#nufa- Bukan Jua Milikmu (Seram)

Disclaimer: Cerita ini mengandungi penggunaan bahasa yang agak kasar. Readers discretion is advised. Segala watak dan jalan cerita adalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Segala persamaan hanyalah sekadar kebetulan.

“Greeeeeeehhhh……greeeehhhh…….heeeehehehehehhheee”
Bunyi batu besar diseret berselang seli dengan suara hilaian itu masih bergema. Suaranya serak-serak dan sesekali berbunyi seperti ia tercekik dan memuntahkan air. “Heeheheheh ohokkhok huerghhh heeehehe”. Kali ini betul-betul melintasi hadapan pintu bilik setor yang digunakan Ain untuk menyorokkan dirinya dari pandangan apa jua yang berada diluar bilik itu.
Seperlahan yang mungkin Ain mengengsot dan mengintai dari celah tepi panel pintu. Seluruh badan Ain menggeletar ketakutan dengan apa yang dilihatnya. Seorang perempuan berbaju gaun panjang lusuh dan berlumpur, kelihatan tompok-tompok d***h merah kehitaman pekat di bahagian hadapan gaunnya yang lencun. Di kakinya terikat sebiji batu sebesar tayar kereta yang tidak tetap bentuknya. Rambut panjangnya yang basah kusut masai dan sedikit helaiannya menampakkan kulit kepala yang sopek di sana sini, menutupi mukanya yang pucat. Kulitnya kecut dan reput dari hujung rambut ke hujung kakinya. Mulutnya tidak berbibir menyeringai dengan air liur berjejehan di celah giginya yang panjang. Jantung Ain berdegup kuat, sambil dia menekup mulutnya supaya esakan tangisan beserta nafasnya yang laju tidak didengari.
Ain tahu dia akan m**i malam itu. M**i ditangan makhluk yang sedang mencarinya di luar pintu itu. Jauh di sudut hati dia kini mengakui, dia akan tewas akhirnya.

*************

Ain terduduk di bingkai katil, cuba menahan air matanya daripada mengalir. Dia membongkok. Hatinya terasa padat dan sakit. Nafasnya terasa sesak dek kerana kemarahan yang membuak-buak. Tangan kirinya mencengkam dadanya sendiri manakala tangan kanannya menggeletar memegang telefon bimbitnya. Matanya masih membaca pesanan ringkas diterima daripada suaminya, Hadi berulang-ulang kali dengan harapan dia tersilap tafsir maksud mesej itu.
‘This is it. You memang betul-betul dah gila. I’m totally done with you. We’re over. I ceraikan you dengan talak 1’.
Tetapi tiada kesilapan dalam maksud mesej itu. Harapan Ain punah. Dia menekan butang ‘call’ untuk bercakap sendiri dengan suaminya itu. Ain tak perlukan penjelasan kerana dia tahu memang dia yang bersalah. Dia bersalah kerana berjumpa Ika dan mengugut untuk m******h Ika sekiranya Ika terus berdamping dengan Hadi lagi. Tetapi Ain tidak menyesal dengan perbuatan ugutnya kerana Ika memang sudah melampau. Perempuan itu memang sengaja mencari helah untuk memecah belahkan hubungan Ain dengan Hadi dan merampas Hadi daripada Ain. Tidak, Ain tidak menyesal. Tetapi Ain amat sayangkan Hadi, ya, dia tergila-gilakan Hadi dan tidak rela Hadi meninggalkannya, apatah lagi melepaskan Hadi ke tangan Ika.
“Nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi”. Ain menekan butang ‘call’ lagi. Berkali-kali. Suara operator yang sama didengari menandakan Hadi tidak dapat dihubungi.
“Tidak..tak boleh macam ni..you can’t simply get rid of me..takkan..TIDAKKKKKKKKKKKKKK!!!!” Ain menjerit sekuat hati sambil menarik-narik rambutnya sendiri. Air mata Ain akhirnya mengalir laju tanpa dapat dikawal lagi. Dia baring mengerekot dihujung katil sambil menangis dan meraung sekuat hatinya. Bunyi hujan lebat diluar rumah agamnya yang terletak berhampiran dengan sebuah tasik itu meneggelamkan suara Ain yang merintih keseorangan.
Tidak. Ain tak akan mengalah. Ini berkaitan hidupnya, keluarganya dan maruahnya. Ain bingkas bangun dan mengelap air matanya yang mengalir laju sebentar tadi. Segala perasaan sedih dipinggirkan dan sedaya upaya diganti dengan perasaan marah dan benci.
Ain menyambar beg tangannya dan turun ke tingkat bawah rumahnya. Dia keluar dan memandu laju keretanya meredah hujan lebat untuk bersemuka dengan Ika. Ya, perempuan itu hampir berjaya memusnahkan rumah tangganya. Hampir. Namun Ain tidak sekali kali akan membiarkan segala rancangan jahat Ika berjaya. Keretanya kemudian membelok masuk ke suatu kawasan meletak kenderaan di belakang sebuah bangunan pejabat. Ain memberhentikan keretanya tidak jauh dari tempat sebuah kereta berwarna merah yang diletakkan di situ.
Hujan masih turun tetapi tidak terlalu lebat berbanding tadi. Sudah hampir setengah jam Ain menunggu di dalam keretanya. Selang beberapa minit selepas itu, kelihatan seorang wanita berpayung jernih berjalan keluar dari bangunan pejabat itu dan meredah hujan. Langkahnya sedikit gopoh kerana kasut tumit tigginya menyukarkan dia untuk cuba mengimbangi badannya ketika meredah lopak-lopak kecil air disebalik batu batu kecil yang memenuhi tapak meletak kenderaan itu. Rambutnya panjang mengurai ke paras pinggang, dikemaskan dengan sebatang klip berwarna perak di bahagian tepi kanan kepalanya. Di lehernya terikat sehelai selendang panjang bagi melengkapkan gaya elegannya. Wajahnya cantik dengan bibir merah sambil menunduk mengelak tempias hujan menuju ke kereta merah tadi. Baju gaun panjangnya yang berwarna kuning air bertompok tompok terkena basah hujan. Ain yang menyedari kehadiran wanita itu terus keluar dari keretanya. Marahnya semakin membuak buak.
“Ika!” Ain memanggil.
Wanita tadi mengangkat wajahnya. Riak mukanya sedikit terkejut.
“Ain? Apa you buat kat sini?” Ika bertanya.
“Boleh ikut I sekejap? We need to talk.” Sedaya upaya Ain cuba mengawal suaranya supaya kedengaran tenang, namun masih bergetar kerana terlalu marah.
“Sorry, tak boleh. I have to be somewhere, Hadi tengah tunggu I. Besides, there’s nothing for us to talk about.” Ika membalas. Suaranya tenang. Jelas kelihatan riak senyuman mengejek yang cuba disembunyikan pada wajah Ika ketika dia bersuara. Dia kemudian memusingkan badannya membelakangi Ain dan terus berlalu menuju ke keretanya meninggalkan Ain yang hampir lencun dibasahi hujan.
Ain mengenggam kedua dua tangannya. Seluruh badannya menggeletar dan bibirnya diketap. Marahnya tidak dapat dibendung lagi. Ain separuh berlari menuju ke arah belakang Ika. Dengan sekuat hatinya direntap rambut wanita itu. Ika yang berkasut tumit tinggi hilang imbangan dengan rentapan kuat Ain jatuh tertiarap sambil menjerit kesakitan. Ain masih menggenggam erat sebahagian rambut Ika lalu di hantukkan kepala Ika ke atas batu-batu kecil sambil berteriak “Don’t you dare turning your back on me lepas kau musnahkan rumah tangga aku betina sundal!” Ain terus menerus menghentak kepala Ika di batu sekuat hatinya. Segala perasaan benci dan marah dilepaskan ketika itu. Tangan Ika terkapai kapai cuba melepaskan diri sambil menjerit meminta tolong, tetapi tiada siapa yang berada disitu atau kawasan yang berhampiran. Jeritannya juga ditenggelami dengan bunyi rintik hujan dan guruh yang sekali sekala berdentum di langit. Tangan kirinya cuba melepaskan genggaman erat Ain dan tangan kanannya dapat menggapai sisi baju Ain lalu di rentap sekuat hatinya.
Ain jatuh kesisi dan genggamannya pada rambut Ika terlerai. Rambut Ika kusut masai. Kulit kepalanya terasa pedih kerana klip rambutnya yang jatuh ketika rambutnya direntap tadi menyiat sedikit kulit kepalanya. Ika memalingkan badannya yang sedari tadi tertiarap dan cuba bangun. Namun, Ain lebih pantas bertindak. Dia jadi hilang akal lalu sekuat tenaganya menolak Ika terbaring kembali. Dia duduk di atas perut Ika dan menindihnya untuk menghalangnya daripada bangun. Ika berusaha menolak Ain lalu Ain mencapai klip rambut Ika yang telah terjatuh tadi di atas batu lalu dia menusukkan klip itu ke badan Ika. Berkali kali. Ika menjerit jerit kesakitan. “Aku dah cakap jangan kacau laki aku tapi kau degil! Kau degil kan?! Sekarang kau rasakan ni! Aku b***h kau! Aku b***h kau perempuannnn!!” Tangannya masih menusuk nusuk klip itu ke badan Ika. D***h membuak-buak keluar dari badan Ika. “Hadi dah ceraikan aku pasal kau tapi kau takkan dapat dia perempuan bodoh! You mess with a wrong lady now mampus kau!” Ika yang cuba untuk menepis dan menendang Ain akhirnya semakin lemah akibat d***h yang banyak keluar, akhirnya diam. Bertubi tubi tusukan masih hinggap di tubuhnya yang kaku.
Bunyi guruh secara tiba-tiba berdentum. Ain tersentak. Dia seakan tersedar dari sebuah mimpi. Perlahan-lahan dia bangun dari tubuh kaku Ika. Pemandangan yang berada di hadapan matanya amat mengerikan. D***h masih mengalir dari tubuh Ika ke atas batu batu di bawah badannya lalu dibawa aliran air hujan yang mengalir pergi. Matanya terbuka memandang kosong ke langit. Tiada ombak nafas kelihatan di dadanya. Ain menjadi takut dan panik. Tidak menyangka amarahnya telah menjadikan dia seorang pembunuh!
Hujan menjadi semakin lebat. Ain bingkas berdiri tegak dan memandang sekeliling, cuba mencari sekiranya ada saksi yang menyaksikan perbuatan kejamnya. Namun, tapak letak kenderaan itu lengang. Tiada manusia lain yang berada di persekitaran itu melainkan mereka berdua.
“What..what have I done..I shouldn’t have killed her..is she dead? Yes she is..she’s not breathing.. apa aku nak buat ni..God, I can’t be found now..” Ain benar-benar takut. Dia melihat kesan d***h yang banyak di tangannya dan tompok percikan d***h di pakaiannya yang basah lencun. Jika tadi dia menggeletar kerana marah, kini badannya menggigil ketakutan. Dia kini seorang pembunuh. Ain memegang kepalanya sambil otaknya ligat berfikir.
Dia lantas menyelongkar beg tangan Ika yang terjatuh di awal pergelutan mereka dan mengeluarkan kunci kereta Ika. Butang ‘unlock’ ditekan dan kereta Ika berdecit berbunyi. Ain kemudian pergi ke bahagian but kereta dan membukanya. Segera dia mengheret mayat Ika dan mengangkatnya masuk ke dalam but kereta. Semuanya dilakukan dengan pantas bimbang ada yang melihat. Dia kemudian masuk ke bahagian pemandu dan memandu keluar dari tempat letak kenderaan itu.
Hanya satu yang berada di fikiran Ain. Dia harus membuang mayat Ika bagi memusnahkan bukti. Tapi persoalannya di mana? Ain akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke kawasan rumahnya. Setelah masuk ke lorong rumahnya Ain tidak terus masuk ke kawasan rumah, tetapi dia memandu terus ke perkarangan tasik di hujung lorong itu. Dia kemudian memperlahankan kereta untuk melalui kawasan tanah tidak rata untuk menghampiri tasik,
“tok..tokkkk..tok!” bunyi ketukan yang datang daripada bahagian dalam but kereta mengejutkan Ain. Ain menekan pedal brek kuat dan berhenti mengejut. Kini kereta itu berada dipinggir tasik. Dia cuba memasang telinga untuk memastikan pendengarannya. Senyap. Hanya bunyi hempasan rintik hujan ke atas bumbung kereta yang kedengaran sayup
Selang beberapa minit kemudian bunyi yang sama bergema lagi di memecah suasana sunyi di dalam kereta itu. Bunyinya lemah tetapi jelas kedengaran. Ain nekad. Alang-alang sudah begini biar harus ditamatkan terus. DIa tidak harus membiarkan Ika hidup lagi. Dia tidak mahu masuk penjara. Ain kemudian turun dan melihat sekelilingnya. Namun dia tahu takkan ada orang yang akan berada di sekitar tasik itu kerana tasik itu dikhabarkan berpenunggu. Ain sendiri tidak pernah berani untuk berada di sekitarnya walaupun jarak tasik itu dengan rumahnya tidak sampai 200 meter. Jarak antara satu rumah dengan rumah yang lain juga begitu jauh membuat kawasan perumahan itu lengang. Namun hari ini Ain tidak takut. Tasik itu menjadi jawapan kepada permasalahan Ain dan dia tidak ada masa untuk berasa takut.
Bunyi ketukan yang didengari tadi membuat Ain yakin yang ika masih hidup. Dia kemudian melilau dan memjumpai sebiji batu besar. Di angkat batu itu dengan susah payah dan diletakkan di atas tanah bahagian belakang kereta. Dia merancang untuk menghempas batu itu ke kepala Ika sekiranya Ika masih hidup sehingga dia benar-benar m**i.
Perlahan lahan Ain membuka but kereta. Mayat Ika yang berada di dalam masih di posisi yang sama. Tiada tanda-tanda seperti Ika masih hidup. Bulu roma Ain serta merta naik. Namun kini dia tidak berasa takut lagi. Sebaliknya dia merasa puas menatapi wajah mayat Ika. Lega behawa perempuan itu tidak akan mengganggu hidupnya lagi. Dengan tidak melengahkan masa dia mengakat batu tadi dan meletakkanya berhampiran kaki mayat Ika. Dia kemudian merentap kain selendang panjang yang terikat di leher mayat Ika dan mengikat batu besar tadi ke kaki Ika.
“Kalau dah m**i buat cara dah m**i! Jangan kau berani timbul lagi!” Ain mengetatkan ikatan di kaki mayat Ika dengan harapan mayatnya tidak akan pernah timbul.
Dia kemudian menutup kembali but kereta dan pergi semula ke bahagian pemandu. Hujan masih renyai dan hari kian gelap. Ain melepaskan brek tangan kereta itu dan menolak kereta itu sekuat tenaganya menuju ke tasik. Permukaan tanah yang semakin landai memudahkan kerjanya. Kereta itu kemudian meluncur masuk ke gigi air dan mulai tenggelam perlahan lahan. Ain melihat dari tebing tasik dengan suatu kepuasan di wajahnya.
Ain kemudian berjalan pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan matanya melilau untuk memastikan dia tidak diperhatikan. Sampai di rumahnya dia membersihkan diri dan membungkus pakaiannya ke dalam sebuah beg kertas sebelum membakarnya di bahagian belakang rumahnya. Dia kemudian memesan teksi dan pergi semula ke tempat meletak kenderaan tadi untuk mengambil keretanya. DIa kembali ke tempat jenayahnya dan memastikan tiada bahan bukti tertinggal yang dapat dijumpai sebelum memandu pulang kerumahnya dan berpura pura tiada apa yang terjadi pada petang itu.
Malam itu Hadi pulang kerumah. Terkejut Hadi apabila melihat Ain duduk di dalam gelap berseorangan di ruang tamu. Segera dia menekan suis lampu.
“ I just come to collect my things. Don’t try to stop me.” Hadi menjeling Ain yang masih duduk di sofa memeluk tubuh.
“I won’t. Do as you please.” Balas Ain tenang sambil mengukir sebuah senyuman kecil. Hadi berhenti melangkah dan merenung Ain. Dia seolah tidak percaya melihat Ain kelihatan tenang dan seperti gembira. Sangkanya Ain akan sujud merayu di kakinya supaya tidak pergi meninggalkannya.
“Mungkin dia dah gila” bisik hati kecilnya dan menyambung langkah ke tingkat atas rumah dan mula mengemas barang-barangnya. Hatinya berasa lapang kerana dia tidak perlu lagi memaksa dirinya untuk bersama Ain sedangkan hatinya dari dahulu merindukan Ika. Dia akhirnya akan bersama Ika dan Ain tidak akan menjadi penghalang hubungan mereka lagi.
Hadi berasa tertipu selepas mengahwini Ain. Walaupun kecantikan Ain tiada tandingan namun sikap dan tingkah laku Ain membuat orang disekelilingnya rimas dan lemas. SIkap ego, cemburu dan baran Ain merendahkan harga diri Hadi. Namun silapnya juga membenarkan dirinya dirampas Ain daripada Ika kerana tertawan dengan kejelitaan Ain walaupun Hadi dan Ika ketika itu sudah teramat bahagia bersama. Dia akhirnya menyesal menikahi Ain dan berusaha memujuk Ika untuk kembali bersama. Kini akhirnya segala niatnya tercapai, hanya dengan menggunakan alasan Ain mengugut b***h kepada Ika. Hadi tersenyum sendiri. Hadi tahu Ain seorang yang suka menguasai, tetapi dia yakin Ain tidak akan berani untuk m******h. Dia tidak akan bertindak sejauh itu.
Usai megemas, dia turun semula ke tingkat bawah dan melintasi ruang tamu. Ain masih duduk di tempat yang sama.
“Kita jumpa di mahkamah Syariah nanti. In the meantime, jangan cari I lagi” Hadi berkata ringkas sebelum melangkah keluar rumah dan memandu pergi membelah kepekatan malam untuk berjumpa kekasih hatinya, Ika.
Sudah beberapa minit Hadi pergi namun Ain masih duduk tersenyum, malah senyumannya semakin lebar. Dia tidak kisah lagi jika Hadi pergi mencari perempuan lain, tetapi bukan Ika. Kini hatinya tidak ada sekelumit kasih pun untuk Hadi lagi. Apa yang menyenangkannya, jika dia tidak dapat memiliki Hadi, Ika pun kini tentunya tidak lagi dapat memiliki lelaki itu.
“Now you know I’ll always win” bisik Ain sambil tersenyum. Matanya memandang keluar tingkap meghala ke tasik itu.
Sudah 5 bulan sejak Hadi menceraikan Ain. Ain yang tinggal berseorangan mula berasa sunyi dalam hidupnya. Tiada langsung khabar berita daripada Hadi setelah dia pergi. Ain juga malas ambil tahu. Namun hidupnya semakin lama menjadi kelam dan tidak tenang. Tidur malamnya gelisah. Hampir setiap malam dia bermimpi tejatuh ke dalam air dan kelemasan. Tercungap dia terjaga dari tidur dan perit dadanya seolah sukar untuk bernafas. Sudah berkali kali Ain berjumpa doktor namun dia disahkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan hanya dicadangkan untuk mendapatkan lebih banyak rehat dan kurangkan tekanan. Dia cuba menghilangkan tekanan perasaannya dengan mengajak rakan-rakannya untuk keluar bergembira, namun setakat ini tiada seorang pun yang bersetuju dan akhirnya Ain mengalah. DIa sendiri tidak ingin berharap untuk berjumpa dengan rakan-rakannya lagi, tidak mahu dianggap terhegeh-hegeh.
Tidur Ain di ganggu lagi. Bingkas dia duduk dan mnghela nafas panjang dan dalam-dalam seperti yang di ajar oleh doktornya. Kali ini mimpinya semakin menakutkan. Dalam mimpinya dia terlihat bayang seorang perempuan sedang berdiri di atas permukaan air ketika dia sedang lemas. Dia hampir mengenali susuk tubuh perempuan itu. Dia duduk di birai katil dan menyapu mukanya. Langit di luar masih gelap. Ain menjeling jam di tepi katilnya. Pukul 2.45 pagi. Dia mencapai gelas di atas meja kecil tepi katilnya dan meneguk air di dalamnya.
“PRANGGGGGG!!” bunyi kaca pecah bergema dari tingkat bawah rumahnya. Ain terkejut sehingga gelas di tangannya terlepas lalu jatuh pecah ke lantai. Dia bangun dan membuka pintu biliknya.
Dia mejengukkan kepalanya keluar bilik. Gelap. Ain tidak suka membiarkan lampu terbuka di mana-mana bahagian rumahnya jika tidak digunakan kerana dia tinggal bersendirian. Perlahan dia menguak pintu bilik lebih luas dan mula berjalan menuruni tangga.
Sampai di kaki tangga Ain meraba di dinding mencari suis lampu bahagian ruang tamu. Tiba-tiba tangannya tersntuh sesuatu yang basah dan dingin. Ain menjerit dan menarik semula tangannya. Dia menjauhkan diri dari dinding dan memasang telinga. Dari samar-samar cahaya lampu tingkat atas rumahnya dia terlihat satu kepala yang dijulurkan perlahan dari tempat yang dia tersentuh benda basah tadi.
Takut Ain bukan kepalang. Dia berlari ke bahagian dapur dan membuka semua lampu yang ada di dapur. Peluh dingin membasahi dahinya. Dia menampar pipinya sendiri beberapa kali untuk memastikan yang dia bukan bermimpi.
“Erghhhhhh…huuuuuuuuuuu” Terdengar suara mengerang dan menangis datang dari arah ruang tamu. Perlahan-lahan bunyi suara itu bergerak diselang seli dengan bunyi sesuatu yang besar diheret menghampiri bahagian dapur tempat Ain berada.
Dada Ain semakin berdegup kencang. Dia ketakutan. Dia cuba membuka pintu dapur yang menuju ke bahagian luar tetapi berkunci dan kuncinya berada di ruang tamu. Tidak mungkin dia akan kembali ke ruang tamu dan bersemuka dengan ‘benda’ itu.
Dia kemudian membuka pintu bilik stor yang bersebelahan dengan dapurnya dan masuk ke dalam stor itu dengan segera. Dengan perlahan dia menutup kembali pintu itu dan terduduk ketakutan.
**************
Ain menangis kesal. Dia yakin ‘mayat Ika’ yang berada di luar pintu itu mencarinya untuk membuat perhitungan. Berkali kali dia berfikir namun otaknya seakan tidak berfungsi. Tidak mungkin dia dapat berdepan dengan Ika lagi. Badannya lemah ketakutan. Bunyi suara tadi tidak lagi di dengari. Senyap sunyi. Ain memberanikan dirinya membuka pintu bilik stor perlahan lahan dan mengintai ke luar.
Dia kemudian merangkak keluar dengan berhati-hati tanpa membuat sebarang bunyi. Pintu bilik stor kemudian secara tiba-tiba tertutup kuat dan serentak Ain menoleh ke belakang. Tiada jalan keluar lagi. Di hadapannya makhluk yang dilihat tadi sedang berdiri memerhatinya dengan matanya yang terbeliak merah dan kepalanya senget sambil berdecit ketawa.
Ain memejamkan matanya. Benda itu terlalu menakutkan untuk dilihat dan badan Ain menjadi kaku. Secara tiba-tiba dia merasa ada sesuatu yang sejuk melingkari lehernya dan nafasnya menjadi sesak. Dia membuka mata ketika cuba sedaya upaya untuk bernafas dan melihat sebuah wajah yang reput dengan bebola mata merah berada betul-betul di hadapan mukanya. Menyeringai. Tekak dan dadanya menjadi perit dan penglihatannya semakin lama semakin kelam sebelum menjadi gelap. Gelap seperti pekatnya langit malam itu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

26 comments

        1. amboi singkong..baru mntk cincin diamond besar guli terus die hye org lain ye..
          nk usya si rashitt la camni..hahaha

  1. Aku sorang je kee yg setiap kali buka FS ni time tgh baca cerita seram mesti ada advertisement “minyak pengasih” aduhaii..pandai betul dia buat promosi ye huhu. *sorry writer comment ni tkde kaitan dgn cerita awak?.

  2. Baguih pueh hati bace citer ni ekkk…
    Udahnye dedua x dapat…
    Padan muke laki tu…
    Sewenang-wenang jer ko nk blah tggl bini tu, ko yg punce kot…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.