Assalam pembaca FS semua. Hari ini aku nak berkongsi satu kisah seram yang benar2 terjadi dan dilalui sendiri oleh aku. Oh ya maaf kalau penggunaan perkataan ‘aku’ ni agak kuang ajo sket. Sebelum ni guna kata ‘saya’ tapi tak berapa nak selesa dan tak berapa nak seram hihihi, dan tulisan pertama yang aku kongsikan tempoh hari agak ke laut dan terlalu ringkas. Almaklumlah aku ni bukanlah berbakat dalam bidang penulisan tapi apapun aku berusaha untuk berkongsi kisah2 yang aku pernah lalui sendiri dan jugak kisah daripada rakan2 untuk dikongsikan disini. Insha Allah.
Ok! kisah kali ini terjadi ketika aku sedang memandu di sebuah jalanraya di Sabah iaitu jalan KK-Kota Belud dan buat pengetahuan pembaca semua dekat sini takde highway, ianya hanya sebuah jalanraya biasa. Gelap dan berbukit tanpa ada lampu jalan, kalau ada pun hanya di sesetengah tempat sahaja. Ketika itu jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Aku dan sepupu aku (Am bukan nama sebenar) sedang dalam perjalanan balik ke Kota Belud selepas menonton perlawanan bola di stadium likas, KK.
Lepas tengok bola kitorang lepaklah kedai mamak menyembang dengan rakan2 lain yang kebetulan ada kat situ, sampai tak sedar dah lewat malam. Selepas duduk berjam-jam aku dengan Am pun minta diri dan gerak balik. Perjalanan balik dari KK ke KB ambik masa hampir sejam setengah (taklah jauh sangat) cuma takut mata ni jer mengantuk. Tapi bab balik lewat malam ni memang dah jadi perkara biasa bagi aku, yang penting berteman! Kalau drive sorang2 memang tak lah.
Hampir setengah jam memandu, kami telah pun sampai ke area Tuaran, dan di sinilah bermulanya episod seram yang aku maksudkan. Keadaan jalan di sini memang gelap dan sunyi walaupun terdapat beberapa buah kampung yang dilalui di sepanjang jalan di situ tapi waktu2 macam ni memang jalan akan lengang, cuma terdapat beberapa kenderaan saja yang lalu. Aku bertemankan sebatang rokok sambil mendengar radio memandu rilek jer masa tu. Nak harap Am temankan aku lupa ajelah! Dengan mulut dah ternganga sambil sekali sekala terdengar dengkurannya, mak ai!! Boleh tahan jugak mamat ni punya dengkuran..! Nyenyaklah tu!!
Sampai di satu selekoh tiba-tiba aku ternampak ada sesusuk tubuh sedang melambai dan cuba menahan kereta aku di hadapan. Terkejut jugaklah dibuatnya tapi bila kereta aku makin menghampiri ternyata susuk tubuh tadi adalah seorang lelaki yang kelihatan sedang dalam kesakitan cuba menahan kereta aku. Sambil aku cuba kejutkan Am aku perlahankan kereta aku dan memang sah lelaki tadi sebenarnya baru terlibat dengan kemalangan sebab tak jauh dari situ kelihatan sebijik kapcai yang agak teruk keadaannya (barai) tersadai di tepi longkang.
Lelaki tadi yang kelihatan agak berumur terus mendapatkan kami meminta bantuan. Yang peliknya dia cuma mengalami luka ringan dan sakit dibahagian lengan jer apabila Am bertanyakan keadaannya. Aku dan Am saling berpandangan kehairanan tapi kami tak la mengesyaki apa2 yang mistik. Dalam hati aku mungkin tuhan selamatkan pakcik ni dan segalanya adalah takdir dia tidak mengalami apa2 luka yang serius.
Lalu kami menawarkan diri untuk membawanya ke hospital. Namun dia tidak bersetuju dan hanya meminta kami menghantarnya ke rumah sahaja.
“Pakcik ok, pakcik tiada apa2. Anak jangan risau”.
“Betul ka pakcik ok ni?”, aku bertanya inginkan kepastian. Kut2 pakcik tu segan taknak menyusahkan lagipun hospital dari situ agak jauh.
“Iya betul, pakcik luka sikit saja cuma kalau boleh hantar saja pakcik balik ke rumah pakcik”.
Aku dan Am pun bersetuju untuk menghantar saja pakcik itu balik ke rumahnya sampai terlupa tanyakan pakcik tu dari mana lewat2 malam ni. Soal kapcai tadi dia dah tak hiraukan. Sampai di satu simpang iaitu simpang ke jalan lama KB-KK pakcik tu minta aku berhenti, katanya dah sampai. Aku kata takpe biarlah hantar dia sampai betul2 ke depan rumah dia. Tapi pakcik tu berkeras nak turun jugak, katanya lagi rumah dia hanya beberapa meter dari jalanraya ni.
Memang dekat situ ada la beberapa buah rumah cuma aku tak tahu yang mana satu rumah pakcik tu
dan tak jauh dari situ ada jirat cina walaupun penduduk di sekitar situ majoritinya adalah islam.
Namun yang pastinya kewujudan perkuburan kaum cina tu memang dah lama sebelum terbinanya rumah2 yang ada di sekitarnya (sekali lagi kami tak syak apa2).
Kami pun meneruskan perjalanan kami yang berbaki separuh itu sambil menikmati sebatang rokok. Sedang aku fokus memandu tiba2 Am bersuara..
“Eh ko perasan tak tadi, pakcik tu asyik pegang kepala dia jer?”.
“Laaa yang ko ni pun satu. Orang baru lepas eksiden kut, mungkin kepala dia sakit ke sebab terhentak. Itu pun nak heran?”, jawab aku geram dengan soalan bodoh Am..
“Iye tapi cara dia agak pelik. Seolah menahan sesuatu dari mengalir. Eh takkan kepala pakcik tu berdarah kut, elok jer aku tengok”.
“Haaa tau pun ko, dahla tak payah nak pelik sangatlah!”
Tiba2 aku terhidu sesuatu. Sesuatu yang sangat berkait rapat dengan apa yang Am fikirkan tentang pakcik tadi, darah!!!!! Yaa bau hanyir seperti darah sedang mengganggu deria bau ku sekarang!!
Tapi aku buat2 tak tahu sebab aku tengok Am macam tak perasan ‘kehadiran’ bau tersebut.
Aku teruskan jer perjalanan kami walaupun sedikit cuak dan rasa seram sejuk yang mula menguasai aku. Namun aku kuatkan semangat untuk tidak dikuasai perasaan takut! “Takkanlah pakcik tadi tu hantu?”, getus hati ku..
Akhirnya kami sampai juga ke rumah. Jam dah hampir pukul 4 pagi, nak tidur tak lama lagi waktu subuh nak masuk lagi sejam kut. Aku ke dapur bancuh kopi hilangkan rasa mengantuk. Am jangan tanyalah, laju jer lentok kat atas sofa. Malas nak balik rumah dia katanya. Aku pulak sambil menghirup kopi panas sempat bakar sebatang lagi rokok. Sambil duduk diberanda rumah. Tiba2 aku terdengar sayup2 seperti orang sedang berbisik kat aku “terima kasih”. Bulu tengkuk aku mula meremang, perasaan tak payah cakaplah. Aku terus masuk ke dalam rumah. Duduk kat sofa sebelah Am yang sedang nyenyak tidur. Sambil mulut aku kumat kamit membaca ayatul kursi hinggalah aku tertidur. Solat subuh pun entah ke mana.
Keesokan harinya aku bangun lewat lebih kurang dalam pukul 10 pagi. Bangun jer, macam biasa tabiat budak zaman sekarang. Bangun jer terus bukak fb. Belek2 punya belek tiba2 aku terbaca kat fb rasmi sebuah akhbar tempatan. ‘Lelaki tua maut nahas motosikal’. Berita itu seolah-olah menarik perhatianku untuk membacanya. Sebelum ni aku tak ambil kisah pun berita macam ni. Tapi kali ini keadaan agak berlainan. Bila aku baca alangkah terperanjatnya aku bila lelaki tua yang dimaksudkan memang tak lain iaitu pakcik yang malam tadi. Semua butiran sama dengan apa yang kami lalui malam tadi. Dari tempat kejadian sehinggalah tempat tinggal ‘pakcik’ itu. dan yang paling buat aku tersentak ialah kulit kepalanya dilaporkan hampir 80% terkopak (koyak).
Patutlah kata si Am pakcik tu asyik pegang kepala macam menahan sesuatu dari mengalir. Rupanya memang betul ada pendarahan serius dibahagian kepalanya, dan bau hanyir yang aku terhidu malam tadi adalah darah simati????
Jadi pakcik yang kami tolong malam tadi rupanya
haaa……*****???
‘terima kasih’
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
berani
[ Semua butiran sama dengan apa yang kami lalui malam tadi. Dari tempat kejadian sehinggalah tempat tinggal ‘pakcik’ itu ]
dalam berita tu tulih dak mayat pakcik tu jumpa kat mana? kot kat umah, kira ampa tumpangkan ‘orang’ laa. tapi kalau jumpa kat tepi jalan, ampa tumpangkan pakcik ‘hannn’ la tu.
omg
hmmmm dulu aku selalu ulang alik kk kudat, memang sah2 lah lalu jalan yg si penulis ni cerita, kadang2 balik dari kudat pukul 1 pagi la 2 pagi la kadang2 subuh baru sampai kk, tiga jam perjalanan alhamdulillah tak pernah lagi nampak apa2, bukan sekali, bahkan bertahun aku buat sebab tuntutan kerja. jirat cina, kuburan islam, kubur kristian, tepikong kecil kat tepi2 pokok besar, jalan sorang2 atas jalan tu semua pengalaman. cuma satu aku pesan, jalan jauh malam buta, ada syaitan bertopengkan hantu, dan ada syaitan bertopengkan manusia, yg aku risau lebih jumpa syaitan bertopengkan manusia, belum lagi lalu kawasan kota belud dinihari yang terkenal dengan ilmu hitam balan balan. aka penanggal. aku amal surah 3 qul dengan ayat kursi baca dan hembus dalam kereta sambil tawakkal dan percaya kepada firasat hati. Alhamdulillah sampai bertukar kerja tak pernah kena apa2 tengah jalan. Aku siap lalu jalan Kota Marudu Ranau lagi tengah malam buta, lagi menyeramkan, langsung tak ada kelibat rumah orang tepi jalan sepanjang laluan jalan raya. Anda berani ?! hehehe tawakkal innahu, tak try, tak tahu. Kalau jumpa rezeki, tak jumpa alhamdulillah di lindungi Allah.
Qarin pakcik tu kot..dia nk tumpang smpai umah dia..perjlnn yg terakhir huhu…
Kau jgn nk tuduh org sembarangan. Aku doggy hg sat g kang
@zul aku harap setan sbelah ko yg doggy ko , msti aaaumm pnye 😂
seram gilerr…
Budak koboitown kah ni? Hahahaha