Assalamualaikum kepada para pembaca fiksyen shasha. Aku selama ni jadi silent reader je dekat sini tapi entah kenapa kali ni aku tergerak hati untuk hantar cerita dekat sini.
Cerita ni kalau ikutkan tak adalah seram sangat tapi disebabkan gangguan tu berlaku dekat anak buah aku yang masih kecil dan tak tahu apa-apa, so agak seram jugak lah.
Almaklumlah, budak kecil kan orang cakap boleh nampak benda-benda halus ni sebab mereka ni masih suci dan bersih. Sebab tu, orang cakap benda-benda halus ni suka dekat budak kecil. Okey…cukuplah dengan mukkadimah tu. Cerita bermula macam ni.
Kami sekeluarga berhajat pulang ke kampung halaman arwah mama di Perak (lokasi dirahsiakan) untuk melawat kubur arwah atuk dengan arwah nenek masa tu. Bulan berapa tak ingat. Mungkin 2 bulan yang lepas? Okey.
Nak dijadikan cerita, kawasan kubur tu kubur lama. Tak secantik kubur zaman sekarang. Sangat besar bezanya. Kawasan kubur baru sangatlah teratur dan cantik. Ibarat masuk ke dalam taman. Berbeza dengan kawasan kubur lama.
Setiap kubur letaknya tak teratur dan berterabur, penuh dengan semak samun. Ada kubur terletak dekat dengan pintu masuk kubur tu. Betul-betul sebelah pagar masuk sampai rasa bersalah nak pijak sebab cuma ada batu tanda tapi tak ada pasaknya.
Sunyi memang sunyi lah dan kawasan kubur tu bersebelahan dengan hutan, batu nisan ada yang senget, ada yang dah tumbang menambahkan lagi suasana seram dekat situ.
Fast forward, kami tak jumpa kubur arwah atuk dengan arwah nenek sebab kubur tersebut dah lama dan tujuan kami balik pun sebab kami nak buat baru kubur arwah nenek dan kami pun tunggulah saudara arwah nenek dekat kawasan kubur tu sebab sampai ke sudah tak jumpa-jumpa.
Aku pun memerhatikan kawasan sekitar kubur tu dan aku terpandang satu pokok ni betul-betul terletak di kawasan tengah perkuburan tu. Yang lagi peliknya, kawasan pokok tu sahaja yang nampak bersih dan rapi seolah-olah ada yang jaga kawasan sekitar pokok tu.
Macam yang aku ceritakan tadi, aku ada anak buah a.k.a anak kepada sepupu aku ni yang baru berumur 2 ke 3 tahun dan budak ni tiba-tiba sahaja cakap ‘nenek’ sambil jari tunjuk ke arah pokok tu sedangkan tak ada sesiapa pun. Aku buat tak tahu je tapi sepupu aku yang sorang ni dah cuak tapi kami buat macam tak ada apa-apa pun.
Tunggu punya tunggu, akhirnya sampailah saudara arwah nenek kami dan kami pun bergerak ke arah kubur yang betul sambil lalu berdekatan dengan kawasan pokok tu. Sekali lagi budak kecil ni cakap benda yang sama iaitu ‘nenek’. Mesti semua pelik kan kenapa aku highlightkan perkataan ‘nenek’ tu sedangkan benda biasa je perkataan tu.
Bak kata mak dia, budak ni tak pernah pun cakap ‘nenek’ dekat sesiapa even dengan nenek sendiri. Panggilan nenek-nenek dia glamour sikit. So, tak ada sesiapa yang ajar perkataan ‘nenek’ tu dekat budak ni.
Jadi waktu malam tu kami tidur dekat homestay yang kami tempah dan malam tu jugak anak buah aku yang sorang ni meraung-raung menangis masa tengah malam sampai sejam lebih jugak la. Pelik juga sebab mak dia cakap tak pernah lagi jadi macam ni. Tapi nasib satu malam je anak buah aku tu kena kacau.
Lepas tu, masa kami dah balik semula ke KL, tiba-tiba sepupu aku ni call dan cakap ada kenalan diorang ni cakap “Anak kau kena kacau ya? Tak de apa pun cuma dia suka dekat anak kau tu. So malam tu ‘nenek’ tu datang jenguk je.
Sebenarnya ‘nenek’ tu penunggu pokok tu. Sebab tu lah bersih je pokok tu. Tu tempat dia”. Aku dengan sepupu yang lain terkejut tapi betullah apa yang aku fikirkan. Pokok tu mesti ada yang jaga sebab bersih sangat. Satu rumput atau daun kering pun tak ada. Tersangat rapi. Nasib aku marah ayah aku jangan petik daun-daun dekat poko tu sebab aku rasa tak sedap hati. Sekali betul apa yang aku fikirkan. Hahahaha.
Jadi..begitulah ceritanya. Pokok pangkalnya..masa dekat kubur, jagalah adab kita dan kalau boleh sebelum masuk kawasan kubur tu bagi salam terlebih dahulu sebab kita tak tahu penghuni apa yang duduk dekat kawasan kubur tu dan kawasan kubur tu elok sebenarnya sebab mengingatkan kita kepada hari akhirat. Jadi janganlah sinonimkan kubur tu dengan cerita seram sahaja. Sekian…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit