Tajuk : Orang Utara berkenan test ilmu
Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian. Syukur dikurniakan Allah swt dengan umur lagi untuk berkongsi kisah-kisah aku yang tak seberapa ni. Kali ini aku ingin kongsi kisah seorang penarik barang ghaib yang berpura sebagai pesakit ingin berubat tetapi niatnta hanya nak test ilmu.Maaf jika kisah kali ini kurang seram.
Seperti biasa aku sedang berkomunikasi dengan pesakit di FB, tiba-tiba dapat dm pesakit ingin berubat. Pesakit menceritakan sedikit kisahnya dan dia berasal dari lingkaran nun jauh ke utara tanah air di negeri K. Sakitnya pada dada susah nak bernafas, dada terasa pedih dan perut kembung sakit-sakit.
Seperti biasa aku akan isthikarah minta petunjuk Allah swt dan solat hajat mohon segala urusan dimudahkan pergi dan balik. 6 hari kemudian aku dan guruku bergerak ke rumah pesakit, 3 hari sebelum bergerak aku dan guruku mendapat firasat yang kurang senang seperti pesakit bukan sakit nak berubat. Hati maki saling berbelah bagi sama ada patut pergi atau tidak. Lantas guruku memutuskan pergi demi menolong saudara sesame islam.
Sampai di sana, kami bermalam dahulu di rumah rakan guruku, seorang guru silat berusia lanjut yang x kurang handalnya,kalau ku sebut pasti ramai yang kenal nanti. Esoknya kami mengorak langkah menuju ke rumah pesakit selepas isyak.
Rumahnya agak berselerak dan di corner lot. Pelbagai barang lusuh dan daun-daun yang x enak mata memandang. Aku dan guruku memang akan membuka gerak dan memagar diri sebelum sesi merawat bermula. Kami merawat menggunakan ilmu gerak berlandaskan ayat Al Quran dan petua asalkan tidak melanggar syarak. Kami melangkah masuk dan dijamu oleh tuan rumah iaitu pesakit Pak Mat(nama samaran).
Lantas Pak Mat menceritakan kronologi bagaimana mula sakit sehingga terpaksa membuat operation bypass, tetapi setelah jumpa pakar pun masih lagi sama keadaannya. Aku diarahkan guruku untuk melihat apa yang xkena pada pesakit. Aku membuka gerak merawat dan mula teliti seluruh bdan pesakit untuk kesan apa penyakitnya.
Sedang aku scan badan pesakit, muncul di kepala pesakit bayangan tengkorak manusia separuh dan berwarna hitam legam serta berasap. Aku inform pada guruku, apa yang aku Nampak dan tanganku panas sedikit. Lantas guruku pula ambil alih dan aku duduk di tepi berzikir dan baca apa-apa yang patut. Setelah lebih kurang 30 minit, barulah guruku bersuara.
Dapat tahu yang pesakit tiada gangguan makhluk halus atau pun sakit ghaib. Tetapi dari segi pemakanan x jaga hingga bawa mudarat pada diri. Sistem pencernaan makin rosak sebab makan benda pedas x terkawal, ambilan minyak masak dan lemak yang berlebihan dari cara diet yang x betul.
Kemudian baru guruku buka cerita lagi depan pesakit, bahawa Pak Amat ni hajat nak jumpa kami sebab nak test ilmu. Pak Amat seorang penjejak dan penarik harta karun. Oleh itu dia banyak menuntut pelbagai ilmu sama ada yang putih atau hitam. Pak Amat juga memakai pendamping dalam menjaga keluarganya dan menolong dia mencari harta karun. Semua rahsia Pak Amat terbongkar sehingga guru aku mohon dengan izin Allah swt dan berjaya panggil pendamping Pak Amat dan berdialog.
Nasihat guruku padanya berhenti buat syirik ni dan bergantung pada makhlok selain Allah swt. Walau ilmu hitam dah di tinggalkan, tapi jika simpan pendamping akan syirik juga dan susah mati nanti.
Malam itu banyak rahsia lama Pak Amat terkeluar, malu dia kerana niatnya nak test ilmu dan Malukan kami, tapi kami bermohon pada Allah swt untuk apa jua urusan dan keadaan kerana Dia yang berhak atas segalanya. Akhirnya persahabatan terjalin antara kami dan Pak Amat. Dia berjanji akan meninggalkan benday g karut dan khurafat.
Ingat tuan-tuan dan puan-puan, dunia ini sementara dan tempat ujian. Jangalh kita mengejar kesenangan dunia tapi uang kekal abadi kita abaikan.
Seimbangkan dengan kejar dunia untuk kegunaan akhirat. Harta didunia tidak bawa ke mati tapi amalan kita serta keberkatan dan kerahmatan Allah swt yang menolong kit amasuk ke syurga. Dosa besar mensyirikkan dan menduakan Allah. Akhir kata jauhi yang batil dan dekati yang haq sama ada ilmu dunia atau ilmu ghaib. Semua hak milik Dia
p/s: nantikan kisah sparring dengan kumpulan silat kerasukan harimau
salam tuan.boleh dapatkan no fon tuan..tuan boleh emailkan no fon di email saya [email protected]
sila cek inbox anda
Assalamualaikum. Saya pun nak minta izin dapat kan no contact encik syed. Boleh tak bagi kan no phone or apa apa contact.
Ini email saya encik. [email protected]
sila cek inbox anda
alhamdulillah…..
Salam,
boleh dapatkan no phone tuan.emailkan ke [email protected]
salam tuan, bole dapatkan no phone tuan..harap dapat emailkan ke [email protected]
Night mode pleaseeeeeee
Assalamualaikum en syed.. Boleh send no fon [email protected]