Salam sejahtera semua. Terima kasih FS kerana telah menyiarkan cerita pertama saya, Nek Sera. Kita sambung dari hari pengebumian Nek Sera…
Setelah semua penduduk rumah panjang bersetuju untuk mengebumikan Nek Sera pada awal pagi esoknya, persiapan pun dibuat. Keranda untuk menempatkan Nek Sera pun dibuat pada malam itu juga. Mengikut kepercayaan lama orang Iban, mayat harus keluar dari rumah panjang dan dihantar ke tapak pengebumian sebelum ayam berkokok dan matahari terbit. Ini mengelakkan agar rumah panjang tidak “panas” dan tidak ditimpa apa-apa musibat. Bukan itu sahaja, kubur tempat pengebumian juga amat jauh, menggunakan perahu 2-3 jam dan mendaki bukit. Setelah segala persiapan telah siap, datuk ibu saya, aki Tawang(bukan nama sebenar) dan 2 orang adik beliau, aki Lampi dan aki Jinggut (bukan nama sebenar) pun duduk berhampiran dengan mayat Nek Sera bagi memastikan tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Ketika ini, tangan Nek Sera telah dibalut dengan rotan, bagi mengelakkan kuku jari nya melingkari tubuhnya . Kuku Nek Sera masih tumbuh, panjang dan runcing. Aki Tawang, membakar kemenyan dan membaca mentera manakala adik-adik beliau membalut badan Nek Sera dengan rotan sambil membaca mentera,”memagar” tubuh Nek Sera. Ibu saya pada masa ini diarahkan Aki Tawang untuk duduk sahaja di dalam bilik dan jangan keluar, begitu juga dengan anak gadis yang lain. Suasana suram, sejuk dan menakutkan menyelubungi rumahpanjang…
Tiba-tiba, kedengaran suara nyaring bayi menangis. Semua penduduk yang berada di “ruai ” tersentak dan mula cemas. Anak-anak gadis yang berada di bilik, meluru keluar, begitu juga dengan ibu saya, dalam ketakutan kerana seraya dengan suara tangisan bayi itu, hilaian ketawa pontianak kedengaran di bawah rumah panjang. Hilaian tersebut amat menakutkan dan bersahutan di sekeliling rumah panjang. Bunyi haiwan peliharaan juga turut mengamatkan suasana malam yang sunyi itu. Ibu saya melirik ke muka Nek Sera…kali ini Nek Sera tidak tersenyum tetapi menyeringai…dengan mata terbuka!!! Ibu saya lalu menjerit dan terketar-ketar menangis. Semua yang berada di ruai bertempiaran lari masuk ke bilik masing-masing, dan hanya tinggal aki Tawang, Aki Lampit , Aki Jinggut, dan ibu saya. Ibu saya kerana terlampau takut, terkaku sahaja sambil terketar-ketar ketakutan. Mata Nek Sera terbuka, tepat memandang muka ibu saya sambil menyeringai. Aki Tawang, melihat Nek Sera telah membuka mata, segera mengambil segenggam garam dan melontar garam tersebut ke arah Nek Sera, secara automatik, mata Nek Sera tertutup dan muka beliau kembali seperti biasa. Hilaian pun terhenti secara tiba-tiba. Suara bayi menangis pun sudah berhenti, rupa-rupanya anak Nek Sera yang menangis. Menurut, ibu Nek Sera, bayi Nek Sera tiba-tiba menangis dan bila diperiksa, cakaran halus di kedua-dua lengannya. Aki Tawang kemudiannya mengarahkan supaya bayi Nek Sera dibawa ke bilik Aki Tawang dan dijaga oleh isteri beliau untuk sementara waktu.
Setelah semuanya kembali seperti sedia kala, beberapa orang penduduk rumah panjang keluar dari bilik masing-masing dan mula berkerumun di sekeliling mayat Nek Sera. Muka mereka masih cuak dan takut tapi semua tidak sampai hati melihat hanya 4 orang yang menjaga mayat Nek Sera, termasuk ibu saya sendiri. Akibat takut kejadian berulang, Aki Tawang dan Ketua Rumah Panjang bersetuju untuk berangkat awal membawa mayat Nek Sera ke tanah perkuburan. Hanya, penduduk lelaki sahaja dibenarkan untuk menghantar mayat Nek Sera ke tanah perkuburan, manakala yang wanita diarahkan untuk menjaga bayi Nek Sera.
Kejadian pelik juga berlaku semasa menyimpan mayat Nek Sera ke dalam keranda. Selalunya, 5 lelaki dewasa boleh dengan senangnya mengangkat mayat wanita dewasa, namun lain pula dengan Nek Sera, walaupun 8 orang lelaki, masih terasa susahnya..mayat Nek Sera sangat berat. Kuku Nek Sera yang panjang dan tajam mencakar lengan dan tangan lelaki-lelaki yang mengangkat Nek sera . Setelah bersusah payah, Nek Sera berjaya dimasukkan ke dalam keranda dan keranda itu pun dipaku. Sekali lagi penduduk terkejut! Kedengaran bunyi mengetuk dari dalam keranda Nek Sera. Semua berpandangan, namun nasib kali ini tiada yang lari. Ketukan bertalu-talu diiringi dengan bunyi cakaran di dalam keranda. Aki Tawang lantas mengambil segenggam garam dan melontar garam ke arah keranda Nek Sera. Lantas bunyi ketukan dan cakaran terhenti.
Tanpa berlengah lagi, Aki Tawang terus mengarahkan agar mengangkat keranda Nek sera dan keluar dari rumah panjang secepat mungkin. Rombongan tersebut tergesa-gesa menuruni tangga dan bila sampai ke tanah, sekali lagi terkejut. Semua binatang peliharaan, ayam, itik ,khindzir malah anjing peliharaan mati bergelimpangan. Badan penuh dengan cakaran, ada yang terburai perut, sangat mengerikan. Beberapa orang pemuda yang ketakutan, tidak mahu menyertai rombongan aki tawang, tetapi setelah dimarahi Aki tawang dan Ketua rumah panjang, dengan terpaksa pemuda-pemuda ini turut serta, namun mereka memilih untuk berjalan di tengah-tengah rombongan!
Memandangkan untuk ke tanah perkuburan, rombongan ini terpaksa menaiki perahu panjang selama 2 jam, keranda nek sera diletakkan di perahu yang pertama dan hanya 5 orang sahaja yang menjaga keranda ini, termasuk Aki Tawang, Aki Lampit ,Aki Jinggut ,aki Jusip(suami Nek Sera)serta ketua rumah panjang. Yang lainnya, menggunakan 2 buah perahu di belakang. Dalam keheningan pagi, rombongan ini bergerak perlahan-lahan sambil ditemani dengan lampu pelita.
Menurut Aki Tawang bercerita dengan ibu, setelah hampir 2 jam berkayuh, akhirnya mereka sampai. Perlahan-lahan, mereka mengangkat keranda Nek Sera dari perahu dan memulakan perjalanan mendaki bukit menuju tapak pengebumian. Belum pun 20 langkah, tiba-tiba ketukan dan cakaran kedengaran dari dalam keranda, dan bunyi hilaian kedengaran di sekeliling rombongan. Aki Tawang dan adik beradiknya berpandangan. Muka penduduk yang mengangkat keranda Nek Sera pucat, takut. Bunyi hilaian semakin kuat kedengaran, begitu juga dengan ketukan dan cakaran dari dalam keranda. Tiba-tiba, kedengaran bunyi dengungan yang mula-mulanya perlahan kemudian semakin kuat…Aki Tawang dan adik beradiknya, tercari-cari dari mana datangnya dengungan itu, bila tiba-tiba, rombongan tersebut diselubungi lebah yang banyak, memandangkan hari masih malam, lebah tidak kelihatan,hanya bunyi dengungan sahaja kedengaran bersama dengan jerit pekik rombongan disengat lebah. Oleh kerana tidak dapat menahan sakit, kumpulan yang mengangkat keranda Nek Sera, mencampak keranda Nek Sera ke tepi semak dan melarikan diri dari sengatan lebah, termasuk Aki Tawang dan adik beradik beliau. semua bertempiaran lari dan terjun ke dalam perahu melarikan diri dari lebah yang menyengat tadi…Aki tawang menjerit kepada semua agar balik ke rumah panjang bagi mengambil topi , tikar dan apa-apa alatan yang boleh dijadikan ‘perisai” dari sengatan lebah. Maka bergerak lah rombongan tadi balik ke rumah panjang. Bila sampai di rumah panjang, hari hampir subuh. Setelah mengambil alatan yang diperlukan, rombongan itu tadi, bergerak semula ke tapak pengebumian bagi menyelesaikan proses pengebumian Nek Sera. Kerana kepenatan, masa yang diambil agak lama, setibanya di destinasi, hari telah siang. Masa ini, ketakutan juga telah hilang di kalangan rombongan, apa yang penting, Nek Sera harus dikebumikan!!..
Sampai sahaja rombongan di tempat mereka mencampakkan keranda Nek Sera, tiada lebah yang kelihatan namun yang menyeramkan , kaki dan bahagian atas badan Nek Sera terkeluar dari keranda.!! Bahagian tengah badan Nek Sera masih berada di dalam keranda!!Nek Sera telah membesar dari tubuh asalnya. Kukunya yang panjang dan runcing telah melingkar membalut tubuhnya, kukunya terkeluar daripada lilitan rotan..Bibir Nek Sera tersenyum, merah menyala…
Aki tawang, Aki Lampit dan Aki Jinggut bila melihat kejadian ini, terus mengambil tikar yang telah mereka bawa dari rumah panjang, membalut Nek Sera bersama-sama dengan kerandanya dengan tikar tersebut. Ketua rumah panjang terus mengarahkan yang lain untuk cepat-cepat menggali lubang tidak jauh daripada situ. Setelah lubang 6 kaki tersebut siap digali, Nek Sera pun diturunkan ke dalam lubang, bila keranda Nek Sera menyentuh tanah, tiba-tiba keranda Nek Sera bergerak-gerak, malah kaki dan tangan nek sera pun seperti hendak keluar dari keranda!..Aki Tawang cepat-cepat mencampak garam dan daun pandan yang berduri(ada tumbuh di sekitar tempat itu) ke atas keranda Nek Sera. Suasana kembali tenang. Aki Tawang cepat-cepat mengarahkan agar keranda Nek Sera dikambus dengan cepat. Selesai kubur Nek Sera dikambus tanah, Aki Tawang pun meletakkan garam di sekeliling kubur Nek Sera dan menyuruh semua balik dengan cepat ke rumah panjang kerana Aki Tawang dapat rasakan yang Nek Sera akan mengamuk !
Setelah rombongan sampai di rumah panjang, Aki tawang menyuruh semua penduduk untuk menabur garam di sekeliling rumah panjang mereka dan mengarahkan agar semua penduduk untuk mandi lebih awal dan jangan keluar selepas senja. apa lagi, semua penduduk dengan penuh ketakutan, melaksanakan sahaja arahan aki tawang. manakala bayi Nek Sera, disuruh Aki Tawang dibawa lari ke tempat lain oleh suami Nek Sera, Aki Jusip. maka, pindahlah aki Jusip bersama bayinya ke luar dari rumah panjang. Ini dilakukan menurut kata Aki Tawang, agar bayi tersebut tidak diapa-apakan oleh Nek Sera kerana dia akan kembali untuk anaknya.
Ibu saya bercerita kepada saya, Nek sera benar-benar mengamuk…hari itu, Nek Sera balik ke rumah panjang ..malah Nek Sera tidak menunggu malam, jam 4 petang hilaian ketawa yang dipercayai Nek Sera sudah kedengaran…memang seram..hilaian Nek Sera dapat didengar hingga ke rumah panjang sebelah…peristiwa ini berlaku berbulan-bulan..di dalam tempoh ini, penduduk rumah panjang banyak kehilangan haiwan peliharaan kerana dibnuh oleh Nek Sera. Nek Sera mengganggu penduduk rumah panjang bertahun lamanya walaupun pelbagai cara dilakukan untuk menghalang kejadian amuk Nek Sera. Setelah sebahagian besar penduduk rumah panjang menganuti agama kristian, gangguannya perlahan-lahan beransur lenyap, namun jika ada keturunan Nek Sera yang mati beranak (keturunan daripada satu-satunya anak lelaki Nek Sera), gangguan akan kembali untuk sementara waktu, iaitu mungkin selama mayat berada di rumah panjang, hilaian pontianak akan kedengaran. Malah ada orang-orang tua(elders) yang tinggal di rumah panjang bermimpi Nek sera muncul di dalam mimpi mereka mengatakan bahawa dia yang “mengambil” nyawa keturunannya yang mati beranak untuk dijadikan temannya. Malah 2 tahun lepas, sepupu saya yang juga merupakan cicit saudara kepada Nek sera telah meninggal dunia setelah bersalin anak pertama dan ada yang bermimpikan Nek Sera yang menyatakan bahawa sudah cukup temannya kerana keturunan yang diambilnya sudah lengkap dan dia tidak akan mengganggu kehidupan keturunannya selepas itu. Angkara Nek Sera, saya dan keluarga telah kehilangan 7 ibu muda yang meninggal semasa bersalin termasuk 2 orang isteri baru suaminya Aki Jusip. Semoga Nek Sera tidak lagi menghantui keluarga kami. Begitulah cerita Nek Sera yang benar-benar terjadi di dalam keluarga saya, seperti yang diceritakan oleh ibu saya.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
😱one of the creepiest I have ever read
Menakutkan..semoga roh Nek Sera akan aman dan tenteram selepas ni..
Best cerita nuan. Takut ku maca. Seram ndar neh. Dini alai menua kita tu?
ok memang seram good job
Best sangat. Lama tgu smbugan. Tpi terfikir gak, knpa nek sera jd mcm tu? Dia amal ilmu sesat ke? Smpai ktrunan dia pn kena. Ke smua ni prmainan Koklir yg ada di skitar rumah panjang?
kalaulah ada pengarah filem yg baca kisah ni kan best, kompom seram giler kalau dibuat movie ni
seramshit! huwaaa
Seram beb…kalah citer Nang Nak kt Siam tuh…teman x dpt nk bayangkan camner keadaan penghuni umah pjg ms tu…best citer ni …
mayat Nek Sera jadi macam tu sebab die mengamuk ke? atau masa hidup dia ada buat amalan apa2?
Wah, memang seram dan best cerita ni. Nak tau juga kenapa Nek Sera jadi macam tu? adakah kerana mengamalkan ilmu hitam, melanggar pantang atau jadi mangsa buatan orang?
Aki Tawang seperti orang yang berilmu, kalau ada cerita lain dari pengalaman beliau harap penulis dapat kongsikan
selalunya sebab koklir yg memang sedia ada kat sekitar rmh pnjg tu. benda mcm tu mmg suka kalau ada kematian mcm tu, seolah-olah bgembira dgn kehadiran ‘teman baru’. Dulu-dulu mmg kalau ada kematian mcm tu, msyrkt iban takut si mati jd koklir.
kalau part yg smpai kacau keturunan lepas2 tu rasanya sebab si mati xnak mati sorg2 dlm keadaan mcm tu. even zmn skrg pun msih ada jd wlaupun xmlibatkan cara kematian yg sama. di rmh pnjg sy, gara-gara buka tnh baru utk jadi tempat kubur menggantikan tempat kubur yg lama, dlm msa setahun smpai 5 org dh mati dlm rmh pnjg yg sama. org rmh pnjg ada dpt mmpi yg pnunggu tanah tu nak 7 nyawa sbb kacau tmpt dia. 7 nyawa tu mcm jd pnduduk awal di tmpt kubur baru itu. Lps genap 7 nyawa baru keadaan jd normal balik.
kisah mcm dalam filem horror
btw apa2pun meremang i..
Best&seram sungguh kisah penceritaan ni….kalau ada kisah2 yg lain,boleh sharekan lg ye?…tq byk2 utk pkongsian cerita ni..
Banyaknye stok garam.Boleh jadi pembekal garam tu..
gile mengganas nek sera. tu lah mase hidup asik nak marah je… dah mati pun panas baran lgi.
Memg sangat setuju kalau cerita nindpt difilemkan. Kalah Nang Nak. Lepas bca cerita keseraman dia sangat terasa. Dpt rasa.mcm mana keadaan penduduk rumah pkg masa tu lebih2 lagi zaman dulu tiada kemudahan spt sekarang.