…. marilah…” pujuknya lembut

“Rania… selepas ini kita akan bersama….tak kira apa pun. Kita tak boleh tinggalkan nenek moyang kita…” Dierja juga memujuk.

Adarma menarik tangan Rania tidak mahu melepaskan. Dia tidak mahu berjauhan lagi. Lima tahun dia menunggu

“Ayah lepaskan Rania…” Rania cuba menjauh, dia perlu selamatkan Kisya. Dan dia perlu keluar dari situ.

“Tidak!!!.” Adarma benar-benar marah. Pemergian Rania yang terlalu lama merubah keseluruhan diri anaknya. Memang Rania tidak seperti yang dia kenal dulu.

“Saya tetap dengan pendirian saya… tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah!!.”

Satu tamparan hinggap di pipi gadis itu, wajah Rania berpaling.

Raif berkerut wajah. Dirinya dia di situ seolah-olah tidak ada rasa bersalah langsung. Hanya memerhati.

“Berani kau!!!.” Marah Dierja mengamuk. Tidak sangka Rania yang hadir bukanlah Anaknya. “Ini kampung kita. Tempat kita. Keturunan kita!!!.”

“Jangan kau seru nama lain selain nenek Moyang kita!!.” Pekik Adarma memberi amaran

“Tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah ayah…” berlinang air mata Rania ketika ini.

Sekali lagi wajah Rania ditampar. Namun gadis itu tetap mengulangi ayat yang sama

“Kau sudah gila Rania!!!!.” Pekik Dierja. Suasana kembali senyap

“Kalau begini sikap kau, kau yang perlu keluar dari sini…” tajam Adarma berkata. Sinis dia bersuara

“Yee… ye… ye.. lepas tu korang boleh packing barang dan keluar dari sini pula.” Ujar Shah

Kesemua mereka berpaling kebelakang melihat beberapa lagi orang luar yang hadir tiba-tiba. Inspektor Shah jalan bersahaja melihat ahli kampung yang ada. Rasanya dulu masa dia pergi. Langsung tidak ada sesiapa. Hutan itu kosong!

“Tak payah tengok aku macam tu… Encik Adarma bin Mat Sood… sila ikut kami ke balai polis sebab ada beberapa hal yang perlu kami tanya.”

“Kau!!!.” Adarma memandang anaknya Rania. “Kau belot!!!.” Kali ini dia menolak Rania.

Rania yang membocorkan tentang penempatan mereka semua. Dia tidak sangka langsung sanggup Rania berbuat begitu

“Ayah… ayah tolong bagi kerjasama yah…”

“Biadap!!!!.” Sekali lagi dia menampar Rania. “Kau anak tak guna!!! Kau anak tak kenang jasa!!!!.”

“Saya tak boleh ikut selagi ianya melanggar undang-undang negara dan islam yah….” Rania bersalam dengan kedua ibu bapanya mencium tangan mereka berkali-kali walaupun dia tahu apa yang dilakukan mereka salah.

“Saya taat pada ayah dan ibu, tapi jika melanggar apa yang sepatutnya saya terpaksa ingkar.”

Adarma dan Dierja menarik tangan mereka. Tidak mahu bersentuhan. Malah menjauhkan diri. Perasaan sayang itu bertukar benci!

“Akib lepaskan aku…” Pujuk Kisya perlahan. Sebaik sahaja Akib ingin membantu, cepat Adarma menolak anaknya lantas pisau tadi diangkat tinggi, Untuk menikam Kisya.

Shah melepaskan tembakan mengenai tepat tangan Adarma. Terpelanting pisau dalam pegangan. Adarma benar-benar terkejut. Matanya merah memandang anaknya. Rania hanya diam membantu.

Rasa takut, bersalah, segan semua ada

“Raniaaaa…. aku tak akan memaafkan kau…” Adarma mengetap giginya. Tidak lama selepas itu barulah beberapa anggota polis lain datang. Mereka semua mengelilingi kawasan tersebut.

“Rania…. kau yang memulakan permusuhan ini!.” Perasaan hatinya mula membara. Terasa dianiaya. Walaupun berkali-kali anknya meminta maaf namun tidak juga Adarma Peduli. Dia rasa terhina. Dia ketua namun anak sendiri yang berpaling tadah. Semuanya musnah hari ini!!

Inspektor Yusuf dan Shah menahan Adarma dan isteri atas kes bersubahat dalam Pembunuhan beberapa gadis sebelom ini. Malah Adarma mengaku dan beberapa penduduk kampung juga mengaku perkara yang sama apabila mereka menjadi saksi.

Adarma dan Dierja dibawa menaiki kereta polis, Raif turut dituduh bersubahat. Manakala warga yang lain akan dihantar ke pusat agama berdekatan dalam proses membetulkan fahaman dan kepercayaan mereka. Kisya dilepaskan dan wanita itu memeluk Ayahnya Borhan.

Kisya menangis bersungguh, tidak mahu melepaskan lagi. Terasa nyawanya hampir hilang tadi.

Adarma tidak lepas memandang Rania… matanya tajam menerkam! Dierja yang menangis teresak-esak itu meronta tidak mahu ditangkap.

Masih lagi Akib berdiri tegak. Tegaskan hati agar dia tidak menangis. Turut memandang ibu dan ayahnya.Dia tahu perbuatan ibu bapanya salah dan dia tidak boleh lemah sekiranya dia mahu berada di landasan islam yang betul. Yang salah tetap salah. Jenayah perlu dihukum

Sebaik sahaja semua kenderaan pergi meninggalkannya. Akib mengajak mereka yang lain pulang. Dia berjalan mendahului. Mereka semua tahu tentang perasaan Akib sekarang ini. Lantas dibiarkan agar dia dapat memujuk diri.

Borhan sangat bersyukur, kalau tidak atas bantuan Akib tentu sahaja dia tak tahu apa yang terjadi pada Kisya.


 

ENAM BULAN KEMUDIAN…

Kampung Kencana Sakti

Kisya menutup album, selesai melihat gambar kenangan waktu dia kecil. Melihat Adarma dan Dierja ditangkap, Dia faham benar tentang perasaan Akib. Sudah tentu sekarang Akib sedang bersedih

Kepalanya menjengah luar, melihat kedua ibu bapanya sedang bergurau senda. Bibirnya tersenyum.

Dari jauh kelihatan Dali berjalan menghampiri rumah. Suka betul dia. Ya! Dali itu memang baik dan sebenarnya dia selesa dengan lelaki itu

“Dah smpai pun!.” Lama Kisya menunggu lelaki itu. Katanya mahu datang awal pagi. Sekarang sudah petang.

Dali bersalam dengan kedua orang tua Kisya. Malah Borhan tidak pernah melarang pon perhubungan mereka. Baginya apa yang terbaik untuk Kisya. Baiklah untuk mereka.

“Hye…” Sapa Dali perlahan sebaik melihat Kisya di depan pintu. Dia duduk di ruang depan rumah. Borhan dan isterinya tidak mahu mengganggu lantas dia membiarkan dan mereka sambung berbual

“Dari mana ni Dali!” Tanya Kisya

“Rumah….”

Kisya siap berhias cantik. Suka betul Dali melihat. Lawa! Kata hatinya dari dulu sama, Kisya seorang gadis yang istimewa.

“Awak nampak hensem..” Kisya ketawa malu. Perbualan mereka sekadar berkisar tentang hal berkaitan dan sebenarnya Kisya mula suka kan lelaki itu

Disebabkan dulu Dali juga pernah meluahkan perasaan yang sama, Kisya masih belum
Pernah memberi jawapan lagi. Cuma sekarang ini dia mula terasa berbelah bagi. Tidak salah untuk dia menyintai Dali sedangkan lelaki itu juga tidak ada cacat celanya

“Fikir apa tu Sya….” Dali mengulum senyum

“Haaaaa tak ada apa… saya suka dengan awak Dali.” Tidak malu untuk Kisya mengaku

“Yaaaa…. saya pon suka berkawan dengan awak Kisya….”

Cuma, perbualan kali ini tidak nampak seperti biasa. Agak terasa hambar juga. Namun Kisya tidak terasa hati. Dia sekadar meredakan suasana dengan perbualan kosong agar Dali tidak terasa janggal

Hilai ketawa dari Borhan dan isteri mengambil tempat perbualan mereka. Dali ketawa melihat kebahagiaan dua pasangan itu. Sesekali dia menjeling Kisya yang masih leka melihat ibu bapanya

Rasanya hari ini Dali perlu berterus terang dengan Kisya. Ya! Dia akui, Kisya cantik dan menarik. Namun hatinya bukan untuk wanita itu.


Dalam ruang sel yang gelap, Adarma duduk sendiri. Memeluk kedua kakinya. Sesekali dia menjeling apabila mendengar suara halus yang berbisik

“Siapa kau!!!.” Tangannya dihulur, menghalau mereka semua

“Pergiii!!!!!.” Jeritan itu bergema. Dan Adarma bersikap begitu sejak Kebelakangan ini. Sering melihat perkara yang bukan-bukan. Dari awalnya dia sentiasa membaca dan memuja seruan nenek
Moyangnya. Namun di dalam dinding jeriji besi itu. Dia tidak boleh menembusi hijabnya sendiri

Berkali-kali Adarma mencuba. Tidak pernah berjaya. Malah, dia sering didatangi oleh makhluk ganjil. Bacaan al-quran yang dilagukan oleh banduan lain mengganggu kosentrasinya. Dia panas!! Badannya rasa terbakar!

Lama kelamaan tingkahnya diabaikan.

Adarma memicing mata. Melihat ke arah sudut dinding beberapa bayangan berbentuk seorang wanita memandangnya. Adarma menutup mata. Memencil diri. Kadang-kadang dia menangis. Kadang-kadang dia ketawa. Nanti ada masanya dia memaki dan mengaku dirinya tuhan

Sudah banyak kali dia bercakap yang bukan-bukan. Katanya dia akan terlepas dari hukuman yang dikenakan. Banduan lain menganggap Adarma gila. Mereka menjauhkan diri jika di dalam sel yang sama. Akhirnya Adarma diletakkan dalam sel yang berasingan.

“Pergiiiii!!!! Pergii!!!!.” Tengking Adarma. Bukan lagi suatu yang aneh bagi mereka yang mendengarnya

Suara gadis itu ketawa menyebabkan Adarma terbuntang mata. Dia tidak melihat sesiapa. Dia berseorangan

“Jagan kacau aku!!! Aku seru nama moyang ku….” Adarma mengangkat tangan memuja seruan roh.

“Pulangkan aku….” tiba-tiba suara itu merayu. “Pulangkan aku…..” bayang-bayang itu menghulur tangan meminta pertolongan. Rohnya begentayangan tidak aman. Dia perlu pulang ke alam asalnya. Namun seruan itu memanggilnya dan dia mati tanpa jasad yang sempurna

“Kau dah mati!!!!”

“Pergi!!!!!.” Adarma menolak-nolak tangannya tidak mahu diganggu

“Pulangkan aku!!!.” Bayang-bayang itu menerkam.

Adarma yang terkejut lantas bersandar di dinding, menangis semahunya. Meminta tolong.

“Dia datang lagi! Dia datang lagi!!!!! Dia kembali!!!! tolong aku!!!!! Mereka kembali cari aku.” Bagai orang gila Adarma kini. Pintu pagar besi sel itu digoyangkan, meninggalkan bunyi bising yang bergema.

Dia menoleh kebelakang, banyak roh yang memandangnya, masing-masing memandangnya tajam. Kesemua roh itu seolah-olah tidak berhenti mengejarnya. Dia menjerit dan terpekik. Namun tidak ada siapa yang peduli.

Dia sendiri. Dia sepi. Tidak ada sesiapa di sisi!


Dalam diam, Akib tidak lepas berfikir soal kedua orang tuanya. Dia ada datang menjenguk namun mereka tidak mahu berjumpa dengannya. Akib mengusap wajah.

“Hui!! Termenung jauh.” Dali duduk tidak jauh dari rakannya. Dia baru sampai. Akib tersengih memberi laluan, dia menepuk tempat di sebelahnya agar Dali boleh duduk bersebelahan.

“Tak payahlah, tak manis pula rasa.”

Akib tergelak. “Eh! Bukan ke kau cakap nak jumpa Kisya?.”

“Dah jumpa….petang tadi…” Dali mengurut tengkuknya yang terasa letih.

“Sooo??.” Akib berwajah gembira. Dia tahu yang Dali sudah lama menyukai gadis itu dalam diam.

“Errr…..”

“Errrrr????.” Akib mendepa tangan. “Macam mana? Kisya ok??? Kisya terima??? Bila bertunang???.” Akib ketawa sendiri. Dia suka melihat rakannya gembira

“Entahlah…..” Dali tersenyum

“Entah?? Maksud kau Kisya menolak? Mana mungkin!!! Dia sering bercakap tentang kau Dali. Dia sukakan kau…” Pujuk Akib bersungguh

Dali malas melayan. Dia tetap tersenyum. Tidak ada jawapan. Suasana diam seketika. Hanya bunyi unggas sahaja kedengaran. Rida duduk tidak jauh. Dia mengurut kakinya yang sakit. Sejak Raif dipenjarakan, tidak ada lagi masalah lain yang timbul. Tidak ada lagi kes kecurian yang berkaitan. Kalao tidak, jenuh juga Rida menjawab dengan orang kampung

“Akib…..” Panggil Dali. Wanita itu cepat berpaling.

“Kenapa?.” Dia mengangkat kedua keningnya menunggu kata-kata seterusnya

“Panjang dah rambut kau.” Dali tergelak. Akib menolak rambutnya kebelakang dengan kedua belah tangan. Gayanya agak ranggi dengan kemeja kotak-kotak. Perkara itu membuatkan Dali tersengih lagi.

“Bukan macam tu caranya Kib….” Dali menghampiri, duduk sebelah, sedikit rapat, cuba mendekat. Tangan kanannya membelai rambut Akib perlahan, mengajar agar wanita itu boleh bersikap seperti perempuan lain. Jari jemarinya mengusap lembut halaian rambut gadis itu. Membelai perlahan, lantas dia tersenyum memandang. Mata mereka bertentang dan Akib menunduk tidak berani memandang.

Akib cukup sempurna!

“Selamat kembali…” Dali tersenyum, lalu duduk menjauh semua. Dia sebenarnya tidak mengenali sangat wanita di hadapannya, namun Akib seorang yang menarik, ada tarikan sendiri, tidak sama macam wanita lain, tapi… sangat selesa apabila berkawan.

“Akib…boleh… kita berkenalan semula?.”

Wanita itu tercengang. Namun dia mengangguk

“Nama aku Dali, Dhazali….” Dia menghulur tangan untuk bersalam. Lama juga menunggu agar wanita itu sudi menerima. Masih lagi dia menghulur, walaupun gadis itu teragak-agak.

“Aku Rania, Rania Hani…..” Salam Dali tadi bersambut perlahan.Nampak wajah Rania menunduk dan Dali ketawa kecil.

Dali tahu Rania malu…

Dali suka Akib, tapi dia lebih suka Rania lagi. Dan malam itu mereka sekadar berbual mesra. Bagi Dali dia lebih selesa dengan gadis itu dan mungkin… ya mungkin…. siapa tahu satu masa, dia akan jatuh cinta…

-Tamat-

Nasa Yusuf – 22.1.2018 / 18.00 – Khamis

**Terasa nak sambung pula cerita thriller antara Akib dan Dali.. hurmm fefeeling cinta

**Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Tiada lagi iklan menganggu,kini 1 unit iklan sahaja dalam web FS. Web Makin laju. Jika rasa iklan menarik perhatian anda, mohon view untuk support web FS. TQ
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Support FS

8 comments

  1. TERBAIKLAH NASA!!!WALAUPUN FIKSYEN!CERITA ANDA SATU PUN TAK PERNAH MENGECEWAKAN!!SYABAS!!SAMBUNGLAH LAGI…..

  2. Dali suka Akib,(Kunyit Wanabe) tapi dia lebih suka Rania lagi. (Kunyit beralih ke jalan yang benar)

    10/10 segala plot yang kau twist sangat merangsang sel otak aku utk berhubung.. Untuk cerita yang best ni aku abaikan segala typo kau.. Aku maafkan segalanya..

  3. penulisan #nasa xpenah mengecewakan.. Jujur disebabkn story line yg cantek, sy gagal mengesan typo anda Puan!!!👍👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.