Pak Cik Mat

Adam duduk di bangku kawasan farmasi di hospital. Macam-macam ragam pelawat yang ada di situ – datang bawa anak, naik kerusi roda dan ada juga ibu mengandung datang sendirian. Dia sandarkan badan di dinding. Kertas nombor giliran ditatap lama. Dia mengeluh lagi. Lama lagi dia nak kena tunggu.
“Maaf cu.”
Adam mendongak. Seorang pak cik tua dalam lingkungan 70an tersenyum arahnya.
“Kalau cu tak keberatan, boleh pak cik duduk di sebelah?” Adam pandang bangku sebelah, tempat dia letakkan beg. Dia kelam kabut angkat begnya dan pelawa duduk disebelahnya. Pak cik itu ucapkan terima kasih dan Adam hanya membalas dengan anggukan saja. Dia membawa keluar telefon bimbit sementara menunggu gilirannya tiba.

“Kalau cu tak keberatan,” Pak cik di sebelahnya mulakan bicara. “Boleh Pak Cik Man tahu cu buat apa dekat sini?”
Adam senyum. “Ambil ubat pa kcik.”
Dahi lelaki tua itu berkerut. “Cu sakit apa?”
“Demam je pak cik. Kena hujan semalam. Biasalah, kerja rider kan.” Adam tertawa sedikit di akhir percakapannya. Pak Cik Man mengangguk. Mereka berdua diam. Hanya suara pelawat dan bunyi nombor giliran kedengaran. Adam rasa kekok, pak cik ni siap bertanya apa urusannya di hospital tapi dia tak tanya pula apa Pak Cik Man buat di sini. Adam tak mahu dia digelar sombong, jadi dia kumpul kekuatan dan mahu ajukan soalan yang sama. Namun ada persoalan bermain di minda.

‘Dia datang sorang je? Mana anak dia? Cucu dia?’
‘Kalau aku tanya soalan tu nampak busybody ke?’
‘Takut pula nanti Pak Cik Man cop sebagai orang muda tiada adab. Suka jaga tepi kain orang.’

“Pak cik datang nak ambil ubat. Ubat pak cik dah nak habis,” ujarnya. Tersentak Adam. Dia baru saja nak tanya, macam mana pak cik ni boleh tahu soalan apa dia mahu tanya?
Pa kcik Man ketawa. Adam seram sejuk.
“Janganlah terkejut. Pak cik boleh baca dari riak muka kamu.” Jari Pak cik Man membuat satu bulatan pada wajahnya sendiri. Adam hela nafas.
“Hmmm, saya nak tanya. Tapi pak cik jangan marah boleh?”
Pak cik Man angguk. “Tanyalah.”
“Pak cik datang sorang je? Mana anak pak cik, cucu pak cik? Jauh juga nak datang hospital ni, kena lalu highway.”
Air muka Pak Cik Man bertukar sedih dan Adam mula menyalahi dirinya. Adam lagi bersalah bila Pak Cik Man menyeka mata.
“Alamak, pak cik. Maaf pak cik, saya tak sengaja.”
Lama Pak Cik Man diam. Adam menyumpah seranah dalam diri. Dia tak patut tanyakan soalan begitu. Kasihan Pak Cik Man.

“Pak cik…” Adam menepuk bahu Pak Cik Man. Lelaki tua itu mengangguk perlahan.
“Tak apa. Pak Cik faham kamu tak sengaja.”
Adam diam. Dia kembali sandar pada dinding. Pak Cik Man dibiarkan tanpa bertegur.
‘Adam, Adam….’ Dia mula bermonolog sendiri. Matanya kembali memandang skrin angka giliran. Yang hairannya, nombor di situ langsung tak bergerak. Adam mula rasa pening, jadi dia ambil keputusan untuk tidur sekejap.

Ding!
40666

Ding!
40666

“Nombor 40666. Nombor 40666.”

Adam terjaga dari tidur. Dia berdiri dan terus menggeliat. Dengan mamai dia melihat nombor giliran.
Akhirnya!
Dengan langkah longgai, diamelangkah ke kaunter.
“Cik…” Adam hulurkan kertas nombor giliran. Ada tangan menarik kertas tadi. Adam bersandar di dinding dan sambung menguap. Kepalanya tersengguk-sengguk. Dia menguap lagi.
‘Apa benda lama sangat ni. Takkan doktor tak bagi keputusan checkup lagi?’ getus hatinya. Adam ambil keputusan untuk menjenguk.
“Kak…”

Tak ada orang.

Adam hairan, padahal dia dengar suara yang menyebut nombornya. Dia mengambil beberapa langkah ke belakang, niatnya mahu tengok skrin angka giliran. Gelap. Adam hairan, padahal sebelum tidur skrin itu masih menyala. Dia menoleh.

Apa yang dia nampak adalah kawasan hospital yang sudah gelap dan berhabuk seperti dah lama ditinggalkan. Kepala Adam hanya teringat seseorang saja -Pak Cik Man. Namun kawasan itu terlalu gelap. Menyukarkan satu hal, menakutkan pun satu hal juga. Dia beranikan diri. Berbekalkan telefon bimbit, dia menyusuri koridor yang gelap. Kalau tak jumpa Pak Cik Man, dia cari pintu keluar, itu saja.

Jalan punya jalan, Pakcik Man pun tak nampak batang hidung. Jangankan Pak Cik Man, papan tanda keluar pun tak ada. Adam mula beristighfar dalam hati. Kakinya berhenti hadapan dua pintu kaca -mungkin jalan keluar. Itulah yang Adam fikirkan. Dia masukkan telefon dalam kocek seluar, tangannya menggoncang pemegang pintu.
“Aduh, bukalah. Bukalah.” Adam makin resah. Boleh terkucil dia duduk dalam hospital seorang diri tanpa sesiapa.
“Tolong! Tolong!’ Adam mengetuk cermin pintu. Tiada siapa pun mendengar teriaknya. Yalah, hospital kosong. Siapalah yang akan dengar.
Adam baru teringat. Dia akan telefon kawannya dan minta tolong supaya dia datang ambilnya. Telefon dibawa keluar dan dia mencari nama kawannya di What’sApp. Nama Zairul ditekan dan terus Adam membuat panggilan.
.
.
.
“Hello?” Suara Zairul melegakan hati Adam.
“Kau kat mana Rul?”
“Aku baru collect order dekat FamilyMart. Kenapa?”
“Aduh Rul. Tolong aku.”
Zairul hairan. “Kenapa weh? Kau tak bagitahu aku macam mana aku nak tolong.”
“Aku dekat hospital….”
“Okey, jadi?” Terus Zairul potong. Dia sudah siap hidupkan motor dan teruskan perjalanan.
“Masalahnya aku dekat hospital kosong. Terbiar. Aku tak tahulah macam mana aku boleh dekat sini. Dengan tak jumpa jalan keluarnya, pintu pun kunci.”
“Ohh.”
Adam berang. Oh saja Zairul balas?
“Aduh, kau ni slow la. Aku nak kau amik aku dekat sini.”
“Hei mamat ni, nanti bagi location. Siap aku hantar order customer, aku gerak. Chaw.” Zairul matikan panggilan. Adam pula memanggil berkali-kali. Dia pandanng skrin telefon. Gelap.
“Aduh, dia ni.”
Adam memeluk tubuh, menanti Zairul tiba. Kemudian dia teringat, dia masih belum hantar lokasi di mana dia berada.
.
.
.
“Okey kak. Terima kasih.” Selepas menghantar makanan customer, Zairul periksa telefon bimbitnya. Mesej dari Adam. Zairul terus buka ruang mesej dan tekan link di bubble chat. Siap dapatkan route dari maps, Zairul mulakan perjalanan.
20 minit perjalanan Zairul bertemankan lebuhraya dan pokok. Hanya ada dua tiga kereta saja lalu memandang hari pun hampir gelap. Harapnya Adam tak marahlah.
Dia memasuki simpang ke hospital, dan berhenti betul-betul depan pintu masuk lobi. Hairan. Adam kata dia di hospital lama, tapi di sini ramai saja orang. Dia turun dari motorsikal dan memandang sekeliling.
“Cu ni, cari siapa?”
Zairul menoleh. Seorang pak cik tua dalam lingkungan 70an menguntumkan senyuman.
“Cari kawan, pak cik. Dia kata dia dekat hospital terbiar. Dan dia bagi saya location ni.” Zairul tunjukkan skrin telefonnya. “Betul dah locationnya. Tapi sini ramai orang je saya tengok.”
Pak cik itu mengangguk. “Kawan kamu rider yang demam tu ke?”
Zairul angguk laju. “Macam mana pak cik tahu? Dia dekat mana?”

Pak cik tadi mula melangkah masuk di kawasan lobi. Zairul hanya ikut dari belakang. Mereka berjalan menyusuri koridor sehinggalah mereka berhenti di satu ruang koridor- gelap. Padahal jalan mereka yang lalu tadi terang benderang. Zairul telan air liur.
“Kawan kamu tersesat. Dia masuk situ tadi. Sampai sekarang tak keluar.
“Pak cik ni, biar betul?”
Pak cik tadi angguk. “Kamu pergilah dan bawa dia pulang.Gunakan dua pintu kaca dan kalian akan keluar dari situ. Lagipun sini bukan tempat kamu berdua”
“Bukan tempat kita orang?” Badan Zairul ditolak masuk dalam ruangan gelap. Sempat dia menoleh, pak cik tua itu melambai tangan dan di belakangnya ada beberapa kelibat manusia tanpa muka. Tepat memandang Zairul.
“Zairul!” jerit Adam. Zairul terkejut. Disekelilingnya gelap. Hanya ada Adam dan habuk berterbangan. Otak Zairul masih tak dapat proses apa yang berlaku, dia ditolak kemudian tiba-tiba ada bersama dengan Adam. Dia teringatkan suara pak cik tadi. Gunakan pintu kaca dan keluar dari situ.
Tangan Zairul memegang pintu yang dimaksudkan itu. Dia cuba tolak pintu, tak berjaya. Tarik pun tak berjaya. Dia tekad. Beberapa langkah ke belakang, dan Zairul berlari sepuas hati dan melanggar pintu kaca dengan badannya. Percubaan pertama tak berjaya. Dia cuba dan cuba.
“Zairul dah,” kata Adam. Zairul geleng. Dia berlari dan langgar pintu kaca lagi. Pintu kaca itu pecah dan serpihan kaca bertaburan atas lantai. Zairul jatuh tergolek. Adam dekati Zairul dan membantunya berdiri.

“KAU NAK KE MANA!”

Adam dan Zairul tersentak. Mereka terus lari selamatkan diri. Zairul tahu ada benda sengaja perangkap Adam di sini dan sedang mengejar mereka. Pak cik yang membawanya tadi dia yakin bukannya manusia.
“Sini, sini.” Jeritan lelaki tua menarik perhatian mereka. Adam tersengih.
“Pak Cik Man!”
Zairul terkejut. Itulah pak cik yang bawanya ke tempat gelap tadi. Apa pak cik tu buat dekat sini?
Wajah Pak Cik Man pucat. Dia cepatkan melambai tangan. Mereka berdua melintas Pak Cik Man. Dengan pantas lelaki tua itu mencampakkan sesuatu. Suara nyaring membingitkan Zairul dan Adam. Mereka berdua menekup telinga.

Apa yang Adam nampak, lembaga warna hitam berterbangan tanpa arah di hadapan Pak Cik Man. Dia menjerit kesakitan, kemudian terbang masuk ke dalam bangunan hospital semula. Pak Cik Man menoleh, memandang dua anak muda yang ketakutan.
“Biasalah benda-benda macam ni suka usik manusia. Dia tahu kawan kamu sakit, dia sengaja kaburkan pandangan dan bawanya ke sini. Yang ramai-ramai dekat hospital yang kamu berdua nampak tadi bukanlah manusia.”
Adam dan Zairul terdiam.

“Jadi, saya salah masuk hospital? Ini hospital apa?” Adam tak keruan. Pak Cik Man geleng.
“Baliklah. Mandi dan baca doa sebelum tidur.”
Adam masih tak faham dengan apa yang berlaku. Dia terus dekati Pakcik Man.
“Jadi pak cik tahu saya dah masuk dalam alam lain?”
Pak Cik Man angguk perlahan.
“Tapi masa saya tidur,kenapa pak cik tak kejut?”
Lelaki itu diam. Dia menyuruh keduanya pulang, namun Adam berdegil. Dia mahu tahu juga apa yang berlaku.

“Dia saja main dengan kau je Dam. Dah, jom balik.”
“Ish, jangan sibuklah. Kau pun mesti nak tahu kan macam mana pak cik ni tahu aku terperangkap kat sini?”
Zairul terkejut. “Macam mana kau tahu pak cik ni jumpa aku?”
“Eh?”
“Eh?”
Pak Cik Man berdehem. “Dah tak ada apa-apa, kamu berdua boleh balik.”
Soalan mereka masih tak dijawab. Pak Cik Man menepuk bahu mereka.
“Jom, bahaya kita lama-lama dekat sini.” Badan mereka ditolak Pak Cik Man. Adam terkejut. Dah tua pun masih kuat nak tolak orang muda macam mereka. Pak Cik Man hantar mereka ke lobi hospital. Zairul terkejut. Seingatnya motorsikal dia saja diparking di depan pintu masuk lobi. Ini motorsikal Adam pun ada sekali. Mereka berdua hidupkan motor dan pakai topi keledar.
“Pak Cik Man tak nak balik?” pelawa Adam. Pak Cik Man geleng.
“Pak Cik jaga sini. Takut benda tu keluar dan kacau orang macam kamu lagi.”
“Benda hitam tadi, apa dia tu?” Zairul terus bertanya. Wajah Pak Cik Man tenang, dan terus menjawab;

“Hantu.”

Serentak kabus muncul entah dari mana. Wajah Pak Cik Man perlahan menghilang. Zairul kecut perut. Wajah Pak Cik Man bertukar sama dengan wajah yang dia nampak sebelum masuk dalam koridor gelap . Kosong.
“Gerak, gerak.”
“Hah?” Zairul kelam kabut hiudpkan enjin motor. Adam tercengang.
“Kau nak tunggu apa lagi? Cepat gerak.”
Adam pandang balik muka Pak Cik Man. Dia menjerit. Kelam kabut dia hidupkan enjin motor dan tinggalkan Zairul di belakang.
“Woi!” Zairul terus memecut, mengejar Adam. Pak Cik Man geleng kepala. Dia pusingkan badan. Kakinya melangkah masuk ke dalam kawasan lobi semula.

Tamat

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment