Pakcik PM

Hi. Kalau disiarkan, TQ! Aku rasa yang aku submit haritu panjang gila jadi FS tak publish. Huhu. Aku nak try lagi nih. Hahaha! Cerita ni pasal boyfriend aku, Nazri (bukan nama sebenar). Cerita ni pasal orang tua yang pernah jaga dia dulu, pakcik PM (bukan nama sebenar) yang nak menurunkan sakanya dengan Nazri. Tapi awal ya kitaorang tak tau, kitaorang ingat aku dengan dia dihantar pembenci. Mana taknya, asyik bertumbuk je, padahal kitaorang bukan jenis gaduh. Lagipun boyfriend aku jenis sabar dengan aku, kalau aku marah, dia buat bodoh je.

Cerita dia mula bila pakcik PM ni macam tak suka dengan aku. Kalau aku tunggu Nazri mandi dekat rumah pakcik PM yang terletak di kampung, dia akan maki aku habiskan duit Nazri, maki aku buat Nazri berubah, macam-macam lah. Tapi aku buat bodoh dan aku tak pernah ceritakan balik dengan Nazri sebab takut dorang gaduh.

[+]Baca: LIVE STREAMING

Masa bulan puasa pulak, dia tak pernah masak untuk Nazri. Kalau masak nasi pun mesti basi by the time Nazri balik kerja. Lepas tu masa bulan puasa, perangai dia dah obvious sangat lain macamnya. Dia akan meracau tiap hari waktu petang lepas tu nasi yang dimasak sentiasa basi. Dia seperti sengaja mengundang kemarahan Nazri sampaikan tangan Nazri patah sebab dorang bertumbuk.

Lepas je dari kes tu, Nazri pun duduk rumah mak dia. Barang-barang dia slow-slow dia pindahkan. Ingatkan dah makin bahagia, tapi makin menjadi. Aku dengan Nazri makin kerap bergaduh. Tak boleh nak dekat, confirm rasa panas, confirm nak maki nak terajang je. Teruk gila sampai badan lebam-lebam luka pastu aku tiap kali gaduh mesti ambik gunting ke pisau ke.

Kakak Nazri pun nasihatkan weols untuk pergi berubat dengan seorang orang tua dekat kampung A nih. Masa Nazri pergi ke rumah orang tua tu, aku duduk kat rumah saudara dia yang kebetulan dekat kampung A. Nazri cerita balik orang tua tu tak tanya apa pun, cuba urut minyak kat badan pastu picit ibu jari pastu bagi air buat minum. Tapi gangguan makin menjadi. Nazri hilang 6th sense (aku dengan BF aku memang ada 6th sense). Asal je lepas asar, mula lah. Aku pula dapat gangguan macam kepala rasa kena tekan, perut sakit yang teramat, pastu selalu tercium macam bau bangkai. Nazri pula asyik sakit kepala, sakit kaki, segala sakitlah anggota badan dia.

Satu petang ni, lepas asar, I dengan dia gaduh teruk. Masa tu kat rumah mak dia. Biasanya bila weols dah start gaduh, Nazri akan ajak keluar. Pergi je mana-mana. Sebabnya kalau kat luar, takde pulak nak WWE weols ni. Masa ni tak tau lagi pasal saka tu, cuma ingatkan diberi sihir pembenci. Nazri asyik ajak aku pergi ke rumah orang tua yang dikatakan dapat tolong weols tapi aku jenis ikut instinct sebab ada 6th sense kan, jadi aku lagi percaya kata hati dari akal fikiran. Aku gitau dia tak nak. Aku cakap camne aku nak tau yang kau ni kau dan bukan orang lain. Lepastu dia melenting. Dia tak pernah berkasar dengan aku, jadi aku memang tahu something isn’t right.

Aku pullover kat tepi highway, aku pasang ruqyah dari Youtube. Ingat tau, aku ni non tapi sejak ada gangguan ni, aku banyak research pasal apa yang patut sebab aku tak nak la nanti BF aku ni syirik. Bila aku start je bukak, Nazri diam, pastu dia macam dalam kesakitan, pastu dia nangis. Pastu aku suruh dia tukar, biar aku yang drive. Yang bodohnya aku ni, bila aku rasa dia dah okay, aku tutupkan Youtube tu sebab HP pun lowbatt, pastu dia mula balik. Dia cakap tak nak balik, mesti kena jumpa orang tua tu kalau tak weols mati. Aku melawan. Dalam hati aku “Harap la takda apa-apa. Dah la tengah driving, jangan je “dia” serang masa aku tengah driving, naya!” Aku tekad balik ke rumah mak dia sebab aku tau aku tak mampu dah. Nazri masih enggan.

Aku pun drive sampai masjid yang dekat perumahan mak dia, tapi dia tak nak turun. Dia tak bagi pun kereta aku masuk parking lot masjid tu. Dia siap hentak dashboard cakap “kau ni pesal”. Sudah! Aku takut gila wey. Dahlah tengah maghrib. Pastu ada sorang orang tua yang berjalan kaki nak masuk masjid boleh buat pitstop kat depan kereta pastu muka dok jeling ke arah kereta aku. Aku dah tak sedap hati. Nazri suruh gerak. Aku dengan rasa berani yang tinggal 5% pecut ke rumah mak dia. Sampai je kat porch, azan maghrib. Nazri duduk je dalam kereta tak nak keluar. Lepas segala maki hamun weols bertengkar, dia keluar. Tapi dia baring kat depan pintu. Tak dapat nak masuk ke sitting room.

Pastu orang kat rumah pasang ruqyah. Budak kecik semua angkut masuk bilik. Pastu kakak dia arahkan aku suruh Nazri tukar pakaian. Aku pun cari baju dan seluar panjang. Nenek Nazri ni jenis boleh “nampak”. Masa aku dok pantau Nazri ni sarungkan baju, aku dengan mulut cabul aku tanya nenek siapa ni sambil jeling Nazri. Pastu nenek boleh jawab “pakcik PM”. Bapak ah aku teriak pastu lari masuk bilik hempas pintu. Semua yang berkumpul dalam bilik tu rasanya nak lempang je aku. Aku cerita la balik apahal. Pastu kakak marahkan aku sebab aku menakutkan diri aku dan semua orang.
Malam tu niat nak berubat, ada je halangan. Aku takut gila. Aku nak balik rumah pun tak berani.

Seminggu aku tidur dalam kereta dengan kawan aku Zila (bukan nama sebenar). Nasib baik ada kawan dunia akhirat macam si Zila ni. Hmm. Kitaorang akan balik rumah aku untuk mandi pastu sebelum asar gerak ke rumah Nazri jap untuk check dia (Nazri hanya akan start lain macam lepas maghrib), pastu bila dah rasa tak sedap hati, weols akan chow ah pergi mana-mana je yang ada port lepak 24hrs pastu tidur dalam kereta. Aku bekerja, aku minta cuti seminggu kot. Zila pula sem break. Badan aku kurus mendadak, memang macam orang sakit. Sebabnya tidur tak, makan tak. Aku boleh seminggu tak makan, tapi aku paksakan diri aku biar sesuap dua. Nazri pula bila gangguan makin teruk, dia resign. Hurmm..

Bila dah makin teruk dan rasa seram gila, aku cari kawan aku yang pasangan berkahwin ni. Aku bahasakan dia S dan laki dia J. S ni kawan lama. Dia pun bagi segala contact orang berubat yang dia ada. Aku pun gigih lah call sorang-sorang, masatu pukul2 pagi kot. Aku, Zila, S dan J lepak kat Mcd. Kesian dorang semua aku heret sekali. Lastly, S cakap, masa ni memang takde orang. Esok pagi je try. Nak tumpang rumah S, aku segan, tak nak dah menyusahkan. So aku dengan Zila tidur depan 7E. Esok pagi, semua yang aku call seolah-olah sengaja tak nak angkat. Dorang macam tau je. Kecuali sorang Ustaz SH ni. Bila aku cerita dekat ustaz dalam fon, dia just suruh pergi ke pusat perubatan dia lepas isyak.

Aku dan Zila terus gerak ke rumah mak Nazri and gitau kakak dia. Haritu semua cuti selepas kes semalam sebab takut Nazri apa-apa sebab dia macam makin teruk. So malam tu macam biasa lepas maghrib, rumah akan pasangkan ruqyah, budak-budak semua duduk dalam bilik. Lepas tu Nazri macam dah tak betul, pada pandangan aku lah. Aku nak dekat dengan dia pun takut. Sepanjang gangguan ni, weols berinteraksi thru SMS je. Nak cakap ni macam mengundang kemarahan. Dia minta maaf, dia cakap dia rindu tapi dia macam kena kawal. Pastu kakak cakap Nazri okay sebab dia solat. Dorang pun gerak pergi jumpa ustaz SH. Malam tu, dengan izin Tuhan, akhirnya kitaorang pun dapat tahu yang rupanya pakcik PM nak menurunkan sakanya dengan Nazri dan sebenarnya pakcik PM dah mati! Rasanya ustaz bagitau sebab nak ingatkan Nazri untuk berhati-hati dan jaga iman. Lepas tu slowly semuanya reda. Tapi tak stop sepenuhnya.

Kalau yang ni kena publish, aku akan sambung. Dan aku akan ceritakan mimpi-mimpi aku. Aku tak tahu la nak cakap ini anugerah ke apa tapi mimpi aku macam petanda yang memberi amaran kalau benda tak elok nak jadi. Benda ni dari aku kecik lagi tapi bila dah dewasa baru aku pandai interpretasikan semuanya.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.