Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca FS… kisah ini terjadi sewaktu saya mengikuti suami saya “outstation”
Jumaat, 2003 tarikh kejadian tidaklah saya berapa ingat, suami saya bekerja sebagai pemadu lori kontena yang sering kali “outstation” untuk menghantar barang. Jika hari outstation dia jatuh pada hari jumaat saya biasanya akan mengikuti dia untuk menghantar barang, dahulu kami selalu bawa anak2 semua, nak dijadikan cerita semasa terjadinya pengalaman seram yang bakal saya ceritakan ini, saya hanyalah membawa anak saya yang no 5 yang berumur 4 tahun semasa itu dia yang paling bongsu.
Kami gerak daripada Selangor ke Terengganu pada malam hari jumaat itu, kiranya jumaat malam sabtu.. disebabkan kami gerak agak lewat semasa dalam perjalan untuk ke terengganu sesampai dikuatan suami saya berasa mengantuk,disebabkan memikirkan keselamatan kami dan orang ramai yang mrnggunakan laluan yang sama, suamimembuat keputusan untuk berhenti sebentar bagi menghilangkan megantuknya.
Dalam perjalanan itu suami mengambil keputusan untuk berhenti rehat di Shell Kuantan yang bersebelahn dengan pangkalan TUDM Kuantan. Semasa suami saya hendak melelapkan mata, saya berkata kepada beliau yang saya hendak ke tandas, memandangkan kami berhenti di shell, dan anak saya pun sedang tidur jadi mudahlah saya untuk ke tandas.
Sepulangnya saya dari tandas, tidaklah saya terus menaiki lori tersebut, kerana perjalan yang agak jauh membuat kan badan saya berasa lenguh-lenguh sedikit terasa, saya pun membuat renggangan sikit sebelum naik semula ke dalam lori, sebaik sahaja saya duduk di dalam lori,saya pun membuka tingkap kerana berasa sejuk dek kerana penghawa dingin lori yang sangat la sejuk, terasa sejuknya sehingga ke tulang dibuatnya.
Nak dijadikan cerita semasa saya sedang membuka tingkap saya terpandang kearah dalam pagar pangkalan TUDM yang terletak betul-betul bersebelah shell yang kami sedang jadikan tempat untuk berehat sebentar, dalam Pangkalan TUDM itu ada beberapa bijik pondok pelawat untuk ibu bapa yang datang untuk melawat anak-anak mereka, masa saya terpandang dalam kem itu saya ada ternampak sesusuk tubuh bertelekung sedang duduk tetapi membelakang kan saya,
saya pun fikir mungkin wanita itu adalah ibu yang datang melawat anaknya, tanpa melihat jam yang telah menunjukan pukul 2.00 pagi itu dan dengan perasaan ingin tahu saya sangat yang membuak-buak membuatkan saya untuk mengambil tahu siapakah Wanita itu, untuk kali kedua saya memandang semula Wanita tersebut yang masih duduk dalam posisi yang sama seperti mula-mula saya melihat dia, dan buat kali ketiganya saya menoleh untuk melihat Wanita itu,
dan dalam masa yang sama alangkah terkejutnya saya kerana wanita tersebut turut menoleh untuk memandang saya dalam keadaan hanya kepala dia sahaja yang berputar ke belakang, banyangkan bagaimana perasaan saya semasa itu,rasa seperti hendak menangis tetapi tidak terkeluar dan dengan kelam kabutnya bercampur terkejut saya cepat-cepat menutup tingkap, masa itu jugalah anak kecil saya menangis tanpa henti , saya pun terus kejut suami saya dan menyuruh dia hidupkan enjin dan teruskan perjalan,suami saya bertanya kenapa, saya hanya kata tiada apa-apa dan saya beritahu dia kita berehat ditempat lain sahaja.
Suami saya menerjah kepala keluar tingkap untuk melihat apa yang terjadi, tanpa berlengah dia terus menghidupkan enjin lori dan meneruskan perjalan, mungkin dia juga melihat apa yang saya lihat tadi. Alhamdulillah sepanjang perjalan kami untuk ke tempat rehat yang lain tiada apa-apa ganguan yang terjadi,Cuma si kecil masih menangis tanpa henti sehinggalah kami sampai ke Kawasan rehat yang lebih ramai umat manusia disana, di sana suami saya menenangkan si kecil sehingga tertidur semula, setelah berehat dan menghilangkan mengantuk kami pun menuruskan perjalanan ke destinasi yang dituju dan pulang semula ke Selangor dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Alhamdulillah “BENDA yang kami lihat itu tidak mengikut kami balik”
-TAMAT-
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI