Su : 3 Tahun Amukan Penunggu Asrama Part 3

Hai, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada admin dan semua pembaca FS. Firstly, terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan cerita cerita aku sebelum ini iaitu 3 Tahun Amukan Penunggu Asrama Part 1 dan Part 2. Thanks jugak kepada para pembaca sebab sudi baca dan bagi responds yang positif. Okay sekarang aku nak sambung tulis part 3 iaitu tahun terakhir ‘penunggu’ itu mengamuk.

SEPT 2014
Gelaran senior sudah kami genggami. Menjadi pengawas asrama juga bukan sesuatu yang mudah bagi kami pelajar asrama tingkatan 5. Kami perlu mengawal dan menjaga setiap pelajar asrama yang lain bermula dari pelajar darjah 4 sampai tingkatan 4. Bermacam-macam kerenah.

Bulan Sept menjelma.. Bagi kami senior-senior, sudah mula bersiap sedia untuk menghadapi lagi satu amukan penunggu asrama tersebut. Bagi kami, amukan kali ini mungkin lebih dahsyat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Bagaimana kami boleh mengagak hal ini? Begini.. Mak guard aspuri kami berkebolehan untuk mengagak dan merasa bila kedatangan ‘benda-benda’ tersebut. Mak Senah namanya. Pada suatu petang seperti kebiasaan kami senior-senior ada berkumpul berborak-borak di pondok pengawal Mak Senah sementara menunggu semua pelajar aspuri bergerak ke surau. Tiba-tiba Mak Senah bersuara..

M.Senah : Nih, hampa tau kan laa ni bulan sembilan?
Kami : Yaa awat Mak Senah?
M.Senah : Mak Senah rasa macam dia mai balik dah. Masa Mak Senah pi check tang kuarters guru tu, Mak Senah rasa lain macam. Rasa-rasa Mak Senah macam banyak ja. Dia tunggu masa ja tu.
Kami : Ya ka Mak Senah. Kita kena get ready la.

So aku pun sentiasa membawa “minyak wangi pendinding” yang diberikan oleh Ustazku. Khabar Ustazku, aku boleh membantu orang lain untuk mendapat pendinding sementara dengan menggunakan minyak wangi tersebut. Katanya aku boleh membantu sekiranya ilmu mengamalkan ayat kursi ku kuat. Jika belum, aku hanya boleh membantu diri sendiri.

Malam itu, selepas maghrib. Penunggu penunggu asrama mula mengganggu kami budak asrama. Serangannya kali ini sedikit demi sedikit dan memakan masa yang agak lama. Seorang budak aspuri tiba-tiba menangis di bilik wudhuk. Khabarnya kakinya lenguh dan tidak boleh bergerak. Aku dan rakan-rakanku sudah dapat mengagak apa sebenarnya yang berlaku. Cepat-cepat kami call warden dan ambulans pun datang membawa budak tadi pergi. Alhamdulillah.. “Tidak berjangkit” malam itu.. Cuma kami perlu berjaga-jaga. Tiada siapa dibenarkan keluar dari surau. Pelajar aspuri pula ingat kami senior hendak melakukan spotcheck ahahaha padahal kami berusaha untuk menjaga mereka dari gangguan makhluk halus tersebut.

Setelah isyak habis, semua pelajar asrama dibenarkan pulang ke asrama dan sambung belajar. Alhamdulillah malam itu berlalu dengan baik. Cumanya kadang2 kami terdengar cerita yang ada gangguan-gangguan di dorm mereka.

Petang keesokkan harinya, aku bertanya pada Mak Senah.

Aku : Mak Senah. ‘Dia’ ada dak?
M.Senah : Ada laaaaa.. Mak Senah lalu depan dia jaa tadi.
Aku : Okay Mak senah

Malam jam menunjukkan pukul 12 malam. Kami selaku pelajar SPM masih berjaga kerana sibuk menelaah pelajaran. Kami pelajar tingkatan 5 tinggal dalam 1 dorm kerana bilangan kami hanya sedikit. Tiba-tiba kedengaran orang berlari turun ke dorm kami.

Junior : Kak! Kak! Tolong kak! Amirah sakit. Kaki dia sakit.
Kami : Sakit apa pulak dah?
Junior : Taktau kak. Tapi dia nangis nangis tadi cakap kaki tak boleh gerak. Lepastu dia gelak gelak.

Lalu kawan aku selaku ketua aspuri pun naik ke dorm Amirah untuk memeriksa apa yang terjadi. Aku diarahkan untuk tinggal di dorm bersama yang lain kerana mereka risau akan aku. Aku pergi ke laci dan mengambil minyak wangi pemberian ustazku. 7langkah aku praktikkan perlahan lahan dengan iringan ayatul kursi sebagai pendinding. Aku pun sambung belajar. Tiba-tiba dengar suara perempuan menjerit-jerit di atas. Sudah tentu itu suara Amirah.

Nisa : Su jom tidur. Tutup telinga tuu. Jangan dengar.

Aku pun tutup buku dan tidur. Disebabkan takut, aku rapatkan katilku ke katil Iffa dan tidur disebelahnya. Aku tidur sambil dinyanyikan lagu jeritan seorang perempuan yang dirasuk. Keesokan harinya, diceritakan bahawa ada satu ‘benda’ bertenggek di atas kaki Amirah. Disebabkan Amirah lemah, maka ‘benda’ itu mudah memasukinya. Malam itu dia dibawa turun ke bawah dan diubatkan oleh seorang ustaz. Malam itu juga, Mak Long (yang penampar aku dulu) masuk dorm senior dan tabur garam di dalam dorm kami. Patutlah esoknya aku asyik terpijak benda berbatu ketika hendak keluar mandi. Aku agak marah la sebab kami terpaksa kena mop dan cuci kerana garam itu cair dan melekit. Mak Long.. Mak Long..

Cerita semalam mula tersebar luas sehingga ada pelajar aspuri yang takut dan hendak pulang. Malam ini. Ya malam yang panjang. Akhirnya semua penunggu asrama mula memunculkan diri. Mula mengganggu kami pelajar aspuri. Ketika berjalan hendak ke surau, dari jauh aku ternampak 3 lembaga sedang berdiri di tepi surau sambil memerhatikan kami. Fuh aku sedikit getar. Tapi aku cuba kuatkan diriku untuk menepis segala gangguan kerana ‘benda’ itu mencari jiwa yang lemah untuk dia mula memasuki badan kami terutamanya perempuan yang tengah ‘cuti’. Azan maghrib berkumandang.. Aku berharap segala benda benda tersebut lari malangnya mereka datang dengan lebih ramai selepas azan dan mengelilingi surau.

Ketika solat maghrib di rakaat pertama, aku perhatikan seorang perempuan di saf hadapanku seperti kerap bergerak-gerak. Solatku sedikit terganggu. Selang beberapa saat, budak perempuan tersebut terus jatuh terbaring di hadapanku. Ya Allah. Dia sudah terkena di firasatku. Aku pun terpaksa memberhentikan solat dan mengangkatnya ke bahagian belakang. Beberapa orang di sekitar aku juga turut terberhenti solatnya. Budak perempuan itu menjerit-jerit dirasuk. Aku nampak beberapa makhluk mula masuk sedikit demi sedikit. Bayangkan, mereka solat sambil mendengar jeritan halus yang menyeramkan.

Suara imam pun terus tenggelam. Tiba-tiba orang budak aspuri di saf kanan pula jatuh dan dirasuk. Makin lama makin ramai sehingga tinggal beberapa orang sahaja yang sempat solat hingga ke rakaat terakhir. Aku? Ya dari awal aku sudah menggunakan pendindingku. Bau minyak wangi aku memenuhi ruang. Aku sempat menggunakan minyak wangi tersebut kepada rakanku ke kelihatan lemah. Alhamdulillah berjaya. Makin ramai yang dirasuk seperti tidak dapat aku menghitungnya. Surau kembali seram seperti beberapa tahun yang lalu. Makin ramai yang terbang masuk tapi tiada satu pun yang ingin keluar.

Kali ini aku berasa sesuatu yang aneh pada diriku. Aku sedikit pun tidak terkesan dengan jeritan jeritan tersebut. Takut dalam diriku hilang. Bahkan aku merasa kuat untuk membantu memegang pelajar pelajar yang lain. Inilah kali pertama aku mempraktikkan pendinding aku. Memang berjaya. Terima kasih ustaz. Terima kasih Ya Allah.

Puan Leha : Su. Kamu okay ka?
Aku : Saya okay cikgu. Jangan risau.

Puan Leha mulai risau padaku kerana dua tahun sebelum ini aku dirasuk sama seperti mereka. Sebelahku ada seorang budak perempuan dan mula mengilai-ngilai. Tangannya meliuk lintuk seperti sedang menari tarian dahulu kala (ala ala usop wheelchair tuu). Mulutnya menyanyikan bait bait lagu lama yang aku tidak faham. Mungkin ini datang dari zaman dahulu. Seperti ulek mayang gitu. Fuh. Dalam 4 ke 5 orang yang bergerak sama seperti dia.

“Kak!! Dia ada kat pintu!”. Jerit seorang budak perempuan lain padaku. Ya aku memang sudah nampak ‘dia’ dari tadi. Jeritan demi jeritan kedengaran memenuhi ruang surau. Aku ingin sekali membantu. Tapi aku merasa seperti dihalang entah kenapa. Tiba-tiba seseorang menegurku dari belakang. “Emmmm kak. Ada benda kat kaki kak” Aarghhhhhh! Terkejut aku! Satu lembaga hitam tidak berwajah bertenggek di atas kaki kananku. Patutlah aku lenguh dan sakit. Dia cuba untuk try aku. Mula-mula aku membiarkannya kerana aku sibuk memegang tangan seorang pelajar histeria lain. Tapi lama kelamaan kakiku terasa sangat sakit.

Maaflah kali ini aku yang menang. Aku bertukar tangan dengan orang lain untuk memegang pelajar tadi. Aku gagahi berdiri dan berjalan ke arah rakan ku di sudut kiri surau. Aku berjalan seperti orang lumpuh kaki kanan. Menyeret kakiku ke sana. Yang nampak, nampaklah apa yang ada di kakiku. Yang tak nampak, mesti ingat aku kekejangan. Rakanku ada yang bertanya “Hang kenapa?”, “Weyh kaki hang ada…..” Yaa yaa aku tau. Aku pun buntu bagaimana aku hendak membuang benda ini. Lalu aku pun terfikit untuk membaca ayatul kursi, dan beberapa ayat yang lain. Aku lunjurkan kakiku ke hadapan.

Aku meletakkan tanganku di bahagian paha dan menolak benda itu perlahan-lahan sambil diiringi ayatul kursi. Sungguh berat. Berat yang tersangat-sangat. Badan dan tanganku getar kerana perlu bertahan. Sampai di hujung jari, terus menjadi ringan. Fuh benda itu sudah pergi. Tenaga aku kekurangan. Aku risau jika aku lemah. Aku terus berlari pulang ke blok asrama seorang diri. Tekadku hanyalah mahu call abahku dan membawa aku pulang. Ketika memasuki ruang asrama, aku terkejut kerana rupanya ramai jugak benda itu di sana. Mak Senah kelihatan terkejut nampak aku di situ.

M.Senah : Hang buat apa kat sini?
Aku : Mak Senah saya nak balik. Tolong call abah saya
M.Senah : Bahayalah hang kat sini. Takkan hang tak nampak tu?
Aku : Nampaklahhh. Saya tak kisah. Saya nak balik.

Mak Senah pun call abah aku. Aku pun berlari masuk ingin ke bilikku di tingkat 1 untuk mengambil barang keperluan.

M.Senah : Su ! Hati-hati !

Aku masuk ke dalam dorm. Buka lampu. Alhamdulillah tiada apa. Aku nak berpatah balik, tiba-tiba ada suatu suara lelaki datang dari belakangku.

Suara : Kau ada pedinding rupanya.
Aku : Apa yang kau dan kawan-kawan kau nak dari kami.

Aku tidak berpaling untuk melihat suara itu. Aku hanya bercakap mengadap ke hadapan dan dia di belakang.

Suara : Wahai manusia yang derhaka. Bukankah aku sudah mengingati kau. Diam. Diam. Diam. Hahahahahaha
Aku : Kami tidak akan diam. Hanya Allah yang kami sembah. Tiada yang lain dariNya.
Suara : Hahahahahaha celakalah kau.
Aku : Lebih baik kau pergi dari sini. Mulai sekarang jangan ganggu kami lagi. Cukuplah kau membalas dendam selama 3 tahun ini.
Suara : *diam*
Aku : Kau dengarkah?
Suara : Ya

Terus aku keluar dan pergi ke arah kereta abahku di bawah.

M.Senah : Su! Terima kasih

Aku pelik dengan Mak Senah. Aku pun malas nak peduli dan terus masuk kereta abah. Abah lalu di tepi surau dan aku melihat surau masih rancak menjerit. Cuma semakin kurang. Mungkin ada yang membantu.

Abah : Kak okay kah?
Aku : Okay abah. Pendinding membantu berkat pertolongan Allah

OKT 2015
Segala-galanya berakhir.. Namun persoalan demi persoalan masih belum terjawab. Kenapa penunggu-penunggu itu mengamuk setiap bulan Sept? Kenapa tiga tahun? Adakah sebab kami bising sahaja atau ada perkara lain yang menganggu mereka? Semuanya tidak terjawab dengan tepat sehingga sekarang. Semuanya hanya spekulasi manusia sahaja.

Junior : Ehh Kak Su.. Melawat asrama nampak
Aku : Yala.. Dah lama tak mai sini.
Junior : Sat ja kan kak. Saya pun dah SPM.
Aku : Hahahaha betul. Asrama macam mana? Ada lagi tak histeria macam dulu?
Junior : Takdak dah kak. Semua dah okay dah. 3 tahun ja kak.
Aku : Alhamdulillah

Buat pengetahuan semua, minyak wangi tersebut masih lagi aku simpan hingga sekarang. Aku cuma menggunakannya bila perlu sahaja dengan izin Allah SWT. Setiap orang yang pernah dirasuk akan ada satu laluan yang memudahkan benda itu memasuki kembali. So kita kena berhati-hatilah. Kalau kerap sangat kena, better pergi berubatlah. Sebab bahaya.. Histeria jemaah ni terhasil sebab kita memiliki jiwa yang lemah. So benda itu sangat suka dan mudah untuk dia masuk. Lagi satu jangan tinggal suruhan suruhan yang wajib serta banyakkan amalam sunat.. Itu sahaja.. Terima kasih semua kerana sudi membaca. Aku ada satu cerita tentang saka. InsyaAllah nanti bila ada rezeki masa nak taip bagi hampa baca okay..

Assalamualaikum..
Su…

.

Su
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

28 comments

    1. Assalamualaikum.. Gangguan yang kami hadapi sehingga sekarang masih belum mendapat jawapan kenapa ‘benda-benda’ itu menganggu terutama setiap bulan Sept. Mungkin Ustaz yang sering membantu membuang benda di dalam badan pelajar lebih arif mengetahui tetapi tidak diceritakan kepada kami atas sebab-sebab yang tertentu. Mengapa Mak Senah “berterima kasih” kepada saya itu juga menimbulkan persoalan kepada saya sendiri. Pada pandangan saya, mungkin Mak Senah berterima kasih kepada saya kerana sebentar itu saya ‘bercakap’ suara lelaki aneh di dalam dorm dan menyuruhnya tidak menganggu kami dan dia berkata “Ya”. Mungkin.

      Terima Kasih

  1. Boleh tahan,nampak tapi masih ok. Syabas. Jgn takut sgt & jgn berani sgt. Stay in the middle. Dulu mse bujang aku rajin mengubat org gak sne sni.

    1. tuu lahh.. kami semua tertanya-tanya sampai sekarang. tapi semua macam tak kisah dh. kes ni dah bertahun berlalu..

  2. Cuma nak tanya , mak long tu nama betul ka tipu2 jaa ?? Lepastukan nak tanya jugak , mmg betul kaa skolah kluster tu maksudnya skolah yg ada dr drjah 4?? ??

    1. mak long tu gelaran.. semua budak asrama panggil dia macam tu.. dia suka pakai bedak sejuk.. ? Btw Modelkhas.. Kluster banyak sekolah..

  3. Sorry sis, rasa mcm tahu ja sekolah ni. Tapi memang sis confirm ingt eh setiap apa yg berlaku? Tapi kan sis, saya rasa yg ni mcm sekolah kawan saya laaa, dia dgn sis pon takda la beza banyak. Dua tahun jaaa. Katanya 2012 takda pulak histeria┬▓ ni?. Itu ja la saya nak confirmkan betul┬▓ dgn sis. Sorry sis. Kirim salam dgn mak senah n puan leha yaÔťî

  4. Hai sis!

    Sekadar pertanyaan yg terbuku didalam hati ini. Moga kebenaran dapat diketahui.

    Cerita ni betul ke atau mereka cerita je yg lebih? Boleh spesifikkan sekolah kluster kat area mana ye? Sekolah kluster tu sama macam sekolah model khas lah kan?

    #mohonjgnkecamsis #sishanyabertanya #sismahukanpenjelasanyanglebihlanjut #mohonpencerahanyanglebihcerah

    Thankyou!

    1. salah bagitau tu.. skolah tu mmg skolah kluster.. yang ada 1 ja dlm penang tu Modelkhas.. saya sekolah sana.. and budak modelkhas.

  5. Macam ada sesuatu yg mushkil laa dalam story ney… act my kazen sekolah situ since drjah 4..dya batch 95…so dya SPM tahun 2012… I ada share link cerita ney kat dya..just to comfirm story ney betol ke tak…dya cakap takdak pulak histeria berjemaah tu masa tahun 2012…huhuhu…mgkin dya balik rumah masa kejadian tuu…soo dya tak tawu cerita…kahkahkahkah..tapi SU ney mmg hebat laa…boleh cakap dgn suara lelaki tuuu…tnpa toleh belakang…and tak taktaw dengan sapa dya cakap…entah2 yg tuu warden tgh spotcheck dorm….kikikikiki…one more thing….kim salam kat mak senah ,maklong dan cikgu leha…cakap kezen saya kim salam…

      1. Boleh jadi laaa mak senah oiii…kebetulan pulak kannn….tapi penceritaan si su ney mmg bahasa melayu kompem karangan A+… kikikikikikiki…

        1. Kan. Saya pun macam pelik jugak dengan cerita ni. Macam unsur reka cerita dan tokok tambah keterlaluan dalam cerita ini. Mungkin SU dalam cerita ini mahu menyedapkan lagi cerita hasil nukilannya ya. Mungkin lah kan. Maaf lah ye. Harap admin approve kisah2 yg lebih menarik dan relevan untuk difikir dgn akal fikiran yg sempurna. Sebab macam tak logik haha opss maaflah ye. Tq

          #jgnkecamsis #sishanyaingintahu

          1. Hye cerek hangat…. perasan tak yg part mak senah ucap terima kasih dekat SU tuu?… peah rasa mcm SU hero sekolah kluster tuu…hahahahaha… lagu satu…warden lain takdak ka?? Skrg ney sekolah tu mmg pakai sorg warden je ke?? Puan Leha jaa asyik ada time kejadian tuu…takkan warden lain menyorok sbb takot…mohon SU beri pencerahan.. komen2 atas boleh di reply..di harap komen peah ney SU reply lah yee…huhuhuhu

  6. Uisshh .. SU baru nak tunjuk bakat . Dah terbantut dah tu . Kesian SU? Tediaa lah SU, len kali jgn sebut ciri2 skolah yg unik mcm skolah SU tu. Dah dalam penang ada satu je skolah mcm tu . Mmg lah org tahu kalau su reka2 crita ? Bdway, tahniah SU, jgn serik pulak nak tulis lepas ni ??

    1. Hahahahahaa… tulaa maklong kawasan.. Su bagi hint sekolah… macam bagi jawapan teros…hahahaha.. mmg org taw laa sekolah mana satu…keep it up SU …dongibab…

  7. Tertunggu- tunggu pulak bila SU nak reply. SU reply lah cepat. Mohon pencerahan ni haha. Ke dah serik nak tulis cerita lepasni maklum laaa hiperbola metafora dah cukup mantop nak bagi cerita lagi meletops kebaboomssss kihkih ????

  8. ASSALAMUALAIKUM para pembaca yang arif lagi bijaksana. Kalau yang Arif sudah mengetahui nama sekolah apa, Alhamdulillah.. memang anda seorang yang cerdik lagi bijaksana. Tahun 2012 memang ada histeria kerana saya masih ingat, saya di tingkatan 3. selalu bawak buku sejarah warna hitam. buku rujukan tingkatan 3. saya kawan baik dengan seorang di tingkatan 2. saya tak taulah yang Arif sekalian punya kezen ka apa tu mungkin sekolah lain atau depa lupa. saya tiada sebarang tambahan atau tokok tambah untuk menyedapkan lagi cerita. thanks sebab rasa cerita saya SEDAP. nak rasa su hero? hanya Allah yang tahu. hanya Allah yang bagi kebenaran untuk Su cakap dengan benda tu. lebih baik su yang cakap dari hampa? kot hampa lari ja kut. takpalah. sekali lagi. tiada unsur tambahan. mak leha sorang? ya ramai lagi ada warden. warden lain tinggal di rumah sendiri. mak leha rumah di asrama. MAK LEHA SEORANG WARDEN YANG TINGGAL DI ASRAMA. so apa apa dia yang cepat bertindak.

    tq. yang arif sekalian

    1. Assalamualaikum SU.. sebelom apa2 saya nak mintak maaf laa yaa.. mgkin ada kesilapan dalam cerita SU ney… saya ney ketua aspuri SMK**J model khas kluster kecemerlangan pendidikan islam dan kebudayaan tahun 2012.. saya SPM masa tahun tu..saya dduk sekolah tuu dari darjah 4 sampai tgkatan 5.. 8 TAHUN saya belajar dekat situ…seingat saya laa kan.. masa tahun 2012 cuma ada satu kes histeria…tapi bukan kes histeria berjemaah macam yg SU cerita untuk bahagian pertama tuu.. cuma sorg ja pelajar aspuri dri blok aspuri yg lama dri dorm A****h… yg tu saja kes histeria yg ada masa tahun saya pegang jawatan tuu.. kalau SU rasa SU masih ingat saya… Bagus laa yee… sekian terima kasih

      1. Kan~ rasanya yg beramai2 tu taun 2013 ja.. taun 2012 xdak.. saya dri djh4 jugak.. taun 2013 sy kluar asrama.. femes dlm group modelkhas batch 1999 sembang psal crita ni tadi. ??

  9. Sue, kalau da ramai yg ckp xde kes tu., terbuktila ada penambahan cerita. Tp MakLang rasa ok ja kalau cite xbape nk betul pun. Da nama site ni pun FIKSYEN SHASHA. So, fiksyen adalah dibenarkan. Chill la sumee..

  10. Sebagai senior yang sama batch dengan ketua aspuri tadi,senang sebut SMK Permatang Tok Jaya, mmg konpom xdak kes2 berat mcm gini, tu pelik jugak bila tahu benda2 cenggini, tolong jangan takotkan penghuni yang study kat sana, 8 tahun dekat aspura tu alhamdulillah ok, dari zaman belum pindah bangunan sampai pindah ke blok baru, alhamdulillah xdak papa, mohon pencerahan dari SU, Warden Mak Leha? X penah dgq nama tu, tolong jelaskan SU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.