Hi pembaca FS, dekat sini aku nak ceritakan pengalaman hidup aku yang merupakan anak seorang tukang berubat. ayah aku ada kebolehan dengan benda ghaib ni. tak ketinggalan jugak dengan kami adik beradik. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?
tapi untuk berubat orang, hanya abang aku je yang diberi kebolehan untuk berubat sama macam abah. tapi abang tak mahir lagi & abang tak minat sangat. abang pun mulanya tak sedar dia ada kebolehan untuk pulihkan orang. sebab kami adik beradik taknak dan tak suka benda benda ni terutama sekali aku.
ya aku sangat tak sukakan benda benda ni sebab aku sangatla penakut orangnya. tapi dalam waktu yang sama, aku bukanlah lemah semangat.
ada satu malam tu, ada orang datang berubat dengan abah dia datang sebab benda dalam badannya adalah saka keturunan yang dia tak sengaja ambik.
jadinya abah pesan dah pada kami adik beradik kalau dengar apa apa buat taktau je dan jangan keluar. jadinya abang aku pun standby tidur sebab dia taknak masuk campur sama jugak dengan adik adik aku yang lain dorang sama macam aku standby earphone cucuk ke telinga dan bukakla cerita ke apapun yang kuat supaya kami takdengar apa yang jadi dekat ruang tamu luar.
tapi sangkaan kami semua meleset, bunyi mengilai menjerit gelak sangat kuat. sampai abang aku yang tadinya tidur, terus bangun dalam keadaan penuh emosi. bukak pintu bilik dan terus duduk dekat dengan abah yang tengah berubat tu.
aku? aku pulak cepat cepat ajak adik adik aku duduk dekat tengah pintu bilik, sebabnya takut tu kan ada hehehe. jadinya, adik adik aku mereka standby bantal dan tidur belakang aku. yela, rasa selamat jugakla bila nampak mak dengan abah aku kat depan kan.
jadi waktu tu, aku sajela yang tengok segala adegan syait*n tu dengan abah aku dok bertengkaq. dan aku pun tak berani perhati muka dia sebab abah pesan, kalau tengah berubat ke atau orang tengah terkena jangan tenung matanya. jadinya sambil dok tengok abah berubah aku perhatikan yang kena rasuk tu, kulitnya pucat lesi. dan aku sempatla tertengok mukanya yang sangat garang dan mata yang sangat buntang. seram weh
aku cepat cepat baca ayat kursi dan segala ayat suci yang terlintas dalam kepala otak ni. walaupun jantung dah laju macam nak tercabut dah. tapi aku cepat cepat alihkan pandangan aku dekat phone aku supaya aku dapat distract benda tu
dan proses berubah abah dengan orang tu adala dalam sejam lebih, jadinya selepas abah rawat dia. dia pun balik, tapi abah cakap yang benda tu masih dalam badannya lagi dan susah untuk dikeluarkan.
jadi keesokannya, hari macam biasa. tapi ada sikit pelik pada lepas isyak. kami anak beranak tengah dok makan sekali tu abang aku cakap dia nampak ada bola api dekat luar rumah. dan aku pun pandang ke arah abang pandang, tapi takda apa pun yang aku nampak.
lepastu abah terus suruh abang pandang tepat mata abah. abah cakap jangan dok hirau yang kat luar tu, abah takbagi abang pandang keluar. tapi dalam abang tengah pandang abah tu, abang cakap ada orang katluar rumah dan abang terus pandang ke luar rumah.
dan tak semenanya, abang terus macam kena lock. mukanya terus berubah masam dan menyeramkan. mata abang terus jadi bulat sebulatnya.
abah terus cakap “aduh hang ni bang ketegaq sungguh la. dah larang hang pi jenguk jugak luaq tu kenapa” dan tak semenanya abang terus menari tarian jawa. ya, seingat aku itu adalah tarian jawa.
jadi abah pun suruh aku perhatikan adik adik aku. abah suruh jaga adik adik aku. ya, aku jaga adik adik aku. masing masing aku bawak ke ruang tamu. abah takkasi kami berpecah sebab abah rasakan ada benda yang takkena.
jadinya bila sampai ke ruang tamu. abang dalam keadaan menari tu terus duduk bersimpuh.
abah tanya siapa dia dan apa tujuannya. lepastu abang a.k.a benda tu cakap “kita berjumpa lagi ya” masatu jugak abah dah dapat tangkap rupanya benda yang abah dok berubat semalam.
abah tanya kenapa dia datang, lepastu dia cakap dia nak hancurkan abah. & abah tanya lagi tapi kenapa masuk dalam badan abang, benda tu cakap sebab abang lawan tenung mata dia. abang biadap dengannya. jadi dia nak jadikan pengajaran untuk abang.
dan dalam masa sama, benda tu cakap dia nak ambik anak anak abah. sebab dia suka anak anak abah lagi lagi adik aku yang kecik. tapi abang aku terus pandang aku dan terus dengus dengan kuat “tapi aku taknak dia! dia ni aku taksuka! biadap!” aku pun terkejut sebab dia terus point dekat aku. aku terus dengan spontan cakap dekat abang aku “eh fikir aku suka kat kau jugak ka. aku benci kau adalah b*d*h.” lepastu benda tu gelak & abah terus bagi kami isyarat untuk tak pandang matanya.
aku pun tekup mata adik adik aku dengan bantal dan bagi depa phone pakaikan depa earphone suruh tengok cerita.
tapi masatu mak aku pulak dok bercakap yang muka aku pucat sangat. mak aku sampai risau, aku jenuhla dok pesan kat mak aku yang aku okay takdak apa. mak aku tu jaga diri ja, doa mulut jangan putus zikir dan baca pendinding diri.
taklama lepas mak dok dalam keadaan cemas. mak aku pulak tumbang sebelah aku.
ya, dan kalini abah handle dua dua dalam satu masa. dan masa mak jatuh tu, abang aku tak langsung jerit macam dok berlawan dalam badan dia, abang tengking benda tu jangan kacau mak. nak kacau, biar kacau dia sorang. lepastu bila abah dah macamtu abah ambik langkah untuk kunci abang dan pulihkan mak.
bila mak dah pulih, abah settlekan abang. dan alhamdulillah benda tu takut dan janji untuk tak kacau dah.
abah pulak lepas dari tu, abah terus kumpul kami adik beradik. abah cakap benda tu saja nak dok tengok kekuatan abah dan kelemahan abah.
jadinya dia masuk dekat abang sebab dia tau abang lemah semangat & abang pulak tentang mata dengannya. jadi dia rasa tercabar.
untuk aku pulak, abah cakap abah tau aku okay dan kuat semangat. tu sebab abah tak beratkan dekat aku. dan abah tau aku boleh jaga adik adik. jadinya abah utamakan dekat mak dan abang aku.
sebenarnya banyak lagi cerita yang jadi. nanti sampai masa aku ceritakan lagi kisah seterusnya. maaf kalau tak menarik kisah ini.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit