Kemerduan suara Hakimi melaungkan azan mampu memukau hati sesiapa yang mendengar. Namun tidak bagi Rashidi. Dia memekup telinganya dengan kedua tangan. Bersendirian di dalam biliknya bersama kegelapan. Air matanya menitis menahan seksa sakit. Seluruh tubuhnya menahan bisa pedih yang meracuni.
Zul dan Badrul memandang Hakimi. Begitu juga yang lain. Syah pula selepas solat Isyak sudah baring bersebelahan Hakimi. Memang dia itu hantu tidur. Siang malam tidur. Kadang solat kadang tidak. Mereka berempat adalah kawan rapat Rashidi. Mereka jugalah jiran yang bilik Rashidi.
Apa sahaja yang terjadi, waima masalah cinta sekalipun Hakimi lah tempat rujukan mereka. Kerana akhlak dan kematangan Hakimi membuatkan mereka lebih percaya kepadanya. Hakimi seolah-olah ketua dalam kumpulan mereka.
Sesekali kedengaran dengkuran Syah yang sudah sampai ke negeri mimpi. Sunyi sahaja suasana di dalam Masjid Abu Bakar Universiti xxx. Cuma di temani suara cengkerik yang rancak berzikir.
“Seminggu dah dia tak pergi kelas, baru kemarin aku jumpa dia kat tandas. Dok cakap sorang-sorang.” Badrul
“Aku rasa dia terkena la, semacam ja.” Zul
Hakimi cuma mengangguk diam. Sesekali dia menepuk bahu rakan baiknya Syah. Seperti biasa Syah memang liat untuk bangun. Menggeliat pemuda itu seperti seekor kucing yang enak tidur.
“Syah, Syah, orang tengah risau kawan kita yang satu tu, hang tidoq ja tau..” Bebel Badrul
Di bilik jam 2 pagi.
Bunyi cakaran masih belum berhenti. Mungkin pintu bahagian luar bilik itu sudah rabak dek di cakar kuku setajam mata pedang. Demamnya masih belum surut. Ketakutan melampau membuatkan Rashidi sakit dan hampir gila. Rashidi duduk di satu penjuru dengan wajah dibasahi peluh tanpa memakai baju. Mulutnya kumat-kamit melafazkan sesuatu dalam bahasa asing. Dia memegang penumbuknya, hatinya kejap takut dan kejap geram.
Dalam beberapa saat selepas habis dia melafazkan kata-kata keramat, Rashidi tersenyum sinis. Matanya yang lebam dek kurang rehat dan tidur tajam memandang ke arah pintu. Riak wajahnya puas.
Dibilik sebelah Hakimi masih lagi setia duduk di atas katilnya sambil membaca Al-Quran. Hatinya rasa tidak sedap. Berdebar-debar sejak pulang dari masjid sebentar tadi. Kepada Allah pemilik dan pencipta sekalian alam, dia meminta perlindungan. Sempat juga dia memandang ke arah Syah. Terasa lucu pula. Nyenyaknya Syah tidur hingga ternganga mulut. Kalau murah rezeki si Syah dapatlah dia merasa air kencing cicak.
Keadaan di bilik Rashidi kembali tenang selepas 30 minit dia habis melafazkan kata-kata keramat itu. Dia sempat terlena sambil duduk, badan menyandar ke dinding di penjuru bilik. Namun nikmat tidur itu cuma sekejap sahaja. Tiba-tiba perut dan dadanya sakit, seolah-olah ada sesuatu yang sedang meramas perut, seketika kemudian darah tersembur keluar melalui mulut Rashidi. Mengalir air matanya menahan sakit, hampir-hampir putus nafas. Mujurlah sakit itu cuma berlanjutan 15 minit sahaja. Beginikah sakit sakaratul maut. Allah pedihnya jika ini hanya cuma bunga sakit.
Tiba-tiba..
Haruman kemboja mula menusuk hidungnya makin lama makin kuat baunya. Namun bau itu juga datang bersama esakan tangisan mendayu-dayu. Halus dan sayu. Bulu roma mula menegak. Rashidi memandang seluruh ruang bilik. Namun tiada kelibat pemilik suara.
“sakiiiittt…”
Ada bisikan halus menerpa bersama angin ke telinga Rashidi.
“Kenapa aku?Β Kenapa aku?” Soal Rashidi
Seketika kemudian esakan itu hilang. Dia merasa ada sesuatu yang basah merayap di kakinya. Rashidi pantas bangun lalu mencapai suis lampu meja. Berbinar-binar matanya terkena bias cahaya. Sambil tangannya menyapu mata, telinga terdengar bunyi sapuan seperti ada orang memberus lantai.
Terjegil mata Rashidi. Di hadapannya ada seekor langsuir sedang menjilat darahnya yang tersisa di lantai. Wajahnya seperti manusia cuma pucat dengan mata besar yang merah. Lidahnya panjang tirus di hujung. Enak menikmati darah.
Rashidi duduk bersila di atas katil. Antara takut dan berani. Cuba gagahkan diri dengan tenaga hanya tinggal sisa. Belum sempat Rashidi ingin melafazkan kata-kata keramatnya, jin betina itu lebih pantas bertindak. Kukunya yang panjang kehitaman mencengkam leher Rashidi. Kedengaran bunyi esakan semula. Jin betina merapatkan wajahnya ke wajah Rashidi. Baunya hanyir mula menyapa hidung tatkala jin betina mula membuka mulutnya. Pandangan Rashidi pula mula berpinar-pinar. Lalu rebah di katil tidak sedarkan diri.
Ketukan bertalu-talu seolah-olah mahu di robohkan saja pintu bilik. Orang di luar bilik Rashidi seolah-olah tidak berputus asa. Sayup-sayup suara Zul memanggilnya. Rashidi sempat memandang ke arah jam. Sudah jam 9 pagi, hari jumaat. Dia mengagahi juga bangun ke arah pintu.
Badrul, Zul, Hakimi dan Syah memandang Rashidi kemudian memandang ke arah satu sama lain. Keadaan Rashidi seolah-olah orang kecanduan ganja. Bau hapak mula menjengah apabila mereka melangkah masuk ke dalam bilik Rashidi seperti tongkang pecah.
Masing-masing duduk di atas katil kosong tanpa cadar. Dulunya katil itu milik arwah Apik. Hakim dan Rashidi duduk di katil yang kedua. Simpati mula meresap ke dalam hati mereka. Teruk juga keadaan Rashidi kini.
“Kau macam mana Dee? Cuba cita kat kami ni.” Badrul
Rashidi menekup muka dan kemudian memicit dahinya yang berdenyut-denyut. Sungguh dia sudah tidak mampu bertahan. Sikit masa lagi jika di biarkan nyawanya akan melayang.
“Aku rasa ada orang sihir aku..” Bergetar suara Rashidi.
Hakimi mengangguk. Sudah lama dia merasa sesuatu. Sesuatu yang melibatkan makhluk alam sana. Ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik Rashidi tadi pun, dia sudah dapat merasainya.
“Jom bersiap, kita bawak kau berubat dengan Ustaz Lutfi.” Hakim menepuk bahu Rashidi.
Belum sempat apa-apa Rashidi pengsan.
Aroma kemboja mula kuat memenuhi ruang. Ada bunyi esakan datang. Zul dan Badrul saling berpelukan. Takut juga rupanya. Syah sempat lagi menguap. Sungguh dia raja tidur. Hakimi mendekati tubuh Rashidi yang terbaring di katil. Rupanya bunyi itu daripada Rashidi. Sambil mata terpejam, sambil dia esak menangis.
Syah cuma memandang, duduk bersila bersebelahan Badrul dan Zul. Diam tanpa kata. Takut pun tidak, marah pun tidak. Cuma wajah mengantuk itu berubah garang, tajam memandang tingkah laku Rashidi. Sementara menunggu Ustaz Lutfi datang, Hakimi membaca ayat-ayat ruqyah yang pernah dipelajari daripada Ustaz Lutfi. Boleh lah untuk bertahan. Ilmunya pun masih belum cukup untuk melawan makhluk ini.
“Assalamualaikum..” Hakim
“sakit..sakit..” Ujar Rashidi dengan suara halus seperti wanita bersama esakan.
“Siapa engkau? Kenapa ganggu manusia ini.”
Pertanyaan itu dijawab dengan tawa terkekeh. Rashidi mula membuka matanya yang cuma tinggal putih. Duduk mencangkung sambil tersengih. Tatkala dia memandang Syah, dia menangis semula. Lalu menyorok di belakang Hakimi.
“Assalamualaikum..” Ustaz Lutfi bersama seorang pemuda datang.
Selepas berdialog dan bertanya asal usul jin tersebut. Ustaz lantas membaca ayat ruqyah. Buang masa sahaja bersoal jawab dengan jin sihir. Kadang-kadang hanya banyak penipuan. Mujurlah jin itu tidak bertindak ganas. Cuma sifatnya terlalu degil mahu meninggalkan tubuh Rashidi.
Selesai sahaja mengeluarkan jin yang merasuk tubuh Rashidi. Ustaz duduk di birai katil. Kes ini terlalu rumit. Ada pihak lain yang turut juga terlibat. Ustaz beristighfar. Fahamlah dia akan keadaan yang sebenar selepas ada suatu bayangan di mindanya menayangkan segala yang pernah terjadi ketika dia berdialog dengan jin tersebut. Ustaz memandang Syah yang sejak tadi tidak bergerak posisinya. Tajam sahaja pandangan.
“Hakimi, kamu duduk sini. Dengarlah apa yang saya ingin sampai kan. Termasuk kau Syah.” Ustaz
“Ya ustaz teruskan.” Hakimi
“Beginilah, segala apa yang menimpa Rashidi, ada kena mengena dengan kamu dan juga Syah, begitu juga dengan arwah Apik. Sebelum tu, saya nak kamu, Hakimi lapangkan dada, tenangkan diri. Apa yang jadi ambil lah sebagai peringatan dan iktibar.”
Ustaz memandang satu persatu wajah anak-anak didiknya. Dia kenal benar perangai mereka. Syah yang setia kawan, Hakimi yang baik akhlaknya, Rashidi dan lain-lain.
“Apa yang terjadi kepada Rashidi adalah perbuatannya sendiri. Apa yang menimpa arwah Apik juga perbuatannya sendiri. Mereka gunakan jin untuk dengan niat ingin musnahkan kamu. Tapi ada sesuatu yang menghalang mereka. Ada sesuatu yang membalas semula segala tindakan mereka. Apik meninggal dek kerana jin belaannya mengamuk kerana tercedera oleh sesuatu yang cuba melindungi kamu.”
Hakimi tidak berkedip memandang ustaz. Sungguh tidak percaya. Bibirnya melafazkan istighfar. Segalanya cuma permainan syaitan. Fahamlah dia jalan cerita yang sebenar. Rashidi nasibnya lebih kurang sama, jin belaannya mula memakan dirinya semula. Syah, segalanya ada kaitan dengan Syah. Hakim memandang wajah Syah yang sedikit tenang selepas di pujuk Ustaz sebentar tadi. Wajah putih dengan mata lebam, tidak pernah cukup tidurnya. Siang malam Syah banyak tidur. Rupanya Syah ada saka, dialah yang mengarah sakanya menyerang jin belaan Rashidi dan Apik. Syah walau begitu, dia setia kawan. Niatnya cuma ingin melindungi Hakimi.
“What You Give You Get Back” Ujar Syah sinis memandang Rashidi yang tidak sedarkan diri.
Hakimi menghela nafas. Kali ini dia perlu memujuk Syah supaya berubat. Sesungguhnya syaitan sedang ketawa seronok kerana berjaya memperdaya anak-anak Adam.
Next cerita : Syah yang aneh
Namaku Nurhan, pernah tulis cerita Hantu Pak Aji Makan Hidung, Hantu Pak Tonggek dan Hantu LangutΒ (yang ni mungkin x best, admin x publish). Maaf andai cerita ni tak seram. Harap ada pengajaran untuk korang.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Yg ni cerita rekaan ke ? Weh best kot.
Semua admin dah cerita..best semuanya. ????
Arwah apik dan rashidi nk aniaya hakimi? Kenapa begitu jika hakimi baik akhlaknya? Mungkin jwpnnya ada dlm episod akan dtg – syah yg aneh?
Selalunye org yg baik2 ni lg org sng carik pasal, banding org yg huha2 tu…
Same gak x sabar nk tau detailnye dlm next episode…
Pelik zaman skrg yg moden ni lg advance bebudaknye ekk…
Akk dlu layan mirc je mse zmn ipt…
Huhuhuhuuu…
Yg huha ni geng dia
Best. Menarik. Teruskan. Love ur story .
Belajar di U bawak jin2 belaan sekali? Huuu….
Takut ngan budak2 skarang…
Skrang budk skolah pndai cri bnda bgini apatah lagi budak u.
Cerita rekaan ke? Penulisan dah bgus mcm baca nobel
Nak tahu kenapa diorg nk musnahkan hakimi? Ada dlm cerita lps ni ke? Atau ada sy tlepas baca? Huhu….
Btw, ceritanya menarik. Harap2nya di akhir nanti segala persoalan terungkai….
Gigihhh iols baca sume siri..
ππ»ππ»ππ»