Nurin Kau Yang Terakhir (Part 2)

#shizu Assalamualaikum peminat FS. Terima kasih sekali lagi aku nak ucapkan kepada admin FS kerana sudi untuk publishkan cerita aku ni. Nama aku Ju dan aku lelaki. Aku nak minta maaf jika penulisan aku dalam dua kisah aku sebelum ni ( Lata Kekabu & Nurin Kau Yang Terakhir ) terdapat cacat cela atau kesilapan yang pembaca tak boleh terima. Hee. Dan suka untuk aku ingatkan kisah kisah yang aku ceritakan bukan lah sepenuhnya kisah benar. Terdapat pengolahan dan penambahan untuk melancarkan cerita. Berikut merupakan sambungan “Nurin Kau Yang Terakhir”.

Pakcik Man menggesa aku supaya aku datang ke rumah dia lagi sekali. Tapi kali ni perlu bawa Nurin. Dia cakap kalau lengah lengahkan lagi teruk lepas ni. Puas aku fikir alasan apa aku nak bagitahu Nurin.

“Nurin, jom teman saya beli barang sikit. Sekarang.” aku tanya menerusi aplikasi Whatsapp.
5 minit kemudian dia balas “Boleh. Datang ambil dekat rumah, saya siap sekarang” Aku bergegas ke rumah dia lebih kurang pukul 5.30 petang. Tanpa cakap banyak aku terus menuju ke rumah Pakcik Man dengan Nurin. Setibanya kami di rumah Pakcik Man lebih kurang pukul 7 malam.
Sebelum keluar kereta aku nampak dah dari jauh Pakcik Man tunggu dekat meja luar rumah dia. Siap kain pelekat dekat bahu.

Dia tersenyum bila aku sampai. Aku keluar dengan Nurin. Tengok riak wajah Nurin dah berubah. Tertunduk saja. Pakcik Man jemput kami naik kerumah dia.
“Lepas maghrib kita mula. Kita berjemaah dulu”

Sesudah maghrib aku tengok Pakcik Man turun dari rumah dan beberapa kali dia ‘tawaf’ keliling rumah. Kemudian dia naik.

“kamu tengok tu” sambil tunjuk ke arah halaman rumah. Kelihatan makhluk tu terpaku berdiri sambil tersenyum. Pandang arah kami semua. Nurin masih di dalam rumah. Sekelip mata makhluk tu hilang.

Tiba tiba Nurin yang berada di ruang tamu menjerit !
“Ahhhhhhh aku jaga keturunan dia ! Kau orang semua siapa ! Manusia makhluk paling lemah ! Kau tak layak jadi khalifah atas muka bumi ” Tersandar aku dekat muka pintu. Dia menjerit lagi. Kali ni macam nak pecah gegendang telinga aku. Sebab takut sangat aku menapak turun dari tangga. Aku tersadung.

“kau nak pegi mana? Kau yang berani bawa dia datang sini.” Nurin bersuara. Kali ni suara agak kasar. Aku toleh ke belakang nampak dia berdiri di muka pintu sambil pandang aku. Aku rasa macam dicucuk dibahagian dada belakang. Kemudian aku ditarik keatas. Pakcik Man masih meneruskan bacaan ayat ayat suci.

Dia mula buka langkah sepertimana pertama kali aku tengok kelmarin.
Kali ni dia gunakan kain pelikat di bahu dia. Dia turunkan, lipat secara memanjang dan dia gunakan sebagai ‘senjata’. Sekali Pakcik Man bergerak ke kanan “paff” dia libas kain pelikat tu.
“herghhh !” reaksi Nurin yang dirasuk.

Pakcik Man kedepan pula merenung tepat ke mata Nurin. “paff” libasan kedua. Terduduk. Tiba tiba dia menerkam Pakcik Man. Mencekik dan angkat.

“Kau ingat kau kuat dari aku? Hahahahaha” Ketawa dia hampir buat aku hampir pitam. Dengan saki baki tenaga yang ada, Pakcik Man lilitkan kain pelikat tu di leher Nurin sambil baca beberapa ayat. “prapp” Pakcik Man pulas. Rebah saja Nurin ke lantai Pakcik Man terus melakukan ‘ritual’ pembuangan makhluk tu. Dari kaki ditariknya. Aku tengok belakang aku baju dah koyak kesan cakar. Mungkin sewaktu di tangga tadi. Sedikit berdarah tapi bukan luka dalam. Terasa macam terkena duri semalu.

“Ju kau datang sini, dalam badan kau ada banyak benda tak elok dah kau makan”
Ditepuknya belakang aku dan dihembuskan beberapa ayat. Aku memuntahkan d***h yang bercampur dengan pisau gillette nipis tu yang dilipat. Dan sesuatu seakan ekor tikus ! Rupanya dah lama benda benda macam tu masuk badan aku.

Sedar saja keadaan Nurin semakin baik. Dia meluahkan rasa penat dan terbeban sepanjang kehadiran makhluk tu. Riak muka dia agak berbeza daripada sebelum ni. Katanya dia tak boleh kawal. Benda tu boleh masuk dalam badan dia bila bila masa saja. Dengan seteguk kopi di ruangtamu yang tunggang langgang, Nurin mulakan cerita.

Pada p*****l pertama pengajian, dia dah sedar kehadiran benda tu. Dia yang dulu seorang yang agak periang jadi seorang yang pendiam. Dia banyak luangkan masa berseorangan. Duduk di sudut bilik sambil memeluk lutut.

Pada satu malam, dia keluar dari rumah. Badannya rasa tak sedap. Kononnya keluar untuk hirup udara malam. Kalau duduk dirumah pun dia tak boleh tidur dan hanya memikirkan keadaan diri dia. Sampai ke satu lorong gelap antara blok blok kedai. Keadaan sejuk dan berkabus. Nurin duduk dan bersandar di dinding. Menolak rambut yang menutupi mata. Perhatikan pergelangan tangan, nampaknya malam tu dia tak perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kebiasaannya jika berseorangan dia sering mencederakan diri sendiri. Hantuk kepala ke dinding, ikat tangan sendiri di kepala katil.

Dia bangun dan kembali berjalan perlahan sehingga ke hujung lorong. “Teruskan berjalan”. Sesuatu berbisik di telinga kiri dia. Pada masa yang sama rakan sekelas dia melintasi kawasan tu untuk ke cybercafe berdekatan. Lintang pukang dia lari. Keesokan harinya mereka bagitahu yang mereka nampak Nurin menggendong ‘benda’ tu dekat belakang sambil tenung dia lalu.

Adakalanya dia akan mengganggu sesiapa sahaja yang ada masalah dengan Nurin. Sampai meracau. Satu pandangan yang tajam dari Nurin sudah cukup untuk membuatkan mereka meremang. Hari berganti hari sehinggalah Nurin disapa seorang gadis yang bernama Liya dikedai makan.

“Hai sorang je? Saya Liya. Awak study sini jugak? Boleh saya duduk sini?” Liya memulakan perbualan sambil menunjukkan kerusi di hadapan Nurin.
“Hai ye sorang. Duduklah” Balas Nurin.
“Saya nak cari rumah yang masih boleh disewa, maksudnya kalau student yang menyewa tu masih perlukan housemate. Rumah saya terlampau ramai. Rumah awak berapa orang?” soal Liya.

Sambil mengenjakkan kerusi dan menyedut saki baki air minuman, Nurin jawab pertanyaan Liya. “aku stay sorang, kalau kau nak, malam ni pun kau boleh pindah masuk” *senyum sinis. Liya yang teruja dengan tawaran Nurin pun bersetuju. Keesokan harinya Liya bawa semua barang dia dari rumah sewa lama ke rumah Nurin.

“Berani awak duduk sorang eh Nurin. Tak takut ke?”
“Takpun. Aku dah biasa. Kau duduk bilik sana. Nah kunci rumah”

Bilik Liya terletak bertentangan dengan bilik Nurin. Pintu juga bertentangan. Kalau dua dua pintu bilik terbuka boleh nampak sebahagian ruangan bilik masing masing. Sesekali Liya menjenguk ke bilik Nurin. Suram tapi kemas dan teratur. Selesai kemas barang, jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.

“Nurin, awak nak makan kat mana malam ni?” jerit Liya dari dalam bilik.
“hehe hehe hahahaha” kedengaran suara Nurin ketawa berdekah dekah. Dari dalam bilik, Liya nampak

Nurin duduk sambil memeluk lutut tersengih disulami ketawa tak henti henti. Posisi dia menghadap ke arah pintu bilik Liya yang terbuka luas. Mata terbuka luas. Kemudian dia menghantukkan kepala kebelakang beberapa kali. Makin lama makin kuat.

“Nuriiiin… awak okay ke ni?” Liya soal dengan nada perlahan.
“Tolong aku Liya, tolong aku dah tak tahan” Nurin sesekali meminta pertolongan dari Liya. Liya melangkah masuk ke dalam bilik tu dan terus Nurin terkam dia. Terbaring si Liya .

“kau siapaaaaa? Kenapa kau datang sini…?” soal makhluk yang merasuk Nurin. Liya terdiam dan menangis terus pengsan. Sedar sahaja dia dihulur segelas air kosong oleh Nurin.

“aku minta maaf, aku dah biasa dengan benda macam ni” Nurin mengeluh. Liya bertahan tinggal dengan Nurin sampai sekarang. Mungkin Liya pun dah biasa dengan Nurin. Aku termenung jauh berimaginasi dengan cerita Nurin.

Pakcik Man mencelah “Hahh tuang lagi air tu. Haa ni pakcik nak tanya, Ju sorang saja yang kena teruk macam ni dengan Nurin?” (rujuk part 1)

“Ada lagi pakcik yang lagi teruk, masa p*****l 2 saya pernah rapat dengan sorang laki. Nama dia Nazrin. Tapi biarlah rahsia. Saya dah taknak cerita pasal ni lagi dah. Dia pun dah tak ada kat dunia ni.”
Tersedak aku dibuatnya “ Haa pakcik Ila mana? Dari tadi tak nampak.”

“Ila ke Kolumpo, pegi rehearsal konvo katanya. Mak dia aje meneman. Hek eh.”
Hari hari aku seterusnya berjalan seperti biasa. Kembalinya aku ke Kuala Lumpur dengan terpahat kesan yang agak mendalam dan sukar untuk dilupakan. Nurin sekarang di semester akhir. Aku percaya manusia berubah mengikut masa dan pengalaman.

Kita hanya mampu merancang dan selebihnya itu semua urusan Allah. Teringat akan satu pepatah dalam bahasa Inggeris “If you’re already in struggle, don’t you give up. Go through it and get a reward”. Jumpa di kisah seterusnya. Assalamualaikum. #shizu

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Shizu
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

15 thoughts on “Nurin Kau Yang Terakhir (Part 2)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.