Salam warga fs aku Fatin (bukan nama sebenar). 1st of all aku nak ucapakan terima kasih kepada admin yang sudi share cerita aku ni . Cerita aku ni bukan seram sangat pun macam cerita orang lain dan aku ni bukan penulis . Aku pun cuma pembaca tegar FS je . Sekarang nak share satu cerita . Cerita ni tak ada kene mengene dengan aku pun . Tak ada niat pun nak membuka aib sesiapa, Sebabkan aku nak kongsi cerita ni boleh jadi pengajaran dan berjaga-jaga untuk kita . Cerita ni dah lama pasal suami aku dan ex wife dia dulu dan masing-masing ada “orang kedua”
Cerita dia dulu suami berkawin dengan si baby (bukan nama sebenar). Baby ni seorang yang pandai cerdik, dia ada dua diploma . Orang kata educated. Memang jauh beza dia dengan aku . Dia mempunyai rupa yang sederhana tapi berbadan besar . Keluarga dia asal dari keluarga biasa juga tapi disebabkan ayah dia dapat projek yang melibatkan berjuta dia dapat pangkat dato’. Kalau nak ikutkan cerita aku dengar dari saudara dia , Keluarga dia ada syarikat sdn bhd. Allahualam .
Okay berpindah cerita pasal baby ni , dia dan suami aku berkawin selama 5 tahun tapi dorang ada seorang anak lelaki je . Nak dijadikan cerita dulu baby pernah banyak kali pregnant tapi selalu gugur , dalam 5 tahun tu 4 kali dia keguguran . Keluarga dia selalu tuduh keluarga suami aku ni ada saka la ada bela jin la . Tapi keluarga suami aku jenis yang sembahyang dan pandai mengaji . Allahualam la dulu dia macam mana kan .
Disebabkan konflik tuduh menuduh ni mak si Baby ni beria la bawa suami aku ni berubat dengan seorang pak cik kat Selangor . Berubat bukan cara islam , sebab suami kata dorang bawa pulut kuning la ayam la telur la dan siap duduk atas daun kelapa. Disebabkan keguguran baby yang kedua tu keluarga baby selalu tuduh suami aku ni bela saka , saka dia makan kandungan baby, dan macam-macam keluarga baby cakap pada keluarga suami aku.
Keluarga suami aku dorang tak percaya benda-benda macam ni . Lagi-lagi ayah mertua aku dia memang tak percaya benda syirik macam ni . Banyak kali juga la mak baby bawa suami aku pergi bawa wak kat Selangor tu . Kata berubat tapi tak ada ayat al-quran pun keluar dari mulut dia . Dan baby pula selalu minta duit pada mak mertua aku sebelum ni mak mertua aku kerja berpangkat yang tinggi juga la , dia banyak bagi baby duit, sebab baby kata nak berubat mak mertua , adik ipar dan suami aku . Tapi kejadian rasuk merasuk baby dan keguguran baby tu terus berterusan . Nak di jadikan cerita masa baby mengandungkan anak lelaki dia yang pertama dia, itu kali ketiga dia mengandung dia duduk di rumah mak mertua aku , hampir nak bersalin baru dia balik ke rumah dia dan suami aku .
Dan alhamdulillah baby dapat melahirkan anak lelaki dia yang pertama dia dengan selamat. Dan dah besar anak tiri aku tu . Dah pergi sekolah rendah dah pun.
…. Semasa di rumah baby ….
Baby selalu dirasuk bila dia di rumah dia dan suami aku yang dorang sewa di Selayang . Disebabkan baby selalu di rasuk keluarga dia anggap saka suami aku yang selalu kacau rasuk dia. Ada satu tengah hari ni baby kat rumah dengan suami aku sebelum dia mengandung kali ke tiga . Baby dirasuk sambil mengilai dan kadang menangis , mata baby melilau kanan kiri atas bawah, suami aku cepat call ayah abu (bukan nama sebenar) . Bila ayah abu sampai di rumah baby menjerit-jerit sampai menangis, kalau aku kat situ lama aku lari kot. Sambil ayah abu membaca ruqyah untuk baby suami aku turut di rasuk macam harimau dan bunyi suara dalam harimau yang di belai tuan nya . Sambil ayah abu membaca ruqyah dia membelai suami aku macam hariamu belaan dia . Dan menyebut nama penuh suami aku berulang kali sambil mengusap-usap kepala dia. Dalam masa yang sama mak baby call banyak kali tak tau kenapa. Kisah ni akan aku ceritakan nanti.
Keadaan makin genting bila baby dan suami aku macam berlawan kuasa sesama sendiri. Pertarungan bagaikan seekor harimau dan seekor beruang . Adik ipar aku yang duduk dengan dorang call mak ayah mertua bagi tau apa yang dah jadi dengan dorang . Selesai ayah abu baca ayat ruqyah dalam sejam lima puluh minit juga dorang bertarung masing-masing jatuh rebah . Bila dorang sedar dorang tak ingat apa yang dah jadi . Baby kelam kabut bangun cari tudung terkejut ramai kat rumah. sebab baby jenis bertudung. Bila di tanyakan ingat apa-apa , dia sendiri tak ingat apa dia buat . Tak ingat apa dia cakap.
…kisah suami aku terbaring sebulan…
Disebabkan baby dan suami aku ni seorang yang berjaya di waktu muda ramai kawan kawan suami yang cemburu dengan kekayaan dorang . Bayangkan la umur 25 dah pakai kete merc a45 dan audi q3 . Memang orang melayu kita ni panas bontot tengok kawan-kawan sendiri berjaya dan lebih dari dia . Nak dijadikan cerita, kisah baby yang dirasuk dan terus di rasuk tak habis di situ ia terus berterusan, sampaikan mak baby kata saka suami aku makan dia sendiri . Suami aku duduk dalam hospital tawakal selama dua bulan . Macam-macam test dah doktor tu buat.
Kata suami aku sakit jantung, kencing manis teruk, darah tinggi. Kau boleh bayangkan tak umur semuda tu ada penyakit tu. Tapi keturunan suami memang ada package penyakit tu pun. Lepas duduk tawakal pindah kpj pula sebulan. Doktor kata suami aku masa tu dah tak ada harapan nak teruskan hidup dah. Sebab terbaring je badan lebam biru, kurus kerenpeng. Mata je boleh gerak. Boleh bayangkan tak suami aku dulu berat 120kg masa dia sakit berat jadi 75kg.
Baby pun sedih setiap hari menanti suami dia bila nak sihat seperti sedia kala. Kalau jadi kat aku tak tau la kan kuat ke tak. Doktor bagi baby bawa balik suami aku lepas kata tak ada harapan. Lepas balik tu saudara lelaki baby, faiz(bukan nama sebenar) bawa suami aku berubat merata. Disebabkan dorang rapat faiz berusaha bawa merata berubat.
Sampai ke satu tempat di Banting faiz bawa suami jumpa dengan dua orang pak cik agak tua usia dia . Dia tengok suami dari jauh dia kata “kuatye awak bertahan ye, sebaik ada kembar awak tolong”. Suami aku memang ada “kembar dari kecik” memang gifted dari kecik katanya. Aku pun susah nak percaya. Tapi dengarkan saja. Pak cik tu kata “ada orang cemburu awak senang, lepas ni hati-hati kawan banyak makan kawan, dia nak awak mati sebab tu sampai separuh mati awak jadi hari ni”. Pak cik tu bagi nama orang tu suami terus tergamam sebab yang buat dia teruk sampai macam tu share partner dia .
Lepas balik dari berubat tu suami panggil ayah abu untuk bersihkan rumah. Bila ayah abu tabur dan baca ayat suci al-quran dia rumah baby dan suami aku , ayah abu pergi setiap pasu bunga di halaman rumah. Ada dalam 2 pasu yang ayah abu jumpa bungkusan warna kuning dan paku rambut dan beras. Kata ye memang ada orang buat keluarga suami aku sakit dan cuma tutup pintu rezeki dia. Allahualam
Selepas tiga bulan macam tu, suami ajak share partner dia tu bercuti sebab dah sihat semua. Balik bercuti tu terus kawan dia menangis-nangis minta maaf. Dia mengaku dia cemburu tengok suami aku senang selama ni . Start dari tu suami aku masih nak berkawan dengan dia tapi dia jauhkan diri dari suami aku sebabkan malu dengan apa dia buat.
…orang kedua dan mak mertuaku…
Kisah rasuk merasuk tak habis lagi lepas baby bersalin dan mengandung kali empat. Mak mertua aku ikhtihar untuk berubat dengan seorang doktor yang pandai berubat cara islam juga. Masa nak pergi jumpa doktor tu mak baby pun ikut sekali. Sebab dia selalu tuduh mak mertua kau ada saka. Bila semua masuk ke dalam bilik doktor ani (bukan nama yang sebenar). Doktor ani pegang tangan mak mertua aku, dia kata “acik tak ada saka kencing darah tinggi je ada” dalam bilik tu jadi meriah sebab doktor ani melawak.
Bila giliran baby doktor ani pegang tangan baby dan dia pandang ke arah mak baby doktor ani kata “bukan saka suami awak , saka tu belaan mak awak, mak awak selalu pergi jumpa pak cik kat selangor tu untuk bagi makan pada saka dia dan yang makan janin awak tu saka belaan mak awak”. Keadaan yang meriah tadi terus menjadi sunyi sepi bila mendengarkan kata kata doktor ani .
Mak baby terus diam seribu bahasa. Mak baby menafikan dia bela saka dia kata doktor ani penipu dah kene bayar dengan mak mertua aku. Baby pun muka terkejut tak tau nak cakap apa. Lepas giliran baby giliran suami aku, doktor ani kata “dia bukan ada saka tapi kembar, rupa macam dia juga tapi dia jaga tak kacau dan makan orang”. Gifted ni bukan suami pun ada, adik ipar aku pun ada sebab masa dorang kecik-kecik pun mak mertua ada cuba berubat islam benda tu tak boleh buang sebab dia bukan jin bukan syaitan.
Sejak Lahir memang keluar sekali. Aku dengar pun macam tercengang, sebelum kami kawin mak mertua cerita a-z kisah hidup suami. Tak ada yang tertinggal pun. Baik buruk luar dalam di ceritakan. Anak tiri aku pun ada gifted tu, jangan cakap macam mana la perangai budak yang ada gifted ni. Jangan cari pasal je dengan dia, kau siap. Hehe
Lepas suami berubat secara tradisional di Selangor kali ke berapa tak ingat, pak cik tu ada pesan, “kalau rasa tak nak makan kat rumah jangan makan” suami aku terfikir juga kenapa. Dia tanya pak cik tu “kenapa ?”. Pak cik tu tersenyum sambil cakap “ingat jangan percaya sesiapa walaupun keluarga sendiri” suami lagi takut. Tak kan adik beradik dia pula kan nak santau dia. Rupanya selama yang mak mertua aku bagi duit pada baby katanya mau di obati , dorang di bomoh oleh mak mertua suami aku. Disebabkan suami aku ni dulu tak pernah beraya dengan keluarga sendiri, asyik beraya dengan keluarga baby setiap tahun. Nak di buatkan cerita, mak baby ni selalu datang rumah dorang la masa dorang kawin dulu, pergi mana semua nak ikut baby dan suami aku.
Lepas keguguran baby yang ke empat baby ambil keputusan untuk duduk berasingan dan sampai sekarang la mereka berasingan. Tapi alhamdulillah la cerita santau menyantau suami aku hanya sampai di situ. Sekarang baby dan suami aku remain as a friend sebabkan anak lelaki mereka. Sampai sini saja cerita aku, tak seram pun cerita aku. Cuma aku nak ingatkan korang yang belum berkawin ni tak kisah la laki or perempuan, doa lq pada Allah, kurniakan mak mertua yang baik dan suami yang baik . Terima kasih membaca. Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Agak pening dgn karektor. Btw, pengajaran.
Dah tu kenapa bercerai?
mcm pening sikit nk pahamkan cerita ni..klu susun cantik sikit mungkin lebih sedap dan senang nak paham
Pening watak-watak
apasal la letak name baby.. geli aku.
pening pun ade
boleh x tukar nama watak baby tu ke ina atau nama yg simple je… pening nk baca watak2 dlm ni.. tp saya cuba fahamkan juga.. huhu…
pening la baca… nama karektor and tiada tanda baca di tempat yg sptutnye…
agak pening dgn chatecter.
Aku pun pening baca, instead of mak mentua baby letak je la makcik senah ke..cerita dah best tapi spoil sbb watak2 yg confusekan org
agak pening aku baca.. aku xpaham sgt konflik baby bersama mak mentua ni.. malas nak baca banyak kali walaupun xpaham
tak faham . huhu
Tetiba migrain aku baca cite nie…….
Pening but ada pengajaran .
Paham jugak la, tapi penatt..
Penulis ni asalnya dari mana ya..??
natang hape pening la baca cerita ni….
pening pastu tak paham pulak
Sama la macam komen2 kat atas..citer dah best tapi sedikit pening ngan nama2 watak tu..haha..apa pun kipidap! Citer anda best..???
“Masa nak pergi jumpa doktor tu mak baby pun ikut sekali. Sebab dia selalu tuduh mak mertua kau ada saka. .”
Ni ape kes mak mertua aku pun kena tuduh bela saka ni.? ni yg aku emo baca citer camni..majuk ah!!
Hahahhahah..akak pun baca berkali kali ni. Nasib la akak tak call tanya mak mertua akak kenapa masuk campur hal baby dgn suami adik ni
????????
Jenuh baca nak kasi faham cerita. Kalau ubah nama watak tu dan hilangkan watak adik ni dalam cerita ni lagi mudah nak faham. Sebab bila gun ganti nama ‘suami saya’ ‘baby’ ‘mak mertua saya’ ‘mak baby’ penulis lagi konpius nak mengarang.. pembaca lagi la pening nak menghadamkan.
So lepas ni kurgkan watak ye dik
itulah…maybe penulis terlalu excited dgn jalan cite smpai kompius dgn watak.. huhuhu
Ala boh je nama betul tp dlm kurungan bkn nama sebenar, bkn org tau pun.. ?
Baca half. Pening. Tak kuasa nak baca.
baby baby! Kalau panggilan tu, letak la huruf BESAR kat depan! Baby!!. Dan satu lagi, tak pyh la letak nama karakter “baby.” Aku terbayangkan bayi kecik jadi watak utama dlm ni. tak de feeling lansung nk baca.
Ingatkan baby yg baru lahir tu…ajernya anje…baby..baby..baby
menyesal baca. sila perbaiki lagi karangan anda. terima kasih.
brapa kli nk ulang ‘korang boleh byg x’ dey kalau kitaorg boleh byg apa yg ko tulis, ko xyh cita arhh.. dh la boh nma baby, lpas tuh dia plk pregnt. aku ingt baby dlm perut tuh. deyy lain kali kasi letak nma elok arr
#cumel
berubat kat banting di mana ye?
Fenin…. fenin…. sampai ke sudah x paham….
Asal masuk je watak mak mertua aku pening. Mak sape ni, mak baby ke mak suami.
.
Lagi satu, kena belajar guna koma (,).
.
Aku pening.
mengerikan sekali setelah dibaca.
semoga tak terhadi hal apapun itu
apa punya cerita ni….ending dia langsung tak paham.
aku try baca.. tapi kecundang jua. serabut kepala. mcm dgr budak2 nk bercerita, laju semacam je; berterabur. belum mumayiz lagi ke apa ni kak oii?
1 lagi, bila guna kata nama khas tu, letak la huruf besar – “Baby, Ayah Abu, Doktor Ani, Faiz”. Ayat dah la berterabur.. adoi..