Entah macam mana aku nak mulakan cite ni. Tapi sebelum aku menuis lebih panjang lagi suka aku nak ingatkan engkau terutama student unimas tak payah lah nak takut sangat jadikan cite ni sebagai satu perkongsian dan buat hilang bosan kau tengah study week tu. Tu pun kalau kau study hahaha. Benda ni cukup je kau percaya, hormat dia, tak kacau dia, dia tak kan kacau kau. Kalau kau Nampak jugak tu angaplah tu rezeki kau. Benda tu pun kalau boleh tak nak pun jumpa dengan kau. Kepada yang muslim tu sembahyang jangan tinggal. Kalau kau tu sembahyang pun tak, kau tu lebih hantu dari hantu-hantu tu. Satu lagi tulisan ni bukannya bermaksud nak jatuhkan nama unimas ke apa ke anggap je ni pemanis kehidupan di uni kita. Universiti mana yang takde kisah seram. Ok cukup pendahuluan. Aku nak mulakan cite ni.
Kisah ni berlaku masa aku di tahun 2, 2015 kalau tak silap aku lah. Sebelum tu kisah ni bukan aku yang alami sendiri, ni cerita seorang brother yang buat servis sewa kereta. Dari penceritaan , pertanyaan dia dan riak wajah dia masa tu, aku tak rasa dia nak menipu. Ok aku masa tu boleh dikatakan selalu jugak lah sewa kereta dengan brother ni sebab servis dia tip top. Kereta pun lawa bersih. By the way sebelum aku terlupa brother ni bukanlah student unimas dia student UITM. So satu hari tu macam biasa aku ada hal nak kena settle kan so aku decide nak sewa kereta dengan dia. Sampai masa yang ditetapkan dia mai ambik aku dekat kolej Bunga Raya dan hantar dia dulu ke rumah sewa dia dekat desa ilmu.
Masa on the way tu kami guna jalan timur menuju ke pintu belakang unimas yang bersebelahan dengan kolej kenanga. Kalau budak unimas dia tahu la land mark yang aku cite ni. Jadi tengah syok borak kosong dengan dia, kami sampai dekat jambatan sebelum makmal luar tu dia senyap. Sampai betul-betul depan makmal luar tu dia tanya aku “Qie, ni bangunan apa?” aku jawab “Ohh ni bangunan makmal luar tempat student sains buat kajian diaorang” dia jawab “ohhh, seram sial aku tgk bangunan ni” aku jawab “biasa ar bro bangunan ni terletak jauh dengan main kampus kan jd mungkin dia jarang nak di selengarakan (potong rumput), hantu pun banyak kat sini. Hot spot la katakan hahaha” aku tengok dia usya baik punya bangunan tu. Kereta pun dah slow semacam.
Aku tanya “dah kenapa kau slowkan keta ni. Tak kan kau nampak hantu kut ni baru jam 3 petang”. Dia kata” aku ada cite nak share dengan kau ni qie. Kau nak percaya ke tak terpulang”. Ha apa dia aku tanya.
Dia pun start cite. Satu hari tu aku dapat customer dari kolej brc (bunga raya college) yang nak sewa keta jam 7 pagi. Masa tu jam dah nak masuk pukul 11 malam. Jadi aku pun ajak sorang member aku ni untuk teman kan hantar kereta sebab dia kata aku ada hal penting nak kena buat pagi esok takut tak sempat nak hantar kereta ni. So dia decide nak park kereta tu dekat parking kolej brc dan esok bangun subuh dia akan whatsapp budak tu kereta dah ada kat kolej kunci ada dekat sekian-sekian tempat.So member dia tadi follow dia dengan motor. Diaorng masuk ikut pintu utama yang sebelah barat. Biasalah dia kata aku kan bukan student unimas aku tak biasa dengan rule unimas ni. Tapi dia tahu kalau jam 12 malam pintu timur yang dekat nak ke desa ilmu tu akan tutup. That why malam tu dia cepat2 nak hantar kereta tu dan balik dengan moto dengan kawan dia ikut timur. Aku tanya la dia “ eh kau tak kena serah ic ke dekat pos barat tu” dia jawab “ kebetulan malam tu guard yang jaga pos tu dah selalu tgok dia keluar masuk hantar kereta sewa. Jadi guard tu lepaskan tanpa mintak ic dia.
Selepas aku dah parking siap2 aku pun gerak nak balik dengan member aku. Masa tu jam dah nak pukul 11.45 malam kalau tak silap. Pada awalnya semuanya berjalan smooth la. Tapi bila aku dengan member aku td sampai dekat jambatan sebelum makmal luar tu motor tetiba meragam dan terus mati sendiri. Aku mencelah “ alamak cliche nya”. Dia gelak.. tu lah qie, tapi ni betul aku tak tipu. Diaorang pelik lah, member dia cakap aikk petang tadi aku dah isi minyak full tank kut. Dan tak sampai sebulan aku servis motor ni. Apa ke hal pulak tetiba mati ni.
Diaorang dah cuba start motor tu berkali memang tak dapat hidup. Dan dia cakap kat aku. Member dia ni pandai baiki motor ni. So dia tukar plug bagai takut plug tu rosak ke apa tapi still tak dapat hidup jugak. So kitaorang decide nak call housemate kitaorang. Mula2 call tak dapat mungkin masalah line ke apa. Tapi selepas banyak kali cuba dia dapat call member dia tu. Malangnya masa tu member dia masih di Kuching. Paling awal pun dia boleh mai dalam 30 minit.
So diaorang decide nak lepak je atas pagar jambatan tu. Sambil hisap rokok layan perasaan. Masa tu jalan tu dah takde orang yang lalu sebab dah pukul 12. Dan jalan ke timur tu memang lepas jam 10.30 malam orang dah kurang lalu. Tengah aku dengan member ni syok berbual tetiba ada sebuah motor lalu. Dia bonceng slow je, mula-mula aku buat tak endah la. Rupa-rupanya tu motor guard unimas. Dia dengan member dia dah cuak la, sebab diaorang bukan nya student unimas.
Diaorang terus buang rokok dalam sungai dan buat rilek je. Guard tu tgk je dekat kitaorang sambil2 usya motor. Tapi guard tu tak stop depan diaorang kut-kut nak tanya apa masalah or kau ni student unimas ke apa ke. So diaorang lega lah. Tapi rupanya guard tu berhenti kat depan selepas jambatan tu. Guard tu jerit panggil aku dengan member “adik mari sini! Tolak motor tu parking depan ni.” Kitaorang pun tak tunggu lama terus pergi dekat guard tu dan buat apa yang dia suruh. Lepas tu aku explain la aku ni student uitm buat bisnes sewa kereta, hantar kat student brc bla bla blaa. Guard tu dengar sambil mata duk tgk balik kat jambatan tu. Dia cakap macam ni lah korang mari ikut pakcik kita bonceng motor ni bertiga ke pos guard timur.
Aku dah cuak ni mesti nak kena sekolahkan kat situ jap lagi.
Tapi kitaorang ikut kan je lah. Lepas kunci motor tu ambik helmet kami pun gerak dengan pakcik tu. Sampai kat post tu, aku terus call member tadi suruh ambik kat situ jangan masuk dalam unimas. Sambil-sambil tunggu tu pakcik tadi tanya aku. “Kau orang tak pelik ke kenapa pakcik tak berhenti depan korang tadi” aku jawab “pelik pakcik tapi sebab kami ni bukan student unimas kami buat tak tahu je lah” ok macam ni biar pakcik bagitahu kenapa pakcik tak berhenti depan korang. Masa mula-mula pakcik naik jambatan tu pakcik dah nampak korang. Tapi korang bukan nya berdua. Ada yang teman. Pakcik nampak korang bertiga. Aku dengan member yang tgh duk main fon ni terus terkejut gila. “ aishh tak kan lah bertiga kami berdua je pakcik” pakcik tu sambung lagi dia kata “ pakcik Nampak ada satu lembaga besar, hitam, mata nya merah, berbulu lebat sangat tengah pegang tayar belakang motor korang,”. Aish aku dah naik habis bulu roma masa dengar dia cite tu. “ sebab tu pakcik tak berhenti depan korang,”. Ohh patut lah masa kami pergi dekat pakcik, pakcik asyik duk tengok kat jambatan tu. “pakcik Nampak dia tengah berdiri dan renung je dekat pakcik macam marah sebab pakcik tolong korang”. Aku dengan member dah takde bulu nak naik wehh qie. Seram sejuk tu xpayah cakap la, rasa lutut longar je masa dengar pakcik tu cite. So pakcik tu cakap balik ni jangan terus balik rumah singgah la dulu kat mana2. Balik tu kalau boleh mandi bersih kan diri.
Tak lama lepas tu member aku sampai. Lepas salam dan ucap terima kasih dekat pakcik tu kami pun gerak balik. Aku dengan member aku malam tu tak cakap banyak. Kami tidur kat ruang tamu sebab masih takut weh. Esok nya dalam jam 10 pagi member dia pi ambik motor dekat jambatan tu. Dia kata elok je sekali start dah hidup. Dia tak cakap banyak terus blah. So itu lah ceritanya. Kalau dia tipu maka aku pun tipu lah. Tapi dari gaya cerita dia tu aku tak Nampak yang dia nak berbohong. Lepas tu dia dah habis belajar dekat uitm dan mulai saat tu aku dah dapat contact dia lagi. So kepada kau bro, kalau kau kenal aku tegur2 lah aku kat fb ni. Lupa dulu nak add kau.
Sekian terima kasih.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Cerita okay.. Cumanya kena kemaskan lagi.. Letaklah pembuka-penutup kata.. Susah nak paham.. :/
hahaha,…aku dapat bayangkan,..walaupn aku x pernah pegi sana.
Ape2 pn, nasib baik jembalang tu tak jual moto member…
Hahaha tu la pasal nasib baik dia x rembat. Tapi jambatan tu sgt femes dekat unimas.
serammm
Aku suka baca cerita seram mcm ni. fresh, real story, klasik. coz dah jemu akhir2 ni asyik cite fiksyen, ala novel je byk huhu
Kannn. Aku prefer cerita based on true story lagi. Seram tu terasa. Huhu
ni baru betoi…bukan hasil buah berangan..ha3
Setuju!
Setuju. FS dah makin lesu. penulis2 awal FS sume dah xde. dorang semua based their own story. mn tah dorang menghilang
tu la aku pun x suka baca fiksyen, cerita rekaan… true story baru syok.. aku rase admin FS kene buat category asingkan mane true story, mane fiksyen..
penulis lain ada je..cuma diorg ke tempat lain..
sejak jd 1 isu tu ramai yg dh angkat kaki..
boleh jenguk diorg kat fb page Arkib Angker Negara..
isu apekah?
Terima Kasih kepada yang sudi membaca.. (perghhh skema betul ayat aku) hahaha..
Universiti mana yang takde kisah seram. Agree .
Kat Uni tempat saya belajar tade pernah terjumpa.
Tah ler kut2 omputih memang jenis tak bercerita.
terasa keseramannya…
Uitm kat sebelah tu pon ade byk citer seram mase aku study tahun 2007. lebih2 lagi best friend aku mmg boleh nampak dan communicated lagi dengan ‘benda2’ ni.. orang yg selalu dia cerita sape lagi kalau bukan aku…tp kitorang sempat berkawan smpai part 2 je.. pastu dia tukar melaka.
true or fiksyen story Ku kan layan dgn spenuh penghayatan.. yg penting story tu masyuk bila dihayati..
Seram seram.
Best
Ptt aku perasan..yg org2 lame byk komen dh xde..rse sendu pulak..aku ni dulu rajin beromen..tp bila hp msk wad bedah xdpt la on.ni aku try bukk balk byk Cite mcm dh xbest..n pengkomen yg biase ade tu dh xde…hmm….
mcm ade missing kan FS skg. dah empty
ko nk ckp mengomen ke wey?jaoh menyimpang ayat ko tu..hahahahah..terkejut aku baca wey..
aduhh sampai beromen ye … hahahaha ni kelakar ..
tq shareeee..
best2
mngkin pakcik guard kau tuh rabun.
mkcik cuba positif
#cumel
Hahaha.. ketawalah kamu sebelum ketawa itu dilarang..,
Hehehe
Comel je pegang tayar motor belakang. Seram nugak nohhh
Hahahaha jambatan tu memang keras wehh. Aku student Unimas yg juga stay brc. Dah banyak orang kena kacau kat situ
amboi hantu ni main pegang2 motor org plk
Oooo…yg motorsikal selalu mati enjin malam-malam kat tempat sunyi sebab ‘dia’ pegang rupanya…
Tkasih ya kongsi cerira ni. Menarik.
Aku pnh baca crita ni… tp dh lupa…