Nombor 9

Salam sejahtera kepada pembaca setia Fiksyen Shasha. Ini merupakan coretan aku yang ketiga tetapi malangnya kedua-dua coretan aku sebelum ni tidak dipublishkan. Mungkin tatabahasa yang kurang menarik dan aku berharap admin dapat publishkan kisah mistik aku untuk kali ini.

Aku kenalkan diri aku sebagai Nr tetapi kisah yang bakal aku kongsikan ini adalah dari pengalaman kawan baik aku. Dan aku akan gunakan ganti diri kawan aku sebagai aku supaya pembaca tidak keliru. Maaf kalau tidak seseram seperti koleksi yang lain-lainnya. Aku berikan nama kawan baik aku ni Qie dan merupakan seorang lelaki. Umur sekitar awal 20-an dan bekerja sebagai budak penghantar makanan (rider fastfood). Ceritanya yang disampaikan kepada aku bermula begini…

====================================================================

Seperti biasa aku masuk kerja tepat pukul 7 pm. Kenapa aku masuk lambat sangat? Sebab ini hanya lah kerja part time aku sahaja. Ketika aku memulakan kerja, aku membuat kerja di bahagian dapur kerana belum ada order untuk delivery. Kerja relax sikit sebab hari biasa tak ramai orang dan tak lama kemudian sekitar pukul 8.30pm aku diberitahu oleh manager bahawa ada delivery di area Shah Alam. Untuk pengetahuan semua pembaca, tempat aku bekerja adalah di Bukit Raja. Jadi dekat lah jika nak ke Shah Alam.

Pukul 8.45pm aku sampai di sebuah apartment yang kelihatan agak usang. Aku parking motor company di bawah rumah dan berjalan mencari lif. Sesudah masuk lif dan mendapati aku hanya berseorangan, dengan pantas aku menekan punat 9 menandakan customer tinggal di tingkat 9 dan nombor rumah juga adalah 9. Selesai penghantaran dan pembayaran aku pergi semula ke lif untuk turun ke tingkat 1 di mana tempat aku park motor sebentar tadi. Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 9pm.

Pintu lif terbuka dan aku masuk seperti biasa. Masih aku seorang dan aku tekan punat 1, lif pun tertutup. Dengan tiba-tiba kepala aku jadi pening seperti mahu pitam lantas aku menunduk cangkung kerana takut jatuh. Ketika aku merasa lif membawa aku turun dan bunyi ‘ting’ menandakan sudah sampai ke tingkat yang aku tekan punatnya tadi iaitu tingkat 1. Mahu sahaja aku bangun dan keluar dari pintu lif, aku mula sedar yang aku masih di tingkat 9. Apa yang korang rasa jika di tempat aku? Mohon pencerahan kawan-kawan sekalian.

Aku dengan pening campur kehairanan dan malas mahu pikir bukan-bukan telah kembali masuk ke dalam isi perut lif dan sekali lagi menekan punat 1 untuk ke destinasi aku yang asalnya. Kali ni pening aku sudah reda sedikit dan aku menunggu ke tingkat 1 dengan tenang. ‘Ting’, lif terbuka aku merasa sangat takut untuk melangkah keluar kerana aku berada di ground floor yang merupakan tempat parking kenderaan bagi penduduk apartment tersebut. Aku gigihkan juga keluar dan telah aku amati tiada sebuah kereta pun di parking tersebut malah keadaan yang sangat suram bertemankan lampu-lampu yang hidup segan m**i tak mahu.

Dengan perasaan takut-takut berani dan meremang dari atas sampai lah ke bawah, aku berjalan sepantas boleh untuk mencari tangga naik semula ke tingkat 1. Kenapa aku tak naik semula lif? Sebab aku pasti aku dah kena kacau dengan ‘dia’. Jalan punya jalan dengan perasaan rasa nak menangis pakej berpeluh satu badan, ada lah dalam 500 meter baru aku jumpa tangga. Nampak je tangga tak cakap banyak dah, nak merungut pun takde dah, terus aku bukak langkah seribu sampai motor. Start motor terus bla tak pandang belakang dah terus balik ke tempat kerja.

Di tempat kerja baru lah rasa tenang sikit. Bakar suria sebatang layan kejap pikir balik apa yang jadi atau aku salah tekan punat ke tapi macam tak salah. Pikir punya pikir semua jadi dekat nombor 9. What the…

====================================================================

Itu sahaja lah coretan yang aku cuba sampaikan dan yang ingin aku kongsikan. Lepas daripada tu kawan aku dah sering nak delivery ke situ. View dari tingkat 9 memang cantik. Mana aku tau cantik? Kawan aku ada snap gambar pemandangan dari atas tuh masa mula-mula sampai. Jadi aku syak maybe dia ada terambik gambar ‘dia’ sekali kot sebab tu kena kacau. Korang rasa macam mana?

.

Nr.
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.