#Nurhan : Syah yang aneh

#Nurhan: Syah yang aneh

Tangisan bergema di waktu senja, dari dalam sebuah bilik yang cuma berlantaikan kayu. Sekujur tubuh dingin yang kaku di selimutkan oleh seorang wanita tua berwajah sayu. Bayi kecil yang di pegang oleh lelaki tua itu masih menangis. Seolah faham, dia sudah di tinggalkan ibunya sebelum sempat dia merasai pelukan tangan seorang ibu. Pak Mad dan Mak Leha saling memandang. Salasiah anak mereka sudah tiada, apalah nasib cucu mereka ini. Mereka pula sudah tua, cuma menunggu masa di jemput pergi. Besarnya dugaan anak ini.

Masa berganjak pergi, kini sudah dua tahun berlalu. Genap dua tahun umur cucu mereka. Anak itu dibesarkan penuh kasih. Cuma Pak Mad sudah tiada berdaya lagi mencari makan demi sesuap nasi untuk cucu dan isteri. Mujurlah isterinya masih kuat, masih mampu menangkap ikan sungai di tali air berdekatan rumah dan menanam pokok ubi kayu sebagai ganti nasi. Pak Mad memandang sayu ke arah cucunya yang sedang girang bermain dengan temannya. Dia ada mengutus surat kepada menantunya Hamzah. Namun hingga kini masih tiada bayang Hamzah datang menjenguk anak tunggalnya.

“Paknya.. tidak mengapakah biarkan abang long bermain dengan mereka?” Mak Leha

“Apa boleh buat, aku tiada kuasa menghalang. Bukan datang dari keturunan ku. Mungkin dari nenek moyang besan kita.”

Mak Leha diam dengan wajah khuatir.

“Biarlah, mungkin makhluk itu boleh menjaga abang long bila kita sudah tiada nanti. Nak mengharap anak-anak kita yang lain, tidak mungkin. Aku sakit pun tiada seorang pun datang melawat.” Pak Mad

“Sampai hati Hamzah buang anak sendiri. Begini kah sikap orang ada-ada?”

Tiba-tiba Mak Leha mengesat air matanya di hujung lengan baju yang sudah lusuh warnanya. Sayu.

Tiga ekor makhluk berantai emas rancak bermain dengan cucu mereka di bawah pokok sena, seekor paling besar, seolah-olah ketua duduk memerhati. Dari jauh seekor langsuir duduk menghayun kaki di atas pokok jawi sambil memerhati anak kecil itu. Tidak berani mendekati.

22 tahun kemudian.

Pemandangan sawah padi menghijau, luas mata memandang. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Badrul yang memandu kereta tidak henti mengunyah kuaci, takut mengantuk katanya. Zul dan Syah sudah lena di ulit mimpi siang. Badrul menutup radio. Pening pula rasanya, antara dengkuran si Syah dan nyanyian radio bercampur baur. Hakimi duduk di bersebelahan Badrul. Asyik memandang ke arah luar.

Sejak mereka mendapat perkhabaran daripada keluarga Rashidi sebentar tadi, Hakimi hanya mendiamkan diri. Fikirannya melayang. Berkali-kali ayah Rashidi meminta maaf kepada Hakimi. Mungkin seorang ayah sudah remuk dan hancur dengan perbuatan anaknya. Lebih menyayat hati Rashidi sudah hilang ingatan. Namun sehingga kini Hakimi masih belum mengerti mengapa arwah Apik dan Rashidi sanggup memilih jalan yang terpesong daripada agama. Di mana khilafnya hingga mereka berdendam dengannya. Jawapan hanya ada pada arwah Apik dan Rashidi.

Sampai sahaja di perkarangan rumah Badrul, mereka di sambut oleh mak dan ayah Badrul. Aroma gulai ikan kering bersama cabai tumbuk dan ulam membangkitkan rasa lapar. Usai sahaja solat zohor, mak Ani dan adik perempuan Badrul siap menghidang makanan di atas meja.

“Mai jemput makan nak, masakan orang kampung ja. Pak cik harap ampa suka la noh.”

Bunyi keriut basikal tua dari halaman luar menarik tumpuan anak-anak muda itu. Itu sudah pasti Tokwan sudah pulang dari kebunnya.

“Assalamualaikum, amboi ramainya..” Suara tua yang ramah menyapa.

Masing-masing menyalami tangan tua yang sudah berusia 70 tahun. Sampai giliran Syah. Tokwan diam, cuma tersenyum memandang ke dalam anak mata anak muda itu. Masih belum mahu melepaskan tangan Syah. Syah pula diam kaku, tenang membalas senyuman.

“Orang Sri wijaya pun datang..” Tok Wan menepuk bahu Syah.

Masing-masing memandang, tidak mengerti.

Malam itu keempat-empat sahabat itu duduk di luar beranda. Manakala Tok Wan duduk di atas kerusi kayu, menghisap rokok daun, sambil memerhati Hakimi dan Syah. Dua pemuda istimewa. Moga mereka tak salah langkah.

Tiba-tiba dari jauh, seorang budak lelaki datang berlari tercungap-cungap. Rupanya Lan anak Kak Mun jiran sebelah sahaja. Rumahnya 3 km sahaja daripada rumah Badrul. Lan menaiki tangga rumah tanpa di jemput.

“Lan awat nya hang ni. Pasai apa?” Badrul

“Ayah..ayah masuk hantu.” Tersekat-sekat ucapan Lan.

“Buat pulak dah si Khalid ni.” Ayah Badrul.

“Cepat, pak cik.. mak ngan adik ja ada kat rumah.” Lan

Masing-masing melangkah menuju ke arah rumah Lan. Dari jauh kelihatan Khalid sedang duduk bersila di luar rumah tanpa baju. Lagaknya seperi seorang panglima. Khalid bangun, langkahnya kejap. Membuka langkah silat, mendengus kasar memandang ke arah tetamu yang tiba. Mulut tokwan kumat-kamit membaca ayat Al-quran. Sementara yang lain bersedia andai Khalid bertindak ganas.

Tajam matanya merenung Tok wan. Diam sahaja. Namun tanpa di duga Khalid berlari ke arah Tokwan untuk menyerang. Mujur Hakimi pantas menghalang, hasil gerakan Buah Siku Potong membuatkan Khalid rebah. Nasib baik Hakimi masih ingat gerakan dalam silat cekak. Namun tenaga Khalid sangat kuat. Dia bangun kembali seolah-olah tiada apa-apa terjadi.

“Balik, jangan campur tangan.” Garau suara Khalid.

“Hang yang patut balik. Sini bukan tempat hang.” Tok wan

“Dia kena jadi tuan aku. Ayah dia nak dia jadi tuan aku.” Khalid

“Dia tak mau, hang tak boleh paksa.” Tokwan

Khalid ketawa, bergema suaranya. Masing-masing dapat rasa bulu roma mula menceracak naik.

“Orang tua.. kau dah tak mampu lawan aku. Kau dah tua. Kau bawak budak hingus ni, bukan tandingan aku. Kau dah tua, aku masih lagi muda, manusia lemah” Khalid

“Allah ada dengan kami.” Tok wan

“Tok Husin ni tak insaf lagi rupanya.” Bisik ayah Badrul

Tok wan berdiri tegak. Kakinya kejap berdiri. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Al-quran. Sementara Khalid mula ketawa, kemudian duduk bersila sambil mulutnya juga kumat-kamit menyeru sesuatu. Tiba-tiba kedengaran seperti bunyi tiupan angin, bermula sepoi-sepoi bahasa kemudian makin mengganas, walaupun kedengaran seperti bunyi ribut melanda namun tidak sedikit pun mereka merasai kehadiran angin. Cuma pokok-pokok di sekeliling bergoncang seperti ada sesuatu sedang melaluinya.

Keadaan diam selama lima minit, kemudian seolah-olah ada angin lembut menghembus wajah mereka. Zul dan Badrul merapat ke arah Hakimi. Bibir masing-masing seolah tiada darah. Hakimi masih tenang. Insya Allah tiada apa, dia sudah membuat pendinding untuk dirinya dan rakan-rakan. Haruman kemboja berselang-seli bau kapur barus mula menerjah rongga hidung. Walau tidak kelihatan, kedengaran bunyi ketawa terkekeh-kekeh, sesekali kedengaran pula bunyi esakan. Ada dua entiti berbeza pada ketika ini.

Zul tergamam sebaik memaling ke arah Syah. Matanya sudah bertukar jingga. Tajam merenung ke arah Khalid dengan wajah bengis.

“Ish Syah ni, time macam ni la dia nak buat perangai.” Bisik Zul perlahan

Hakimi sudah bersedia, kali pertama dia perlu bertempur dengan makhluk halus secara berdepan. Hati perlu kuat dan bertenang. Dari atas bumbung dua ekor langsuir sudah mula menampakkan diri. Matanya merah darah. Rambutnya panjang tak bersikat. Kulit wajah mengerutu biru pucat. Anak matanya halus. Kukunya panjang kehitaman. Tiba-tiba hilang dari pandangan.

Khalid memejam mata sambil tersenyum penuh jahat. Mahu berlawan dengannya, perlulah mengalahkan jin bawahannya dulu. Zul yang lemah semangat memegang leher seolah-olah ada orang sedang mencekik lehernya. Keadaan menjadi tidak tentu arah seketika. Hakimi mula mengalih perhatiannya ke arah Zul yang menjerit ketakutan. Matanya terjegil tercungap-cungap. Syah tidak mengendahkan Zul yang hampir putus nafas di sebelahnya. Pandangan tidak akan beralih daripada Khalid yang kerasukan.

PANG!!!!

Bunyi kuat tamparan yang singgah ke pipi Khalid. Khalid tertiarap dek tamparan maha kuat daripada Syah yang sudah di ambil alih oleh sakanya. Hanya Tok Wan sahaja yang perasan tubuh Syah di tumbuhi bulu berbelang-belang. Wajah Syah berubah seakan-akan sang harimau. Syah bercakap dalam bahasa yang tidak di fahami. Sesekali dengar seperti jawa, sesekali seperti bahasa orang India. Sekali gus gangguan langsuir yang mengganggu Zul juga lesap, cuma sayup-sayup kedengaran esakan. Kini Cuma Khalid masih mendengus geram, namun tidak lagi berani melawan.

Syah mendengus kasar, dadanya berombak. Urat di tangan timbul kebiruan. Marahnya meluap-luap. Benci dengan makhluk angkuh di hadapannya. Biar malam ini, hantu raya di dalam tubuh Khalid mendapat pengajaran.

Keesokan pagi

Syah kelihatan tenang berbanding semalam, sambil menghirup air kopi panas. Hakimi menghampiri lalu menepuk bahu Syah.

“Apa jadi semalam?” Syah

“Kau mengamuk.” Hakimi

“Ada sesape cedera ke?” Syah

“Tak ada apa, lepas kau halau jin dalam badan abang Khalid tu, kau terus tumbang.” Hakimi

Syah diam, tersenyum kecil.

Mengikut perancangan, pada cuti semester ini, mereka akan bermalam di rumah setiap seorang daripada mereka. Sahaja untuk mengeratkan ukhwah. Selepas dua hari bermalam di rumah Badrul, mereka beria mahu melawat ke rumah Syah pula. Masing-masing tertanya-tanya bagaimana kehidupan Syah dan keluarganya. Memandangkan Syah jarang bercakap mengenai keluarga.

Selepas 8 jam perjalanan, mereka tiba di sebuah rumah papan usang. Masing-masing tergamam. Melihat dinding papanya ada yang sudah di mamah anai-anai. Sunyi sahaja perkarangan rumah Syah. Ada yang masih tidak dapat percaya, bahawa hidup Syah begitu susah.

“Assalamualaikum..” Hakimi

“Tak yah beri salam, tak ada sapa pun.” Syah dengan senyuman kecil menapak ke hadapan pintu rumah.

“Mak ayah kau mana Syah?” Zul

Syah diam, khusyuk membuka kunci pada mangga.

“Aku tak ada mak ayah.” Syah

Masing-masing tersentak. Hati sudah diselimuti rasa sayu. Masing-masing menahan air mata jantan daripada keluar. Rasa bersalah. Nama sahaja sahabat, kenal sudah hampir 3 tahun. Namun baru hari ini, mereka tahu.

“Jemput masuk..buat macam rumah sendiri.” Syah ketawa kecil.

Dari tubir mata Hakimi, kelihatan bayangan 3 ekor harimau di luar perkarangan rumah, sebesar kerbau jantan. Sesekali kedengaran bunyi rantai. Sebaik Hakimi menoleh, bayangan itu hilang. Badrul yang berdiri menikmati pemandangan luar tidak sedar kehadiran makhluk itu.

“Dia orang menyapa ja tu.” Syah menggaru kepala sambil tersengih.

Assalamualaikum, namaku Nurhan dan menulis hobi ku. Cerita ini sambungan daripada cerita Misteri Rashidi. Pernah juga menulis picisan hingusan seperti Hantu Langut, Hantu Pak Tonggek, Hantu Pak Aji Makan Hidung, Ular mulut itik, Jin Pari etc.. Maaf cerita ini tidak mencapai tahap keseraman. Jalan cerita cuma rekaan. Watak Syah berdasarkan orang yang pernah ku kenal dan telah di ubah mengikut kesesuaian cerita. Harap pembaca terhibur..Sekian..

Next cerita: Kebenaran Marisa (sambungan daripada cerita ini)

15 thoughts on “#Nurhan : Syah yang aneh”

  1. “Mak ayah kau mana Syah?” Zul
    Syah diam, khusyuk membuka kunci pada mangga.
    “Aku tak ada mak ayah.” Syah
    Masing-masing tersentak.

    Hmmmm…sedih…
    Bergenang trs airmata akk weeiii…

    Reply
  2. Insya Allah nant sy smbung,cuma lpas ni lmbat skit sbb nk present final project.. trima kasih sudi baca picisan hingus..

    Reply

Leave a Comment