Ni Mimpi Ke Betul-Betul?

Assalammualaikum semua. Aku nak kongsi sebuah cerita yang pernah terjadi pada diri aku dengan korang semua. Buat pengetahuan korang, aku dulu belajar di sebuah tempat di utara tanah air. Tempat tu baru lagi. Tak sampai sepuluh tahun pun dia buka dan tempat penginapan pelajar merupakan sebuah quarters lama yang tidak berpenghuni untuk satu dekad lamanya.

Aku ingat lagi waktu pertama kali aku menjejakkan kaki ke quarters tu, keadaan rumah tidak terurus. Hanya disediakan katil, almari, dan meja belajar manakala ruang tamu dan dapur berselerak dengan kerja penyelengaraan. Bayangkanlah, pada hari kami mendaftar dan masuk rumah, baru management nak baiki paip la, itula inila .Jadi dari ruang tamu hingga dapur penuh dengan pasir-pasir. Rumah aku dengan asrama dekat so hujung minggu aku akan balik rumah. Nak tahu sebab apa? Bayangkanlah dengan rumah yang kotor dan masa tu minggu orientasi jadi kami memang balik lewat malam pukul 12 ke atas macam tu.

Baru sehari duduk, malam tu selesai je orientasi aku masuk ke bilik. Buat pengetahuan korang bilik aku bilik master ada bilik air dan dua orang satu bilik dan katil aku betul-betul sebelah tingkap. Masa tu aku tengah siap-siap nak tidur, aku tengah berdiri sebelah tingkap tu sebab bilik tu bentuk L macam tu. Aku dah dengar dah bunyi suara orang menangis. Halus dan lembut je. Tapi jenis aku suka buat tak tahu. Berikutlah setiap malam selama seminggu aku akan dengar bunyi yang sama lepas sampailah orientasi tamat dan kami memulakan pembelajaran seperti pelajar lain.

Kemuncaknya yang aku tak tahan, malam pada minggu berikutnya, sewaktu aku tengah tidur mengiring membelakangi tingkap tu tak semena-mena aku terjaga sebab aku rasa macam ada orang mendengus dekat telinga aku. Kuat dan aku dapat rasa nafas menghembus ke telinga aku. Tak silap aku atas pukul 12 waktu tu. Masalahnya roommate aku dah tidur dan tiada siapa masuk ke bilik kami sebab pintu memang berkunci. Bila aku membuka mata dan memandang sekeliling tiada image yang mencurigakan pun.

Tapi selepas kejadian tu,aku selalu rasa berat di kepalaku. Paling tak bestnya, rumah kitaorang selalu je blackout. Sekejap-sekejap mesti blackout tapi rumah orang lain tak pulak.Suis ok boleh guna cuma tu la lampu dengan kipas je black out. So aku ambil keputusan untuk balik rumah hujung minggu tu. Jejak je kaki kat tanah depan rumah aku, kepala aku berpusing macam ada something yang menghempap kepala aku. Bila aku pandang je ayat Quran di dinding rumah aku, mata aku seakan-akan ditarik dan kepala aku sakit macam sakit migraine tu. Dua hari cuti dua hari aku tak boleh bangun sampailah ayah aku bawak aku pergi berubat. Rupa-rupanya cik lang dah bergayut dekat aku.

Orang yang berubat aku cakap rumah aku tu penuh dengan benda-benda ni. Korang bayangkanlah aku tengah berubat dekat kampung, dekat rumah sana pulak blackout sampai kawan-kawan aku terpaksa tumpang rumah kawan tidur. Ayah ambil keputusan untuk suruh orang yang berubat aku tu bersihkan rumah. Tapi mesti ada halangan setiap kali orang tu nak datang rumah kitaorang ni. Yang paling bestnya, lepas balik berubat aku balikla rumah tu macam biasa. Tapi aku spare paku sebab orang kata cik lang pantang paku. So bila malam nak tidur aku letak paku bawah bantal dengan sebelah aku.

Malam tu aku tidur dulu. Roommate lepak dekat ruang tamu dengan housemate yang lain. Tiba-tiba je aku rasa seram tidur sorang dalam bilik tu even aku tak tutup lampu bilik. Aku pasanglah surah Al-Baqarah dekat handphone. Korang tahu tak sampai sepuluh minit aku nak tidur, first aku rasa macam ada orang perhati aku tidur sebelah aku dari hujung kaki dan hujung kepala. Kepala katil aku dirapatkan ke dinding. Masa aku pejam mata tu boleh pulak aku nampak bayang-bayang muka benda tu dekat je dengan muka aku masa aku tidur terlentang dan aku boleh rasa yang something dekat dengan muka aku.

So aku alihla badan aku mengiring. Sebelah pulak dia dekatkan muka dia dengan muka aku. Katil aku tiba-tiba bergoncang macam nak terbalik aku rasa. Diorang goncang dari hujung kaki pastu ke kiri dan kanan. Surah Al-baqarah masih terpasang. Makin lama makin kuat pulak diorang goncang. Lepas tu yang duduk dekat kepala aku dia tekan pulak kepala aku sampai aku rasa sakit yang amat. Masa tu Allah je yang tahu perasaan aku. Aku cuba nak menjerit panggil kawan aku tapi aku rasakan seolah-olah mulut aku dikunci dan tangan aku dipegang kuat pada katil sehingga aku tak boleh bergerak pun. Aku walau apa pun yang aku rasa memang jenis aku, aku takkan buka mata.

Jadi aku kumpul kekuatan mental dan rohani, aku baca satu-satu ayat kursi dengan lancar dan aku ingatkan balik diri aku yang aku patut takut pada Allah bukan pada jin ni semua. Aku istighfar dan zikir dalam hati sampai lah goncangan tu makin lama makin henti. Masa tu aku rasa seolah-olah aku baru tersedar dari mimpi. Masalahnya kalau mimpi, tapi kenapa tempat yang sama di katil aku dan sakit digoncang tu aku boleh rasa? Ni mimpi ke betul-betul?

.

Mia Ana
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.