Nek Salmah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat setia FS. Nama aku Dean dan aku nak share sikit cerita yang ibu aku selalu ceritakan kepada kami adik beradik ketika waktu kami kecil. Cerita disini adalah cerita pengalaman daripada ibuku, jika mendapat sambutan aku akan menulis lagi kisah yang lain. Aku gunakan ganti diri aku sebagai ibuku.

Aku sebagai ibuku, kecoh 1 kampung yang Nek Salmah bidan telah meninggal dunia pada pagi tadi. Orang tuaku memberi peringatan kepada aku serta adik beradik yang lain agar duduk dirumah kerana mereka perlu menghadiri majlis pengebumian arwah Nek Salmah yang terletak jauh disebelah tengah kampung. Rumah orang tuaku pula berada diseberang sungai kecil dan bertitikan batang kayu balak sahaja. Rumah aku dikelilingi pohon-pohon buah dan sejuk suasananya dan terletak agak jauh dari jiran yang lain.

Kebetulan aku tinggal bersama 4 adik aku yang kecil daripadaku dan aku hanya berumur 10 tahun ketika itu. Jadi segala pesanan dan peringatan daripada orang tuaku perlu aku lengkapkan. Menjelang waktu tengahari kami berlima mula rasa lapar dan aku perlu hidangkan makanan yang telah disediakan oleh orang tuaku. Kami berlima makan berselera walaupun lauk pauk kampung dan ala kadar biasalah kami hidupnya susah.

Masing-masing masih lagi berselera dengan hidangan yang masih banyak dalam pinggan tiba-tiba aku terdengar seakan-akan ada orang ketawa kecil diluar pintu. Pada mulanya aku sangkakan adik-adikku tetapi aku lupa yang kami semua tengah menjamu selera sekarang. Selain daripada kami tiada lagi jiran yang akan datang ke rumah kami melainkan ada hal penting. Mulanya aku cuma fokus pada hidangan aku dan apabila semua 4 orang adikku mula merapat kepada aku, aku sebagai yang paling tua perlu berpura-pura kuat untuk mengawal keadaan dalam rumah sedangkan tuhan sahaja yang tahu apa yang terbuku dalam hatiku. Adik-adik aku mula menangis teresak-esak ketakutan dan aku cuba tenangkan mereka. Ketawa kecil diluar rumah semakin lama semakin jelas didengari kami. Semakin dekat dengan pintu hadapan rumah. Kami berlima bergegas makan dan berjalan perlahan-lahan ke bilik orang tuaku kerana bilik orang tuaku bersebelahan pintu masuk rumah.

Tujuan aku ke bilik orang tuaku adalah untuk melihat apa yang berlaku diluar. Dari bilik orang tuaku ada lubang kecil yang membolehkan aku untuk melihat apa yang berlaku diluar dan alangkah terkejutnya aku yang ketawa kecil diluar rumah adalah Nek Salmah yang sedang duduk diatas tangga kayu rumah orang tuaku. Rumah orang tuaku mempunyai tangga yang tinggi. Sambal digoyang-goyangkan kakinya berbaju kurung kedah bewarna hijau kali terakhir Nek Salmah datang ingin meluahkan rasa sakit badannya kepada orang tuaku. Memang aku kenal sangat dengan Nek Salmah peramah orangnya tetapi tidak buatku kali ini kerana aku tahu dia sudah meninggal pagi tadi.

Sedikit keliru fikiranku dan takut bagaimana orang yang meninggal masih boleh lagi berada dihadapan rumahku. Nek Salmah adalah bekas perawat tradisional dikampungku dan terkenal namanya. Perasaan takut aku menjadi-jadi apabila Nek Salmah seakan-akan tahu aku sedang melihatnya daripada lubang bilik orang tuaku. Bila aku melihatnya semakin kuat bunyi ketawanya dan lebih mengerikan apabila wajah Nek Salamah berpaling tepat ke lubang yang disitu anak biji mataku. Hampir gelap dunia aku bila melihat mata Nek Salmah seakan biji saga merahnya dan mulutnya penuh dengan cairan hitam smbil ketawa kecil. Adik-adikku menangis ketakutan dan kami berpelukan sesame kami. Aku berdoa agar orang tuaku segera pulang ke rumah.

Tiba-tiba aku terdengar panggilan daripada Nek Salmah “cuuuuu…. bukalah pintu cuuuu… nek lapar cuuuu… hihihi ketawa kecilnya”. Kami berlima berpelukan menggigil bila terdengar panggilan daripada Nek Salmah. Aku berdoa agar cepat panggilan tersebut hilang tetapi cakaran didinding rumah yang kami perlu lalui. Daripada hadapan rumah hingga ke dapur. Sambil ketawa kecil yang tidak putus-putus serta panggilan “cuuu… nek lapar cuuu”. Hampir 30 minit anggaranku segala bunyi yang ada semakin hilang dan kami berlima masih lagi tidak berani keluar daripada bilik orang tuaku. waktu menginjak petang kami masih menunggu orang tuaku hingga kami mendengar suara ayahku memanggil agar kami membuka pintu rumah.

Saat kedua orang tuaku melihat kami berlima mereka seolah-olah tahu apa yang terjadi kepada kami. Orang tuaku meminta maaf kerana lambat sampai ke rumah kerana majlis pengebumian berlaku perkara yang tidak diingini. Mak segera ke dapur dan melihat nasi yang kami belum habiskan seakan busuk hancur seperti nasi basi. Ayah sempat merungut “melampau sunguh hingga rezeki orang pun nk diusik’’. Banyak lagi kejadian yang berlaku pada jiran yang lain. Sejak daripada itu mak dan ayah tidak akan tinggalkan kami berlima dirumah hingga keadaan menjadi reda. Hinggakan ada orang kampung terpaksa mendayung perahu yang ditumpangi hantu jelmaan Nek Salamah.

Ayah dan penduduk kampung lain berpakat untuk membuat upacara menghalau hantu Nek Salamah semula ke kubur dan menutup segala lubang kubur yang ada. Sejak daripada itu tiada lagi tawa hilaian daripada Nek salmah yang mengerikan. Aku yang pada waktu itu Cuma melihat mendengar sahaja apa berita yang diceritakan oleh orang kampung. Pada waktu itu amalan-amalan perubatan tradisional kebanyakan memerlukan bantuan jin dan syaitan jadi bagi aku tidak pelik jika timbul berbagai isu. Disini sahaja kisah Nek Salmah. Sekian semua.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Nek Salmah”

Leave a Comment