NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA

[NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA]
Siapa yang pernah menyertai PLKN tapi tak ada pengalaman seram? Siapa pula yang pernah menyertai PLKN dan mempunyai pengalaman seram? Cuba kongsikan pengalaman korang kat ruangan komen nanti.

Hi, aku Ed, kembali dengan cerita seramnya selepas dua bulan writer block. HAHA
Cerita ni berlaku semasa aku ditempatkan di PLKN yang terletak di Negeri Sembilan.
Pada suatu hari, aku demam. Memandangkan aku pun jarang demam, bila sekali demam terus terlantar di atas tilam. Aku nak buat apa pun tak boleh. Selalunya bila pelatih demam atau datang bulan, mereka tidak digalakkan ke surau jadi memang aku keseoranganlah di dorm pada hari itu. Bila tibanya Maghrib, semua pelatih ke surau untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

Kebetulan pula malam tu ada ceramah, jadinya pelatih yang datang bulan pun diarahkan ke surau kecuali aku.

Sejurus selepas aku solat Maghrib, aku tertidur. Yelah, demam kan? Aku pun hanyut bermimpi tapi mimpi ni yang buat aku tertanya-tanya sampai hari ni. Dalam mimpi ni aku berada di dalam surau bersama-sama geng PLKN aku dan kami baru je habis mendengar ceramah dari ustaz. Masing-masing sedang membuat persediaan untuk waktu Isyak. Tiba-tiba, keadaan menjadi riuh. Salah seorang daripada pelatih perempuan pengsan. Jadi, beberapa pelatih perempuan lain diarahkan untuk bantu baringkan dia sebab takut dia pengsan disebabkan heat stroke. Jeng jeng jeng, minit seterusnya akan buat korang ketaq lutut kalau korang berada dalam kasut aku waktu ni.

Semasa semua pelatih sedang panik, aku ternampak seakan bayang nenek tua berada dekat dengan pelatih yang pengsan tadi. Aku pun perlahan-lahan menjauhkan diri sebab nak elakkan diri dari nenek tua tu. Kemudian nenek tu melompat macam ninja ke seorang pelatih perempuan yang lain dan pelatih itu juga pengsan. Sah, ni bukan nenek biasa. Tidak sampai beberapa saat, tiba-tiba kedua-dua pelatih yang pengsan itu mula menjerit. Keadaan di dalam surau semakin menjadi-jadi dan semakin ramai pelatih yang histeria sebab nenek tu. Aku cuba nak bagi tahu semua orang tentang nenek tu.

Tapi semua orang seakan tidak mengendahkan aku. Seolah-olah mereka tak dengar suara aku mahupun sedar akan kehadiran aku. Mata aku masih setia memerhati gerak- geri nenek ninja. Dia berhenti dan memandang tajam ke arah aku. Aku terpaku. Aku pucat. Aku pandang dia, dia pandang aku. Staring contest pulak dah. Tapi…tunggu kejap! Aik?! Bukan aku dekat dalam dorm ke tadi? Macam mana aku boleh di sini?

Nenek tua tu masih tajam memandang aku. Keadaan sekeliling masih lagi dalam keadaan kalut, bayangkan separuh daripada batch pelatih perempuan kena histeria. Macam konsert dah jadinya. Konsert jeritan siapa paling kuat. Namun, masa seakan-akan terhenti bagi aku dengan nenek ninja. Kami masih menatap wajah masing-masing. Alah, macam cerita ala-ala drama korea tu. Aku tahulah aku perawan tapi janganlah pandang macam tu. Segan aku nyah. Haha. Mati hidup balik pun aku taknak pada nenek ninja ni. Kalau nak tahu rupa nenek ninja ni, cuba korang Google “Nenek Niyang Rapik”.

Aku tahu semua yang aku nampak ni nyata walaupun aku masih bermimpi. Aku mula panik. Aku cuba nak lari, tapi aku rasa kaki aku sangat berat. Tiba-tiba nenek tu senyum kat aku. Ya Allah, berdesup darah aku ke kepala bak hang. Kemudian dia melompat ke arah aku tapi hairannya, dia tembus badan aku. Aku pusing belakang pandang dia. Nenek ninja mula menggeram macam haiwan buas kat aku. Pucat aku weh. Pada masa ni, aku cuma perasan ustazah suruh semua pelatih untuk duduk diam-diam dan pelatih lelaki sedang memegang pelatih-pelatih perempuan yang dirasuk itu.

Ustaz mula membaca ayat Al-Quran untuk menenangkan pelatih yang histeria. Tapi aku sekali panas dan berpeluh. Setankah aku? Ke banyak sangat dosa? Haha. Aku lari keluar dengan ketakutan. Bila aku lihat ke pintu surau, aku nampak nenek tu tutup pintu surau sambil gelak macam nenek kebayan ke arah aku. Hoi, ingat lawak sangat ke hah? Tak guna punya nenek.

Tahu-tahu je dah aku terjaga atas katil dorm. Baju aku basah dengan peluh macam baru lepas lari dari kena rotan dengan bapak aku. Aku rasa macam nak menangis pun ada. Aku tengok jam menunjukkan pukul 10 malam tapi dorm aku masih kosong. Seram pula duduk sorang-sorang kat sini. Padan muka hang, siapa suruh getik sangat nak demam masa ni. Kemudian, aku pun terus ambil wuduk dan solat Isyak. Dalam jam 11.30pm, dormmate aku pun balik kecoh-kecoh. Masing-masing datang melepak kat katil aku lepas lampu dah tutup.

“Nasib ko tak datang surau hari ni.” Mula Mira.
“Apasal? Ceramah tak best ke?” Seloroh aku sambil makan potato chips.
“Tadi ada kes histeria berjemaah. Ramai gila kena serentak weh.” Ujar seorang lagi member aku.
“Aah. Takut aku weh.” Mira sampuk.
Semua insiden yang diorang cerita pada aku sama seperti dalam mimpi aku kecuali tentang kehadiran nenek tua tu. Aku baru sedar yang aku je boleh nampak nenek tu. Aku pucat. Aku senyap sambil mendengar cerita mereka.

“Ko tahu jo.” Ani menepuak aku keluar dari lamunan aku.
“Fazreen dengan Lenna pun kena rasuk. Diaorang cakap nampak kamu juga dekat surau tadi bha.” Ani sambung.

Dengan nada bergurau, aku membalas “Ada jelah ko ni, Ani.”
Tapikan, sampai sekarang aku terfikir. Siapa nenek tu? Kenapa dia senyum kat aku? Dan sampai sekarang juga aku terfikir, macam mana aku boleh berada di surau masa tu? Astral projectionkah? Super powerkah? Atau khayalan aku semata-mata?

Nota kaki: Waktu ni aku tak sempat pun nak habiskan PLKN, sebab aku dapat tawaran masuk universiti. Tapi selepas aku meninggalkan PLKN tu, Fazreen dan Lenna kerap dirasuk dan setiap kali diaorang dirasuk, dia akan duduk di katil lama aku dan tanya semua orang mana aku berada sekarang. Kepada ‘benda’ yang mencari aku di PLKN tu, satu je pesanan ikhlas masyarakat aku kepada ‘benda’ tu; “Lets not meet again.”

.

Ed
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.