Overtime Wisma Persekutuan Negeri Sembilan

Assalammualaikum … hi admin dan pembaca Fiksyen Shasha. Kali nie aku tak mau tambah cerita kat hostel Samsung. Aku nak cerita pengalaman aku sewaktu kerja sebagai pembantu tadbir SPR.

Lokasi pejabatnya adalah Wisma Persekutuan Negeri Sembilan di Seremban. Kali nie aku nak describe secara ringkas jea keadaan bangunannya, niat aku agar pembaca lebih faham keadaan tempat tu jadi mudahlah mereka mengambarkannya. Aku tak nak nanti korang salah faham atau membayangkan keadaan lain. Aku nak korang sama sama menghayati kejadian, mana boleh aku sorang jea rasa seram.. tak adil kan kan.. macam syok sendiri pulak …

Ok back to the story. Bangunan Wisma Persekutuan nie sebuah bangunan lama. Bukan lar sampai tahap kolonial tapi lama lar jugak sebab aku lahir lahir jea bangunan tu dah wujud.

Bangunannya 12 tingkat, lifnya sampai tingkat 11 jea. Ada satu tingkat lagi extra (kalau dikira memang 13 tingkat) tapi tingkat atas sekali takde menempatkan ruang pejabat cuma ada tangki tangki air dan generator serta kawasan yang sewaktu dengannya. Pejabat aku di tingkat 6, terdapat 6 pintu lif 3 sebelah kiri dan 3 sebelah kanan.

Tipikal bangunan lif ditempatkan ditengah tengah bangunan. Diwaktu itu aku tinggal di Pekan Kuala Pilah dan berulang ke tempat kerja menaiki bas. Aku bertolak seawal bas yang pertama iaitu 6pagi. Akan sampai ke tempat kerja dalam pukul 6.40 pagi.

Setelah 3 hari melapor diri. Pekerja senior yang kami panggil Pakcik Aji memberitahu, jika aku sampai dulu ambil kunci pejabat di guard dan terus buka pejabat, bila dia mendapati 3 hari berturut turut aku sampai awal. Dia tersenyum aneh.

Aku pulak optimis jea. Esoknya seperti yang disuruh aku ambil kunci dan paper untuk pejabat, terus aku naik buka opis. Sewaktu aku buka lampu pertama aku nampak macam ada perempuan berambut panjang berdiri tegak dipintu bilik mesyuarat.

Aku amati betul betul kerana aku melihatnya menembusi kaca front desk. (Sewaktu itu pejabat SPR belum lagi diubahsuai maka sesiapa saja dapat melihat keseluruh pejabat yang hanya mempunyai qiubie separa dada kecuali bilik pengarah, timbalan, bilik dokumen, pantry dan bilik mesyuarat).

Masa tu tiada pulak perasaan takut tapi aku tertanya tanya siapa pulak tu?? Tak mungkin biasan aku kerana aku berbaju kurung dan bertudung. Aku berpaling semula dan memasang lampu sebelah kiri semuanya. ‘Dia’ masih ada di situ. Tegak dan aku pasti memang ada ‘orang’. Aku buka pula semua lampu dan suiz. Kemudian aku menoleh semula …HILANG!!!! Mana perginya … aku terjenguk jenguk di hadapan front desk tak terfikir pula nak thumbprint untuk masuk.

Pakcik Aji menyergah aku..
“Hey!!! Tengok apa tu??!!! .. ahahaha”
“Takde ape Pakcik Aji”, aku cuba sembunyikan apa yang berlaku.
“Dah lar ko mas, acik dah berpuluh tahun kojo sini, macam lar acik tak tau apa ada kat opis nie. Dio bagi salam perkenalan jo tu.. ahahhaha. Dah lar .. masuk doreh tolong bancuh kopi untuk acik. Acik nak baco paper .. bak sinia paper haa..,” pakcik aji terus berlalu meninggalkan aku yang lambat lambat jalan menuju ke pantry.

Usai bancuh kopi untuk senior aku .. aku duduk kat meja ku yang bersebelahan dengan meja Pakcik Aji.

“Ko nampak dio cemano tadi mas..??” soalnya semacam mengusik
“Tadi tu apa Cik Aji??” soalku

“Bangunan nie bangunan lama. Situ memang tempat ‘dia’. Kalau dia tunjuk diri tu rezeki ko lar nak jumpa tapi biasa kalau kita tak kacau dia, dia takan kacau kita,” beritau Pakcik Aji
Aku masih lagi terdiam berfikir fikir apa yang aku nampak sebentar tadi. CC aku Che Mat sampai.

“Mas jumpa awek tu tadi Mat,” Pakcik Aji mula menyakat aku.
“Ahahahhahaa.. yea ke??!! Dia lawa ke dia hodoh mas??,” tanya Che Mat tag team dengan Pakcik Aji
“Tegak yo dio kek front kaunter maso den sampai td Mat. Takut nak masuk gek eh ahahahha,” Pakcik Aji lagi galak menyakat.
“Dah lahhh.. jangan kau takut an budak tu aji, nanti takut pulak deh nak datang kojo … tapi kat sini memang ada macam macam mas..,” masa nie aku confuse samada Che Mat nak pujuk aku atau tambah menyakat.
“Dah pernah terkena kat lif lom??,” tanya Che Mat
Aku cuma mengeleng ngeleng.
“Nak naik lif tu kena baca apa yang patut kalau sorang sorang nak nak awal awal pagi. Dulu masa bangunan nie masih dalam pembinaan ada budak india jatuh dalam ‘slap’ (ruangan yang dikonkrit simen) mayatnya tenggelam dalam simen dan tak dapat dikeluarkan.

Tu .. lurus bawah lif dia sebelah menghala opis kita tempatnya,” tambah Che Mat sebelum beredar duduk dimeja nya yang berdepan dengan meja Pakcik Aji. Pakcik Baharun yang mejanya berdepan dengan meja aku ketawa… aaaiisshh.. bila pulak Acik Arun ni sampai. Makin tambah lar korum pakcik pakcik menyakat aku.

Mereka bertiga pun bercerita pengalaman pengalaman mereka kena sakat selama mereka bekerja di situ.

“Masa Parlimen dah dibubar nanti kita akan lagi sibuk mas. Kita akan makin kerap tidur di opis nie nanti. Masa tu nanti baru ko tau ..,” giliran acik Arun menyakat aku.

“Teruk sangat ke,” soal aku cuak
“Teruk tak teruk lar sampai Ayun (acik arun) azan kuat kuat dalam opis nie ahahahhaa,” sahut Che Mat membuatkan mereka ketawa termasuk Acik Arun. Selepas itu kadang kadang aku terlihat kelibat itu dari jauh namun seperti yang dikatakan ia tidak menganggu maka aku acah acah tak nampak lar.

Hari pembubaran Parlimen tiba. Memang benar, kami tersangatlah sibuk mengalahkan Perdana Menteri Zimbabwe. Dalam seminggu tu tiada cuti. Balik?? Pun tidak, baju baju dan keperluan aku, aku susun dalam almari dibilik solat. Mana mungkin aku balik kerana aku tinggal jauh dari tempat kerja. Memang tak sempat nak balik. Opismate lain yang tinggal dekat pun balik sejam dua jea.

Ada yang tidur di opis ada yang tidur dipusat percetakan dikuala lumpur ada yang tidur di stor (bukan stor dipejabatku) tak kurang yang memantau proses proses berkempen. Oleh kerana aku berkebolehan maka aku diperlukan dalam setiap sektor. Kejap kejap aku ditarik ke kewangan kejap kejap ke undi pos kejap kejap ke unit it. Satu hari aku dipanggil balik dari KL untuk membantu unit it.

Selesai jam 1.30pagi aku dipanggil semula ke KL. Aku yang dah muka macam whipped potato buat muka kesian. Timbalan Pengarah aku Cik Aisyah ketawa.

“Ok lar mas, esok jea pergi. Kamu nak balik ke??,”Cik Aisyah tepuk tepuk bahu aku.
“Besok kul5 nak turun KL Cik Aisyah. Tak kan nak balik Pilah cicah bontot kejap dan balik ke Seremban balik..,” aku berhuhuhuhuhuu
Cik Aisyah ketawa,”Takpe lah, tido jea opis. Nak best pegi tido bilik saya. Dalam kabinet ada tilam dan selimut. Kamu jangan berdating pulak dengan abang polis kat luar tu. Dilla .. kamu teman mas arinie yea.

Esok pun kamu nak kena bertolak awal kan”

Memang ada polis yang mengawal di lobby pejabat SPR. Bila semua dah balik. Kami meneman Cik Aisyah hingga keperkarangan kereta kerana anak dara tu bukannya berani sangat sama jea macam kitaorang ahahaha. Sementara berada diruang tempat letak kereta diperkarangan wisma, aku ajar Dilla cara melihat bintang. Dilla kata mana nak nampak kak, lampu terang. Cuba ko, letak tapak tangan ko dihujung mata mesti nampak. Dilla mencuba. Nampak tak?? tanya aku. “Nampak kak.. nampak bangunan opis kita nie nampak seram jea.”

“Cheh!!” bentak aku.
“Akak ..”
“Kenapa??” Tanya aku
“Akak yakin ke saya nie Dilla” tanya Dilla sambil senyum senyum
Aku mencebik
“Apa perasaan akak kalau tetiba saya terbang” Dilla terus ketawa mengilai pulak tu
“Ko memang bongok Dilla. Aku terajang ko kat situ kang”
Dilla terus ketawa gelihati
“Ko gelak lagi aku sepak ko Dilla haaa.. tu nanti bleh tengok cemana ko terbang”
Dilla terus ketawa sambil peluk aku sebab aku cuba menyepaknya. Risau pulak aku dwngan mulut celupar Dilla. Kami beriringan naik ke opis. Entah kenapa aku rasa lain macam jea masa Dilla mengilai. Mungkin cuma perasaan aku.

Aku dan Dilla pergi mandi di toilet dan pakai pijamas seluar panjang. Dilla mengajak aku untuk terus tidur tapi aku duduk bersila di kerusi meja kerja aku. Ruangan qubie opisku terang. Aku rasa berani dan teruja untuk melaksanakan hajat ku. Aku buka beberapa tab. Facebook, youtube dan kegemaran aku .. bermain gameĀ  .. itu sebenarnya ..

Diwaktu itu ada satu permainan mencari barang tersembunyi secara kumpulan. Rakan rakannya hanya kita kenali didunia maya. Aku semakin leka dan leka.. sehingga jam 3pagi. Dilla dah perpuluh kali memanggil aku untuk tidur tapi aku tak pedulikan.. khusyuk ya amat.
Tiba tiba aku rasa seolah olah ada yang memanggil nama aku.. seperti berbisik perlahan.

Perhatianku pada game terganggu seketika. Aku meneruskan permainan dan aku fikir mungkin hanya perasaan aku. Sekali lagi namaku dipanggil, suara yang tak aku kenali.. perempuan. Tergamam seketika. Aku kembali dengan urusanku. Sekali ini namaku dipanggil hampir ditelinga kiriku, berbisik ada angin yang menyentuh cuping telinga ku. Aku berpaling pantas .. melihat sekeliling. Hati aku berdebar debar.

Aku laung polis diluar (aku dah lupa nama mereka berdua). “Encik ada panggil saya ke??”
“Takde?? Kenapa mas .. ” tanya polis tu

“Confirm ke dengar kalau kami panggil pun. Telinga bertekup dengan headphone. Selalunya kami panggil pun tak pandang .. ahahhaa,” sahut satu lagi anggota .. ok sah!! Bukan polis tu yang panggil aku.

Aku menjengah Dilla. Elok jea dia tidur lena sambil peluk En. Katak (Patung Katak) aku yang aku bawa sebagai teman tidur. Aku kembali duduk bersila di atas kerusi. Tak semena mena aku dengar ada suara perempuan ketawa perlahan lahan betul betul disebelah kanan aku, aku hanya kaku tak berani menoleh. Mas!!! Kali ini bisikannya agak kuat sedikit ke telinga kananku sehinggakan rambut depanku yang terjuntai didahi terbuai akibat hembusan suara itu.

Aku tanggalkan headphone yang dah kusangkutkan ke leher sejak bisikan kedua tadi. AAhhhhhhhhhhh!!!!! TAK BOLEH JADI!!!!!

Allaaaaaahhhh!!!!! Aku separuh menjerit berlari ke bilik pejabat cik aisyah then terus jea peluk Dilla. Dilla yang terjaga mendengar aku berteriak bukannya terkejut tapi ketawa.. ahahhaha.. padan muka, nak ajak tido pun susah..” katanya
“Dahh!!! Tido.. tidoo.. ” gesa aku. Dilla ketawa panjang mentertawakan aku. Tapi aku dah paksa diri untuk tidur.

Dimusim pilihan raya. Waktu itu aku baru usai solat maghrib. Hari itu kami seramai 13 orang pembantu tadbir dengan urusan set up program online untuk PRU13. Izzah masuk ke surau mengajak aku menemannya ke toilet. Aku minta tempoh 5 minit untuk pakai tudung. Dia keluar setelah berpesan. Cepat kak tak tahan nie, kang dah siap kang panggil. Izzah kat bilik setup yea.

Keluar jea dari bilik solat aku nampak Izzah laju jea keluar dari opis melintasi aku.
“Kalau yea pun tunggu lar kejap” rungut aku.

Tapi Izzah cuma menoleh sekejap dan senyum kat aku di pintu utama opis dibahagian depan front kaunter. Aku segera keluar dan memakai selipar tapi Izzah dah pergi tanpa menunggu aku. Aku kejar. Masa aku nak sampai ke lif aku cuma nampak belakang izzah jea dah masuk lorong menuju ke toilet. Aaiisshh .. budak nie lajunya lahaiii. Bila aku bukak pintu toilet tetiba aku tengok gelap gelita !!! Aiikk .. tak kanlah Izzah masuk gelap gelap nie. Aku julurkn tangan meraba suiz lampu tanpa menutup pintu depan toilet. KOSONG!!! Dua dua pintu toilet tu terbuka. Menandakan tiada sesiapa dalam toilet. Aku tak berani menjengah untuk memeriksa. Izzah menepuk belakang aku sambil tercungap cungap dari bahagian luar toilet.

“Lajunya kak mas lari, kejar sapa?? Kata nak teman orang gi toilet. Sampai betul hati ” Rungut Izzah dalam nafas pendek.

Jilake tul.. sapa pulak yang aku kejar td!!!!

Pada malam yang sama … hhmmm.. pagi lar kot dalam 2-3 pagi perut aku memulas mulas. Aku ajak Dilla teman aku ke toilet. Dilla nie dia berani sket. Tapi mulutnya kadang kadang agak celupar menyakat. Sedang aku dalam toilet sedang memerut. Dia tak henti henti bercerita tentang ‘hanako san’ urban legend jepun.

Hantu yang sering ada dalam toilet. aku pula menyumpah yumpah dari dalam toilet tu. Kuang ajo tul .. Galak betul dia menyakat sambil ketawa. Seketika kemudian dia tiba tiba diam. Tak lama selwpas tu Dilla mengetuk pintu toilet aku keras dan kasar, mendesak aku supaya buka pintu. Aku yang masih dalam agenda memenuhi hajat terpaksa buka.

Dilla masuk secara mengundur agar tak terlihat aku dan aku pula sedaya upaya menutup dengan t shirt yang aku pakai. Dilla menutup pintu cepat cepat pintu tandas.

“Apa nie!! Bongok ar, putus nafsu nak sambung!!!”
“Aaahhhhh!!! Ko diam kak. Cebok cepat. Kita kelaur dari sini.”
Aku cuma akur. Sampai di opis. Dilla terus cerita didepan opismate yang lain.
Dilla : Tadi ko nampak tingkap kat toilet tu terbukak besar kan kak. Perasan tak??
Aku : Haah .. kenapa pulak
Dilla : Masa aku ketawakan ko tadi kak. Ader suara lain yang ikut ketawa sama. Aku pikir suara aku bergema ke hapa. Ikut logik tak kan lar bleh bergema. Aku diam sekejap pastu sambung menyakat ko kak. Tengah aku cakap ada suara tu lagi sambung ketawa. Aku buat bangang jea. Sekali makin dekat plak dan makin kuat lak suaranya mengilai. Ko dengar tak kak!!

Aku : Sori ar illa, aku tak dengar apa apa.
Dilla : Rasa ngeri bila suara tu kat sebelah luar toilet sebelah tingkap kaca terbukak tu jea. Aku nampak sebahagian rambut dia yang mengerbang tu jea kak.

Tak berani aku tinjau. Buat ditariknya aku keluar sesia jea. Takkanlah tu orang kak. Kalau orang siapa pulak pepagi buta nie jadi stunt berdiri kat koridor kecik tu. Nak bunuh diri ke hapa.

Aku memang tak nafikan adalah tak masuk akal jika ada yang berdiri dikoridor panjang yang hanya lebar sekaki jea ditingkat 6 pukul 1-2 pagi. Esoknya Dilla demam dan kemudiannya dia mc 4 hari.

Satu lagi pengalaman aku yang paling menyeramkan terjadi pada diriku seorang. Satu hari aku menemani menantu Cikgu Ahmad yang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. Dia takut nak lalu Bukit Putus sorang sorang naik kereta. Tapi dia bertolak awal sangat kerana ada laporannya yang masih tak siap. Aku pulak jenis manusia yang tak pandai sangat cakap ‘tidak’ bila orang minta tolong. Pendek kan cerita aku sampai di opis seawal 6 pagi. Masih gelap.

Aku seperti biasa, ambil kunci dan naik untuk membuka opis. Lagipun isteri cikgu ahmad membekalkan aku karipap pusing buatannya. Memang sedap dimakan panas panas. Kena pulak minum dengan milo dan mengadap game … ahhahahahaa. Kat situ jea ada niat yang menyimpang kannnn .. sejujurnya memang dah seketul dua karipap tu aku makan dalam perjalanan ke lif opis.

Ruangan lobby lif agak suram waktu itu. Seperti biasa aku menekan butang simbol ke atas. Semua symbol ke atas disisi pintu lif tu menyala. Aku menunggu agak lama. Kelihatan angka lif tu menunjukkan ia dari tingkat 11. Aku menunggu lebih kurang 10 minit tapi tiada pintu lif yang terbuka.

Nak naik tangga?? Aku tak sanggup, takut terserempak dengan pompuan mendukung batu nisan. Urban legend sana. Tiba tiba salah satu pintu lif terbuka. Sebaik aku nak masuk dia tertutup. Kemudian terbuka kembali.

Kemudian seperti tadi aku nak masuk jea dia tertutup. Kemudian terbuka kembali, tak terus masuk, aku menunggu lama pintu lif itu tetap terbuka. Aku tau. Lif nie yang Che Mat dan pekerja pekerja di sana kata ‘keras’ tu. Sehinggalah pintu lif dibahagian tepi yang lain terbuka. Cepat cepat aku masuk.

Aku picit butang 6 tapi butang angka 4, 9, 10 dan 11 turut menyala. Aku terdiam. Bersangka baik aku pikir mungkin masaalah teknikal jea. Lif berhenti ditingkat 4 tapi pintunya tak terbuka. Seketika kemudian lif itu bergegar mcm ada something jatuh diatasnya. Butang lif padam semua.

Aku menekan nekan butang 6. Lampu lif berkedip kedip. Aku rasa risau, takut lif rosak.. dah lar orang blom sampai. Seketika kemudian butang 6,9,10 dan 11 tiba tiba menyala semula dan lif bergerak naik. Eh!! Dia tak berhenti di tingkat 6 tapi ditingkat 9. Pintu terbuka … tiada sesiapa keadaan sunyi.

Aku rasa agak cuak. Terbuka pintu lifnya dalam 2-3 minit. Kemudian ku lihat butang ground tiba menyala. Pintu tertutup. Setau aku jika lif naik butang bawahnya tidak akan menyala sekalipun ditekan. Aku dah mula rasa cuak. Tapi angka lif menunjukkan lif naik ke atas tapi tak berhenti di tingkat 10 cuma lampu butang 10 di lif padam.

Kemudian lif berhenti ditingkat 11. Pintu lif terbuka, suasana sangat gelap. Tak nampak apa. Lampu dalam lif berkelip kelip seketika tapi pintu lif tetap tak tertutup menekan nekan butang 6.

Rasa nak menangis, berpeluh aku dipagi dingin tu. Selepas dalam 6 minit pintu lif tertutup kembali seperti tadi butang 10, 9,6,4 dan G menyala. Lif menuju ke bawah melepasi semua tingkat dan berhenti ditingkat 6. Aku yang dah mengigil ketakutan berlari keluar untuk segera masuk ke opis.

Macam macam aku baca. Pintu kecemasan ku buka dan waktu aku nak buka kunci pintu opis ku lihat ada perempuan menyeringai kat aku betul betul dibalik tetingkap kaca pintu kayu opis yang nak ku buka.

Sangat dekat hanya disebalik pintu. Walaupun dalam pejabatku gelap tapi wajahnya jelas kelihatan. Terjatuh kunci opis. Aku tak lengah berlari semula ke lif dan menekan butang turun ke lobby.

Nak turun ikut tanga??? NO WAY MAN!!! Mulut aku tak lepas baca ayatul kursi. Sebaik pintu lif terbuka (lif yang lain) aku menerpa masuk tapi terlanggar pakcik staf igmiresen (bersebelahan pejabat aku). Pakcik tu memegang aku (memaut dari jatuh tersembam ke arahnya). Dia dapat rasa badan aku mengigil. Pakcik tu tak tanya banyak. Dia cuma tanya aku ok tak?? Dan beri pilihan samada aku nak buka opis atau tunggu opismate aku datang di opisnya atau tunggu di lobby. Aku kata nak tunggu di lobby. Aku mengikut pakcik tu buka opis dia dulu sebelum nak turun lif (pakcik tu teman). Bila pintu lif terbuka aku nampak Pakcik Aji dah sampai.

Rupanya dah pukul7.05 pagi. Lamanya aku kena sakat. Aku tak cerita pun kat budak budak opis apalagi kat senior senior aku. Aku tak pulak demam tapi sumpah kalau aku sampai awal aku lebih rela lepak ngan awek surat khabar di bawah opis tu. Dan aku tak kan naik sorang sorang lif opis tu even waktu siang pun.

Korang kalau pegi sana hati hati lar. Paling beware lifnya kat situ.
Tata..

33 thoughts on “Overtime Wisma Persekutuan Negeri Sembilan”

  1. ADMIN
    Page error!!
    * Too many pop up adds (lead us to another page instead of FS)
    * Homepage update svck
    ** Homepage display whole story sepatutnya cuma title and a bit intro by GRID..
    Please fix ASAP..

    Reply
  2. Seram memang seram tapi terketawa pulak. Tapi, Mas memang berani lah. Kalau saya, sejak hari pertama saya tidak akan naik ke pejabat seorang diri walaupun saya sampai awal. Kalau ada lagi pengalaman yang serupa, kongsi lagi ya. Terima kasih.

    Reply
    • Kalau duduk melangut kat bawah tu bila orang lalu jea pandang kita, lalu jea pandang kita. Malu pulak. Naik duduk dalam opis selesa sket. Pun boleh makan.
      Saya nie bukan jenis orang berani pun. Disebabkan dia just jenis yang ternampak then hilang saya tak takut. Tak juga hodoh (mukanya tak nampak jelas) takde lar berkudis ke bau busuk ke .. camtu ar.
      Saya nie kenkadang dapat tengok perkara yang aneh2 nie. Mcm contoh ader sekali sy ke hospital jaga adik. Tetiba kena turun beli air kat mesin tu. Kul12 masa tu. Xde apa2 yang pelik cuma rasa macam sesuatu jea sampai lar masa nak naik lif tu.. sy ada dengan satu ahso jea masa tu, kira berani sket lar kononnya. Bila lewat tingkat 4 jea tetiba ahso tu jalan tembus klua. Lif tak berhenti pun. Adehhhh.. takut?? Yea sy takut, mengigil?? Dah tentu .. tapi sy klua lif jalan baek2. Rasa nak terkencing jea masa tu ahahhahahhaha

      Reply
  3. Dulu ada kes dlm tandas tingkat 10 bunuh diri d wisma persk kb. Mak aku keje situ masa aku kecik selalu guna tandas di situ. Boleh agakla saiz cermin besar tu.

    Reply
  4. Mas oooooo Mas. tetiba je aku tingin nk jd kwn ko. msti ko ni sejenis yg kepala best n sempoi jerk, sbb sume cite2 ko best n cara ko citer pn tersgt la best!!

    Reply
  5. 2 tahun ngak tumpang solat kat wisma persekutuan kat tgt 10… kdg2 amik air sembahyang kat tkt 7… tp kalo hari jumaat, terasa seramnyer sbb org xde… amek air sembahyang sorang2 kat toilet, fuhhh rasa cam diperhatikan je… penah ngak naik turun lift sorang2, alhamdullillah, xde apa jadi…

    Reply
  6. hahah beraninya..baca cerita ni pon da boleh agak mcm mna situasi sebenar fuhh naik bulu roma hee,anyway penah prgi wisma perseketuan n9 ni dan akak sedara saya ada kerja dekat sana,yes dia pnah crita memang situ boleh tahan ‘scary’ dia

    Reply
  7. Cita ni lebih kurang kisah saya skrg ni.. Bekerja di tingkat 17 dari 23 tingkat yg ada di bangunan pejabat yg lama..rasanya usia bangunan ni dah lebih 30 tahun.. Lif ditengah2.. Tandas Di belakang lif.. Setiap pagi saya sampai pejabat jam 6 lebih dan masih gelap.. He ran juga waktu lps subuh pun penunggu pejabat mengacau saya dgn bunyi2 bunyian spt file jatuh.. Kertas diselak2.. Lampu berkerdip.. Bila check x de org pun..setiap pagi saya akan baca yassin selepas buka pintu opis sambil pasang rukyah diradio utk kuatkan smgt..jam 8 baru hilang rasa takut bila jiran2 opis datang.. Atas nasihat office mate saya cuma akn naik keatas selepas 7.15..krn masa tu cleaner dah ada.. So saya pun duduk lepak kat lobi dulu sambil tgk hp.. Huuu

    Reply
    • Ada rupanya yang senasib ahahhhahaa.. tapi nie kisah antara tahun 2012-2015 hampir 4 tahun keje kat sana. PRU yang terlibat pun PRU 13 tahun 2013.
      Banyak lagi gangguan kecil2 yang tak diceritakan kat sini tapi rasa mcm common sangat halnya. Sy nie bukan berani sangat. Ada2 juga waktu sy penakut duduk bersidai kat depan lobby teman awek surat khabar tu susun paper tak pun sy akan tunggu ada satu makcik jual sarapan pagi kat kedai kings (kedai kek skang nie dah tukar jd kedai lain) .. kenkadang dapat jugaklah nasik lemak sambal sotong free atau kuih2 ahahahhaa
      Tapi ada2 waktu saya tak rs seram2 sy naik sebaik saja sampai. Kenkadang keje tak siap sbb kena submit haritu jugak pun sy gagah jugak bukak opis awal.
      Hal2 mcm dengar orang lalu lalang belakang kita tu hal biasa. Opis sy nak masuk kena thumbprint so dengar bunyi beep sampai meja sy. Xde sesapa thumb tp macam ada orang lain kat pejabat haaa.. sy kalau masuk jea dalam opis mesti terus tutup pintu pantry dulu sbb kenkadang mcm ada orang main2 dalam tu. Semak perut dengar.
      Sy nie jenis orang yang ekspresi muka kat luar lain dan dalam hati lain. Sebab kalau sy zahirkan apa dalam hati sy dah tentu buruk betul rupanya. Kalah cicak pasir dia punya gelabah ahahahhaha

      Reply

Leave a Comment